CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14109|Reply: 84

Aku Tidak Terangsang Melihat Wanita Seksi?

[Copy link]
Post time 28-4-2009 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Salam...
Ini bukan tulisan saya (alqedahi), tapi pandangan sebenar dari seorang lelaki lain. Artikel asal di link.

Pandangannya begini..

Ada baiknya sambil menulis sambil meluahkan perasaan, kerana melihatkan keadaan masyarakat kini yang dah kian berubah, nampaknya fesyen pakaian perempuan pun berubah.

Cukuplah aku mengambil contoh budak perempuan kelas aku, harapnya aku tidak mengumpat*(lihat nota kaki) yang haram.

Pertama aku berdalilkan maksiat yang dilakukan adalah terang-terangan

Yang kedua, aku tidak menyatakan nama si pelaku maksiat walau boleh sahaja berbuat demikian
( dalam hal-hal tertentu)

Ketiga, memang orang tak kenal pun siapa penulis artikel ini secara pasti.

Biarlah ia tertuju secara umum dan membawa kebaikan kepada semua.

Ketika aku membuka web ustaz zaharuddin,aku carikan dalil-dalil yang berkaitan tentang wanita dan adabnya.

Aku jumpa satu hadith sahih:

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang
(penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta.

Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Bagi perempuan yang beriman, sudah pastinya mereka akan takut bertambah gerun jika membaca hadith ini, malangnya berapakah antara mereka yang faham benar akan hadith di atas????

Walhal bagi aku sendiri yang setiap hari menghadiri kuliah, terpaksa menahan pandangan agar tak terjebak ke kancah maksiat. Tetapi ada perubahan pada diri aku sejak akhir-akhir ini..

AKU TAK TERANSANG TENGOK PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG!!!

Walhal sebelum aku di tarbiyah, ransangan itu semakin kuat dan menghasilkan pandangan yang kedua, tetapi ia tidak lagi menjadikan pandangan kedua ke arah itu, malah ia menghasilkan istighfar dan mengingat kepada Allah. InsyaAllah.

Apakah aku tidak bernafsu? Mustahil aku tidak bernafsu kerana aku seorang lelaki. Seorang lelaki yang masih normal, punya hati dan perasaan untuk menikah.

Tetapi, bagaimana jenis perempuan yang akan memberikanku ransangan?

Cukuplah kalau aku dapat nyatakan disini perempuan itu ialah perempuan yang cukup sukar dijumpai di akhir zaman ini.

Ketika kawan-kawan mereka bertabarruj*(lihat nota kaki) menunjukkan perhiasan dan wangi-wangian yang melekat di tubuh dan baju, perempuan solehah ini sanggup bermati-matian menjaga aurat mereka, bertudung litup menjaga bentuk badan mereka dari ditayangkan kepada yang bukan berhak..

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Begitulah pesanan nabi kepada Asma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 06:55 PM | Show all posts

Balas #1 alqedahi\ catat

kesimpulan aku senang je..

menjaga aurat itu sekarang bukan keperluan..lebih merupakan kepada aksesori baik lelaki mahupun perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 07:02 PM | Show all posts
sebenarnye menjaga aurat itu adalah tuntutan .... bukan saja keperluan malah kewajipan..

aku bukan nak bangga api kadang2 aku tak bernafsu langsung pada pempuan yg mendedahkan tubuh mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 07:17 PM | Show all posts
mek insap iols....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2009 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by tamanteman at 28-4-2009 19:17
mek insap iols....


salam..maksudnya?

bleh gitau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 08:34 AM | Show all posts

Reply #5 alqedahi's post

mak insaf you all....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2009 10:35 AM | Show all posts
Tetapi, bagaimana jenis perempuan yang akan memberikanku ransangan?

Cukuplah kalau aku dapat nyatakan disini perempuan itu ialah perempuan yang cukup sukar dijumpai di akhir zaman ini.

Tak teransang tengok pompuan seksi tapi teransang tengok pompuan berjilbab? Pelik tuh...

Kan suruh tutup aurat tu pun pasal tak nak bagi orang yang tak ada kena-mengena teransang tak tentu pasal? Mamat nih teransang tengok orang pakai tudung labuh pulak... ada masalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by alqedahi at 28-4-2009 17:46
Salam...
Ini bukan tulisan saya (alqedahi), tapi pandangan sebenar dari seorang lelaki lain. Artikel asal di link.

Pandangannya begini..

Ada baiknya sambil menulis sambil meluahkan perasaa ...


Mudah-mudahan Allah menjadikan ana seperti tu pulak. Yang tidak nafsu kepada perempuan yang bukan mahrom, tetapi tetap nafsu kepada perempuan yang halal, amin   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2009 11:27 AM | Show all posts
time kacih alqedahi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 12:22 PM | Show all posts
skrg byk sgt dijual kain tudung yg cantik tp sgt jarang dan pendek sehingga ianya mgabaikan fungsinya utk mnutup aurat..dan dijual dgn harga yg sgt murah ...
dan ramai yg teruja mbelinya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 12:49 PM | Show all posts

Reply #10 syazmin_husna's post

Aah syazmin...ilang dah fungsi tudung yg asalnye..

byk lebey pd tabarruj..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 12:58 PM | Show all posts
terpikir jugak bukan senang seorang wanita cantek nak simpan kecantikkannya, melainkan mereka yang berfikir.....................

respek ah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 01:01 PM | Show all posts

Balas #11 nursha\ catat

bila fikir balik...adakah org islam sendiri yg mcipta tudung sebegitu....
atau sebaliknya...
samalah juga dgn pjualan kerongsang cantik dan murah tp mudah rosak...
pemiliknya bknlah org islam...mgambil keuntungan dr org islam...
tp apa yg mjadi tuntutan ialah muslimah sendiri sepatutnya mggunakan iman dlm mmilih pakaian....

[ Last edited by  syazmin_husna at 29-4-2009 14:17 ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 29-4-2009 12:58 terpikir jugak bukan senang seorang wanita cantek nak simpan kecantikkannya, melainkan mereka yang berfikir.....................respek ah....


ya btul!!....i stuju...nk tambah skit lg...

pd pdpt i la

prempuan yg tutup aurat..100% tu berpandangan jauh...
kin wawasan die yg top nak masuk syurga...selain cita2 lain yg nk dicapai kat dunia ni..
bagus la cmtu..so die sanggup korbankn..nikmat jd wanita..ni...
dr aspek fizikalnye..hebat jugak la dis way of mindset....

then wanita yg pakai lawa2...enjoy la nikmat dr aspek fizikal..
jd wanita cantik ni kan..kin lebih kurang same ngan org yg kaya beli kereta mewah & rumah beso2 cmtu...
memang payah nak stay low profile...i guess if korang paham maksud i??....
tp not 2 stereotype 2 say yg wanita2 ni berakhlak buruk dll..ofcourse..
from other aspek...wanita2 ni..kin ade kerjaya tip top,..de family penyayang & hidup yg bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 09:13 PM | Show all posts
saydina ali RA pernah berkata ( mafhumnya ) :

" jika ada seorg lelaki mengaku tidak terangsang dgn wanita, ada 2 kemungkinan :

1) org itu bohong * .

2) org itu mati pucuk


riwayat belum di pastikan lagi....


p/s : jika lelaki terangsang melihat wanita seksi, itu adalah normal.




WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 07:45 AM | Show all posts

hmm hahahaa...

well heheh ...you ambil rasanyer makna literal..tuan rumah guna metaphores


so dah pastikan ker sumber riwayat tu ? any reference made?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 29-4-2009 08:34
mak insaf you all....

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 10:40 AM | Show all posts
mmg normall laki suke pmpn, sebab tu mmg fitrah.

cume, kalu bole elakkn dari pndng pmpn2 cmni.. tapi entahla dunia skrg mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 11:21 AM | Show all posts
mmg normall laki suke pmpn, sebab tu mmg fitrah.

cume, kalu bole elakkn dari pndng pmpn2 cmni.. tapi entahla dunia skrg mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 11:45 AM | Show all posts
Lelaki yang tak terangsang tgk perempuan seksi adalah bukan lelaki namanya. Adalah lumrah lelaki minat kpd perempuan menawan, apatah lagi seksi. Sebab tu kena kawin. kalau dah kawin, rasa terangsang, balik rumah, cari isteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.116566 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list