CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Kota Alhambra ~ Cordoba ~ Andalusia... Sepanyol

[Copy link]
 Author| Post time 19-11-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #80 thessailly's post

dear uols,

...ni ader catatan manuskrip yg dikutip dari Maghribi berkenaan dengan laporan siasatan keadaan sisa-sisa kehidupan umat Islam selepas pembunuhan Muslim besar-besaran dengan restu Pope pada tahun 1492. Siasatan itu merujuk kepada daerah Valencia yg ditawan oleh El Cid Campeador..semuanya untuk diteladani katanyer...

Semua yg dilakukan di Valencia adalah sama spt yg dilakukan oleh Kamal Ataturk di Turki..termasuk kerajaan2 Eropah hari ini yg gementar dengan kehadiran 58 juta umat Islam di Eropah..

Mengikut  nota Saiful Islam.. pada tahun 1516, diperkenalkan undang2 yg melarang kaum wanita Islam menutup mukanya. Serban juga diharamkan, dan mereka yang melanggar peraturan ini akan dihukum menjadi hamba di ladang babi milik paderi. Anak2 yg baru dilahir akan diperiksa dan jika dikhatan, keluarganya akan dihukum.

Undang2 yg diperkenalkan ini melarang orang2 Islam memiliki kunci rumah. Pintu rumah orang Islam mesti sentiasa terbuka dan orang Kristian boleh menjenguk masuk sesuka hati demi memastikan orang Islam tidak bersembahyang atau menyimpan bejana air untuk berwuduk. Laporan itu dikatakan terdapat segelintir orang Islam menamakan anak2 mereka dengan dua nama. Secara rasmi, mungkin bernama Fredo tetapi di dalam rumah anak itu dipanggil Ahmad, Ali dan sebagainya. Orang Islam di Valencia juga didapati melanggar peraturan kerana memohon untuk bekerja pada hari Ahad  dan Krismas.

Catatan ini menurutnya, membuktikan bahawa walaupun penghapusan etnik telah mencapai kemuncaknya pada tahun 1492, umat Islam yg berbaki masih terus mempertahankan Islam mereka.  Namun sedikit demi sedikit, generasi anak Islam telah kehilangan Islam mereka.  Mereka masih tahu diri mereka Islam tetapi apabila mereka melarikan diri menyeberangi laut ke pantai Afrika Utara di kawasan Tunisia, mereka telah disyaki sebagai pengintip pihak Kristian, semata2 kerana bahasa mereka yg rumit dan gagal membuktikan pengetahuan mereka tentang solat.

Sesiapapun harus bangga dengan ketabahan umat Islam Andalusia ketika itu. Ternyata hampir semua buku tentang Sejarah Eropah yang ada dipasaran menyembunyikan sejarah Andalus kerana ia terlalu keji dan buruk mengatasi binatang pada imej kaum Kristian yang sangat hina pada masa itu. Sehingga hari ini, Pope telah memohon maaf kepada Yahudi di atas perlakuan kuasa Kristian kepada orang Yahudi ketika zaman itu, TETAPI hingga kini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 05:17 AM | Show all posts
Ade bace tak kisah di sebalik " APRIL FOOL "???? Kisah ni amat menyedihkan sebab tu umat Islam di larang menyambutnye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #122 lizz_7777's post

Post Last Edit by HangPC2 at 27-11-2009 19:55

Hari April Fool


April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #123 HangPC2's post

Tanx. Lizz x berape ingat jalan cerite penuhnye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 04:21 PM | Show all posts

Seorang ahli perubatan Islam al-Andalus yang mencipta nama di Eropah.

Ibn Zuhr, dikenali di Barat sebagai Avenzoar, merupakan ahli perubatan, pakar klinikal dan parasitologis paling agung semasa Zaman Pertengahan. Sesetengah sejarawan sains telah mengisytiharkan beliau seorang yang teragung di kalangan ahli perubatan Islam sejak al-Razi (Rhazes) di Baghdad. Beberapa orang yang sezaman dengan beliau menggelar beliau sebagai ahli perubatan terhebat sejak Galen.

Abu Marwan 慉bd al-Malik ibn Zuhr dilahirkan di Seville, Sepanyol pada tahun 1091M. Beliau adalah lepasan Universiti Perubatan Cordova (Qurtubah dalam bahasa Arab). Setelah menetap singkat di Baghdad dan Kaherah, beliau pulang ke Sepanyol dan bekerja untuk kerajaan al-Murabitun sebagai seorang ahli perubatan. Kemudian, Ibn Zuhr bekerja untuk 慉bd al-Mu抦in, pemerintah kerajaan al-Muwahhidun pertama, sebagai ahli perubatan dan menteri. Beliau menumpukan karier beliau di Seville dan meninggal dunia pada tahun 1161M.

Ibn Zuhr membataskan karya beliau hanya dalam perubatan, bertentangan dengan amalan lazim saintis Muslim yang selalunya bergiat dalam beberapa bidang. Bagaimana pun, dengan memfokuskan dalam satu bidang beliau telah membuat banyak sumbangan tulen dan bertahan lama. Beliau menekankan pemerhatian dan ujikaji dalam hasil kerja beliau. Dr. Neuberger dalam Sejarah Perubatan (History of Medicine) menulis bahawa 揑bn Zuhr mahir dalam seni pembedahan jasad manusia yang telah mati dan mengetahui anatomi dengan mendalam. Teknik pembedahan beliau sangat baik.擺/i]




Ibn Zuhr membuat beberapa pencapaian besar sebagai seorang pengamal perubatan. Beliau merupakan orang pertama yang menguji ubat-ubatan yang berbeza ke atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia. Juga, beliau merupakan orang yang menerangkan kudis buta, hama gatal dengan mendalam, dan dengan itu dianggap sebagai parasitologis pertama. Beliau juga merupakan orang pertama yang memberi penerangan penuh mengenai pembedahan trakeotomi dan mempraktikkan pemberian makanan secara terus (direct feeding) melalui tekak dalam kes-kes apabila pemberian makanan secara biasa tidak dapat dilakukan. Sebagai pakar klinikal, beliau menyediakan penerangan klinikal mengenai phthisis usus, radang di bahagian tengah telinga, peri carditis dan tumor mediastinal di kalangan yang lainnya.

Ibn Zuhr menulis banyak buku-buku hebat bagi pakar perubatan dan juga bagi orang awam. Beberapa buah buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Hebrew dan mendapat permintaan tinggi di Eropah sehingga lewat kurun ke-18. Hanya tiga buah buku beliau yang besar masih wujud. Ibn Zuhr menulis Kitab al-Taysir fi al-Mudawat wa al-Tadbir (Buku Ringkasan Mengenai Rawatan dan Diet) atas permintaan Ibn rushd. Buku ini mengandungi banyak sumbangan tulen beliau. Buku ini membincangkan keadaan-keadaan dan terapi patologi dengan mendalam.

Buku kedua ialah Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad (Buku [Kursus] Pertengahan Mengenai Pembaikan Jiwa dan Jasad) merumuskan penyakit-penyakit yang berbeza, rawatan dan kebersihan. Buku ini juga membincangkan peranan psikologi dalam rawatan. Buku ini ditulis dalam bentuk yang mudah difahami bagi bukan pakar. Buku ketiga ialah Kitab al-Aghaziyah (Buku Mengenai Pemakanan) membincangkan pelbagai ubat-ubatan, dan kepentingan makanan dan nutrisi.

Pengaruh Ibn Zuhr ke atas kemajuan sains perubatan dapat dirasai buat beberapa abad di segenap pelosok dunia.

[ Last edited by  anakencana at 1-12-2008 05:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 05:24 PM | Show all posts

12th Century explorer, Geographer & Writer - Al Idrisi

Summary: Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi dan kartografi Islam terkemuka di Zaman Pertengahan. Keturunan Rasulullah ini telah menghasilkan banyak peta yang hampir menyamai peta-peta hari ini. Christopher Columbus sendiri menggunakan peta yang dilukis berdasarkan peta al-Idrisi semasa pelayarannya.


The Tabula Rogeriana, drawn by al-Idrisi for Roger II of Sicily in 1154, one of the most advanced ancient world maps. Modern consolidation, created from the 70 double-page spreads of the original atlas.

Al-Idrisi paling terkenal di Barat sebagai seorang ahli geografi yang membina sebuah glob sfera perak berukuran berat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicily. Sesetengah sarjana menganggap beliua sebagai ahli geografi dan pelukis peta terhebat semasa Zaman Pertengahan. Beliau juga membuat sumbangan tulen dalam tumbuh-tumbuhan perubatan. Abu 慉bd Allah Muhammad ibn Muhammad ibn 慉bd Allah ibn Idris al-Sharif dilahirkan pada tahun 1099M di Ceuta, Sepanyol. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi. Beliau adalah keturunan langsung Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Idrisi mendapat pendidikan di Cordova. Seperti apa yang lazim bagi ahli geografi Muslim, beliau mengembara ke banyak tempat yang jauh termasuklah Eropah untuk mengumpul data geografi. Ahli-ahli geografi Muslim pada zaman beliau sudah pun membuat pengukuran tepat bagi permukaan bumi, dan beberapa peta dunia telah tersedia ada. Al-Idrisi menggabungkan apa yang tersedia ini dengan penemuan beliau sendiri. Disebabkan pengetahuan beliau mengenai semua bahagian dunia yag diketahui ini, beliau menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian pelayar-pelayar Eropah dan perancang-perancang ketenteraan.



Introductory summary overview map from al-Idrisi's 1154 world atlas. Note that south is at the top of the map.

[quote]Kemasyhuran dan kecekapan al-Idrisi akhirnya membawa kepada perhatian Roger II, Raja Sicily berketurunan Norman yang menjemput beliau untuk menghasilkan peta dunia terkini. Adalah patut disebutkan bahawa Sicily pernah berada di bawah pemerintahan Muslim sebelum Raja Roger, yang hasil karya orang-orang Islam tersedia dengan bebas untuk dihantar ke Eropah melalui Barat Latin. Al-Idrisi menghasilkan sebuah bola perak berukuran berat 400 kg dan dengan teliti mencatatkan di atasnya tujuh benua berserta laluan-laluan perdagangan, tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran dan gunung-ganang. Beliau juga memasukkan maklumat seperti jarak, panjang dan ketinggian yang sesuai. Glob beliau disertakan dengan buku beliau al-Kitab al-Rujari (Buku Roger). Beliau juga membuat satu perlambangan dunia yang diketahui di atas sebuah ceper.

Buku al-Idrisi Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq (Hiburan Bagi Mereka yang Inginkan Pengembaraan Merentasi Ufuk) adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan maklumat terperinci mengenai negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Kemudiannya, beliau menyusun sebuah ensiklopedia yang lebih komprehensif berjudul Rawdat al-Nas wa Nuzhat al-Nafs (Taman Manusia dan Hiburan Jiwa). Pengetahuan al-Idrisi mengenai Niger sehingga ke Timbuktu, Sudan dan kepala air Sungai Nil adalah istimewa kerana ketepatannya.

Al-Idrisi juga membuat sumbangan besar dalam sains tumbuh-tumbuhan perubatan dan telah menulis beberapa buah buku. Yang paling popular ialah buku yang berjudul Kitab al-Jami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2009 01:40 AM | Show all posts
Jika Islam terus kekal di Sepanyol maka orang Islam lah yang menjumpai Amerika dan seluruh Amerika itu sudah pastinya Islam. Kuasa dunia juga ialah Islam dan Kristian adalah minoriti di dalam dunia
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:18 AM | Show all posts

Reply #127 WonBin's post

malangnya bro,

banyak bilangan bukan penentu kekuasaan, (cth Afrika Selatan semasa zaman apartheid)  

dan sedikit bukannya lemah...

hadis ada menyebut, lebih kurang maksudnya "Umat Islam di akhir zaman ramai bilangannya, seumpama buih di lautan, tetapi yg berguna hanyalah sedikit - Ia disebabkan iman mereka senipis kulit bawang"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2009 08:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 11:38 PM | Show all posts
cantik landskap kat istana tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 04:05 PM | Show all posts
Ai baru balik melawat Spain,Morocco.....alhambra memang mengkagumkan. I should have read this tread sebelum pergi ke sana. Sekurang2nya dpt menghayati kisah sejarah pembunuhan umat Islam di sini. But the tour guide seperti juga semasa di Turki, cuba menutupi sejarah yg sebenar dan mengagungkan agama Kristian. Bayangkan di dalam masjid dibesarkan dan di bina gereja....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 07:46 AM | Show all posts
Ai baru balik melawat Spain,Morocco.....alhambra memang mengkagumkan. I should have read this tread sebelum pergi ke sana. Sekurang2nya dpt menghayati kisah sejarah pembunuhan umat Islam di sini. But  ...
aikee04 Post at 6-1-2010 16:05


salam aikee. citer lah lagi bkn spain & morocco, me nak gi gak spain & morocco (dlm wish list) mungkin ujung thn ni.  Kalau boleh tepek lah sekali gambo.  u pegi sendiri ke package.  kalau package dgn co apa. tk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 02:01 AM | Show all posts
Bani Qasi



Banu Qasi, Banu Kasi, Beni Casi & Bani Musa











Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 12:38 PM | Show all posts
The intermarriage of foreign Muslims with native Christians made many Muwallads mindless of their Iberian origin. As a result, their descendants and many descendants of Christian converts forgot the descent of their ancestors and assumed forged Arab genealogies.However, there were a few who were proud of their Roman and Visigothic origins. These included the Banu Angelino and Banu Sabarico  of Seville, Banu Qasi of Aragon, Banu l' Longo and Banu Qabturno. Several Muwallad nobles also used the name Al-Quti (The Goth), and some may have been actual descendants from the family of the Visigothic King of Hispania, Wittiza.

Several Muwalladun became rich burgesses and powerful magnates by means of their activities in trade, activity and agriculture. The Muwallads of Elvira  had become so powerful and strong in the reign of Abd'Allah that they rose under a chief named Nabil and successfully drove the Moors out of the city. The Banu Qasi dynasty which ruled the entire Ebro valley in the 9th and 10th centuries, became so powerful that they broke free from the control of the Umayyad dynasty of Córdoba and turned from a semi-autonomous governorship into an independent taifa.



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:57 PM | Show all posts
Menilai nasib umat Islam


Mazlan Nordin


ADAKALA ulang tahun peristiwa bersejarah mengulangi tuntutan maaf. Demikian halnya pada 9 April lalu yang dilaporkan antara lainnya oleh akhbar Times, London. Tajuk beritanya Moors want an apology after 400 years : Expulsion “ first ethnic cleansing of Europe. ”

Moors ialah panggilan bagi orang Islam di Sepanyol yang mereka perintah selama hampir tujuh abad hingga tewas kepada bala tentera Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella pada tahun 1492. Warga Moors itu berasal dari Maghribi.

Laporan bermula mengenai sikap Sepanyol masih keberatan untuk memohon maaf kerana apa yang berlaku di masa lampau. Cerita bersambung : “Empat ratus tahun dulu hari ini (9 April) Raja Philip menandatangani perintah untuk mengusir 300,000 Moriscos – masih serba sedikit Islam - yang dulu Islam. Selama lima tahun berikutnya beratus ribu orang mati setelah diusir dari rumah mereka di Sepanyol ke Afrika Utara ketika memuncaknya tindakan Inquisition pihak Sepanyol.”

Menurut laporan tersebut sebilangan penulis Islam dan aktivis Sepanyol serta Maghribi berpendapat bahawa telah tiba masanya pihak berkuasa Sepanyol memohon maaf. Ulang tahun peristiwa masa lampau itu menandakan kesekian kali hubungan tidak begitu mesra di antara Sepanyol zaman moden dengan pihak Maghribi atau warga Islam umumnya.

Selepas kemenangan Ferdinand dan Isabella “beratus ribu warga Islam yang terus bermastautin di Sepanyol dipaksa masuk agama Kristian tetapi ramai yang terus menggunakan nama-nama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

Menurut para sejarawan beratus mati manakala dipaksa pindah ke Afrika Utara selama lima tahun berikutnya setelah Raja Philip mengeluarkan perintah menghalau mereka pada 9 April 1609. Demikian berapa catatan masa lampau. Seperti juga disebut semasa pemerintahan Islam di selatan Sepanyol tidak adapun kaum lain, Kristian atau Yahudi, dipaksa masuk agama Islam.

Jatuhnya pemerintahan ialah kerana perpecahan di kalangan orang Islam sendiri, umpamanya di antara Boabdil dengan lagi Grenada. Pemberontakan berlaku di kalangan rakyat terhadap Boabdil kerana berunding menyerah kalah kepada Ferdinand dan Isabella.

Menurut yang punya cerita Boabdil kemudian berundur dari wilayah pemerintahannya. Ia singgah di lereng sebuah bukit yang kemudian diberi nama The Last Singh Of The Moors lalu menangis.

Ibunya yang marah dengan sikap beralahnya lalu menyindir : “ Kau menangis seperti perempuan kerana tidak mempertahankan sesuatu seperti seorang lelaki. ”

Boabdil mati dalam satu pertempuran lain di Afrika Utara. Mengenai dirinya dikatakan: “ Beliau mati dalam satu perjuangan lain, tetapi takut mati dalam perjuangan diri sendiri. ”

Mengenai negeri al-Andalus yang pada beberapa ketika begitu indah ialah cerita berikut: “ Ketika Tuhan mengisi kekosongan di bumi al-Andalus, lima permohonan diajukan - langit terang benderang, lautan indah yang penuh dengan ikan, pokok-pokok dengan pelbagai buah-buahan, para wanita yang cantik dan sebuah kerajaan yang adil. Kesemua, kecuali yang terakhir dikurniai oleh Tuhan. Sebabnya, manakala yang lain-lain itu dikurniai serta juga kerajaan yang adil, maka Andalusia mungkin menyaingi syurga.

Kisah ini dibawa oleh seorang penulis Barat. Tajuknya : The Rise and Fall of Paradise: When Arabs and Jews built a kingdom in Spain.

Dari Andalusia yang permai lahirnya muzik flamenco, kerana adanya campur-aduk muzik Sepanyol dan Arab. Seperti kemudian dicatat : Flamenco lahir ketika Arab, Yahudi dan Kristian bermesra satu sama lain.

Dalam keadaan masa kini bilangan warga Islam telah merebak di beberapa negara Eropah: 1.6 juta di Britain, satu juta di Itali, 4 hingga 5 juta di Perancis (kira-kira 7 peratus daripada jumlah penduduk).

Di Britain sebuah pertubuhan hak asasi Islam di London menyebut tentang 344 tindakan ganas anti-Islam selepas peristiwa 11 September 2001. Di Itali beberapa tokoh politik, termasuk Perdana Menteri Silvio Berlusconi melafaz kenyataan anti-Islam. Ada yang berkata pendatang Islam “ bahaya ” bagi negara Itali.

Di Perancis pula wanita Islam bertudung menjadi masalah. Hal yang sama juga berlaku di negeri Jerman.

Apakah akan berlaku lain-lain hal terhadap warga Islam. Apakah juga nanti akan wujud sesuatu yang menyamai Alhambra di Sepanyol ?


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 04:16 PM | Show all posts
Morisco


Morisco (bahasa Sepanyol " seperti-Moor ") atau mourisco  (bahasa Portugal) merupakan istilah merujukkan pada sejenis ' Kristian Baru ' di Sepanyol  dan Portugal.

Dari lewat 1400-an ke awal 1600-an orang Moor telah diberikan pilihan untuk sama ada meninggalkan Islam dan memeluk Katolikisme atau meninggalkan Iberia. Orang Morisco telah dibuang negara oleh dekri 1610 dari Sepanyol ke Afrika Utara setelah dihukum oleh Pasitan Sepanyol (Spanish Inguisition).

Sebelum pelukan agama secara paksa, orang Morisco dikenali sebagai Mudejar, dan dibenarkan untuk mengamalkan Islam di antara orang Kristian dengan sesetengah had.


















Populasi Morisco





Expulsados 1609 : La Tragedia De Los Moriscos (2009)







http://www.youtube.com/watch?v=dZ5Ebe3FyBI




http://www.youtube.com/watch?v=v4xTWSH-vXs




http://www.youtube.com/watch?v=NRiVTnyQ4CQ






Last edited by HangPC2 on 3-1-2014 11:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 04:31 PM | Show all posts
Pemberontakan Morisco (1568 - 1571)







Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 22-4-2010 01:13

Mudejar



Mudejar ialah gelaran yang diberikan kepada orang Moor atau Muslim Andalusia yang kekal tinggal di daerah Kristian  selepas Reconquista tetapi tidak memeluk agama Kristian. Ia juga merujuk kepada gaya seni bina dan hiasan Iberia yang vernakular  daripada tempoh antara abad ke-12 hingga abad ke-16, khususnya gaya Aragon dan Castile, yang dipengaruhi kuat oleh cita rasa dan kemahiran kerja Moor.

Perkataan Mudéjar merupakan pencemaran bahasa Sepanyol Zaman Pertengahan untuk perkataan Arab, مدجن (Mudajjan), yang bermakna " mereka yang menerima penyerahan ", dengan implikasi berganda, iaitu penyerahan kepada Allah dan kepada pemerintahan duniawi raja-raja Kristian.

Selepas kejatuhan Granada pada Januari 1492, orang-orang Mudéjar mengekalkan kedudukan mereka sehingga pertengahan abad ke-16, apabila mereka dipaksa untuk memeluk agama Kristian dan sejak dari masa itu, mereka digelar Morisco. Melalui sebuah dekri pada tahun 1610, orang-orang Morisco diusir dari Sepanyol ke Afrika Utara selepas diseksa oleh Pasitan Sepanyol. Gaya mereka yang tersendiri masih dapat dikesan daripada gaya seni bina, malahan muzik, kesenian, dan ketukangan kawasan itu.




Pengusiran Morisco (1610)













Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 04:04 PM | Show all posts
Emirate of Granada (Imarat Gharnaṭah) 1228-1492


Bendera



Jata Negara




Dinasti : Bannu / Bani Nasrid (Dinasti Nasrid)


Motto : Wa la galiba Illa-allah (There is no conqueror but allah)





Abu Abdullah Muhammad XII  @ Boabdil (Sultan Terakhir Emiriah Gharnatah)















Helmet Boabdil




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.480383 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list