View: 2297|Reply: 18
|
KONSERT FINAL AF7 dan speku...
[Copy link]
|
|
motif tiada penyingkiran konsert ke9 dan adanya AFmasuk adalah kerana produksi AF7nye target mesti beat last yer punya collection belum tercapai... padahal last year punya collection pun merudum ke angka 3 juta jer uollsss...haruss lar kena tingkatkan daya usaha untuk memastikan angka dihujung konsert final melepasi KPI...
so sehubungan itu juga... aku rasa untuk final konsert, haku speku akan ada transformasi lar (kununnya)... yang mana akan ada berbagai kategori yang sah2 lar korang2 sumer kena SMS... dan antara adalah
1) Vokal Terbaik
2) Persembahan Terbaik
3) Pelajar Paling Popular
4) Pelajar Paling Disukai faculty...
selebihnya korang tambah lar...
P/S: Astromax umah aku malam nih tak bleh nak record konsert lar... apsal ekk... ker mmg derang dah banned takut org donlod youtube...
[ Last edited by sincewhen at 9-5-2009 23:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
persembahan terbaik mesti ader kann |
|
|
|
|
|
|
|
harus la ade..
klu x mcm mne na kaye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 choolakaw's post
|
|
|
|
|
|
|
berapa lar agak2 nyer hasil AF7 tahun nih kan... tak sabar haku nih nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sgt ker kutipan umdian thn nie sampai nak buat pertandingan vokal,persembahan segala |
|
|
|
|
|
|
|
tah ler... speku ku tak banyak lar kot... ramai yg lebih suka nengok jer... yg mengafundi hanya sedara mara mereka2 je rasanya... |
|
|
|
|
|
|
|
9-May-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Tiada Penyingkiran, Aril Masuk Semula!
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 9 MEI 2009: Seperti yang dijangkakan, tiada sebarang penyingkiran berlaku pada konsert minggu ke-9 Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Lebih daripada itu, AC Mizal selaku hos telah mengumumkan nama Aril sebagai bekas pelajar AF7 yang berjaya dimasukkan semula ke dalam akademi melalui undian AFMasuk yang ditutup jam 9 malam tadi.
Ini bermakna, selain Aril, pelajar lain yang akan beraksi dalam final AF7 pada Sabtu depan di Stadium Putra, Bukit Jalil adalah Isma, Akim, Hafiz dan Yazid.
Dengan meraih undian SMS tertinggi, Aril menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Aishah dan Zizi yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF7 untuk dimasukkan semula.
Kemasukan semula Aril itu mendapat sorakan ramai penonton di dewan berkenaan malah Akim, Yazid dan Hafiz juga menyambutnya dalam penuh kegembiraan hingga mereka berpelukan di atas pentas!
Apa yang membanggakan malam tadi kesemua 4 pelajar itu memberikan persembahan yang bertenaga dan rata-ratanya mendapat pujian pengkritik iaitu Edrie Hashim, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie. Masing-masing membawakan lagu Melayu dan Inggeris yang rata-ratanya adalah berdasarkan cadangan peminat mereka sejak 2 minggu lalu.
Paling membanggakan adalah Hafiz dengan lagu R Kelly, I Believe I Can Fly dan Akim dengan lagu Jason Mraz, I'm Yours. Isma turut memberikan aksi bertenaga dalam lagu Katy Perry, Hot & Cold. Sekiranya Isma diiringi sekumpulan penari dewasa yang lincah, Hafiz pula mencuri perhatian dengan sekumpulan kanak-kanak dengan lagu Laskar Pelangi.
Pada pembukaan konsert itu, kesemua mereka menyanyikan lagu Lagenda (Dato' Sheila Majid) tetapi diubah sedikit liriknya untuk disesuaikan dengan sambutan Hari Ibu. Akim pula mengejutkan ramai penonton apabila turun ke bawah pentas dan menghadiahkan sekuntum bunga merah kepada Aishah.
Lagu lain yang dinyanyikan adalah Larut (Akim), Aku Skandal & Where The Streets Have No Name (Yazid) dan Aku Pasti Datang (Isma). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sincewhen's post
APA HADIAH AF7 TAHUN NIE , SELALUNYA WAKTU KONSERT ADA DIAORANG BERITAU TAPI TAUN NI SENYAP JE ... TAKAN LAH MOTO AJE KOT ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 babyboom\ catat
kat mana nak beli tiket final af7 ni?...
aduhh..bini gue nak gi tgk plak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|