CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ms_Commet

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41

   Close [Copy link]
Post time 28-10-2008 11:26 AM | Show all posts
FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :-


Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif.



Perawakan Dan Penampilan Diri.

Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.



Pengetahuan Ikhtisas.

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-


a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.





Pengetahuan Semasa/Am.

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosiol, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.




Laporan Nilaian Prestasi.

Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.


kengkawan.....yg kita dpt intebiu ni bukan ker utk pensyarah poli.tapi naper tips intebiu tuh mcm utk cikgu sekolah jer...kena tahu pasal kbsm dan etc...

[ Last edited by  musals at 28-10-2008 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2008 11:52 AM | Show all posts
sesapa yg interview 29 tu..leh laa syer2 ngan org yg interview kemudian ni ek...tq so much....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by hulahup at 28-10-2008 11:52 AM
sesapa yg interview 29 tu..leh laa syer2 ngan org yg interview kemudian ni ek...tq so much....


me interview esok..tp bleh share luse laaa..huhuhu..wish me luck k!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 04:06 PM | Show all posts
list interview dah kuar kat laman web spp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by decent_sho at 28-10-2008 04:06 PM
list interview dah kuar kat laman web spp



me kene kt bilik temuduga 14..huhuh..esk nk interview..arini br update..adeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 05:08 PM | Show all posts
Gud luck pada semua calon2 temudaga DH41 dan DH29, semuga berjaya

dengar kata ada lagi dua tiga poli baru akan dibuka   sapa ada info??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by <i>Ms_Commet</i> at 28-10-2008 04:22 PM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=26713706&ptid=380929" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />

<br />

<br />

<br />
me kene kt bilik temuduga 14..huhuh..esk nk interview..arini br update..adeh <img src="images/smilies/sweat.gif" smilieid="32" border="0" alt="" />
<br />

Ms Commet, u apply lect teknologi maklumat ek?

Gud luck tommorow
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 07:13 PM | Show all posts
emmm...gud luck sumer.....i plak br dpt surat plngilan temuduga for next week 5/11...ada 2 session plak...

-Temu duga pada 29 - 31 Oktober 2008 - DH41 dan DH29.

- Temu duga pada 05 - 07 November 2008 - DH41 dan DH29.

pada yg intrvw besok, the very first batch....gud luck....emmm...ape2 soklan intrvw, share2 la ek....btul2
xde idea nk study ape...

i ni mmg gstt....ngajar sek men....emmm, if mock teaching tu ajar subjek sek men yg aku ngajo ni bleh ke?? buat kena gelak je ajar subjek sek men...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 08:39 AM | Show all posts
gud luck sume....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by iswatie at 24-10-2008 02:43 PM


kat mana nak cr info Pelan strategik pendidikan pegajian tinggi. nih..leh bg tak?


masuk www.mohe.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:01 AM | Show all posts
aku baru pas interview tadi..

ada 2 org interviewer, sorang dari SPP, sorang pensyarah kanan poli.
hapah tak tanya ttg penyata razak, rahman talib, PIPP dll. sebaliknya diorang tanya,

dalam BI (aku jwb pun BI):
- camana nak atasi masalah pelajar poli ramai tapi komputer tak cukup
- terangkan tentang subjek matematik diskrit. apa kepentingannya?
- camana nak bantu meningkatkan IT literature dlm masyarakat
- apa yg anda telah lakukan utk memastikan anda coupe dgn perkembangan teknologi terkini

dalam BM:
- camana nak atasi masalah pelajar yg lambat pick-up
- camana nak buat dgn pelajar yg degel

pastu dia suruh aku buat mock taklimat pelajar baru. dia suruh aku yakinkan 'pelajar2' baru tu supaya masuk kos IT.. aku pun cakap dgn penuh semangat sambil pandang mata diorang (bapak aku ajar buat camtu). dlm 5 minit je, pastu diorang suh aku stop.

PERINGATAN KPD YG BAKAL INTERVIEW:
- pastikan korang bawak fail 'clear holder'. ni utk letak dokumen2 original. aku tak bawak fail tu pastu diorang suh aku pegi balik ambik! ada ke patut.
- ada kena isi borang. so bawak la pen. pen itam diutamakan.
- buat salinan sijil ko-k. aku tak bawak, tengok2 kat borang penilaian tu dia tulis markah aku 0/10 utk ko-k. sakit hati betul, dlm surat panggilan tak nyatakan pun.. :@ :@
- sijil-mijil mesti disahkan
- gambau jgn lupa

-harap maklumat ni dpt membantu korang

keseluruhannya aku berpuas hati dgn perjalanan interview aku.
walau bagaimanapun aku agak bimbang dgn tahap 'birokrasi' yg diamalkan oleh kakitangan jabatan berkenaan. bagi aku birokrasi mereka dah tahap kronik sampaikan diorang cakap 'susunan dokumen yg tidak mengikut spt dlm surat panggilan tidak akan dipertimbangkan utk temuduga..' . SPA pun tak seteruk ni. masa aku interview F41, transkrip ori tak lengkap dan tak bawak s.beranak + salinan. takde masalah pun.. bukan lah nak komplen cuma meluahkan pendapat. :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:36 AM | Show all posts
ngeri nye soklan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:06 PM | Show all posts
gigipanjang best la info ko...
aku dah la tgh x senang duduk kat ofis ni...buat keje pun dah x fokus...
aku nye interview esok...thx for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:40 PM | Show all posts

Balas #71 gigipanjang\ catat

thanks gigipanjang..huh soalan yg sangat mencabar nampaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 03:38 PM | Show all posts
bagus jugak soalan2 mcm tu kan...kira general question..dia nak tgk tahap pengetahuan umum kita....


malas yer nak study..until now x study lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by gigipanjang at 29-10-2008 11:01 AM
aku baru pas interview tadi..

ada 2 org interviewer, sorang dari SPP, sorang pensyarah kanan poli.
hapah tak tanya ttg penyata razak, rahman talib, PIPP dll. sebaliknya diorang tanya,

dal ...


gigipanjang..apa kata letak jawapan yg awak jawab sekali..sekurang yer leh bg idea kat kitaorg semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by cholic at 29-10-2008 09:28 AM


masuk www.mohe.gov.my


x jumpa pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 03:47 PM | Show all posts
huhuhu..me lagi haru..me tak bwk award of degree yg original..terus kene blk umh...act me tak perasan award of degree tu sebab ade lagi satu letter of award..
normally mmg me pakai yg letter of award..smp2 sane org yg jage kaunter registration yg sgt kerek tu ckp me takleh interview..diorg suh me dptkan jugak..me call MMU,,,diorg ckp letter of award tu bleh pakai gak..then kalo takleh gak print out dlm CD..me dh explain kt diorg..then diorg suh blk..dtg pulak esok..tatau la diorg bleh terime ke tak..mmg geram yg amat..strict gilerr..dh la kerek..bknnye takleh ckp elok2..ni siap naik2 suare"KALAU AWK RASE MMG MINAT NK APPLY JOB NI..DPTKAN JUGAk DEGREE TU..DTG ESOK!!!RAMAI LG ORG YG MINAT DAN LAYAK UTK KEJE NI" What the heckk!!!:@ :@

gigi panjang, sijil2 ko kene bwk gak eh???manela haku nk sahkan ni???isk..isk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 03:50 PM | Show all posts
double post
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by Ms_Commet at 29-10-2008 03:47 PM
huhuhu..me lagi haru..me tak bwk award of degree yg original..terus kene blk umh...act me tak perasan award of degree tu sebab ade lagi satu letter of award..
normally mmg me pakai yg letter of  ...


kira nih x dapat nak masuk interview lah yer?? so esok lah yer?? tak tanya candidates lain apa diaorg kena tanya??



** Silap la..suppose i cuti hari nih tuk survey apa yg berlaku kat sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068223 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list