CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
mat_toro This user has been deleted
Post time 9-3-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by StealthTuah at 9-3-2006 04:52 PM


Yeah i know..but they get a regiment of ASTROS for firing..let say SS60, it may cost 4slot onboard and that may rise up to 30-70 rockets fired for all launchers..(i dont know the exact number o ...


Again... how is a MLRS supposed to be fired?? In a battery right? Does a missile need to be fired by the whole fleet? No... in saving on costs we also must put emphasis on realism in training...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2006 05:00 PM | Show all posts
No lah..i just hope they fired 2-3 missiles..you cant analyze the result from a single data.a set of data is needed for that purpose.
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 9-3-2006 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by StealthTuah at 9-3-2006 05:00 PM
No lah..i just hope they fired 2-3 missiles..you cant analyze the result from a single data.a set of data is needed for that purpose.


Ya lah... I also wish can fire lotsa missiles but unfortunately our military buget is very ciput...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by mat_toro at 9-3-2006 04:51 PM


hence the trial cum training...

training.. and also 4 d sake of our "water-face"
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 9-3-2006 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by d'zeck at 9-3-2006 05:10 PM

training.. and also 4 d sake of our "water-face"

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 04:11 PM | Show all posts

F-15s, MiGs are allies in the sky

F-15s, MiGs are allies in the sky
http://www.af.mil/news/story.asp?storyID=123017419
by John Monroe
18th Wing Public Affairs

3/15/2006 - KADENA AIR BASE, Japan (AFPN) -- Multinational pilots from the United States and Malaysia have joined forces in the Pacific skies for Cope Taufan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2006 10:53 AM | Show all posts
TD, Orang Asli kembalikan nostalgia
Oleh Ahmad Naim Tahir

CELORENG pada pakaian seragam Tentera Darat (TD) yang mengaitkannya dengan hutan belantara sudah cukup untuk menterjemahkan betapa tugas mereka dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, meskipun sehingga ke titisan darah terakhir.

Namun, pasukan itu tidak sekali-kali meminggirkan tanggungjawab sosialnya dalam memberi bantuan kepada rakyat tanpa perlu menghunus benet atau laras M-16, termasuk meredah hutan memasuki kampung yang terletak jauh di pedalaman, semata-mata untuk menghampiri penduduk yang menghadapi kesulitan.
Ini termasuk masyarakat Orang Asli yang turut tersenarai sebagai insan yang perlu dibantu TD menerusi Projek Jiwa Murni, sekali gus menterjemahkan konsep masyarakat penyayang.
Justeru, setiap kali ‘turun padang’ membantu masyarakat, tugas pasukan keselamatan itu bukan sekadar membina semula jambatan runtuh atau sekolah serta surau buruk, malah objektifnya adalah lebih luas daripada itu.
Antara masyarakat Orang Asli yang bertuah ialah penempatan Orang Asli Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng, di Negeri Sembilan apabila perkampungan itu dipilih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kempen kesihatan selama empat hari, baru-baru ini.
Program disertai 200 pegawai serta anggota Markas 3 Divisyen Kem Terendak dan 1 Briged berpangkalan di Seremban yang dipenuhi dengan kegiatan gotong-royong dan memberikan rawatan kesihatan.
Mereka juga mempromosi kerjaya ketenteraan kepada lebih 450 masyarakat Orang Asli setempat pada kempen yang dianjurkan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM.
Turut turun padang adalah anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang membina kolam takungan air di penempatan berkenaan untuk bekalan air bersih.
Program dirasmikan Pegawai Memerintah Hospital TD, Brig Jen Dr Chia Lip Meng yang mewakili Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal.
Hadir sama, Senator Osman Bungsu; Ketua Staf Markas 1 Briged, Leftenan Kolonel Hamdan Hussin; Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Markas 3 Divisyen, Leftenan Kolonel Dr Md Amin Muslan; dan Batin Jeram Kedah, Jemput Buangtai.
Turut diadakan sempena majlis perasmian itu adalah program berkhatan disertai 10 kanak-kanak Orang Asli berusia antara 10 dan 12 tahun serta gotong-royong mengecat bangunan tadika.
Hakikatnya, hubungan di antara masyarakat Orang Asli dan TD bermula sejak lama dulu ketika negara diancam komunis pada era 1960-an hingga pengganas menyerah kalah pada 1989.
Ketika komunis melaksanakan sabotaj terhadap projek pembangunan luar bandar, serang hendap, meraih sokongan masyarakat dan memperbanyakkan penubuhan pangkalan militan, kerjasama Orang Asli amat ditagih.
Akibat tekanan daripada keberkesanan operasi pasukan keselamatan, ramai pengganas cedera dan terkorban, termasuk melarikan diri jauh ke dalam hutan.
Justeru, satu pendekatan komunis ialah mengadakan hubungan baik dengan Orang Asli selain turut merekrut sebahagian masyarakat itu untuk menyertai unit mereka, manakala pasukan keselamatan pula melaksanakan Operasi Gerak Saraf bagi memenangi hati Orang Asli supaya menyokong kerajaan dan pasukan keselamatan.
Apa yang menarik, nostalgia hubungan di antara masyarakat itu dan TD kembali bersemarak sepanjang kempen kesihatan di Kampung Jeram Kedah yang menjadi sebahagian program sambutan ulang tahun ke-73 ATM, tahun ini.
Ketika ditemui, Dr Chia berkata, program berkenaan dapat mengembalikan nostalgia keakraban dan hubungan erat di antara Orang Asli dan tentera ketika ancaman komunis dulu.
“Diharap program ini dapat mengekalkan hubungan akrab penduduk setempat dan tentera yang amat menghargai sumbangan Orang Asli dalam memperjuangkan keamanan melalui kerjasama ketika operasi rondaan di hutan satu masa dulu.
“Kerjasama dan sokongan dari seluruh rakyat, termasuk masyarakat Orang Asli kepada pasukan tentera perlu ditingkatkan bagi menjamin keamanan berterusan,” katanya.
Sementara itu, Osman berkata, program itu nyata mengeratkan semula hubungan Orang Asli dan tentera, sekali gus menyuntik perubahan sikap di kalangan masyarakat berkenaan.
“Sebelum ini, masyarakat di luar menganggap Orang Asli sebagai pemalu, panas baran dan enggan bekerjasama, tetapi perubahan sikap berlaku sedikit demi sedikit yang banyak dibantu hasil usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
“Program anjuran pihak tentera ini antara usaha murni yang bukan saja memberi kemudahan dan keselesaan kepada Orang Asli setempat, tetapi mewujudkan peluang untuk mereka berinteraksi dengan orang luar,” katanya.
Bagi Jemput, pemilihan kampungnya sebagai lokasi program bersama tentera itu adalah tuah yang tidak boleh ditolak kerana bukan mudah mendapat peluang bergaul mesra dengan pasukan keselamatan itu.
FAKTA NOMBOR
200 - pegawai dan serta anggota terbabit dalam Kem Kesihatan ATM di Kampung Jeram Kedah.
450 - Masyarakat Orang Asli mendapat manfaat.
1960-an - Era bermula hubungan ATM dengan masyarakat Orang Asli.


FAKTA
Program jiwa murni kempen kesihatan TD

Gotong-royong membersih persekitaran dan membina kolam takungan.

Khidmat pemeriksaan kesihatan, pergigian dan berkhatan.

Ceramah kesihatan dan acara kebudayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 09:47 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2006 08:51 AM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 07.htm]Muka Hadapan

Kerajaan beli 30 pesawat Pilatus PC-7 MKII

ALOR STAR 15 Mei - Kerajaan bersetuju membeli 30 buah pesawat Pilatus PC-7 MKII bernilai RM203.4 juta bagi menggantikan pesawat model Pilatus PC-7 yang digunakan dalam latihan penerbangan Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas di sini, dalam tempoh dua tahun lagi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed berkata, kerajaan baru-baru ini menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat pengeluar pesawat buatan Switzerland itu yang dianggap lebih berkuasa dan canggih untuk kegunaan latihan asas penerbangan di rantau ini.

Katanya, selain Pilatus PC-7 MKII, kerajaan juga sedang meneliti beberapa model pesawat antaranya Aermacchi MB 339A buatan Itali dan Skyhawk untuk latihan pesawat pejuang.

``Meskipun model pesawat berkenaan (MKII) terlibat dalam nahas yang berlaku di Kampung Hujung Padang, Hutan Kampung, Khamis lalu kami yakin ia merupakan pesawat latihan terbaik dan juga paling popular di Thailand, Australia, Eropah dan Myanmar.

``Kami sedang menunggu keputusan lembaga penyiasatan berhubung kejadian yang berlaku, sekiranya ia melibatkan masalah pada model itu syarikat pengeluar pesawat berkenaan akan mencadangkan supaya semua Pilatus PC-7 MKII diubah suai,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan Sayap Penerbangan TUDM kepada 34 pelatih KTU yang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Kelas 2004, Kursus Asas Helikopter Siri 1247 dan Kursus Asas Jurumalim Siri 05/04 di Kolej Tentera Udara Kepala Batas di sini.

Pada 11 Mei lalu, sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MKII yang digunakan sejak tahun 1997 mendarat cemas dalam sawah selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin di Kampung Hujung Padang, Jalan Hutan Kampung, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu dua juruterbangnya, Leftenan Kolonel Mutalib Abdul Wahab, 46, dan Mejar Thian Khim, 34, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nik Ismail berkata, ekoran kejadian itu 30 buah pesawat Pilatus PC-7 dan MKII yang digunakan untuk latihan penerbangan terpaksa digantung sekurang-kurangnya selama dua minggu sehingga punca kejadian dapat diketahui.

Menurutnya, setakat ini lembaga penyiasatan mendapati ia mungkin disebabkan masalah teknikal kerana enjin pesawat jenis Pratt Whitney itu tiba-tiba terhenti menyebabkan juruterbangnya gagal berpusing balik ke landasan terbang KTU.

Kata beliau, pihaknya turut membuat kajian terhadap minyak yang digunakan di dalam enjin berkenaan untuk mengesan kewujudan air, saluran minyak tidak bersih, tersumbat dan tidak sampai ke enjin.

-----

1. Skyhawk dah jadi artifak untuk muzium --> Hawk ler
2.Tringat kisah sabotaj SAS ke depoh minyak Tentera Udara Iraq.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 11:50 PM | Show all posts
Malaysia shops for helicopters
BRENDAN SOBIE/KUALA LUMPUR

The Malaysian police force is looking to acquire eight additional helicopters and seven fixed-wing aircraft.

Industry sources say the police informed manufacturers attending last month? DSA 2006 show in Kuala Lumpur that it has been allocated 600 million ringgitt ($165 million) in Malaysia? new five-year budget, fully meeting its request for 15 aircraft.

A request for proposals is expected to be issued within the next few months.

The police force operates several Eurocopter AS355 Squirrels on surveillance and patrol missions, but has been looking to introduce medium-sized 10-seat helicopters to transport SWAT teams and bolster its anti-terrorist capability. The AgustaWestland AW139, Eurocopter AS365 Dauphin and Sikorsky S-76 will probably be evaluated. Sources say the force plans to acquire six of the new type plus two more four- to five-seat light twin-engined helicopters.

The Malaysian police is also looking to bolster its fixed-wing fleet, which includes several Pilatus PC-6s and Cessna Caravans, for transport and patrol missions, seeking another seven aircraft, but manufacturers say the force will probably require twin-engined aircraft and exclude single-engined models from the competition.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 09:00 AM | Show all posts
last time I heard, they're really impressed with the Dauphin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:14 AM | Show all posts
Dauphin... best wo!!!... pilihan Corporate/ Vip nie :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:29 AM | Show all posts
Dauphine...adik beradik ngan kipas die kena kepale tokey developer tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:38 AM | Show all posts
ha'ah. tapi something tells me that they might more inclined to Panther.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 10:57 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2006 05:13 PM | Show all posts
May 26, 2006 00:50 AM     

60 Pass Basic Submarine Course
From Sakina Mohamed

BREST (France), May 26 (Bernama) -- Sixty Royal Malaysian Navy (RMN) personnel undergoing training to handle submarines here Wednesday received the Dolphin Insignia and submarine course certificate, making them qualified submariners.

RMN chief Laksamana Datuk Seri Ilyas Din pinned the insignia on 37 officers and 23 other ranks at a ceremony at the Centre De' Instruction Navel near the Malaysian submarine school here.

He congratulated the trainees who successfully completed the basic course and reminded them to continue to strive for the best in the next level of training.

"I hope you will make full use of this golden opportunity to prove your worth because the purchase of submarines is the government's biggest investment yet for the navy," he told them.

Ilyas also presented the new ranks to six RMN trainees at the submarine school who were promoted from sub-lieutenant to lieutenant.

Ilyas said Malaysia had previously produced many qualified submariners who received their training from various countries.

Some of them had already retired while others were among those selected to undergo training at the submarine school here and will be receiving their insignia, he said.

He said it was not an easy task to own and operate submarines as the crew needed not only to have a high level of expertise but also good aptitude and attitude.

"What differentiates the qualified ones from the rest is not only their academic achievement but also the ability to interact and cooperate with the rest of the submarine crew," he said.

He noted that six of the 73 trainees in the first batch were dismissed from the programme for not performing up to the required standard while seven would be re-tested.

In the second batch of 91, eight trainees were sent back for not making the grade while another three who were surplus to the need were also sent home.

-- BERNAMA

May 25, 2006 10:06 AM     

Submarine Sonar Operators Play It By The Ear
From Sakina Mohamad

BREST (France), May 25 (Bernama) -- Petty Officer Bruce ak Juhay can differentiate between the sound of a school of prawns and a school of crabs from 300 metres under the sea.

The knowledge used to distinguish sounds are also used to identify fishing boats and merchant vessels and calculate their approximate distance from the position of the submarine he is in.

The 32-year-old Bidayuh from Kuching is undergoing training as a graph bearing and sonar operator at the submarine school here operated by the semi-government French company NAVFCO, which also trains another 150 Malaysians on various submarine trades.

In addition to classroom and simulation training, trainees who make the grade would be given the chance to apply the knowledge and skill they have attained in the Agosta-class submarine OUESSANT, an overhauled ex-French navy submarine bought by Malaysia for sea training.

Bruce, who had been serving the Malaysian Navy for 13 years in the Electrical Technician (Radio) trade was assigned to classify, record and report every sonar-detected sound including that made by ships and marine life.

As a submarine cannot compromise its position by using active sonar as used by ships to determine the distance of objects, sonar operators on submarines have to listen intently to incoming sounds and use range predictions to calculate distances of potential threats.

Bruce admitted that his first experience in the cramped environment typical of a submarine was a little overwhelming.

"We had to stay underwater in the deep sea for 12 straight days...it was a different experience altogether from that on a surface ship.

"Imagine lining up to use the only available toilet and taking turns to eat because of the very limited space in the eating quarters," he said.

On top of that, he said, his movement and performance onboard would be watched and assessed by the trainer assigned to him.

However, he said, he felt much more at ease during the second week of training.

"I felt excited to be able to hear the beautiful sounds made by the whales and schools of dolphin. I now even look forward to sea training," he said.

Today, Bruce is one of the 60 Malaysian submariners from the first batch of trainees to be awarded the Royal Malaysian Navy Submarine insignia and Basic Submarine Course certificate, making him a qualified submariner.

He would soon be trained to man the soon-to-be-completed Scorpene-class submarines ordered by Malaysia, the first to be delivered in 2008.

-- BERNAMA

26 Mei, 2006 00:33 AM     

60 Rakyat Malaysia Lulus Kursus Asas Kapal Selam
Daripada Sakina Mohamad

BREST (Perancis), 26 Mei (Bernama) -- Seramai 60 anggota Tentera Laut Di raja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani latihan mengendalikan kapal selam di sini, menerima Dolphin Insignia dan Sijil Kursus Kapal Selam, menjadikan mereka layak mengendalikan kapal selam.

Panglima TLDM, Datuk Seri Laksamana Ilyas Din memakaikan Insignia kepada 37 pegawai dan 23 pangkat lain pada satu Upacara di Salle Moliere, the Centre De' Instruction Navel, berhampiran dengan Sekolah Kapal Selam Malaysia di sini Rabu.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus asas dan mengingatkan mereka untuk terus mencapai kecemerlangan terbaik dalam peringkat latihan yang lebih tinggi.

"Saya harap anda akan menggunakan sepenuhnya peluang keemasan ini untuk membuktikan anda berharga kerana pemerolehan kapal selam ini ialah pelaburan terbesar kerajaan bagi TLDM," kata beliau dalam ucapannya pada upacara itu.

Terdahulu, Ilyas telah memakaikan pangkat leftenan kepada enam pelatih TLDM di sekolah latihan kapal selam di sini.

Ilyas berkata ini mungkin upacara anugerah pertama bagi satu kumpulan yang besar untuk anak akpal selam Malaysia tetapi negara ini sebelum ini telah mengeluarkan banyak anak kapal yang berkelayakan yang menerima latihan di pelbagai negara lain.

Sesetengahnya telah bersara sementara yang lain adalah antara mereka yang dipilih menjalani latihan di sekolah kapal selam di sini dan akan menerima insignia.

Beliau berkata tentera laut sebenarnya melahirkan hasratnya untuk memiliki dan mengendalikan kapal selam Malaysia sendiri kepada kerajaan lebih tiga dekad yang lepas.

"Pada 1971 apabila saya menyertai tentera laut sebagai pegawai muda laut, satu seminar diadakan di Woodlands, Singapura untuk membincangkan masa depan tentera dan pemerolehan kapal selam adalah antara topik yang dibahaskan," kata beliau.

Katanya sungguhpun kerajaan memahami pentingnya kapal selam dalam memelihara kedaulatan Malaysia, ia tidak dapat direalisasikan kerana masalah kewangan dan faktor lain.

Ilyas berkata tentera laut mematuhi keputusan kerajaan itu, tetapi komitmen dan persediaan itu, akhirnya Malaysia memiliki kapal selam pada masa akan datang dan berusaha menghantar anggotanya ke luar negara untuk mendapatkan pengetahuan dari negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Pakistan, Turki dan Perancis.

Katanya ia bukan satu tanggungjawab mudah untuk memiliki dan mengendalikan kapal selam kerana anak kapal itu perlu mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang masing-masing tetapi juga aptitud dan sikap.

"Apa yang membezakan daripada seseorang ialah bukan hanya pencapaian akademik, tetapi kemampuan berinteraksi dan bekerjasama dengan anak kapal lain," kata beliau.

Beliau berkata enam daripada 73 pelatih daripada kumpulan pertama dikeluarkan daripada program itu kerana pencapaian yang tidak memuaskan sementara tujuh yang lain diminta mengulangkaji.

Lapan daripada 91 kumpulan pelatih kedua dihantar pulang kerana tidak memenuhi gred sementara tiga yang lain yang melebihi keperluan juga dihantar pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2006 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by bluesub81 at 27-5-2006 05:13 PM
May 26, 2006 00:50 AM     

60 Pass Basic Submarine Course
From Sakina Mohamed

BREST (France), May 26 (Bernama) -- Sixty Royal Malaysian Navy (RMN) personnel undergoing training to handle sub ...


(Gua dah post kat thread sub tu keratan akhbar ni...)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 10:59 AM | Show all posts
Tahniah kpd TUDM secara amnya dan Mat Toro khasnya..i'm sure you had a hand in this

Polis & Tentera

Penerbangan ke RIAT 2006 - CN 235 buktikan kemampuan
Oleh: MEJAR ZULKIFLEE ABDUL LATIFF (Pegawai Perhubungan Awam TUDM)


SEBAHAGIAN krew mengabadikan kenangan bersama pesawat CN 235 yang berjaya melakukan perjalanan jarak jauh pertama ke luar Asia Tenggara.
--------------------------------------------------------------------------------

PENERBANGAN dengan pesawat CN 235 menuju United Kingdom bagi menyertai Royal International Air Tatoo (RIAT) 2006 merupakan satu perjalanan jauh yang pada pendapat sesetengah pihak tidak mungkin dapat dilakukan.

Namun, pandangan tersebut terhakis apabila kami tiba di United Kingdom dengan selamat tanpa sebarang masalah yang timbul sepanjang perjalanan.

Kejayaan ini merupakan satu peristiwa bersejarah bagi pesawat CN 235 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ini kerana buat kali pertama pesawat ini keluar dari zon Asia Tenggara dan merantau jauh hingga ke United Kingdom.

Pesawat CN 235 ini adalah daripada No 1. Skuadron (dahulunya dikenali sebagai No. 21 Skuadron) yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang dengan membawa 15 anak kapal.

Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Shahron Ibrahim (kini Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia) telah mengetuai perjalanan ini dibantu pengemudi pesawat, Pegawai Memerintah No. 1 Skuadron, Leftenan Kolonel Chua Boon Seong.

Turut serta ialah dua juruterbang, Mejar Yee Yit Hong dan Mejar Mohd. Fadzil Md. Diah; dua pembantu juruterbang, Kapten Zaimi Mahlil dan Kapten Muhammad Amin Jaafar; dua pramugari, Flait Sarjan Rashidah Abdul Rashid dan Sarjan (U) Zulaikha Chemerai Abdullah; dua kuarter master, Pegawai Waran (U) 1 Ahmad Basri Kamis dan Pegawai Waran (U) 1 Zaki Ab. Rahman; tiga krew teknikal, Flait Sarjan Mat Johan Arshad, Sarjan (U) P. Veravijian dan Koperal (U) Mohd. Yusri Man dan penulis.

7 Julai 2006, merupakan satu tarikh keramat bagi kami kerana menempuh satu pengalaman baru mengembara menggunakan pesawat CN 235 dari No. 1 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

Kami memulakan perjalanan dengan pesawat menggunakan kod kata RMF 625 pada pukul 9.35 malam, menuju destinasi pertama iaitu Chennai, India melalui Butterworth, Pulau Pinang.

Kami singgah di situ setelah tujuh jam penerbangan untuk menambah bekalan minyak.

Persinggahan kedua ialah Karachi, Pakistan di mana kami bermalam selama satu malam.

Seperti mana negara-negara lain, tahap kawalan keselamatan di sini juga ketat.

Namun, keghairahan untuk menikmati suasana di tempat orang menyebabkan kami melupakan seketika birokrasi yang timbul serta kepenatan setelah lebih 12 jam penerbangan semata-mata mahu menikmati pemandangan dan kerenah masyarakat negara berkenaan.

Damman, Kaherah adalah tempat persinggahan seterusnya di mana sekali lagi kami mengisi minyak pesawat sebelum meneruskan perjalanan.

Persinggahan yang pada mulanya dijadualkan memakan dua jam terpaksa dilanjutkan hingga lima jam akibat salah faham dan bahasa pertuturan yang tidak sempurna.

Hampir keseluruhan daripada kami tidak boleh berbahasa Arab manakala di pihak satu lagi tidak boleh berbahasa Inggeris.

Proses pembayaran bekalan bahan api pula memerlukan kami membayar dalam mata wang Mesir menyebabkan suasana menjadi agak kecoh.

Lucu juga apabila kami terkenang kembali peristiwa itu.

Selepas Kaherah, kami meneruskan perjalanan ke Turki dan bermalam selama dua hari di Ankara dari 10 hingga 12 Julai.

Ketibaan yang disambut dengan istiadat ketenteraan oleh Angkatan Tentera Udara Turki membuatkan kami rasa terharu.

Kami juga mendapat layanan yang begitu mesra daripada Atase Ketenteraan Turki dan keluarganya.

Kami bermalam di Hotel Swiss Ankara yang bertaraf empat bintang selama berada di Turki.

Pada kesempatan ini juga beberapa lawatan telah dianjurkan mereka bagi memenuhi jadual kami semasa berada di sana.

Lawatan pertama ialah ke Turki Aerospace Industries (TAI), seterusnya ke Milsoft dan Selsan.

Operasi kesemua syarikat tersebut adalah berkaitan dengan sektor penerbangan dan kejuruteraan aeroangkasa.

Waktu-waktu terluang selebihnya kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar raya Ankara yang penuh dengan tempat-tempat bersejarah dan bazar lama yang menjual barang-barang pada harga cukup murah.

Sebelum bertolak balik, satu kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan

Turki telah dilakukan Panglima Operasi Udara.

Pada kesempatan ini, kami rakamkan ribuan terima kasih kepada Atase Ketenteraan Turki di atas layanan mesra sehinggakan kami merasa seperti berada di negara sendiri.

Selepas Ankara, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Rome, Campino, Itali untuk mengisi minyak.

Selepas bekalan bahan api diisi, destinasi yang dituju iaitu Fairford, Swindon, United Kingdom menjadi realiti juga akhirnya iaitu pada 13 Julai 2006.

Sebaik mendarat, pesawat kami terus diletakkan di tapak pameran dan pertunjukan udara ketenteraan yang terbesar di dunia ini.

Keletihan dan kepenatan hilang setelah melihat betapa besar dan indahnya pemandangan tapak RIAT 2006.

Kami kemudiannya bergerak ke hotel penginapan yang memakan masa perjalanan 30 minit.

Walaupun hanya bertaraf tiga bintang, layanan yang diterima adalah sungguh profesional dan mesra.

Ditambah dengan bangunan hotel yang diselaputi dengan tumbuhan menjalar, sarapan pagi yang penuh tradisi Inggeris memberikan pengalaman cukup istimewa kepada kami selama empat malam berada di Swindon.

Suasana di bandar ini hampir sama dengan bandar Kuala Kangsar, Perak.

Kami berada di sini selama lima hari iaitu mulai 13 hingga 17 Julai.

Penyertaan TUDM dalam pertunjukan udara dan statik ini adalah kali kedua dalam tempoh lima tahun walaupun pertunjukan udara ini dibuat setiap tahun.

Walaupun penyertaan TUDM hanya ditumpukan kepada pameran statik, kunjungan orang ramai ke ruang pameran kami begitu memberansangkan.

Ramai yang melahirkan rasa kagum dengan keupayaan kami melakukan perjalanan jauh ini.

Seperkara lagi yang menarik semasa menyertai pameran ini ialah sikap profesionalisme para petugas yang berkhidmat walaupun mereka hanya sukarelawan.

Penulis berkesempatan menemubual seorang sukarelawan yang memegang jawatan tinggi di salah sebuah syarikat penerbangan komersial di United Kingdom.

Disebabkan minat mendalam, pada setiap tahun beliau akan memastikan sebahagian cuti tahunannya diperuntukkan untuk acara tersebut.

Tanpa memikirkan sebarang ganjaran, beliau begitu teruja untuk berkhidmat demi kebaikan negara beliau.

Penulis merasa kagum dengan semangat serta pengorbanan yang ditunjukkan beliau.

Turut menarik perhatian penulis ialah pembabitan kadet-kadet udara terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah yang bertugas tanpa banyak kerenah.

Pada 17 Julai, iaitu selepas berakhirnya RIAT 2006, kami meneruskan perjalanan ke Northolt, bersebelahan Farnborough, London, United Kingdom di mana satu lagi pertunjukan udara bagi sektor awam diadakan.

Antara syarikat yang mengambil bahagian ialah Boeing, Roll Royce dan DRB.

Kami menginap di Hotel Holiday Villa, London yang dimiliki warga Malaysia selama tiga hari hingga 19 Julai.

Hotel ini berhampiran dengan Dewan Malaysia dan Kedutaan Malaysia.

Pada malam kedua di sini, kami dihiburkan dengan kumpulan nasyid Raihan yang kebetulan berada di situ.

Kami juga dibawa oleh Pembantu Atase Ketenteraan United Kingdom ke Restoran Mawar yang dimiliki rakyat Malaysia.

cont'd

[ Last edited by  mmc at 23-8-2006 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:02 AM | Show all posts
cont'n

*Melepaskan rindu

Hidangan tradisi Malaysia yang dapat dinikmati di restoran ini sedikit sebanyak mengubat rasa rindu kami kepada masakan Melayu setelah sekian lama berada di perantauan.

Selepas dua minggu meninggalkan tanah air, kini tiba masanya untuk kami pulang.

Pelbagai pengalaman dan peristiwa yang dilalui tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat kami.

Persinggahan pertama dalam perjalanan balik ialah Roma, Itali, iaitu pada 19 Julai setelah melalui tujuh jam penerbangan.

Itali merupakan sebuah negara yang penuh dengan sejarah.

Lebih 3,000 monumen lama masih dikekalkan sehingga hari ini.

Antara yang paling menarik semestinya Coloseum, Parliament yang mana sejarah kesusasteraan bermula di sini.

Atase Ketenteraan Itali mempelawa kami makan malam di rumahnya dan membawa ke tempat-tempat menarik di sekitar ibu negara Itali, Roma.

Bagaimanapun, kami tidak berkesempatan menjelajah ke setiap pelosok bandar raya ini kerana tidak mempunyai banyak masa terluang.

Namun, pengalaman menarik semasa berada di sini ialah apabila penulis ingin membeli beberapa oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Seorang penjual bertanyakan dari mana saya datang dan apabila saya menjawab Malaysia, barangan yang pada asalnya berharga 15 euro menjadi lima euro sahaja.

Mereka seolah-olah bangga apabila ada rakyat Malaysia datang melawat ke situ.

Kami berada di sana sehingga 20 Julai sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Tempat persinggahan seterusnya bagi pengisian minyak ialah di Pafos, Cyprus sebelum menyambung perjalanan ke Jeddah, Arab Saudi bagi menunaikan umrah.

Kami tiba di Jeddah pada pukul 7.30 pagi, 21 Julai lalu dan berada di sana selama tiga hari.

Muscat, Mesir adalah tempat persinggahan seterusnya bagi menambah minyak pesawat sebelum meneruskan perjalanan ke New Delhi, India.

Kami bermalam selama satu malam di sini dan berpeluang melawat sekitar New Delhi dan Old Delhi diiringi Atase Ketenteraan India.

Keesokan harinya, kami terbang ke Chennai, India untuk menambah bekalan minyak setelah melalui perjalanan selama enam jam dari Mesir.

Perjalanan seterusnya adalah ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang yang mana mengambil masa tujuh jam.

Pesawat kami selamat mendarat pada pukul 12.00 tengahari, 26 Julai 2006.

Kami turun dari pesawat dengan perasaan gembira kerana dua perkara, pertama tiba ke tanah air dengan selamat dan kedua, disambut meriah oleh warga Pangkalan Udara Butterworth.

Kami berehat selama sejam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Subang pada pukul 1.00 tengahari.

Pesawat kami tiba di Pangkalan Udara Subang tepat jam 2 petang, 26 Julai 2006 dengan disambut oleh Komander Pangkalan dan para pegawai dari skuadron-skuadron.

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana kami pergi dan kembali dengan selamat dalam satu perjalanan begitu jauh dengan menyimpan pelbagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain dalam TUDM khasnya dan rakyat negara ini amnya.

Pengalaman yang diperolehi tidak akan dilupakan bagi setiap anak kapal yang mengikuti perjalanan ini.

Matlamat untuk menyertai pertunjukan udara angkatan bersenjata yang terbesar di dunia tercapai dengan jayanya.

Cogankata `Malaysia Boleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by standupper at 17-5-2006 11:50 PM
Malaysia shops for helicopters
BRENDAN SOBIE/KUALA LUMPUR

The Malaysian police force is looking to acquire eight additional helicopters and seven fixed-wing aircraft.

Industry sources say  ...


y they no choose MI-171? i thk Mi-171 not bad also even it old design look...South Korea police also hv use it as SWAT mission...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.396042 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list