CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5113|Reply: 17

Perpustakaan ‘rumah ke rumah’

[Copy link]
Post time 25-3-2009 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Perpustakaan ‘rumah ke rumah’

KUALA LUMPUR 24 Mac :  Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bakal menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dari rumah ke rumah kepada orang ramai.

Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar berkata, pendekatan unik itu merupakan strategi dalam melaksanakan program perkhidmatan perpustakaan desa yang lebih menarik dan dinamik .

‘’Perkhidmatan ini memberi peluang kepada masyarakat bagi menambah pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan oleh PNM.

‘‘Ia turut bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Bioteknologi 2009 di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Naib Presiden Kanan, Bahagian Perancang dan Strategi Biotech Corp., Mohd. Yazid Abd. Hamid.

Raslin memberitahu, program berkenaan telah berjalan selama sebulan bermula awal bulan ini.

‘‘Petugas-petugas perpustakaan akan pergi dari rumah ke rumah bagi memberi perkhidmatan pinjaman buku.

‘‘Dalam tempoh tersebut, masyarakat menyambut baik perkhidmatan yangdisediakan. Program ini akan diteruskan supaya masyarakat mendapat pendedahan serta memupuk minat membaca bagi semua peringkat umur,’’katanya.

[ Last edited by  Syd at 25-3-2009 10:10 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 08:07 AM | Show all posts
terpikir.... kalau nak pulangkan balik buku... datang umah jugak ke     
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:10 AM | Show all posts
aku bukan nak ckp laa.dulu aku ingat lg ader perpustakaan bergerak yg mcm van tu. sekarang mana pegi?? la ni nak buat perpustakaan rumah ke rumah?? berapa lama bole bertahan?? buat sesuatu biarlah komited dan berterusan. kat sini (u.s) setiap hari jumaat ader perpustakaan bergerak parking kat area tempat tinggal aku. kadang diorg siap bg buku bwk balik (free) utk budak2...kagum aku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:35 AM | Show all posts
oooo...yg tue biase nyer lib state...national lib ader tp rase nyer dh d hentikn sementr waktu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:45 AM | Show all posts
skang ni brp yuran nak jd ahli ek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:38 PM | Show all posts
kalo public library x de kene charge ape2 pon free saje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 01:04 PM | Show all posts

Balas #6 watachiwa\ catat

nak potostat kena byr...

kat library negara pun.... tp ada mesin self-servis
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:13 PM | Show all posts

Reply #6 watachiwa's post

abis tu x kan depa x record kot?
tapi kalau btl2 free....best ooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2009 01:41 PM | Show all posts
Khidmat pustaka desa untuk 1.2 juta penduduk pedalaman
16/06/2009 11:43am

MACHANG 16 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 10:20 AM | Show all posts
aku ingat lagi dulu masa ada perpustakaan bergerak. dia datang dalam sejam or sejam setengah. 1 kad dapat 3 buah buku. aku ada 3 kad. mak, ayah & aku. so dapat pinjam 9 buah buku. berebut dengan adik jantan aku pasal dia pun nak pinjam sama tapi brother tu best. dia bagi je berapa banyak aku nak pinjam.

best betul masa tu sebab perpustakaan bergerak tu datang tempat aku dulu. ye lah... tempat paling ceruk . derang datang sebulan 2 kali. banyak novel2 baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:13 AM | Show all posts
bagus juga idea tu... PNM tu tempat dia sesak sangat, nak pergi tu mimpi ngeri ngan jem... order online, peh tu nak dapat senang, nak pulang tu susah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 07:33 AM | Show all posts

Perpustakaan Internet Bergerak

Post Last Edit by Syd at 22-6-2009 07:38

Membawa Internet kepada anda

Memasuki tahun ke-10 pengenalan perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak, ia bukan sahaja menjadi gedung ilmu kepada  kanak-kanak, bahkan orang dewasa.

izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my">



BERHENTI di sebuah balai raya, beberapa budak kampung mula mengerumuni sebuah bas bersaiz sederhana yang telah diubahsuai.Perkataan Perpustakaan Bergerak yang tertera pada bahagian tepi badan bas sudah jelas menggambarkan isi dalam yang dibawa kenderaan itu.

Sambil masing-masing memegang sekeping kad keahlian, bahan bacaan yang biasanya sedikit berbeza berbanding dengan apa yang disediakan diperpustakaan sekolah, menyebabkan ramai pelajar meminjam buku diperpustakaan mobil itu.


Sebaik sahaja mendapat buku pilihan, kanak-kanak ini akan turun dari bas dan pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang girang. Ini antara memori bagi kebanyakan budak kampung atau pelajar sekitar 10atau 20 tahun lalu bersama sebuah bas bernama Perpustakaan Bergerak.

Awal tahun 2000, apabila ledakan teknologi maklumat berlaku diseluruh dunia tidak terkecuali di negara ini, Perpustakaan Bergerak dikebanyakan negeri juga mengalami transformasi. Kerajaan negeri Melaka sebagai contoh melengkapkan Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kemudahan Internet pada 2001.




Bagaimanapun, menjadi antara Perpustakaan Bergerak paling awal melengkapkan bas mobil mereka dengan kemudahan melayari Internet adalah Perpustakaan Kuala Lumpur yang memulakannya pada tahun 2000.

Menerusi Perpustakaan Internet Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile Internet Unit (MIU), gedung ilmu mobil itu menyambut ulangtahunnya yang ke-10 pada tahun ini.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Anwar Mohd. Zain, idea mewujudkan MIU dicetuskan oleh pihak MIMOS Berhad (Mimos) tetapi dilaksanakan oleh Perpustakaan Kuala Lumpuryang terletak di Jalan Raja, Kuala Lumpur.

"Kami tidak teragak-agak bekerjasama dengan Mimos kerana usaha ini dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang celik teknologi maklumat (IT).


"Pada peringkat awal, MIU hanya menggunakan dua buah bas yang telah diubahsuai. Namun melihat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan kawasan komuniti, kami menambah dua buah bas yang baru,"jelas Anwar yang turut memberitahu Perpustakaan Kuala Lumpur bakal mengeluarkan dua buah bas yang baru pada Julai ini dan dijangka memulakan operasi pada Mac 2010. Penambahan itu menjadikan bilangan MIU sebanyak enam unit.


KEHADIRAN MIU boleh mengelakkan remaja melepak di kafe siber. - Gambar hiasan

Memandangkan anggaran keluasan kedua-dua jenis kenderaan ini adalah 8.2 kaki (lebar) dan 31 kaki (panjang), antara enam hingga tujuh buah meja untuk komputer riba diletakkan di dalam perpustakaan mobil itu,selain kira-kira 3,000 naskhah buku. Rutinnya, perpustakaan bergerakini beroperasi di sekitar sekolah Kuala Lumpur, mengikut saranan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, jentera itu juga mengunjungi kawasan perumahan disekitar Kuala Lumpur yang telah memohon untuk mendapatkan khidmatnya dari Perpustakaan Kuala Lumpur.

Mengikut jadual lokasi perkhidmatan MIU, biasanya, perpustakaan bergerak itu singgah dua minggu sekali di sekolah dan sebulan sekali dikawasan perumahan.

Ini kerana mereka menyasarkan kumpulan pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru dan komuniti masyarakat di sesebuahkawasan perumahan.

Kelompok komuniti pula terbuka kepada kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan warga emas yang ingin merasai pengalaman menerokai dunia IT.

Walaupun kos proses pengubahsuaian sesebuah bas mencecah RM400,000 dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan terbaik, tetapi keahlian perkhidmatan ini adalah percuma.

"Setiap pengunjung diberi masa 30 minit untuk mengakses Internet. Segala bahan rujukan atau info yang diperoleh menerusi Internet boleh dicetak di mesin cetakan laser berwarna pada harga 50 sen hingga RM1 sekeping.


DALAM Perpustakaan Internet Bergerak ini, para pelajar boleh mendapatkan informasi dan bahan bacaan untuk peperiksaan.

"Bagi kanak-kanak atau individu yang tidak mengetahui kaedah mengakses Internet, jangan bimbang kerana terdapat dua kakitangan bertugas di setiap unit MIU," ujar Anwar yang mengulas mengenai staf yang akan sentiasa memantau pengguna di dalam MIU.

Kehadiran staf itu bukan sekadar menguruskan proses peminjaman buku,malah turut memerhatikan para pelajar dan pengunjung ketika melayari Internet.

Ini kerana ahli MIU dilarang melayari laman sesawang seperti permainan komputer atau laman rakan sosial (Facebook, My Space, Friendster).

Sebaik-baiknya, mereka digalakkan melayari bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan peperiksaan atau maklumat berguna.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur, Cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Rosidah Ismail, menjelaskan, MIU banyak mendatangkan impak positif kepada masyarakat.


ANWAR MOHD. ZAIN

"Selain menyediakan perkhidmatan percuma, ia dapat menyemai minat membaca masyarakat. Lebih menarik lagi, kanak-kanak dan golongan remaja boleh mempelajari penggunaan komputer dengan cara yang betul," ujar Rosidah kepada Kosmo!.

Beliau turut menyifatkan kehadiran MIU di kawasan perumahan dapat mengelakkan pelajar cenderung memilih kafe siber yang tiada hala tujunya.

Ini terbukti apabila sejak kebelakangan ini, Rosidah mendapati jumlah keahlian Perpustakaan Internet Bergerak meningkat sebanyak 30 peratus.

"Peratusan tersebut menunjukkan rakyat tempatan sudah mula berlumba-lumba menimba ilmu menerusi teknologi maklumat dan bahan bacaan.

"Kunjungan kami selama empat jam di sekolah dan kawasan komuniti turut dimeriahkan dengan penganjuran kelas komputer. Staf kami akan mengajar ahli mengenai akses Internet dan penggunaan pengisian asas komputer seperti microsoft word, power point dan excell," tutur Rosidah yang turut memberitahu setiap MIU apabila sampai ke lokasi, enjin bas atau trak akan dimatikan.

Namun, pengunjung masih boleh terus menggunakan komputer dalam suasana sejuk kerana perpustakaan itu menerima bekalan tenaga elektrik daripada generator yang diisi dengan minyak diesel untuk tempoh tiga hari sekali.


ROSIDAH ISMAIL

Di samping itu, perkhidmatan Perpustakaan Internet Bergerak turut menyediakan kemudahan projektor dengan layar untuk tayangan, televisyen LCD, pemain DVD dan lapan buah kerusi, dua buah meja tambahan serta atap yang dipasang di luar bas bagi aktiviti membaca di luar.

"Ia sungguh cantik dan moden. Apabila saya membaca buku, anak saya, Dhanesh Wigneswaran, 9, berpeluang melayari Internet menerusi komputer riba yang terdapat di dalam perkhidmatan ini.

"Sebagai pengunjung setia perpustakaan Internet, saya amat kagum dengan kewujudan perpustakaan berkonsepkan IT yang mobil. Ini membuktikan Malaysia mampu mempraktikkan program yang turut dilakukan oleh perpustakaan di luar negara," puji Jenniffer Francis, 42, yang membawa anaknya singgah ke Perpustakaan Internet Bergerak.


RUANG dalaman bas dan trak yang kemas serta selesa.

Jenniffer ditemui ketika Perpustakaan Internet Bergerak berhenti di Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seorang pengunjung kecil, Soh Zoe, 6, yang petah berkata-kata,memberitahu, dia bukan sahaja seronok mendapatkan buku cerita bahasa Inggeris, tetapi pada masa yang sama, berpeluang belajar komputer dan cara melayari Internet.

"Tidak sangka sebuah bas boleh diubahsuai menjadi perpustakaan.Selain membaca, saya juga boleh belajar mencari bahan menerusi Internet," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 09:47 PM | Show all posts
tak mcm ikan sardin ke nnt bus tu? {:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 11:34 AM | Show all posts
bagus jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:07 AM | Show all posts
susah gak sebenarnye...nk pegi ketok umah2 org....klu jenis nk layan org 2...xpe r...nie yg kes wat "bodo" jer ...nie yg nek angin..........
tp yg nie...s'tau ak..utk warga2 emas jer...yg dh xlarat nk pegi library dh.... 2 yg ak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 11:09 AM | Show all posts
3# zairizain

Still ade bas bergerak 2.....xtau la kt tempat korang...........tp kt perak ade lagi la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 03:35 PM | Show all posts
kat johor pon ada lagi... kat melaka pon ada byk tmpt yg ada...rasanya kat selangor pon ada.. cuma sapa yg ddk kat bandar mmg xdpt rasa yek pasal dorang target tuk bebdk luar bandar yg susah nak dpt bahan bacaan... Aku suka pinjam ngan perpustakaan gerak2 ni... satu pasal teruja tgk bayak buku satu lagi teruja pasal zaman aku van tuh mcm paling canggih aku penah naik... siap ade kipas lagi dlm tuh... hehehehe teringat zaman kanak2... Ok laa tuh langkah kerajaan tuk bg ilmu kat bdk2 luar bandar yer x...tp kene laa tingkatkan lagi kualitinya dari segi cara nak mendekati atau menyampaikan bahan ilmiah ni pada masyarakat ari ini yang selalu berinternet n games jek... Sekian hehehehe panjang lak aku tertaip...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 1# Syd


   kat rumah saya pon dah macam perpustakaan. Buku dari tadika hingga sekarang masih disimpan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.352090 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list