View: 7852|Reply: 33
|
Bedak Talkum Undang Maut?
[Copy link]
|
|
amek dr Otosan Malaysia....
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"engguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak tau dah pernah heboh ke tidak sblm nih bende nih....tp aku baru aje tau nih....serem plak...selamber derk jer tonyoh bedak kt anak aku....aku kdg guna gak kt tmpt2 tertentu...
Nauzubillahminzalik....
[ Last edited by melia_star at 18-2-2009 03:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
First time bukak benang kt CI...hoyeyyyy.... |
|
|
|
|
|
|
|
uikk ye ke.... tetiap ari anak aku dok main bedak baby ni.. anak aku ni selagi tak gebu muka dia.. selagi tu la dok tonyoh bedak ni.... risau plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
talkum sejenis mineral..CAP lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afzanieza at 18-2-2009 03:51 PM
uikk ye ke.... tetiap ari anak aku dok main bedak baby ni.. anak aku ni selagi tak gebu muka dia.. selagi tu la dok tonyoh bedak ni.... risau plak....
anak aku suka main debu2 bedak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baiklah memang susah nak guna bedak sebab Meya lebey suka guna baby oil.
Kena bagitau kat sume orang nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kawasakininja at 18-2-2009 03:55 PM
talkum sejenis mineral..CAP lagi..
kenapa? bukan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Terus belek2 bedak Enchanteur dengan Johnson&Johnson tuh ..takde tulis kandungannya ler.
Kalau bedak Agnesia tuh ada ler ..kandungannya Zinc Oxide,Chlorhexidine HCL.
So camner tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
salam perkenalan
Ada baca paper pasal bab ni. Sebenarnya sebagai ibu yg ada anak pengidap kanser saya mmg tau pasal benda2 ni. Masa anak saya dirawat kat hospital saya byk beli dan baca buku2 dan majalah keluaran Persatuan Pengguna P Pinang.
Kalau nak ikutkan semua benda yg ada kat sekeliling kita merbahaya. ada jer bahan kimia yg boleh menyebabkan kanser. makanan bayi, bedak, syampu, sabun, ubat gigi dan mcm2 lagi. Semuanya jenama terkenal spt pantene, rejoice, barangan baby johnson, makanan bayi gerber dan ubat gigi berflorida.
kalau nak ikutkan tak de satu pun yg benar2 bebas bhn kimia. jadi saya pun mula keliru.... kalau semuanya tak boleh.... apa yg kita nak pakai... syampu tak boleh...sabun tak boleh...ubat gigi pun tak boleh
jadi saya amik pendekatan yg mana saya boleh elak saya akn elak. cthnya ubat gigi berflorida boleh menyebabkan kanser so saya pilih yg tak ada florida. saya mmg tak pakaikan bedak kat anak2 saya dr dulu lagi. pakai minyak masak je kat private part dia.
Bab syampu plak jgn syampu rambut kerap sgt sbb saya tak jumpa lagi syampu yg bebas bhn kimia. kalau nak info pasal benda2 ni bolehlah langgan utusan pengguna. yg mana boleh ikut.... ikut lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kawasakininja at 18-2-2009 03:55 PM
talkum sejenis mineral..CAP lagi..
asbestos pun mineral jugak.
aku rasa ada silap quote agaknya. mungkin dia maksudkan ialah asbestoz-size talc grain.
ataupun, serbuk talkum bersaiz seperti asbestos (dalam industri). bukan maksud dia talc=asbestos. |
|
|
|
|
|
|
|
lenkali bgtau la brand dia..senang org nk pilih kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 18-2-2009 04:20 PM
asbestos pun mineral jugak.
aku rasa ada silap quote agaknya. mungkin dia maksudkan ialah asbestoz-size talc grain.
ataupun, serbuk talkum bersaiz seperti asbestos (dalam industri). b ...
takkan depa silap...kan depa ada kaji jugak....takkan depa suka suki jer nk 'haram'kan sesuatu produk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tekken at 18-2-2009 04:30 PM
lenkali bgtau la brand dia..senang org nk pilih kan...
tula pasai...selalu nk selindung dlm bab nih...umum je kan senang....tak paham la aku...ker ada akta2 tak kasi umum kt soratkabar.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|