CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
 Author| Post time 5-9-2006 08:43 AM | Show all posts
Sungai Petani 4-9-2006

6 anggota askar dari Kem Sunga Raja, Sungai Petani, Kedah memecah masuk kedai handphone. Tiga ditahan di mana dua orang ditembak di bahagian kaki, manakala 3 anggota lagi ditahan di dalam kem bersama sebuah kereta kancil yang digunakan untuk melakukan kejadian kecurian. Semasa melakukan pecah masuk kedai tersebut, mereka memakai topeng muka.  Walaupun alarm berbunyi, mereka menganggap tiada orang di keliling dan terus pecah masuk. Difahamkan, seorang jiran kedai telah membuat laporan polis semasa mereka pecah masuk kedai tersebut.

Sumber : http://www.sinchew.com.my/conten ... ;artid=200609041470


Ramai anggota polis tiba di tempat kejadian(pecah masuk kedai handphone), yang kiri sekali adalah anggota polis yang berjaya menembak lalu menahan pencuri(Askar).


Salah seorang askar yang ditangkap dan dihantar ke balai polis untuk siasatan lanjut.


Tuan kedai hadir ke tempat kejadian untuk memberi keterangan


Seorang askar yang ditembak polis(bahagian kiri peha kaki), digari dan dibawa/didulang oleh anggota perubatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2006 08:45 AM | Show all posts
Rompak: 2 anggota tentera cedera ditembak, 4 diberkas

Oleh OPAT RATTANACHOT dan ROSMAWATI MION

ALOR STAR 4 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 08:46 AM | Show all posts
Enam anggota tentera pecah kedai baru empat tahun berkhidmat

SUNGAI PETANI 4 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 09:20 AM | Show all posts
Saman trafik turun -- * Kurangkan beban rakyat * Galak pesalah bayar segera
Oleh SOPI SAMAILE

KUALA LUMPUR 4 Sept. ? Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan penurunan kadar saman melebihi 50 peratus kepada para pesalah trafik berkuat kuasa serta-merta.

Ia bagi meringankan beban pengguna jalan raya berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dan pada masa yang sama menggalakkan pesalah trafik menjelaskan saman mereka dengan segera.

Dalam kadar terbaru yang diperkenalkan itu, pesalah trafik hanya akan dikenakan saman bermula daripada RM30 (minimum) hingga RM100 (maksimum).

Bagaimanapun pesalah trafik yang disaman sebelum tarikh hari ini tidak akan menikmati keistimewaan tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang.

Turut terkecuali ialah mereka yang terlibat dalam kesalahan berat seperti kemalangan maut, memandu dalam keadaan mabuk, pemandu bawah umur tanpa lesen, memandu cuai serta berbahaya, tiada insurans dan lumba haram.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kadar ini merupakan potongan 50 peratus daripada kadar lama.

?elaksanaan kadar baru kompaun ini juga bertujuan mendidik mereka agar lebih berhemah di jalan raya dan tidak memberi rasuah.

?Bagaimanapun pesalah lalu lintas sebelum hari ini boleh membuat rayuan bagi mengurangkan bayaran saman mereka,? katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Mustafa berkata, mereka yang disaman mulai hari ini tidak boleh lagi mengemukakan rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran saman memandangkan ia sudah terlalu rendah.

Katanya, pesalah lalu lintas diberi tempoh sehingga dua bulan untuk menjelaskan saman mereka sebelum waran tangkap dikeluarkan bagi mengelakkan jumlah kompaun melonjak sekali ganda.

Sehubungan itu, tambah beliau, sekiranya orang ramai berubah sikap dengan membayar saman mereka dengan segera, kemungkinan Ops Warta tidak perlu lagi dilaksanakan.

?Kadar baru ini bukan dilakukan sesuka hati kerana ia merupakan pendapatan kerajaan namun kita bersikap positif dan mahu rakyat berubah sikap,? ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya perlaksanaan kadar baru itu berjaya, kemungkinan ia akan diteruskan sampai bila-bila, tetapi jika sebaliknya, polis akan mengkaji kesesuaian saman baru tersebut untuk kembali kepada kadar lama.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak salah anggap kadar baru itu akan menggalakkan pengguna jalan raya membuat kesalahan, sebaliknya ia adalah kemahuan pucuk pimpinan polis yang mahu mengurangkan beban rakyat.

Kadar saman baru adalah seperti berikut:

- Kesalahan kemalangan kecuali yang tidak boleh dikompaun:

Kadar lama bagi semua kenderaan RM300. Kadar baru bagi bas dan lori RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM150) dan motosikal (RM100).

- Kesalahan pandu laju

Kadar lama bagi semua kenderaan RM150.

Kadar baru bagi lori dan bas RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda (RM70) dan motosikal (RM50).

- Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar: Kadar lama bagi teksi RM150, van RM80 dan kereta RM70.

Kadar baru bagi semua kenderaan RM50.

* Kompaun bagi kesalahan tidak memakai topi keledar dikurangkan daripada RM70 kepada RM30.

* Kesalahan tidak boleh buat pusingan ??, kesalahan memotong cara bahaya serta potong barisan dan kesalahan memandu di lorong kecemasan:

Kadar lama bagi lori dan bas turun daripada RM200 kepada RM90, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda daripada RM100 kepada RM70, manakala motosikal daripada RM70 kepada RM50.

* Kesalahan langgar isyarat lampu merah:

Kadar lama bagi lori, bas, teksi, kereta, van dan pacuan empat roda RM200, manakala motosikal RM150.

Kadar baru bagi lori dan bas kekal RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM150 dan motosikal RM100.

* Kesalahan memandu guna telefon bimbit dan alat komunikasi:

Kadar lama bagi lori dan bas RM200, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM100 serta motosikal RM70.

Kadar baru bagi lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.

* Kesalahan tidak beri laluan sebelum membelok:

Kadar lama untuk lori dan bas RM200, kereta, teksi, van dan pacuan empat roda RM100 dan motosikal RM70.

Kadar baru untuk lori dan bas kini turun kepada RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM50.

* Kesalahan lesen memandu dan tidak mempamerkan cukai jalan:

Kadar lamanya ialah RM150 bagi bas dan lori, kereta, teksi, van, pacuan empat roda RM80 dan motosikal RM70.

Kadar baru bagi lori dan bas kini RM90, kereta, van, teksi dan pacuan empat roda RM70 dan motosikal RM30.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 09:30 AM | Show all posts
Polis tidak perlu bantuan Askar Wataniah
KUALA LUMPUR 4 Ogos ? Kadar jenayah di negara ini masih terkawal dan belum memerlukan bantuan daripada pasukan Askar Wataniah, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau bagaimanapun akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Katanya, polis tetap akan menjadi ?engatur? kepada semua aktiviti operasi pencegahan jenayah pasukan sukarelawan tersebut.

?Kalau benar kami memerlukan bantuan Askar Wataniah, saya akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Pertahanan berhubung hal ini.

?Buat masa ini khidmat Rela dan Rukun Tetangga sudah cukup untuk membantu polis terutama dalam tugas rondaan cegah jenayah,? ujarnya.

Semalam Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Tan Chai Ho memberitahu, khidmat Askar Wataniah mungkin akan digunakan untuk membantu polis dalam menangani masalah jenayah di negara ini.

Menurut Tan, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan daripada orang ramai dan masalah kekurangan anggota yang dihadapi oleh pihak polis.

Musa sebelum itu menyaksikan penyerahan gerabak kereta api lama Armoured Wickham Trolley daripada Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 09:31 AM | Show all posts
Askar Wataniah tidak sesuai banteras jenayah ? Najib
KUALA LUMPUR 4 Sept. ? Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Askar Wataniah tidak perlu dilibatkan bersama-sama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana pasukan itu masih diperlukan dalam beberapa operasi penting seperti pengawasan di sempadan negara.

?Saya fikir adalah lebih berkesan jika mengaktifkan semula Rukun Tetangga (RT), lakukan dengan lebih baik dan menyepadukan dengan polis serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),? katanya.

Bercakap pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Kelab Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini, beliau berkata, anggota tentera masih belum sesuai untuk memerangi jenayah buat masa kini.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan menggunakan pasukan sukarelawan Askar Wataniah untuk membantu polis dalam menangani masalah jenayah di negara ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan orang ramai dan masalah kekurangan anggota yang dihadapi oleh PDRM.

?Sebagai langkah alternatif lain, khidmat Askar Wataniah mungkin boleh digunakan untuk membantu polis terutama dalam tugas rondaan cegah jenayah.

?Peranan mereka samalah seperti anggota Rela dalam membantu menjaga keselamatan di sesebuah tempat dan membantu pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen,? kata Chai Ho semalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2006 09:32 AM | Show all posts
Kerajaan puas hati latihan menembak PLKN
KUALA LUMPUR 4 Sept. ? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berpuas hati dengan latihan penggunaan senjata api oleh para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila 96.2 peratus atau 15,592 pelatih mengambil bahagian.

Beliau berkata, hanya 3.8 peratus atau 628 pelatih tidak setuju mengambil bahagian dalam latihan itu atas alasan tertentu seperti tidak mendapat keizinan ibu bapa (336 pelatih), masalah kesihatan (108), takut (157) dan lain-lain (27).

?Sebahagian besar yang ambil bahagian (menembak) merasakan latihan menembak ini berguna dan berpuas hati dengan kawalan keselamatan ketat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),? katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab Alumni PLKN di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Najib berharap latihan menembak itu tidak dijadikan isu lagi.

?Saya harap ia (latihan penggunaan senjata api) tidak lagi menjadi isu yang dimainkan oleh mana-mana pihak,? katanya.

Najib juga memberi contoh bahawa anggota kadet polis semasa di tingkatan tiga sekolah menengah turut berpeluang menggunakan senjata api dalam latihan menembak.

Beliau berkata, latihan penggunaan senjata api oleh pelatih PLKN bertujuan menjadikan mereka bertanggungjawab dan berhati-hati dengan senjata api.

Malah, katanya, pelatih yang sudah mengalami pengalaman itu tahu bahawa senjata api amat bahaya dan tidak boleh disalah guna.

Kerajaan dalam hal ini turut memperuntukkan RM9 juta setahun untuk membekalkan peluru kepada pelatih-pelatih PLKN yang terbabit dalam program itu, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 5-9-2006 09:31 AM
Askar Wataniah tidak sesuai banteras jenayah ? Najib
KUALA LUMPUR 4 Sept. ? Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Askar Wataniah tidak perlu dilibatkan bersama-sama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) d ...


Reactivate the Rukun Tetangga instead of using TAs.What about more recruitment of Auxiliary Police personnel?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 04:34 PM | Show all posts
or Home Guard maybe... :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 08:23 AM | Show all posts
05 September, 2006 22:20 PM                  

Pesawat UAV Prototaip Pertama Malaysia Lulus Ujian Awal

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Prototaip pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) buatan nasional yang pertama telah menjalani ujian pertama baru-baru ini dan hasilnya memberangsangkan, kata Penglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor Selasa.

Katanya model UAV dengan saiz sebenar tanpa sistem peralatan pengawasan telah berjaya menjalani ujian dan telah menepati spesifikasi ATM.

"Selepas ini banyak ujian akan dilakukan. Kali ini ujian akan dilakukan dengan memasang sistem pengesan dan kamera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Peperangan Elektronik 2006 di sini.

Pada mulanya tiga syarikat tempatan mahu membangunkan versi UAV masing-masing tetapi Majlis Industri Pertahanan Malaysia memutuskan bahawa kesemua syarikat itu digabungkan di bawah sebuah konsortium bagi membina UAV pertama negara di bawah projek UAV Nasional Malaysia.

Projek tersebut bermula Disember tahun lepas dengan gabungan syarikat Composite Technologies Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd, Systems Consultative Systems Sdn Bhd dan Ikramatic Systems Sdn Bhd.

Mohd Anwar berkata pesawat UAV itu akan digunakan untuk mengawasi kawasan pantai negara serta taktik pemerhatian ringan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ATM bagi sistem peninjauan negara.

Katanya projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu untuk disiapkan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi komen mengenai jumlah pesawat UAV yang akan dibeli oleh ATM.

Katanya pesawat UAV dijangka memainkan peranan penting dalam struktur pasukan keselamatan negara pada masa depan bagi menambah keupayaan pasukan seperti yang telah dibuktikan oleh Amerika Syarikat dalam kempennya di Afghanistan pada 2001 dan Operasi Pembebasan Iraq pada 2003.

Katanya UAV mempunyai pelbagai kemampuan seperti melaksanakan misi yang dianggap bahaya dan berisiko tinggi, mampu memasuki ruang udara musuh tanpa dikesan, mengambil contoh jisim udara untuk mengira kadar pencemaran atau toksik dan mengelilingi orbit tanpa henti untuk menghasilkan rangkaian komunikasi tanpa henti.

-- BERNAMA
http://bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=218213
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 08:30 AM | Show all posts

Fines stay at old rates for now

Thursday September 7, 2006
By SIM LEOI LEOI and MARC LOURDES

PUTRAJAYA: The Cabinet has reversed the move by the police to slash traffic fines.

This comes a day after the police insisted that it had the power to do so without consulting the Government.

Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy said the decision was made because the Cabinet was concerned that reduced fines would not be enough of a deterrent, and ?ould not convey the right message? on road safety.  

He said it decided to reverse the decision by the police with immediate effect and postpone the matter for the time being.  

? will also call a meeting soon with the police, officials from the Transport Ministry, Road Transport Department, Internal Security Ministry and other related agencies to review the proposal,? he told a press conference at his office here after the weekly Cabinet meeting yesterday.

On Tuesday, Chan expressed surprise at the police decision to slash traffic fines by as much as RM200 and said his ministry, which is tasked with reducing road accidents and promoting road safety, was not consulted over the move.

In an immediate reaction, Internal Security and Public Order Director Commissioner Datuk Mustafa Abdullah insisted that the police had the power to reduce fines without having to consult any ministry or agency.

He said the move was to encourage offenders to pay up and to reduce corruption.

Chan said the Cabinet was of the opinion that any compound ? especially for serious offences like reckless driving, speeding and beating traffic lights ? should act as a deterrent and not as a source of revenue for the Government.

He said the Cabinet also felt that the right message? road safety and adherence to traffic rules ? should be conveyed to the people, particularly serial and hardcore offenders.

?he Cabinet also wants better coordination among the different enforcement agencies, especially when they are carrying out the provisions of the Road Transport Act,? he said.

?oth the JPJ (Road Transport Department) and the police are partners although they play different roles in reducing the number of road accidents.?  

Asked if the reduction in fines had given the perception that the Government was more interested in getting traffic offenders to pay up, Chan said: ?he Government? stand is very clear. If drivers and motorcyclists behave and follow rules, they do not have to worry about compounds.?

Chan said his meeting with the other agencies would also look into streamlining the different fines meted out by different agencies to traffic offenders. He said the difference between the fines now was quite big.

Later, JPJ director-general Datuk Emran Kadir said he supported the ministry? rationale that any fine should be a deterrent.

?f traffic offenders do not pay up, we blacklist them. The police can do this as well,? he said.

Meanwhile, Comm Mustafa said the police would accept the Cabinet? decision as it was the highest authority in the country.

?hat choice do we have? We will wait until they have made their final decision,? he said .

He said the original traffic fines prior to Monday? reduction would be reinstated until the Cabinet came up with a final ruling. Comm Mustafa said the disagreement with the ministry was just a case of ?iscommunication?.

?e have no problems with the ministry. We can sit down and discuss the matter,? he said.

http://www.thestar.com.my/news/s ... 3969&sec=nation

[ Last edited by  yipun78 at 7-9-2006 08:32 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 08:33 AM | Show all posts
Thursday September 7, 2006


Help us track down serial rapist, cops tell public

KOTA BARU: A suspected serial rapist has already struck three times here and the police want the public to help them nail him.  

His latest victim is a private college student who was sodomised at knifepoint.  

In a bid to escape, she jumped from the first floor of her hostel and fractured her spine and smashed a heel.

After visiting the victim at Hospital Pakar Perdana, Malaysian Crime Foundation Kelantan branch chairman Datuk Abd Aziz Nawi said the police have released a photofit and appealed to the public to help track the man down.

The student, 20, has undergone two operations including an eight-hour procedure to repair her spine. Doctors hope she will be able to walk again.

The girl was sodomised last week near her room by the man whom police believe is the same person who raped a hospital cleaner near Wakaf Mek Zainab two weeks ago, and a hotel worker last year.

All the assaults took place within one-km radius of the town centre.

The cleaner put up a fight but was knocked out before she was thrown into a nearby well by the man who has a dark complexion and is said to speak in a thick Kelantanese accent.

The hotel worker was raped in August last year.

Abd Aziz said the latest rape happened in the daytime and there were bound to be witnesses who could help the police.

He also urged the hospital authorities to subsidise the cost of medical care as the girl was from an average-income family.

Meanwhile, Kelantan Gerakan Youth head K.W. Ong said the college must take full responsibility for the incident.

He said the college should have provided maximum security at all times, especially for full-board students.  

http://www.thestar.com.my/news/s ... 5116&sec=nation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 08:59 AM | Show all posts
KD Laksamana Mohd Amin bawa pahlawan


SINGAPURA: Ketika kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Laksamana Mohamad Amin ditauliahkan pada Julai 1999, tidak ramai yang menyangka satu hari ia akan ditugaskan membawa pulang jenazah seorang pahlawan Melayu yang namanya diabadikan padanya.

KD Laksamana Mohamad Amin ialah antara empat buah korvet kelas Laksamana milik TLDM yang diberi nama sempena nama panglima Melayu dengan yang lain ialah KD Laksamana Hang Nadim, KD Laksamana Tun Jamil dan KD Laksamana Tan Pusmah.

Hari ini, KD Laksamana Mohamad Amin akan berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor untuk membawa pulang jasad Laksamana Mohamad Amin Alang dan Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim selepas kerja menggali semula kubur mereka di sini, selesai.

Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Mohamad Amin bersama-sama Sultan Abdullah, yang memerintah di Hilir Perak abad ke-19, ialah antara beberapa orang yang disabitkan dengan pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Berikutan penangkapan mereka, ketiga-tiganya dan Datuk Syahbandar Uda Maamor dibuang negeri ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877.

Orang Asli yang membunuh Birch, iaitu Si Putom, bersama Datuk Maharaja Lela serta bapa mentuanya, Pak Indut dan Datuk Sagor serta beberapa sekutu mereka dibicarakan atas tuduhan melakukan pembunuhan itu dan digantung di Matang pada tahun yang sama.

Selepas 16 tahun dalam buangan, Sultan Abdullah diampunkan oleh British dan dibenarkan kembali ke Perak dan tinggal di Kuala Kangsar sehingga kemangkatannya.

British bagaimanapun menolak rayuan Ngah Ibrahim, Mohamad Amin dan Uda Maamor untuk kembali ke Perak.

Mereka dihantar ke Sarawak dan ke Singapura di mana Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908. Uda Maamor juga dipercayai meninggal dunia di Singapura.

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, penggalian kubur Mohamad Amin di Pusara Aman di Choa Chu Kang diadakan pada jam 9 pagi ini dan penggalian semula kubur Ngah Ibrahim di Pusara Al-Junied di Jalan Kubur, mulai jam 10 pagi.

INFO: Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin Alang

Dituduh bersubahat membunuh Residen British yang pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Dibuang negeri bersama Sultan Abdullah dan Datuk Syahbandar Uda Maamor ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877.

British menolak permohonan pengampunan kedua-dua mereka untuk kembali ke Perak sebaliknya dihantar ke Sarawak dan kemudian ke Singapura.

Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908.

Pusara Mohamad Amin di Choa Chu Kang, Singapura akan digali semula jam 9 pagi ini manakala kubur Ngah Ibrahim di Jalan Kubur, Singapura pada jam 10 pagi.

Jasad Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di pekarangan Kompleks Muzium Matang manakala Mohamad Amin di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, Sabtu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 09:24 AM | Show all posts
Saman trafik: Polis akur keputusan kerajaan
KUALA LUMPUR 6 Sept. ? Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mematuhi keputusan kerajaan berhubung arahan penangguhan penurunan kadar saman trafik walaupun ia telah dikuatkuasakan kelmarin.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kerajaan berhak membuat sebarang keputusan dan PDRM akan sentiasa mematuhi arahan.

?Walaupun keputusan menurunkan kadar saman trafik itu dibincangkan secara mendalam dan mengambil kira pelbagai aspek, kita tetap akan tangguhkan ia seperti yang diminta oleh kerajaan,? katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) berhubung isu itu.

?Buat masa ini sebarang keputusan belum boleh diambil dan kita akan menunggu hasil perbincangan bersama KKDN yang akan diadakan dalam masa terdekat,? ujarnya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Asas Kepolisan Kadet ASP dan Inspektor Siri 1/2005 di Maktab PDRM di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas kemungkinan kempen keselamatan jalan raya tidak akan berjaya dengan penurunan kadar saman trafik ini, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian.

?Masih terlalu awal lagi, kita tidak tahu macam mana. Bagaimanapun kita tunggu sehingga perbincangan diadakan bersama KKDN dan selepas itu baru sebarang keputusan boleh dibuat,? ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:46 AM | Show all posts
Pegawai polis digesa kuasai bidang ICT
Oleh NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN

KUALA LUMPUR 6 Sept. ? Pegawai polis digesa menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan pengetahuan serta kemahiran mereka seiring dengan kemajuan dunia tanpa sempadan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perkara ini amat penting dan harus menjadi agenda utama setiap pegawai polis kerana ia merupakan keperluan semasa.

?emajuan teknologi yang sepatutnya membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada manusia kini sering disalahgunakan.

?leh itu setiap pegawai polis perlu menyiapkan diri mereka dengan ilmu dalam bidang ICT supaya perkara ini dapat diatasi.

?ni amat penting kerana pegawai polis pada hari ini merupakan generasi yang bertanggungjawab memimpin pasukan polis sehingga mencapai matlamat Wawasan 2020,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sijil Asas Kepolisan Kadet ASP dan Inspektor Siri 1/2005 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Saari, Komandan Maktab PDRM, Senior Asisten Komisioner 1, Benjamin Hasbie dan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, SAC II Asri Yusoff.

Musa berkata, dengan menguasai ICT, seseorang itu bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tetapi dalam masa sama membantu mereka menjadi pegawai polis yang cemerlang.

?elain menguasai ICT mereka juga harus mendalami pelbagai bahasa dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi moden bagi memastikan kerjaya mereka benar-benar cemerlang,? ujarnya.

Menurut beliau, bagi memastikan sasaran melahirkan pegawai polis yang cemerlang tercapai, PDRM telah menjalin usahasama dengan beberapa universiti tempatan dan antarabangsa.

?eberapa jurusan telah ditawarkan di universiti ini bersesuaian dengan bidang polis.

?ntaranya seperti Diploma Sains Kepolisan, Diploma Psikologi, Sarjana Sains Sosial, Diploma Sains Siasatan dan lain-lain lagi,? katanya.

Padamajlis tersebut, seramai 614 pegawai polis berpangkat Kadet Asisten Supritendan (ASP) dan Inspektor ditauliahkan dalam suasana penuh adat istiadat itu.

Daripada jumlah itu 53 Kadet ASP dan selebihnya Inspektor.

Dalam pada itu lima pegawai polis dari Timor Leste turut ditauliahkan selepas mereka mengikuti Latihan Asas Inspektor Polis selama sembilan bulan di Pulapol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:47 AM | Show all posts
Siapa bakal Timbalan Ketua Polis Negara?
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 6 Sept. ? Spekulasi mengenai siapakah yang bakal menduduki kerusi Timbalan Ketua Polis Negara kini semakin hangat diperkatakan berikutan penyandangnya sekarang, Tan Sri Musa Hassan disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi dibuat mengenai pengganti Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar tetapi Musa merupakan satu-satunya calon yang dikatakan paling layak dan tidak mempunyai saingan untuk duduk di kerusi nombor satu tersebut.

Kini, fokus pemerhati dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih tertumpu kepada jawatan nombor dua dalam pasukan tersebut yang dikatakan agak sengit dan sukar untuk dijangka siapakah paling layak mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Musa.

Utusan Malaysia difahamkan, ada beberapa nama ?esar? terdiri daripada pegawai-pegawai paling kanan sedang dipertimbangkan.

Antara yang disebut-sebut adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustafa Abdullah dan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Mustafa disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengisi jawatan itu berikutan kejayaannya mengurangkan dengan ketara kadar jenayah di ibu negara sewaktu bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

Beliau adalah individu yang mengilhamkan penubuhan Rakan Cop yang kini sudah diperluaskan ke seluruh negara dan banyak membantu polis memerangi jenayah.

?emuanya terpulang kepada kerajaan untuk melihat siapakah yang lebih layak, tidak perlulah membuat andaian,? kata Mustafa kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mustafa juga diingati kerana pernah mengeluarkan kenyataan meminta pegawai dan anggotanya tidak lagi menggunakan budi bicara atau bertolak ansur kepada mereka yang melanggar undang-undang tidak lama dahulu.

Kenyataan itu dibuatnya kerana kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mencari salah polis pada ketika itu.

Fauzi pula ketika dihubungi berkata, peluangnya agak sukar kerana beliau sudah menghampiri tempoh persaraan.

?emua ada kelebihan masing-masing namun jika saya diperlukan, saya akan akur kerana ia adalah satu amanah dan kepercayaan yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin,? katanya.

Fauzi merupakan antara pegawai kanan polis yang sangat disenangi oleh media dan itu tidak menghairankan kerana beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebelum masuk ke dunia kepolisan.

Beliau yang pernah mengikuti latihan komando di Indonesia menjadi ?opular? sewaktu menyandang jawatan Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada tahun 1989.

Ini kerana beliau bertindak secara agresif memerangi kegiatan samseng dan pelacuran di daerah tersebut sehingga namanya digeruni oleh para penjenayah.

Mengenai Ramli, pegawai polis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berkelulusan undang-undang itu mula berkhidmat dalam bidang kepolisan sejak tahun 1971 sebagai inspektor percubaan.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas itu pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Polis Pahang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2006 10:48 AM | Show all posts
Sarjan tentera parah disimbah asid teman wanita
Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUCHING 6 Sept. ? Seorang anggota tentera berpangkat sarjan cedera teruk di muka dan badan selepas disimbah asid oleh teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Haji Baki di sini awal pagi semalam.

Selain muka, mangsa yang berusia 41 tahun dari Kuantan, Pahang turut cedera pada badan dan kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak di sini.

Anggota tentera tersebut dikatakan berkhidmat di sebuah kem di Jalan Batu Tujuh di sini. Sebelum kejadian, mangsa dan teman wanitanya dikatakan bertengkar pada lewat malam Isnin lalu selepas wanita tersebut mengetahui status sebenar lelaki itu.

Difahamkan sebelum kejadian, anggota tentera tersebut kerap memberi alasan setiap kali teman wanitanya mengajak berkahwin.

Selepas pertengkaran tersebut, wanita itu meninggalkan rumah teman lelakinya, tetapi kembali semula kira-kira pukul 2.30 pagi semalam lalu menyimbah asid ke bahagian muka anggota tentera tersebut yang sedang berehat.

Mangsa bagaimanapun sempat menghubungi seorang rakannya yang tinggal berhampiran rumah tersebut untuk bantuan.

Wanita berusia 26 tahun itu ditahan reman selama 10 hari untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 12:55 PM | Show all posts
Kalau saman polis serendah 30 ringgit, lebih baik la diteruskan kerana ini dapat mengelakkan unsur2 rasuah dari berterusan, daripada jolok 20 ringgit ke 50 ringgit, baik saman jer 30 ringgit, pasai tu agaknya polis nak turunkan saman, utk kebaikan semua orang jugak, dosa pemberi dan penerima rasuah dapat dielakkan. Dan orang ramai pun tak ler terhegeh2 nak bayar saman pasai mampu. Kalau nak kata saman tinggi boleh mengelakkan motorists dari speeding dan langgar trafik light tak jugak, still berjuta2 manusia melakukannya......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by ef/x at 5-9-2006 04:34 PM
or Home Guard maybe... :pmuka:

cam masa darurat pasal komunis dulu? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 10:27 PM | Show all posts
Malaysia Interested In BAE Frigates
http://www.navyleague.org/sea_power/sep06-58.php

BAE Systems has received a letter of intent from the government of Malaysia for the procurement of two frigates, plus options for two more, for the Royal Malaysian Navy.

Design stipulations for the new frigates were not disclosed. Reports indicate they will likely resemble the Lekiu class that was procured from BAE Systems in the late 1990s, with some modifications including possible changes in weapons and sensors. The new units will be built in the United Kingdom and Malaysia.

BAE Systems has partnered with Malaysia抯 Labuan Shipyard and Engineering for the project. BAE Systems will build some of the sections in Scotsoun and Labuan will undertake significant elements of construction, including the assembly and launch of both hulls. In addition, the Malaysian supply chain will contribute significantly to the program as one of the requirements for this project is to support the 揗ade in Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057577 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list