CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Tapak Pra-sejarah di Lembah Bujang Ditemui -

[Copy link]
Post time 8-3-2009 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by annoy_you at 7-3-2009 19:17
selain dari kedah, kurator tak berminat nak korek tempat lain ka?


Lebih tepat Ahli Arkeologi.Tu yang dok korek kat Lenggong dan Kuala Gula kat Perak tu.Cuma setakat ini tempat yg menunjukkan wujud aktiviti berskala besar adalah Lembah Bujang kerana wujud bukti purba spt tempat melebur besi,Masjid dan lain-lain lagi.Tempat spt Kota Tampan dan Kuala Gula pula lebih kepada penempatan awal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2009 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 7-3-2009 01:57
Adakah Lembah Bujang ni pernah ibu negeri Kedah semasa pemerintahan Raja Bersiong dulu?


Ibu Negeri(Negara?) Kedah banyak dah berubah-rubah mengikut kehendak Raja or Sultan dan juga kesesuaian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2009 01:21 PM | Show all posts
klau p candi lembah bujang bukan saja boleh tgk artifak2 sejarah kat muzium dia n melawat tapak2 sejarah tu...boleh bermandi manda dekat ayeq terjun kat situ lagii..
beshhh ooo...ayeq dia sejukk jaa..ayeq yg mengalir dr gunung jerai
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 07:20 PM | Show all posts
Blue Print Pembangunan Lembah Bujang Diperlukan

ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Satu blue print pembangunan Lembah Bujang - sebuah penempatan kerajaan Melayu tertua di Malaysia berusia kira-kira 1,700 tahun perlu disediakan bagi membantu dunia mengetahui tentang kewujudannya.

Penyebaran pengetahuan terkini tentang perkembangan penyelidikan serta peta taburan tapak-tapak arkeologi di lembah itu kepada dunia luar akan membantu aspek pendidikan, pemeliharaan, pemuliharaan dan pelancongan budaya.

Menyedari kepentingan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA); bersama Pusat Warisan Seni Melayu, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknloji Mara (UiTM); dan Ikatan Ahli-Ahli Arkeologi Malaysia, menganjurkan Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang selama dua hari mulai Selasa depan.

Menurut kenyataan media UKM di sini Jumaat, seminar itu juga bertujuan mengumpul penyelidik dan pengakaji Lembah Bujang sebagai disiplin dan menyediakan pentas kepada mereka untuk berbincang supaya masyarakat Melayu dan dunia sedar kewujudan kerajaan Melayu tertua dengan nama Kataha/Chieh Cha/Kadaram/Kidaran dan warisannya.

Selain tiga tokoh yang akan menyampaikan ucaptama, 13 kertas kerja dan empat kertas plenari akan dibentangkan pada seminar itu dari UKM, UiTM dan Persatuan Sejarah Malaysia, tambah kenyataan itu.

Seminar tersebut terbuka kepada orang ramai akan berlangsung di Hotel Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani dengan bayaran RM50 seorang dan RM25 bagi pelajar pascasiswazah.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Suhada Nur Abdul Rahman (03-89215285) atau UiTM (03-55442809).

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 04:26 PM | Show all posts
Kompleks Dan Monumen Sejarah Lembah Bujang Ditutup Sementara

SUNGAI PETANI, 29 Julai (Bernama) -- Kompleks dan monumen bersejarah di kawasan Lembah Bujang di Merbok dekat sini ditutup sementara untuk lawatan orang awam mulai Ogos ini.

Penolong Kurator Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Nurul Azlida Ghozali berkata, penutupan sementara itu ekoran kerja-kerja penyelenggaran, pengurusan dan keselamatan.

Antara tempat bersejarah yang ditutup sementara itu ialah makam Sultan Muzafar Shah, kompleks pencandian dan candi-candi di luar kawasan lembah itu.

"Kita terpaksa menutup sementara dan pelawat tidak dibenarkan masuk sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak," kata beliau kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata bagaimanapun bangunan Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah tamadun Empayar Sri Vijaya dan kerajaan Kedah Tua dibuka seperti biasa kepada pelawat.

Katanya, orang ramai atau ejen pelancongan yang telah membuat cadangan lawatan ke kawasan Lembah Bujang boleh menghubungi pejabat muzium menerusi talian 04-4572005 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 10:39 AM | Show all posts
terbuktilah bahawa gunung jerai dlu nya sebagau pulau serai....pelabuhan maritim yg terunggul di dunia.....

dlu slalu p mandi ayaq terjun sana....kpg toknek kat merbok tuh tak jauh dah... kbnykan org situ tak pnggil lembah bujang...tp batu pahat... ehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2009 10:42 AM | Show all posts
tepi jalan ke tempat dijumpai ni.. pernah nampak penggali2 kat area kelapa sawit, tepi jalan utama masa balik dari tg dawai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:28 PM | Show all posts
Menarik..... Jadi anak Kedah ni buat aku bangga pasai banyak warisan dok terpendam dalam negeri ni...... Aku ada melawat muzium Lembah Bujang..... Dulu2 ada ayaq terjun tang tu.... tapi lani xthu dak ada ka dak lagi.... Rasanya terkambus dah......



sumber: www.mykedah.org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 02:35 PM | Show all posts
Makam Sultan Muzaffar Syah, Kedah ada kat Merbuk gak.... Tak jauh la daripada kawasan Chandi pecah-pecah tu... Ada satu catatan India tulisan G.K.Rajasuriyar kata Kedah terpaksa menyembah ke India bila nak bebaskan diri daripada cengkaman Maharaja Srivijaya yang kat Palembang sana..... Raja Kedah waktu tu mintak tulung Raja Keling..... Lepas tu orang Kedah kena jadi Hindu sat......







Ada tiga lagi makam lain di samping makam Sultan Muzaffar Syah kat kawasan tu. Kemungkinan kaum kerabat Sultan tu jugak.

sumber gambar:
1. donribwan.blogspot
2. beruangmadu.com
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:43 PM | Show all posts
Tapak Chandi Bukit Batu Pahat



Tapak Candi Pendiat

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:58 PM | Show all posts
30# genot

satu kisah yang baru pertama kali hird dengar. jadi hird boleh dgn yakin pegang kenyataan bahawa kedah tua asalnya adalah beragama Islam? sebab itu ke ada penemuan baru di lembah bujang iaitu mesjid purba?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 04:17 PM | Show all posts
Katanya penemuan runtuhan masjid kecik kat situ bersebelahan dengan runtuhan Candi....... Candi-candi tu cuma untuk kegunaan orang berdagang jah.... Penduduk asal situ asalnya beragama Buddha-Brahman bukan beragama Hindu. Mula kurun ke-8 M  lagi dah ada orang Islam di Kedah Tua sebab kemasukan pedagang Islam walaupun raja Kedah waktu tu tidak menganut Islam lagi dan Kedah waktu tu bawah pengaruh Srivijaya, ni berdasarkan penyelidikan persendirian saya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 07:01 PM | Show all posts
Katanya penemuan runtuhan masjid kecik kat situ bersebelahan dengan runtuhan Candi....... Candi-candi tu cuma untuk kegunaan orang berdagang jah.... Penduduk asal situ asalnya beragama Buddha-Brahman  ...
genot Post at 14-9-2009 16:17


boleh share pneyelidikan genot tuh? sat...sat....merasa hird pm genot lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 08:13 PM | Show all posts
Bagi mengelakkan kekeliruan, negeri Kedah mula menjadi kerajaan berasingan daripada Langkasuka selepas kurun ke-6 M.

Raja Langkasuka yang terakhir di Kedah namanya adalah Ramaniubha digelar sebagai Bhaghadatta........ Ada batu bersurat mengenainya di Cheruk Tok Kun di Bukit Mertajam. Baginda ni mangkat sekitar kurun ke-5 M.

Kedah sebenarnya pelabuhan sebelah Barat bagi Langkasuka dan asalnya adalah ibu kota bagi Langkasuka di sebelah Barat. Langkasuka di sebelah Timur saya rasa ibu kotanya adalah Patani atau Kota Mahligai sebelum pindah ke Patani. Benda ni ada diterangkan dalam Hikayat Patani kurun ke-17 salinan semula oleh Syeikh Daut al-Fathani. Anda mungkin boleh carinya dalam selenggaraan Allahyarham Ustaz Wan Mohd Saghir...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 08:19 PM | Show all posts
Nanti jika ada masa, sila berkunjung ke Cheruk Tok Kun melawat batu bersurat di Bukit Mertajam.......... Jadi lepas ni anda boleh mulakan lawatan bersejarah anda dalam negara anda berbanding pergi ke Bali melihat tarian tunjuk ketiak masam {:2_74:}

Anda akan lebih sayangkan negeri Kedah anda yang tercinta ini jika anda berasal dari Kedah, dan kalau bukan asal Kedah pun boleh sama-sama berbangga lah, kita satu negara.





Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:01 PM | Show all posts
kt negara kita mmg byk kisah sejarah dia.. cuma kena byk selongkar.. hani rasa kalau nak kira melancong sambil melawat tpt bersejarah di mesia ni. .. tak terkhatam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 06:29 PM | Show all posts
Penemuan makara menulis semula sejarah Kepulauan Melayu

Kumpulan Arkeologi dan Carigali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat satu penemuan penting dalam menentukan agama asal yang dianuti oleh penduduk awal Kepulauan Melayu.

Pasukan pengkaji ini yang diketuai oleh Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman telah turut dibantu oleh pakar carigali dari Jabatan Warisan Malaysia dan projek ini dibiayai oleh Jabatan Warisan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Tapak carigali tersebut yang terletak di Sungai Mas, Kedah, dipercayai merupakan satu kawasan penempatan di zaman silam yang telah dibangunkan pada abad ketujuh. Yang turut ditemui di situ ialah biji-biji manik, bekas tanah liat serta serpihan tembikar, tempayan granit, batu bersurat dengan ukiran tulisan tamadun Kadaha, runtuhan stupa Buddha serta penemuan terpenting, sebuah makara Buddha.

Penemuan makara ini sekaligus menolak teori awal Indianisasi Kepulauan Melayu kerana makara yang ditemui itu dikatakan telah dibuat pada kurun ketujuh, iaitu lama sebelum agama Hindu diperkenalkan di Kepulauan Melayu oleh para pedagang India. Makara itu mempunyai ciri-ciri Buddha dan ini seterusnya menolak teori bahawa agama Hindu merupakan agama asal nenek moyang kita.

Makara yang ditemui itu dipercayai diperbuat dari sebongkah batu yang diukir dalam bentuk satu makhluk kacukan ikan dan gajah, dua elemen haiwan yang berkuasa di laut dan darat lalu membentuk satu simbol kuasa yang memberi perlindungan kepada para penganutnya, menurut Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi.

Biasanya terdapat sepasang makara, tetapi kumpulan arkeologi yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi hanya menjemui sebuah saja. Beliau berharap akan dapat menemui pasangan makara itu dalam carigalinya di masa hadapan bagi melengkapkan koleksi makara tersebut.

Sungai Mas dipercayai ialah tapak sebuah kerajaan yang pesat berkembang pada masa tersebut. Kewujudan tamadun ini dapat dikesan dan dibuktikan sejak dari zaman prasejarah lagi. Ini juga telah membawa kepada penemuan yang tidak kurang hebatnya; bahawa terdapat sebuah tamadun yang agung sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi menambah, makara Hindu dan Buddha yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah unik dan tersendiri kerana ia tidak terdapat di tempat-tempat lain di seluruh dunia, termasuk di India dan China.

Makara ialah simbol manifestasi oleh penduduk tempatan terhadap unsur ketuhanan serta elemen alam sekeliling mereka. Budaya tempatan, haiwan serta elemen-elemen alam semula jadi diserap ke dalam agama baru mereka supaya dapat disesuaikan dengan penganutnya.

Penemuan makara di Sungai Mas, Kedah oleh sekumpulan penyelidik UKM bukan sahaja hebat, malah mampu mengubah sejarah tanah air kita. Kumpulan carigali ini kini sedang menunggu pelepasan serta tajaan baru untuk menyambung aktiviti arkeologi dan carigali dalam usaha untuk menjejak fakta dan membongkar cerita tentang keturunan nenek moyang di tanah air kita.

http://www.ukm.my/ukmportal/News/berita_makara.htm

Ilustrasi Makara Sungai Mas



Makara Sungai Mas



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 06:42 PM | Show all posts
Buku Ilmiah Tentang Lembah Bujang

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 06:45 PM | Show all posts
Hikayat Merong Mahawangsa



Ha, buku ni masih dalam simpanan genot...... Genot baca buku ni lah..... Ia sebenarnya kisah lisan masyarakat Kedah yang diturunkan secara lisan turun temurun. Mula kurun ke-18 baru ditulis dan dicetakkan...... Ada kisah pembukaan Kedah, dan juga kedatangan Islam ke Kedah. Tapi kalu nak baca, cuba juga bandingkan dengan kajian-kajian ilmiah supaya tak keliru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 06:51 PM | Show all posts
Hikayat lisan lain yang ada di Kedah menceritakan tentang Kedah zaman dahulu kala, macam Hikayat Terung Pipit......... Kalau yang bertulisnya, macam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah karangan Tuk Kerani Arsyad dari Istana Kedah. Nama-nama raja dalam tu berlainan pulak dengan nama-nama raja dalam Hikayat Merong Mahawangsa sebab bunyi dia macam Parsi sikit sedangkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa bunyi macam Siam......

Kalau dalam internet, boleh cuba akses sesawang Sejarah Patani, untuk dapatkan sejarah Langkasuka sebab Langkasuka berkaitan juga dengan Kedah. Penulis buku internet ni namanya Ibrahim Syukri dari Patani....... Selamat membaca kalu rajin dan minat...

http://www.geocities.com/prawat_patani/pengenalan.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.143006 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list