CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rifa0710

[merged]Pengalaman mistik di hutan,latest by feyo

[Copy link]
Post time 31-1-2009 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by LLM at 28-1-2009 06:59 PM
Aku baru je balik lepak kat sana. Hutan ni ada sejarah tak? Aku lepak sorang-sorang sampai pukul 6 lebih. Rasa semacam aje. Macam ada orang ke apa kat celah celah pokok. Masa aku ambik gambar den ...


antu2 tu dah takder tempat nak "bermain"...sbb sekeliling penuh ngan bangunan2...tu yg dok semunyik2 kat bukit nenas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 06:21 PM | Show all posts
dia nak kawan tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 06:50 PM | Show all posts
sape kate tmpat sibuk xde antu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 08:49 PM | Show all posts
bdak2 skolah sane relax aje kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:38 PM | Show all posts
ada sesuatu gak ka situ? tapi stesen dang wangi tuh pun aku rasa macam sesuatu gak..sunyi semacam
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 10:45 AM | Show all posts
kita yg rase n merasakan sesuatu...

antu2 nk lepak aje situ..udah komplex2 ade remaja2 aneh...bwh2 jambatan ade antu2 gian...dorg lpak la bukit nanas...

smua itu adalah ilusi..hik2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2009 01:08 PM | Show all posts

Reply #13 UnicornBerapi's post

Betul,,ada kawanan monyet warna kelabu dengan berjambul putih...aku tak rasa ia comel..tapi lawa..dan yang buat aku tertanya-tanya, kenapakah bulunya begitu bersih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 01:20 PM | Show all posts
Lepas Bukit Nenas ditarah...kat mana lagi yek antu2 ni nak melepak???Tingkat 88 KLCC plak kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 03:26 PM | Show all posts
ada pokok nenas x kat ctuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:49 PM | Show all posts

Reply #24 sosimple's post

ada..dia panjang menjulang ke atas..pastu waktu malam dia berlampu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 10:02 PM | Show all posts

Reply #25 eastrun's post

tugu nenas ker...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:22 AM | Show all posts
ada ambik gambar ek..nampak smthing ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:36 AM | Show all posts

Reply #26 sosimple's post

bukan la..Menara KL...kan dia punya yang atas tu nampak macam nenas...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 12:12 PM | Show all posts

Reply #28 eastrun's post

laaaaaahhhh!!... mana de nenas kurus pnjg mcm tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 08:16 PM | Show all posts

Reply #28 eastrun's post

Erhhhhhh......yo o je ko ni east...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 12:04 PM | Show all posts
itu smua hanya ilusi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2009 11:28 AM | Show all posts

Kisah-kisah mistik di hutan

Batang balak jadi ular

Terlalu banyak rahsia hutan dan ilmu berburu disimpan dalam ingatan lelaki yang digelar Tok Yaman ini. Ia termasuklah kisah seekor rusa yang kembali bangun dan berlari, sedangkan ia sudah pun ditembak dan hampir disembelih.





Tok Yaman seakan-akan segan pada mulanya untuk ditemu ramah. Dalamnada merendah diri, berulang kali dia mengatakan bahawa dirinya tiada pengalaman menarik mengenai ilmu berburu. Begitupun, dia masih peramah mempelawa EKSTRA bertamu ke kediamannya yang terletak di pinggir bandar Mersing, Johor itu.

"Saya ini pencen pegawai kerani sahaja. Lihat itu, 36 tahun, enam bulan dan dua hari dalam tugas. Itulah saja yang dapat dibanggakan,"katanya tersenyum sambil menunjukkan sijil penghargaan perkhidmatan oleh kerajaan negeri Johor yang dibingkaikan di dinding ruang tamunya.

Sebenarnya, bagi pemilik nama sebenar Mohd. Yaman Hassan Basri, 76,sepanjang tempoh itu jugalah dia 'dipancing' teman-teman sekerja untuk berjinak-jinak dengan dunia perburuan.

Fitrah tugas yang berpindah lokasi dan profil jabatan daripadapejabat daerah, pejabat tanah dan pernah bersama pasukan Mergastua(kini Perhilitan) sudah menjadi suatu yang biasa. Tok Yaman akhirnya mendapat kelulusan dalam permohonan pemilikan senjata api pada tahun1957.

"Pistol Steven, itulah senjata api pertama saya. Itu pun saya dapat atas bantuan Pegawai Daerah Kluang ketika itu, Datuk Suleiman Mohd.Noor yang membelikannya pada harga RM85.

"Sejak itu, saya sering mengikutnya menembak di hutan sekitar Kluang," imbas bapa kepada tiga orang anak itu.

'Bertatih' dengan pengalaman awal membawa pulang ayam atau burunghutan, Tok Yaman bersama teman-teman Mergastua
mula meredah jauh kedalam perut rimba.
DARI KIRI: Penekut burung dan pemipit rusa; racik yang sudah diharamkan penggunaannya; serta pemipit kijang.


TOK YAMAN membuat demonstrasi cara menekut yang dikhuatiri mengundang kehadiran  'sesuatu' yang lain daripada burung wak-wak.

Awalnya hanya dengan melihat-lihat, Tok Yaman kemudian mendapat kepuasan melalui lepasan das pertamanya.

Teruja setiap kali menyertai kumpulan pemburu berpengalaman, genggaman pistol kecil Tok Yaman adakalanya berganti laras senapang.Pada musim tertentu, hasil buruan pun semakin besar jadinya. Napuh,kijang dan rusa antara yang pernah ditundukkan dan dilapah bersama.

Sehingga Tok Yaman berhenti berburu pada tahun 1985, dia mengakui sudah menembak kira-kira 300 ekor kijang di beberapa lokasi berburu.

"Menghadiri jemputan istana menemukan saya dengan adinda Sultan Johor iaitu Almarhum Tengku Abdul Rahman. Ada yang memberitahu beliau tentang pengalaman saya. Almarhum sudi mengajak saya menemaninya berburu.

"Almarhum sangat baik hati dan pemurah. Kalau membawa saya dan teman-teman lain bersama, tidak pernah kami pulang tanpa diberi wang sagu hati. Setiap seorang akan dihulur RM100," katanya yang pernah menjadi rakan sekolah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd. Seth.


MENURUT Tok Yaman, ada  banyak cerita mistik yang dikaitkan dengan burung wak-wak.




Bertanya tentang peralatan lain yang pernah digunakan Tok Yaman ketika aktif berburu dahulu, dia tidak lokek membuka simpanan lamanya yang terdiri daripada pemipit rusa, pemipit kijang dan penekut burung.Sekali ditiup mengikut caranya, alat-alat pemanggil haiwan dan unggas itu masih berbunyi nyaring.

"Pemipit rusa yang dibuat daripada daun nyalas ini kalau ditiup,rusa sejauh lima rantai pun boleh mendengar. Ia akan berlari deras mengejar bunyi ini. Selalunya yang datang ialah rusa betina. Tunggu apalagi, kami tembaklah!" terangnya.

Bagi menunjukkan cara menangkap burung wak-wak, alat penekut itu ditiup oleh Tok Yaman. Alunan bunyi yang lunak itu boleh 'memukau' burung-burung berdada putih untuk mendekati jerat seumpama menyerah diri.

"Ada yang guna burung pemikat ataupun memasang racik. Tetapi alat-alat itu sudah diharamkan penggunaannya oleh pihak Perhilitan.Tentang penekut buluh ini pula, saya sudah tidak berani meniupnya,"kata Tok Yaman sambil menggeleng kepala.


CERITA rusa tidak lut peluru bukan lagi dongengan pemburu.

Apabila diajukan pertanyaan tentang reaksinya itu, suami kepadaRusmah Mohamad, 55, ini memberitahu bahawa ramai yang sudah takut hendak menggunakannya.

"Macam-macam boleh jadi. Orang yang biasa menggunakannya pun tahu.Panggilan bunyinya 'berhantu'. Kalau nasib tidak baik, bukan burung yang datang, tetapi kita diganggu jin dan syaitan."

Tok Yaman sempat membuka sebuah cerita lama, iaitu tentang dirinya yang pernah jatuh pengsan selepas 'berdendam' dengan seekor ayam hutanyang berkali-kali ditembak namun tidak mengena.

"Ketika itu waktu Maghrib. Saya mahu pulang tetapi tetap inginkan seekor ayam hutan jantan yang masih belum dapat ditumpaskan. Saya terdengar ia berkokok tiga kali lalu menembaknya buat kali terakhir," ujarnya yang bergegas mahu menyembelih ayam seraya itu yang diyakini terkena peluru.


AYAM hutan pernah menyebabkan Tok Yaman jatuh  'pengsan' ketika hendak menyembelihnya.




Tatkala mata pisau hampir menumpahkan darah ayam itu, Tok Yaman jatuh pengsan. Dia cuma sedar kemudian apabila abu bakaran bulu ayam hutan disapu ke mukanya oleh seorang pemburu lain. Dia mendapati dirinya sudah terbaring di dalam rumah. Ayam hutan itu pula tiada khabar tentangnya.

Selain ayam hutan, rusa juga menurut Tok Yaman bukan buruan yang mudah diimpi untuk dikongsi nikmat dagingnya di meja hidangan.

Pada satu malam, dia bersama rakannya pernah menembak jatuh seekor rusa besar. Saat mahu disudahkan dengan syarat sembelihan, rusa itu bingkas bangun dan kembali berlari ke dalam hutan. Tok Yaman hanya terkebil-kebil tidak percaya.

"Pernah juga satu masa dulu saya menembak seekor rusa yang langsung tidak berganjak dari tempatnya. Tujuh das semuanya dilepaskan namun ia langsung tidak lari. Setiap kali ditembak, badan rusa itu mengeluarkan asap," imbasnya bersungguh.

Rusa yang sama diburu pada malam berikutnya. Seorang rakan yang tidak berpuas hati ingin menduga kemahirannya. Saat kelibat rusa itu dilihat di sekitar kawasan yang sama, rakan Tok Yaman bersedia untuk menjatuhkannya.

"Namun, setiap kali hendak menarik picu senapang, teman saya itu terasa seperti hendak sangat membuang air besar. Perkara yang melengahkan niat pemburu itu terjadi berulang kali sementara rusa itu sekadar memandang dari kedudukannya," kata Tok Yaman sedikit ketawa.

Akhirnya niat mereka hendak memburu dilupakan tatkala melihat seekor ayam hutan datang bertenggek di badan rusa itu. Ia berkokok seolah-olah memberi amaran.

"Itu petanda kurang baik. Kami pulang sahaja malam itu tanpa meneruskan hajat berburu," ceritanya.

Tok Yaman tidak berhenti membuatkan krew EKSTRA meremang bulu roma apabila bercakap tentang kisah selanjutnya.

"Saya bersama dua rakan sedang duduk di atas sebatang balak yang tumbang pada malam hari sambil menunggu kelibat haiwan buruan. Kamitiba-tiba merasakan suatu keanehan apabila mendapati batang balak itu bergerak perlahan ke samping.

"Apabila meraba tempat duduk kami, terasa seperti ia bersisik, lembut dan sejuk," ujarnya yang tidak dapat membayangkan betapa besarnya 'makhluk' itu, kalau benar ia menyerupai seekor ular.

Bagai hendak gugur jantung dibuatnya, mereka lari lintang pukangmeninggalkan tempat itu. Peliknya, pada keesokan siang apabila tempatitu dituju semula, yang kelihatan hanyalah sebatang batang balak danbarang-barang milik mereka yang berselerakan.

"Sebenarnya setiap yang ada di hutan ada penjaganya. Kita perlu berwaspada dan tidak boleh lupa tujuan kita berburu. Bukan untuk berseronok atau bermegah, cukuplah untuk sekadar mencuba pengalaman,"pesannya.

Meskipun semua cerita itu sudah berlalu dan peralatan seperti penekut, pemipit dan racik itu sudah tidak digunakan, Tok Yaman masih menjaga rapi dan menyimpan peralatan itu sebagai kenang-kenangan.

Semua itu akan selalu menjadi topik cerita yang merapatkan hubungan antara isteri dan anak cucu, saudara-mara atau kenalan Tok Yaman.

Pastinya mereka tidak jemu mendengar kembali kisah kerabat istana yang pemurah, rusa yang tidak lut peluru, serta batang balak yang bertukar menjadi ular besar.

[ Last edited by  Syd at 29-5-2009 11:08 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 12:12 PM | Show all posts
aku suka baca  buku2 tok awang ngah
pun banyak lagi simpan lagi ni

korang ingat tak satu poremer, arnabkiut..
dia pun rasanya ada buku2 ni

dalam buku2 tu TAN, share citer2 ttg mistik hutan, badi haiwan2 di hutan,
pantang larang petua semua tu la..

nanti aku godek2 buku tu balik...dan share citer2 yang dia tulis..
mmg menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 01:10 PM | Show all posts
pjg sgt

tp rsnye rusa kan ada abiliti me'mati'kan diri sendiri sbg muslihat menghadapi musuh? kdg sampai dihurung lalat bagai.

psal cite balak tukar jadi ular.. yg ni penah dengar crite atok  belah mama. dia keje polis hutan. duduk tas 'balak' upernya ulaw sawa yg beso.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 03:19 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Dasat pakcik nih.sampai 300 over binatang kijang yg dah dibunuhnya. Ku cadangkan sekarang ni dia buat farm utk kijang & rusa pula sebagai ganti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.283612 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list