CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4618|Reply: 136

Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 5-12-2008 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Fri | Dec 05, 08 | 7:18:08 am MYT

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Iklan
         
         
           

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

ImageTurut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau.

Lim Guan Eng ni betul2 buat aku rasa terharu la..dia betul2 nak amik hati orang melayu dan Islam, pada masa yang sama harap2 dia boleh menjadi pemimpin contoh kepada BN yang double standard tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 10:57 AM | Show all posts
tanpa ambik kira udang sebalik batu ke apo ke...pernah tak ucapan melayu bangsat umno yang menyanjung Quran dan meletakkannya di tpt yang tinggi paling kurang dalam aspek kehidupan..ptuih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 10:58 AM | Show all posts
UMNO guna Quran untuk sumpah liwat jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 5-12-2008 10:57 AM
tanpa ambik kira udang sebalik batu ke apo ke...pernah tak ucapan melayu bangsat umno yang menyanjung Quran dan meletakkannya di tpt yang tinggi paling kurang dalam aspek kehidupan..ptuih!


ucapan? bukan slalu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by zulq24 at 5-12-2008 10:58 AM
UMNO guna Quran untuk sumpah liwat jer


enough said
speechless
no comment
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by jokosuprianto at 5-12-2008 11:00 AM


ucapan? bukan slalu ke


lupo plak..ucapan mmg selalu..tapi den maksudkan siap amalannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2008 11:03 AM | Show all posts
LGE terlupa sebut kitab kuning dan kitab RM1.50 sekali ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:04 AM | Show all posts
aku harap inilah diri sebenar LGE & dia x berpura2.....
kalu ini diri dia sebenar, aku vote dia sebagai PM nanti......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 11:05 AM | Show all posts
CAT sana
CAT sini

ingat kucing ka................
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 5-12-2008 11:03 AM
LGE terlupa sebut kitab kuning dan kitab RM1.50 sekali ka?


Aminah Badut ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:07 AM | Show all posts
tu arr pemimpin melayu pun x wat camni...emmmm.....no komen!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by rotibakar at 5-12-2008 11:04 AM
aku harap inilah diri sebenar LGE & dia x berpura2.....
kalu ini diri dia sebenar, aku vote dia sebagai PM nanti......


aku rasa dia tidak berpura-pura..setiap ucapannya  kosisten pasal Islam..klo betul dia gini n dia masuk Islam aku sanggup juga vote dia jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 5-12-2008 11:01 AM


lupo plak..ucapan mmg selalu..tapi den maksudkan siap amalannya..


ade beza ke ngan LGE?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by zulq24 at 5-12-2008 11:07 AM


aku rasa dia tidak berpura-pura..setiap ucapannya  kosisten pasal Islam..klo betul dia gini n dia masuk Islam aku sanggup juga vote dia jadi PM



eh... ape lak tunggu dia masuk islam....
tak payah tunggu dia masuk islam, asalkan dia berperibadi sebegini, x racist, x korup, adil....dah cukup bagi aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:11 AM | Show all posts
LGE tak nak buat hadari ke? mana kelas islam asal...... begitu lah agaknya kata humno...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:12 AM | Show all posts
Selain dari AlQuran Lim Guan Eng lupa sebutkan fatwa fatwa Nik Aziz sebagai rujukan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 11:13 AM | Show all posts
Bile dia mau masuk Islam...

Kaboomm..!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by rotibakar at 5-12-2008 11:10



eh... ape lak tunggu dia masuk islam....
tak payah tunggu dia masuk islam, asalkan dia berperibadi sebegini, x racist, x korup, adil....dah cukup bagi aku.....

tapi dia tak 'potong'

Kaboomm..!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:14 AM | Show all posts
ISLAM CAT

blh la ganti islam hadari lepas ni.....................
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:15 AM | Show all posts
kalau macam tu, DAP boleh terima negara Islam le kalau pembangkang ambil alih kerajaan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.483666 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list