CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27355|Reply: 42

Masalah Rambut Gugur.....

[Copy link]
Post time 15-12-2008 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua,

Saya adalah masalah rambut gugur ler....umur baru 27 tapi rambut atas semakin nipis...
dah cuba prodok biasa kat pasaran seperti rejoice,pentene,clear...semua nyer hampeh....
bila shampo masa mandi tu rambut gugur byk...
sesapa ada experiance camne please help me...kalu ada ubat2 yg bagus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 02:35 PM | Show all posts
p YUN NAM HAIR CARE...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:45 PM | Show all posts
lnp tkr2 syampoo?


erm......pki hot oil ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #1 Amir_shariff's post

guna sunsilk yang warna coklat tu.Meha guna tu memang berkesan dan kurang rambut gugur.Seeloknya guna dengan perapi sunsilk hairfall control dia atau perapi sunsilk damage repair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #4 mehacomp_91's post

shampo ngan perapi camne tuh..tak faham????
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:28 PM | Show all posts

Reply #5 Amir_shariff's post

shampoo....lain......perapi 2 conditioner...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2008 03:29 PM | Show all posts
haah...ahir fall 2 mak org pown pki.......tp xpastilah berkesan ke x xpernah tanya plk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:38 PM | Show all posts

Reply #5 Amir_shariff's post



Sunsilk Hair Fall Solution : Shampoo, Conditioner, Treatment

meha cadangkan guna macam gambar kat atas tu.
Kalau taknak beli yang treatment tu pun takpe beli Shampoo dan Conditioner je
Setakat ni rambut gugur memang dah kurang sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 03:40 PM | Show all posts
walaupun orang kata lelaki elok guna clear tapi meha taktahu la meha sendiri guna clear pun tak nampak la perbezaan dia Kalau sunslik dalam basyhan ke 3 kot ada nampak kesan la Cuci daily tau. Ala bukan lama sangat pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:39 PM | Show all posts
masalah rambut gugur takder...tp masalah lain pulak dtg.....uban mencanak2 naik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:48 PM | Show all posts

Reply #10 pisang69's post

bnyk berfkr kot?

erk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 09:14 AM | Show all posts
ok, sudikan mentelaah sedikit info dari abang, yang pernah  abang ikuti suatu kursus kesihatan 'Lelaki' di pusat rawatan tawakal 5 tahun lalu. 'Rambut Gugur' di kalangan lelaki bukanlah asing, malah nisbahnya 4 dari 10. Rambut gugur dari kajian saintifik adalah 85% dari keturunan. Jangan hanya melihat rambut bapa anda, malaha anda seharusnya mengetahui rambut atok, moyang atau bapa/atok/moyang di sebelah ibu anda adalah pembawa gen 'botak' jadi anda juga akan mengalaminya seawal usia 25 tahun dan ke atas. faktor penurunan hormon testosteron juga menyumbang 25% kepada kes botak. Tetapi yg paling tepat adalah keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:44 PM | Show all posts
Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:49 PM | Show all posts
[size=-1]Androgenetik Alopesia masalah rambut gugur
[size=-1]News : Justeru, tidak hairanlah jika wanita memandang masalah keguguran rambut sebagai sesuatu yang cukup serius.

Androgenetik alopesia adalah sejenis masalah keguguran rambut yang kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita.

Pakar Dermatologi, Pusat Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, keguguran yang disebabkan oleh faktor keturunan ini biasanya bermula pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an.

Menurut beliau, masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.

Dr. Mokhtar berkata, bagi wanita yang menghadapi masalah ini, biasanya rambut mereka menjadi jarang pada bahagian tengah kepala.

"Pada peringkat awal, wanita terbabit dapat melihat keguguran rambut yang dialami terutamanya pada bahagian atas kepala.

"Secara tidak langsung, keadaan ini menyebabkan kulit kepala mereka dapat dilihat dengan jelas,'' katanya.

Lama-kelamaan, ia akan berlarutan pada bahagian tepi kepala, namun ia tidak menyebabkan wanita menjadi botak.

Rambut diperbuat daripada protein yang juga ditemui pada kuku tangan dan kaki.

Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat.

Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun.

Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat.

Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:

* Fasa pertumbuhan

* Fasa berehat

* Fasa gugur

Secara umum, rambut yang gugur kurang daripada 100 helai dianggap sebagai normal.

Sebaliknya, jika lebih daripada jumlah tersebut, individu terbabit perlu berjumpa doktor untuk mengenal pasti puncanya.

Pusingan pertumbuhan rambut akan berulang apabila rambut yang gugur ini tumbuh dari folikel rambut yang sama.

Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia.

Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka.

Bagi individu yang tergolong dalam kumpulan ini, pusingan pertumbuhan rambut masih normal, tetapi folikel rambut menjadi semakin mengecil.

Apa yang penting setiap individu harus tahu membezakan keguguran rambut yang normal dan sebaliknya.

Menurut Baylor Hair Research and Treatment Centre, Texas, hampir 70 peratus masalah keguguran rambut di kalangan wanita berpunca daripada faktor keturunan yang menyebabkan rambut menipis.

Dr. Mokhtar berkata, rambut yang banyak gugur ini tidak semestinya bergantung kepada kekerapan seseorang menyikat atau membasuh rambut.

JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
* Androgenetik alopesia
Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita.

Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).

Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:

a. testosteron - (hormon lelaki).

b. usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.

c. keturunan - biasanya berlaku lebih kerap di

kalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa doktor.

Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya.

Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya kerana ia melibatkan pembaziran wang yang banyak.

* Alopesia areata
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya.

Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

* Telogen effluvium
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet).

Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

LAIN-LAIN PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius.

Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Sehubungan itu, dapatkan pemeriksaan pakar kulit bagi memastikan masalah ini sama ada ia boleh dirawat atau sebaliknya.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama.

Selepas fasa bersalin, ia bertukar ke fasa gugur dengan cepat.

Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak.

Namun, masalah yang berlaku hanya sementara saja di mana kebanyakannya akan pulih seperti sediakala dalam tempoh antara satu hingga enam bulan.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak.

Bagaimanapun, keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal yang teruk boleh menyebabkan seseorang individu kekurangan zat vitamin.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.

Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant).

Pada masa yang sama, pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Penyakit jangkitan pada kulit kepala
Rawatan awal diperlukan bagi kanak-kanak yang biasanya mendapat jangkitan kulat, bakteria dan sebagainya.

Ini kerana, jika dibiarkan tanpa rawatan, bahagian terbabit boleh menjadi botak yang kekal.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi.

Sehubungan itu, keadaan ini mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Masalah ini berlaku selepas satu hingga tiga minggu rawatan.

Bagaimanapun, rambut akan tumbuh semula selepas rawatan berakhir.

* Ubat kontraseptif
Wanita yang mengamalkan pil kontraseptif biasanya mempunyai kecenderungan menyebabkan rambut semakin jarang.

Jika masalah ini berlaku, pastikan anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk menukar ubat kontraseptif yang lain.

RAWATAN
Sebahagian besar masalah keguguran rambut tidak memerlukan rawatan kerana ia akan pulih dengan sendiri tanpa sebarang rawatan.

Ini termasuklah dalam kes selepas bersalin atau demam.

Sebaliknya, bagi keguguran rambut yang diketahui puncanya dapat dipulihkan setelah rawatan untuk penyakit tersebut diberikan.

Jika ia berpunca daripada ubat-ubatan untuk merawat kanser dan lain-lain, rambut akan tumbuh semula selepas ubat tersebut dihentikan.

Mereka yang memerlukan rawatan yang lama dan serius ialah pesakit androgenetik alopesia.

Bagi pesakit ini, mereka perlu memastikan jenis atau punca keguguran rambut yang dialami.

Sehingga kini, terdapat hanya dua jenis ubat-ubatan yang diluluskan dan terbukti berkesan untuk merawat masalah androgenetik alopesia iaitu ubat sapu Minoxidil dan ubat makan Finasteride.

Bagaimanapun, individu terbabit perlu berjumpa doktor terlebih dahulu untuk memasti dan mengesahkan masalah yang dialami.

Pada masa yang sama, mereka perlu mematuhi prosedur pengambilan ubat-ubatan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:55 PM | Show all posts




1.
Adakah rambut saya akan tumbuh semula selepas gugur?Jawapan:
Jika folikel rambut adalah sihat, rambut akan tumbuh semula seperti dalam kitar rambut yang normal. Fasa pertumbuhan dan fasa rehat rambut adalah antara kira-kira 3 hingga 5 tahun. Dengan kata lain, setiap helai rambut akan diperbaharui dalam tempoh itu. Apabila rambut berada pada fasa rehat, sehelai rambut baru akan berkembang ke fasa pertumbuhan. Sebaik sahaja rambut baru mencapai kulit kepala, rambut lama akan gugur supaya rambut baru boleh tumbuh.

Selagi folikel rambut adalah sihat dan aktif, rambut akan terus berkembang dan tumbuh. Ini adalah kitar pertumbuhan rambut yang sihat. Rambut memerlukan nutrien dalam aliran darah untuk pertumbuhan baru. Jika folikel rambut menjadi kurang aktif atau mati, ia tidak akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sel rambut baru. Ini akan menghentikan pertumbuhan rambut baru.

Dalam keadaan yang lain, jika kebolehan folikel untuk menumbuhkan rambut mula merosot, aliran darah akan berkurangan dan menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya dan cepat. Lama-kelamaan, ini akan menyebabkan kebotakan.

2.
Adakah keguguran rambut yang berlaku setiap hari normal? Jawapan:
Orang Asia mempunyai kira-kira 100,000 helai rambut. Keguguran 50 hingga 100 helai rambut sehari dianggap normal. Jika anda mendapati rambut gugur semasa membasuh atau menyikat rambut, jangan bimbang. Apabila anda mendapati keguguran rambut anda adalah lebih daripada 100 helai sehari, kulit kepala anda berminyak, kulit kepala anda sangat gatal, terdapat emping-emping putih pada bahu dan anda kehilangan banyak rambut pada bahagian tertentu pada kulit kepala, anda perlu bertindak!

Anda perlu mendapatkan bantuan dengan cepat. Atasi masalah rambut anda dengan bantuan pakar rambut yang profesional!

3.
Kenapakah rambut yang sihat kelihatan berkilat?Jawapan:
Rambut yang berkilat menandakan kesihatan sel yang terletak pada lapisan epidermis kulit kepala. Apabila sel-sel ini berada pada tahap yang paling lutsinar dan kebanyakannya merupakan sel korneum yang terkumpul, sinaran matahari akan terbayang daripada permukaan rambut. Pembayangan ini menentukan tahap kilat yang akan hadir pada rambut. Kilat rambut adalah hasil daripada cahaya yang dibayangkan oleh batang rambut masing-masing.

Semakin halus permukaan rambut, cahaya yang dibayangkan akan kelihatan lebih banyak. Rambut berkilat apabila sel korneum adalah sebaris dan helaian rambut adalah selari antara satu sama lain. Jika rambut telah rosak, sel-sel tidak akan berada dalam barisan dan rambut akan kehilangan kilatnya. Kekasaran yang berterusan ke atas rambut akan melusuhkan kutikel dan mendedahkan lapisan kedua rambut, iaitu korteks. Ini boleh menyebabkan hujung rambut bercabang dan rambut akan kelihatan kasar dan kusam.

Lama-kelamaan rambut akan gugur. Jumpalah pakar rambut profesional hari ini untuk mengetahui lebih tentang penjagaan rambut anda.

4.
Bolehkah pencucian yang kerap menyebabkan keguguran rambut?Jawapan:
Ramai orang sangat prihatin malah sesetengah pula sangat risau tentang masalah rambut. Sesetengah orang pula mempunyai salah tanggapan bahawa semakin kurang anda mencuci rambut, semakin kurang rambut yang akan gugur.

Kelenjar minyak kulit kepala merembeskan paling banyak minyak. Jika rambut tidak bersih sepanjang masa, minyak yang berlebihan akan bercampur dengan kotoran dan terkumpul pada kulit kepala sehingga menyebabkan kelemumur dan seterusnya keguguran rambut. Oleh itu, kebersihan memang memanfaatkan rambut.

Peredaran darah pada kulit kepala juga boleh diperbaiki untuk membantu mengelakkan keguguran rambut. Jika anda ingin mengetahui lebih tentang berapa kerap rambut perlu dicuci dan mengapa, dapatkanlah nasihat pakar yang profesional.

5.
Rambut saya semakin jarang dan juga kurang. Saya boleh nampak kulit kepala saya dan terdapat banyak kelemumur. Rambut saya juga gugur. Apakah yang perlu saya buat? Jawapan:
Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh. Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak.

Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.

Jika anda mengalami masalah ini, perkara yang perlu dilakukan ialah mendapatkan bantuan profesional. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk menangani masalah rambut.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:56 PM | Show all posts

6.
Kadang-kadang pemakaian topi dan topi keledar yang terlalu ketat boleh menyebabkan kegatalan. Adakah keguguran rambut juga akan berlaku?
Jawapan:
Bagi lelaki, ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keguguran rambut. Topi yang dipakai terlalu ketat boleh mempercepatkan keguguran rambut. Biasanya, anda tidak akan berasa gatal semasa memakai topi atau topi keledar. Jika anda mengalami kegatalan yang berterusan, lebih baik anda pergi mendapatkan konsultasi profesional. Dapatkan pengimbasan rambut yang terperinci.

Masalah rambut biasanya berlaku apabila terdapat masalah pada kulit kepala.

7.
Adakah seorang anak perempuan akan mewarisi masalah penipisan rambut bapanya?
Jawapan:
Ini berkemungkinan berlaku. Oleh itu, anda patut memastikan keadaan kulit kepala dan rambut anda sihat dengan menjaga kebersihannya serta memastikan jenis produk yang digunakan sesuai untuk rambut anda. Sebaik sahaja masalah rambut timbul, carilah profesional yang bertauliah untuk memeriksa masalah itu.

Masalah rambut wanita lebih mudah ditangani berbanding dengan lelaki.

8.
Kulit kepala saya sangat berminyak. Bolehkah saya menyingkirkan minyak itu jika saya mencuci rambut setiap hari?
Jawapan:
Mencuci rambut anda setiap hari boleh mengurangkan perembesan sebum tetapi itu bukanlah penyelesaian sebenar kepada keadaan yang anda hadapi, iaitu "sindrom kulit kepala berminyak."

Puncanya ialah keradangan, folikel yang tersumbat, pengurangan atau peningkatan yang mendadak pada berat, tekanan atau penggunaan produk rambut yang tidak betul atau tidak sesuai pada masa yang panjang. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan goreng, ambil suplemen Vitamin C, minum lebih banyak air dan jangan berjaga sampai lewat malam. Jika masalah rambut anda masih tidak dapat diatasi atau menjadi semakin teruk, dapatkan konsultasi profesional dengan serta-merta.

Kulit kepala berminyak boleh membawa kepada keguguran rambut yang banyak jika tidak dirawat dengan cepat atau betul.

9.
Adakah keguguran rambut merupakan masalah orang tua?
Jawapan:
Keguguran rambut bukanlah masalah orang tua pada masyarakat kini yang penuh dengan perubahan. Terdapat lebih ramai orang yang berumur antara 15 hingga 20 tahun yang mula mengalami masalah keguguran rambut. Pakar mengatakan bahawa pembelajaran dan pekerjaan menimbulkan tekanan yang banyak.

Selain itu, tidak cukup tidur, pengambilan terlalu banyak makanan yang memanaskan badan atau makanan pedas dan pewarnaan rambut yang kerap merupakan 3 punca biasa keguguran rambut pada orang muda hari ini. Pakar rambut profesional telah menegaskan bahawa jika anda mengalami keguguran rambut, walaupun tidak serius, dapatkan rawatan dengan serta-merta. Penantian tidak akan dapat memperbaiki keadaan.

Penangguhan rawatan mungkin akan membawa kepada keguguran rambut yang berkekalan apabila umur anda semakin meningkat.

10.
Bolehkah pembelian produk pada rak jualan membantu menghapuskan masalah rambut saya?
Jawapan:
Kebanyakan orang yang mengalami masalah keguguran rambut mempunyai tanggapan bahawa mereka boleh membeli apa-apa jenis produk penjagaan rambut di rak jualan atau dari farmasi dan produk-produk yang dikatakan ajaib itu boleh mengatasi masalah rambut mereka. Sebenarnya, terdapat banyak jenis masalah rambut yang berbeza yang disebabkan oleh faktor-faktor yang berlainan, termasuk faktor dalaman dan faktor luaran.

Jika rawatan yang sesuai tidak diberikan, masalah rambut itu mungkin tidak dapat diatasi pada masa akan datang. Jangan membelanjakan wang yang banyak ke atas produk tanpa memastikan sama ada produk itu sesuai untuk anda atau tidak. Hanya pakar yang profesional tahu jenis rawatan dan produk yang sesuai untuk jenis rambut anda.

Dalam masa yang singkat, anda akan dapat mengatasi masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang sihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 06:26 PM | Show all posts
aku ni pun ada masalah dengan rambut depan aku ni dah jadi macam botak kat depan dia.boleh ke jumpa pakar kulit ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 06:57 PM | Show all posts
kalo bele rambut panjang. kene slalu mandi. bersihkan kulit pale. pasal klemumur mmg susah sket nak bersihkan bila rambut kite panjang dan lebat. panas pon mungkin satu sbab.
aku pnah kene. pastu orang syorkan aku botakkan kepala licin. wah ringan seh. rasa cam nak telompat lompat rascal gitu. padanla aku ngk ramai dak nakal kepala dierang botak. rupenye sbab rasa ringan dan darah kat otak jalan laju.

lepas da botak ni takde lg gugur.
ni pemerhatian aku je la. tak rugi pon kalo gunting botak ye x?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 09:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by hakimi_09 at 13-6-2010 09:29

cam mana nak settlekan rambut gugur ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 12:18 PM | Show all posts
maybe awak stress, saya rasa awak kena elakkan sentuh rambut awak. housemates saya pon ada masalah keguguran rambut jugak, orang perempuan kan rambut pun panjang2, rambut dia gugur tu boleh dikumpul dan dibuat jalinan karpet lagi. penat hari-hari saya kena vacuum lantai lepas balik kerja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080180 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list