CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8362|Reply: 11

SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYA`ABAN 2008

[Copy link]
Post time 15-8-2008 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Peringatan untuk Semua Muslimin dan Muslimat...

Esok 15 Ogos 2008 adalah bersamaan dengan 15 Sya`aban  1429...

So, mengingatkan kita semua ramadhan sudah dekat...

Apa nak buat nisfu sya`aban???

Ada gak orang kata bidaah lah apa lah.........
yang penting buat perkara baik dapat pahala.....
dan yang paling utama.....
semoga kitamenjadi seorang yang BERSYUKUR...

Selamat menyambut Nisfu Syaaban.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2008 03:38 PM | Show all posts

Reply #1 jagung's post

TAKBIR !!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 03:43 PM | Show all posts
slamt menyambut Nisfu Syaaban..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 03:49 PM | Show all posts
sukanya dekat dh nk pose
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2008 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by green7 at 15-8-2008 03:38 PM
TAKBIR !!!
ko sihat ker...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 04:04 PM | Show all posts
bestnyer..dah nak raya rupa nyer.
.bulan ramadhan nilah bulan untuk wat pahala banyak-banyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2008 04:07 PM | Show all posts
selamak menyambuk nisfu sya'ban..

ramadhan dh dekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 04:23 PM | Show all posts
slamat nisfu syaaban.........
adakah mampu menahan dugaan ramadhn yg bakal menjelma nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 03:00 PM | Show all posts
salam nisfu sya'ban untuk semua      

IBADAH DI BULAN SYAABAN

Bulan Sya'ban mempunyaikeistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulanyang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkankehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadatsebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya'ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh RasulullahSAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Bagindapaling banyak berpuasa sunat pada  bulan Sya'ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi keranaselain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakanlatihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulanRamadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya'ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untukdihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikandengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan padabulan Sya'ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, keranasebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukandosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepatisyarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1.   Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2.    Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3.    Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain,  hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allahdengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkanAllah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang berimanitu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir(mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i.  Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan   dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempatdan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripadaAllah SWT dengan cara merendahkan diri  kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakandi bulan Sya'ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhanseperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dansebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulanSya'ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasasunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain? Bagindabersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalahbulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanyaamal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amalibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya'ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahihdaripada Mu'az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam NisfuSya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yangmenyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”  (H.R Ibnu Majah,at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya'ban juga, adalah di antara malam-malam yangdikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi'e dalam kitabnyaal-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat,malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil fitri, malam pertama dibulan Rejab dan malam nisfu Sya'ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban dengan memperbanyakkan  beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan  membacaal-Quran..   

Penutup
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan  membuatkan kita lebihbersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hatiyang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlanganhidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamuterdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukansecara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa juasembahyang ia akan lakukan secara berterusan”   (HR Bukhari)


Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 07:42 AM | Show all posts
slmt myambut nisfu sya'ban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 10:00 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Nisfu Syaaban
dan Selamat Menyambut datangnya Bulan Ramadhan Al-Mubarak........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 10:41 AM | Show all posts
salam nisfu sya'ban untuk semua

Ramadhan semakin hampir...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.085562 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list