CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 9-11-2009 01:11 PM | Show all posts
Anggota JPAM, Rela Sertai SSP Lalui Proses Pemilihan Ketat

PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) -- Pemilihan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) untuk mengikuti latihan kepolisan bagi menganggotai pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) akan melalui proses pemilihan yang ketat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam proses ini, anggota JPAM dan RELA perlu melalui tapisan keselamatan pihak polis melalui Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan JSJ Narkotik terlebih dahulu sebelum layak dipertimbangkan untuk mengikuti latihan.

"Calon-calon juga dikehendaki memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan, antaranya calon mestilah warganegara Malaysia, mencapai umur antara 18 dan 40 tahun, ketinggian sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 152cm bagi wanita, lulus pemeriksaan perubatan, tidak mempunyai kecacatan badan/fizikal yang ketara serta mempunyai ketrampilan diri yang sesuai," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata kewujudan pasukan SSP daripada JPAM dan RELA dijangka dapat membantu pihak polis dalam kerja-kerja pencegahan jenayah seperti rondaan dan sebagainya.

Katanya buat permulaan, pasukan ini akan dikerah bertugas di 50 kawasan panas yang telah dikenalpasti merangkumi empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata bagi pengambilan pertama iaitu pada bulan lalu, seramai 249 orang telah melepasi tapisan dan dipanggil temuduga tetapi hanya seramai 133 orang sukarelawan terpilih untuk menjalani latihan di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi.

Katanya jumlah itu melibatkan 66 anggota RELA dan 67 anggota JPAM dan mereka telahpun tamat latihan dengan sebahagiannya telah memulakan tugas sebagai SSP.

Beliau berkata bagi pengambilan seterusnya, seramai 1,122 orang terdiri daripada 948 anggota RELA dan 174 anggota JPAM telah dikenalpasti dan telah menjalani proses temuduga.

"Bagaimanapun, 1,122 calon ini sedang menjalani tapisan keselamatan. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan sebaik sahaja mereka terpilih dan melaporkan diri untuk menjalani latihan," katanya.

Katanya lima pusat latihan disediakan untuk latihan SSP dan latihan dikelola serta dikawal selia sepenuhnya oleh jurulatih polis.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 08:32 AM | Show all posts
Tinggalkan isteri dalam pantang

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias


BANGGA menunjukkan pingat yang diterima selepas menyertai misi PBB baru-baru ini.

SERAMAI 136 anggota pasukan Formed Police Unit (Mal-FPU) Briged Tengah termasuk tiga pegawai perubatan tentera yang menyertai misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Timor Leste selamat tiba ke tanah air pada 30 Oktober lalu.

Kepulangan mereka amat membanggakan negara, tambahan pula buat julung kalinya Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao menganugerahkan pingat dan surat penghargaan kepada pasukan itu.

Anugerah tersebut diberi setelah kerajaan Timor Leste berpuas hati dengan perkhidmatan dan sumbangan pasukan itu yang menyertai misi keamanan kali ini.

Masing-masing pulang setelah hampir tujuh bulan berada di Timor Leste, mengharungi pelbagai bentuk cabaran dan pengalaman.

Salah seorang anggota pasukan itu, Lans Koperal Mohd. Yasri Mohd. Yusof, 30, turut berkongsi pengalaman berharga sepanjang berada di sana.

Benar kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu".

Tuah bagi Mohd. Yasri apabila namanya terpilih menyertai misi PBB itu walaupun beliau baru enam tahun menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, bukan mudah untuk seseorang anggota polis terpilih menyertai misi keamanan pertubuhan itu.

"Setiap calon mesti melalui beberapa ujian fizikal dan mental dan mesti lulus semua ujian terbabit. Selain itu, tahap komunikasi menggunakan bahasa Inggeris juga diuji," katanya ketika ditemui di markas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, dalam kegembiraan terpilih ke Timor Leste, hatinya masih sebak.

"Hati sebak meninggalkan isteri yang dalam berpantang serta anak yang baru dilahirkan. Saya menangis memikirkan bagaimana isteri saya dapat mengharungi dan memikul tanggungjawab berat sepanjang ketiadaan saya," katanya.

Mohd. Yasri menceritakan, ketika mula menjejakkan kaki di bumi Timor Leste, dia terkejut melihat kemunduran dan kerosakan akibat peperangan menuntut kemerdekaan dari Indonesia.

"Sebelum kerajaan Indonesia keluar, bangunan-bangunan dimusnahkan, dirosakkan yang menyebabkan terdapat kesan peninggalan yang amat menyedihkan.

"Anak-anak kecil Timor Leste kekurangan makanan berkhasiat, pendidikan, tempat tinggal yang baik.

"Hiba melihat sesetengahnya terpaksa tinggal di rumah beratapkan daun dan berlantaikan tanah," katanya.

Katanya, misi kali ini ialah mengawal keselamatan kediaman Gusmao dan Presiden Timor Leste iaitu Jose Ramos-Horta selain mengiringi 23 banduan yang terlibat dalam cubaan membunuh kedua-dua pemimpin itu dari penjara untuk hadir perbicaraan di mahkamah.

Bagaimanapun, Mohd. Yasri memberitahu, setiap anggota misi turut memberikan pendidikan moral, budaya dan bahasa kepada pelajar-pelajar sekolah di negara itu.

Menurutnya, dari pemerhatiannya, masyarakat negara itu memiliki sikap mementingkan diri sendiri dan bersifat perkauman.

"Namun, kami bersyukur sepanjang tujuh bulan di sana, dengan pendidikan moral yang diberi, sikap mereka mula berubah menjadi lebih tolak ansur dan bekerjasama.

"Selain menjaga keamanan, menyalurkan bantuan kesihatan, pasukan Mal-FPU kali ini juga menyertai gotong royong membaiki sekolah, peralatan sukan dan jalan raya," katanya.

Selain itu, antara pengalaman menarik yang ingin dikongsi bersama ialah kemasukan virus yang sangat pantas setiap kali dia menggunakan perkhidmatan Internet.

"Sampai tiga kali saya terpaksa tukar telefon bimbit dan komputer riba yang rosak sebab dimasuki virus," katanya.

Mohd. Yasri menyatakan hasratnya untuk menyertai lagi misi-misi ke luar negara kerana pengalaman itu hanya datang sekali dan amat bernilai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 08:32 AM | Show all posts
Kamarulzaman diserang batu di Timor Leste

ASSIM HASSAN
assim.hassan@utusan.com.my


Lans KOPERAL KAMARULZAMAN MOHAMED

Minat yang mendalam dalam badan beruniform ketika di bangku sekolah mendorong calon ruangan ini untuk memilih Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kerjaya.

Sesuai dengan gayanya yang kemas dan segak, pemilihan anggota, Lans Koperal Kamarulzaman Mohamed, 47, dalam pasukan memang tepat pada orangnya.

Memulakan bicara, anak kelahiran Lanchang, Pahang ini mempunyai perwatakan sederhana malah lebih banyak berdiam diri dan menunggu soalan.

"Saya bukan pegawai, saya hanya anggota biasa yang tidak ada banyak pengalaman," ujar beliau sebelum memulakan bicara ketika ditemui baru-baru ini.

Selepas 15 minit bersembang, barulah Kamarulzaman mula membuka bicara dan menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste.

Beliau berbangga kerana buat pertama kalinya, Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao menganugerahkan pingat dan surat penghargaan kepada anggota PDRM yang menyertai misi PBB di negara itu, baru-baru ini.

Penghargaan tersebut berikutan rasa puas hati kerajaan negara tersebut terhadap perkhidmatan dan sumbangan pasukan PDRM yang menyertai misi keamanan kali ini.

Pingat dan surat penghargaan itu diserahkan kepada 136 pegawai dan anggota Pasukan Formed Police Unit (Mal-FPU) Briged Tengah termasuk tiga pegawai perubatan tentera.

Jelas beliau, pengalaman selama lebih enam bulan di Timor Leste banyak mengajarnya erti kesabaran dan disiplin kepadanya selain rakan sepasukan yang lain.

Katanya, pelbagai dugaan yang dihadapi ketika berada di sana, namun ia berjaya dihadapi dengan bantuan rakan-rakan lain baik dari PDRM sendiri mahupun polis negara luar.

"Bagi saya, cabaran utama ialah cuaca di sana yang sangat panas dan berdebu. Itu merupakan satu perkara yang perlu perlu dihadapi.

"Selama enam bulan kami diarahkan untuk meminum seberapa banyak air mineral dalam sehari bagi mengelak kekeringan," katanya yang akan minum lebih daripada dua botol sehari.

Kamarulzaman memberitahu, tugasnya semasa di sana adalah untuk membuat kawalan di beberapa kawasan di Timor Leste.

Katanya, ini termasuklah kawalan di rumah Perdana Menteri dan Setiausaha Negara selain bertindak jika berlaku sebarang rusuhan kaum.

Tambah beliau, mereka turut akan membantu polis tempatan dalam sekatan jalan raya termasuk di lapangan terbang.

"Ketika di sana, kami turut terlibat dalam rondaan malam di beberapa kawasan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku," katanya yang menyertai PDRM pada 1980 selepas tamat tingkatan lima.

Menceritakan lebih lanjut, Kamarulzaman berkata, pada satu malam ketika membuat rondaan bersama lima anggota polis dari Malaysia dan tiga dari Filipina, kereta peronda mereka berhenti di sebuah pekan.

"Kami terlihat ada satu tempurung kelapa dibakar di tengah-tengah jalan dan kami berhenti untuk membuat pemeriksaan.

"Ketika berhenti, kami telah dibaling batu-batu besar dari arah belakang dan tepi sebelah kiri yang dipercayai dilakukan oleh beberapa kumpulan pemberontak kaum di kawasan itu.

"Mujurlah tidak berlaku apa-apa tetapi sedikit sebanyak ia mencetuskan suasana panik dan cemas di antara kami," katanya.

Jelas bapa kepada tiga orang anak ini, selain itu, cabaran lain yang perlu ditempuhi ialah perasaan rindu untuk bersama keluarga ketika di negara orang.

Baginya, gambar ahli keluarga termasuk isteri tersayang sentiasa dibawa ke mana-mana sebagai pengubat rindu.

Sepanjang berkhidmat di sana sejak April lalu, bulan Ramadan dan Syawal sangat dirasai apabila tidak dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta.

"Namun alhamdulillah, saya mempunyai peluang untuk menyambut Hari Raya Korban bersama mereka," katanya yang turut merindui masakan masak lemak cili padi isteri kesayangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:01 AM | Show all posts
Usaha Pemodenan ATM Bukan Untuk Berlumba-lumba


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Usaha pemodenan dan peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan bertujuan untuk berlumba-lumba dengan negara lain, tetapi ia adalah untuk memastikan keselamatan dan kestabilan negara berada di tahap yang konsisten.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata hanya ketumbukan angkatan tentera yang mantap sahaja akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ATM benar-benar mampu melindungi kedaulatan dan kepentingan strategik negara.

"Walaupun krisis kewangan global yang melanda negara ketika ini merupakan faktor kekangan kepada proses pembangunan ATM, namun ia akan terus dibangunkan sejajar dengan kemampuan kewangan negara," katanya ketika berucap pada majlis Perbarisan Hari Ulangtahun ATM ke-76 di Kem Perdana Sungai Besi di sini Isnin malam.

Beliau berkata ATM juga perlu terus menjalin kerjasama ketenteraan serantau sebagai usaha positif sejajar dengan prinsip diplomasi yang dilaksanakan melalui langkah-langkah pembinaan keyakinan.

Katanya untuk itu hubungan dua hala dengan negara-negara jiran akan terus ditingkatkan menerusi rundingan kesepakatan serta kerjasama latihan.

Azizan berkata hubungan professional itu akan turut diperkukuhkan lagi dengan pelbagai jalinan diplomatik di peringkat pucuk pimpinan negara dan pemimpin tertinggi ATM.

Beliau seterusnya berkata laporan kaji selidik dalaman yang dijalankan baru-baru ini memperlihatkan bahawa terdapat tanda-tanda kelunturan dalam aspek komitmen dan taat setia di kalangan warga ATM.

Tambahnya budaya tidak sihat seperti menulis surat layang juga mencerminkan sikap bacul dan tidak bertanggungjawab kerana kebanyakkannya berunsur fitnah serta mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan kredibiliti pihak tertentu.

"Perbuatan seperti ini semua tidak akan membawa kepada penyelesaian tetapi menambahkan lagi masalah yang sedia ada justeru warga ATM harus menjauhi gejala negatif seperti itu.

"Warga ATM sepatutnya bersikap berani, berhemah dan tampil ke hadapan untuk berkongsi sebarang permasalahan secara telus agar sebarang bentuk penyelesaian akan dapat ditangani secara profesional dan saksama," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:17 AM | Show all posts
Modernisation of armed forces is not a race: General Azizan

KUALA LUMPUR: The modernisation and upgrading of the capability of the Malaysian Armed Forces (ATM) is aimed at ensuring national security and stability.

“It is not a race with other countries,” said Armed Forces chief General Tan Sri Azizan Ariffin.

Strong armed forces would make the people confident that the country's sovereignty and strategic interests would be well protected.

"Although the global economic crisis has affected the development of ATM, we will continue to develop in line with the country's financial means," he said at the passing out parade in conjunction with ATM's 76th anniversary at Kem Perdana, Sungai Besi here on Tuesday.

Azizan said ATM would cooperate with armed forces in the region in line with the principle of diplomacy and upgrade bilateral ties with neighbouring countries via joint exercises. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:45 AM | Show all posts
hu jin tao mai sini tak dak apa2 ka........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2009 01:15 PM | Show all posts
Italian Shipbuilding Giant Offers its Naval Expertise

KUALA LUMPUR: Italy's Fincantieri Cantieri Navali Italiani SpA, one of the world's largest shipbuilding groups active in the design and construction of naval and merchant vessels, is offering Malaysia its expertise in multi-support ships and Diciotti-class offshore patrol vessels.

Fincanteiri's representative for Southeast Asia Luca Maria Martini said the company was dedicated to providing Malaysia with the best naval expertise.

This, he said, was evident through its commitment in taking part in the Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima) exhibition since its inception in 1991.

"Part of our offer is to equip the Malaysian navy or coast guard (Malaysian Maritime Enforcement Agency) with a multi-support ship complete with a mobile hospital, given the fact that Malaysia often is involved in humanitarian operations during disasters like earthquakes, tsunamis, floods and other natural disasters," said Martini.

Fincantieri has to date built over 2,000 naval vessels for the Italian navy and navies from around the world.

"Fincantieri is able to design and build a wide range of surface ships, aircraft carriers, frigates, corvettes and patrol vessels, in addition to support ships and submarines.

"Ships are assisted throughout the course of their whole life with the provision of logistical support and post sales services as the company is able to guarantee both planning of maintenance and the execution of work of an ordinary or extraordinary nature and refitting at Fincantieri facilities or at a site chosen by the customer," said Martini.

On Fincantieri's participation at Lima '09, Martini said the exhibition had provided the company with the perfect platform to meet with naval delegates from the Asia Pacific.

"Lima's track record speaks for itself. The delegates that will be coming represent a great opportunity for us to present Fincantieri as a naval solutions provider."

Ficantieri will be joined by more than 300 exhibitors from around the world for Lima '09, thus cementing Lima's reputation as the premier aerospace and maritime exhibition in Asia Pacific.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 08:59 AM | Show all posts
RSD 'penyambung nyawa' operasi

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


MOHD. Sazali Md. Desa (tengah) dan sebahagian warga 71 RSD bergambar kenangan di hadapan Hagglund selepas selesai operasi latihan mereka baru-baru ini.

DALAM operasi Tentera Darat (TD) di sebuah kawasan hutan Lembah Klang minggu lalu, pasukan tempur 33 Alpha yang mengawal sektor barat hutan itu mengalami masalah serius.

Ini kerana tiga anggotanya cedera akibat terkena bedilan peluru musuh dan pasukan itu juga telah kehabisan bekalan perubatan untuk merawat mereka.

Pada masa yang sama, kawasan itu tidak boleh didekati oleh kenderaan bantuan seperti helikopter sementara perhubungan jalan darat ke kawasan operasi telah musnah secara total.

Di kala itu, tiga anggota yang tercedera terus mengerang kesakitan serta tidak mampu bergerak sekalipun jika dipapah.

Keadaan itu jelas merumitkan perjalanan operasi kerana apabila kekuatan sesuatu pasukan berkurangan, mereka perlu berupaya membuat pengunduran taktikal dari medan perang.

33 Markas medan

Menyedari hakikat itu, salah seorang pegawai pasukan 33 Alpha segera menghubungi markas medan yang menggunakan nama panggilan 0 Bravo.

Oleh kerana bantuan tidak boleh dihantar dari luar, 0 Bravo mengambil tindakan mengarahkan pasukan Halo 15 yang berada dalam lingkungan kawasan operasi bagi membantu 33 Alpha.

Salah seorang pegawai 33 Alpha, Kapten (PTS) Mohd. Zurahim Amir Hussin merupakan orang pertama yang bertanggungjawab memulakan komunikasi di atas.

Sebagai Pegawai Trafik Semboyan (PTS), Mohd. Zurahim antara lain perlu mahir berkomunikasi secara tepat, mudah dan ringkas. Ini bagi memastikan musuh tidak dapat memahami mesej yang disampaikan, seterusnya memastikan tahap kerahsiaan operasi tersebut.

Sekiranya beliau mampu menyampaikan mesej dengan baik, sudah tentu bantuan daripada Halo 15 segera tiba, seterusnya memastikan tiga nyawa berupaya diselamatkan.

Namun, tugas Mohd. Zurahim bukan tertakluk kepada kemahiran berkomunikasi semata-mata.

Beliau perlu bekerjasama rapat dengan anggota yang menggalas set radio untuk perhubungan, Lans Koperal Asmaon Yusof.

Kedua-dua individu dari 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) ini boleh dianggap sebagai 'penyambung nyawa' kepada pasukan infantri 33 Alpha dalam operasi di atas.

Ini kerana ketika di dalam hutan, tiada perhubungan lain yang boleh digunakan kecuali kaedah komunikasi menggunakan gelombang radio.

Malahan sekiranya sesuatu peperangan berlaku di bandar, peranan Mohd. Zurahim dan Asmaon sama penting dengan tugas mereka di dalam hutan kerana biasanya sistem telekomunikasi seperti pemancar telah musnah.

Justeru dalam kedua-dua senario itu, talian telefon biasa, telefon bimbit, Internet ataupun surat tidak lagi bermakna. Hanya Mohd. Zurahim, Asmaon, set 'man pack' yang digalasnya serta gelombang radio kini mendominasi komunikasi.

Penolong Pegawai Memerintah 71 RSD, Mejar Mohd. Sazali Md. Desa memberitahu, para petugas semboyan atau lebih dikenali sebagai 'pronto' wajib mempunyai kemahiran seperti membaca dan menghanar kod Morse; membaca dan memproses data analog dan digital serta mahir berkomunikasi dalam bahasa yang mudah dan kod rahsia.

Selain itu, pronto-pronto ini juga perlu berupaya mengoperasikan set gelombang radio serta membaca kedaan muka bumi serta pergerakan angin.

''Jadi, mereka perlu tahu kesemua ini kerana apabila menggunakan set radio, kelajuan angin serta kedudukan 'signal men and women' adalah penting bagi memastikan mereka berada dalam lingkungan gelombang radio yang terbaik," katanya.

Kesemua jurusignal TD mempelajari kemahiran ini di Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (Iked) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Mohd. Sazali yang hampir 30 tahun berkhidmat dengan Tentera Darat menjelaskan, selain kemahiran anggota, RSD juga banyak bergantung kepada kecanggihan teknologi.

Seperti contoh, katanya, penggunaan kenderaan pelbagai permukaan (ATV) berunut Hagglund yang dikelolakan rejimen berkenaan.

Antara keupayaannya ialah menyambungkan kemudahan Internet, faksimili dan telefon ke markas medan sejauh 60 sehingga 100 kilometer dari sesebuah kawasan operasi.

Keupayaan teknologi

Pada masa lalu, sistem komunikasi termasuk yang digunakan TD adalah dalam bentuk analog namun semenjak 1996, RSD mula beralih kepada perolehan peralatan digital.

Menurut Ketua Pegawai Semboyan RSD, Brigedier Jeneral Datuk Noordin Mohd. Yusoff, cabaran utama yang dihadapinya adalah memastikan modal insan dalam RSD berada pada tahap terbaik selari dengan perolehan aset-aset baru berteknologi tinggi.

Sebagai 'orang nombor satu' RSD, pastinya tanggungjawab itu tidak dipandang mudah.

Dengan penggunaan tahap kemasukan minimum ke TD dinaikkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, terdapat ramai juga lepasan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) yang menganggotai ketumbukan itu.

Justeru, jelas beliau, keadaan itu menyerlahkan perbezaan kemahiran di antara dua kelompok berkenaan.

''Perbezaan kemahiran kelompok sumber manusia yang berlainan ini memberikan cabaran buat kami menyediakan anggota berkemahiran tinggi, namun, ini semua diselesaikan apabila mereka menghadiri kursus-kursus wajib serta sampingan di Iked," jelasnya.

Sekiranya ini tidak ditangani, mampukah RSD menyediakan komunikasi taktikal menggunakan perhubungan radio satu aangkaian, pelbagai rangkaian atau berjalur lebar?

Siapakah pula yang akan menggerakkan Hagglund, sistem telefon medan dan mengendali sistem peperangan elektronik negara?

Perkembangan teknologi global jika dapat diselarikan dengan visi dan misi pasukan merupakan satu kemenangan buat mana-mana ketumbukan tentera. Namun jika kita tercicir, keselamatan dan kemakmuran negara terancam.

Apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai peneraju memajukan operasi atau peperangan berlandaskan rangkaian (network centric warfare dan network centric operation), tugas Noordin dan RSD ibarat tiada berpenghujung.

Peruntukan RM1.9 bilion untuk Kementerian Pertahanan melalui Bajet 2010 dilihat terlalu kecil bagi perkembangan teknologi dan komunikasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kesulitan ini ditambah dengan keperluan TD mendapatkan kenderaan perisai baru; kepentingan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendapatkan Eurocopter EC-725 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggantikan KD Seri Inderapura yang terbakar bulan lalu.

Di samping itu, haruskah atau selamatkah sekiranya sistem telekomunikasi TD diselenggara oleh hanya sebuah syarikat swasta Sapura Telecommunications Berhad?

Semua ini perlu diambil kira menjelang ulang tahun penubuhan RSD ke-57 pada 15 November ini.

Selamat Hari Ulang Tahun buat hampir 7,000 warga RSD yang sedang berkhidmat dan tentunya kepada ribuan lagi veteran pronto seluruh negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 08:58 PM | Show all posts
Post kat sini blh tak..?

by Staff Sgt. Jason Lake
18th Wing Public Affairs

11/3/2009 - KADENA AIR BASE, Japan -- Nearly 100 Airmen from the 67th Fighter Squadron are heading to Malaysia to participate in a joint exercise with the Royal Malaysian Air Force next week.

Eight of the squadron's F-15 Eagles will represent the U.S. Air Force during Cope Taufan at Butterworth Air Force Base, Malaysia, Nov. 9-20. Cope Taufan is a live-fly exercise that involves dissimilar basic fighter maneuver training and dissimilar air combat tactics training with the Royal Malaysian Air Force's fourth generation fighters - the F/A-18D Hornet and MiG-29 Fulcrum.

Lt. Col. Rob Novotny, 67th FS commander, said the Airmen from his unit look forward to building relationships with their Malaysian counterparts as they practice everything from visual maneuvers to large force employment.

"Bilateral training is nothing new to this squadron," explained Colonel Novotny. "We've trained with the Greece, Australia, Japan, Thailand, South Korea, Spain...there's very few we haven't had a chance to work with."

According to Pacific Air Forces officials, the exercise allows for an exchange of techniques and procedures to enhance interoperability and cooperation between U.S. and Malaysian Airmen. It also provides training for participating aircrew and maintenance personnel.

"This is a great opportunity - training against another fourth generation fighter aircraft," explained Capt. Brett Vanderpass, 67th FS pilot who plans to fly wingman during the exercise. "The fact that we get to train against the MiG-29 is pretty awesome."

Pacific Air Forces has conducted exercises with the Royal Malaysian Air Force since the early 1980s. Although the 67th FS participated in Cope Taufan in 2006, Colonel Novotny said this will be the first exchange between the Malaysians and his current team.
"We'll be training with and against the Malaysians," he said. "It's a give and take relationship and we're excited to do it."

http://www.kadena.af.mil/news/story.asp?id=123175724
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:35 PM | Show all posts
kita pakai pa dalam simulation ACM dgn F-15?
Cik Sue ka Cik Horney?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:48 PM | Show all posts
1430# specter

cik miggy n cik horny
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 10:45 AM | Show all posts
KD Gempita lancar penembakan misil di perairan Selat Melaka
12/11/2009 10:33am

LUMUT 11 Nov — Kapal Kelas Penyerang Laju (Misil) buatan Sweden, KD Gempita, hari ini, melancarkan penembakan misil jenis EXOCET MM38 yang berjaya memusnahkan sasaran permukaan (STB) yang berukuran 40 meter.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata misil jenis EXOCET MM38 dilancarkan pada pukul 10.30 pagi tadi di utara perairan Selat Melaka yang di bawah pemerintahan Lt Komander Md Zaman Hassan membuktikan kesiagaan dan keupayaan Armadanya.

"Sasaran terapung guna semula tersebut merangkumi barge dan enam kontena bersaiz 40 kaki. Misil mengenai tepat sasaran dan impak serta letupan menyebabkan empat kontena tercampak ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sistem misil EXOCET MM38 diperoleh TLDM adalah jenis peluru berpandu permukaan ke permukaan mempunyai berat keseluruhan 735 kilogram, panjang 5.21 meter dan diameter 35 sentimeter mampu memusnahkan pelbagai jenis sasaran permukaan termasuk kapal yang bersaiz besar.

Menurut kenyataan itu, penembakan misil EXOCET MM38 ke atas sasaran STB adalah aktiviti kemuncak latihan di laut kapal-kapal TLDM. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 02:38 PM | Show all posts
1432# cmf_tin

Dah tua tapi masih berbisa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 08:33 AM | Show all posts
Excocet MM38 buktikan keupayaan armada TLDM
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
jalal@bharian.com.my



KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuktikan keupayaan armadanya apabila penembakan misil jenis Exocet MM38 dilancar KD Gempita, tepat mengenai sasaran dalam ujian di perairan utara Selat Melaka, berdekatan Perak, kelmarin.

Misil ditembak dari kapal Kelas Penyerang Laju (FAC-M) buatan Sweden di bawah pemerintahan Leftenan Komander Md Zaman Hassan itu, memusnahkan sasaran terapung iaitu tongkang berukuran 40 meter yang memuatkan enam kontena bersaiz 12 meter di lokasi ujian jam 10.30 pagi.

Impak letupan misil seberat 735 kilogram (kg) serta 5.21 meter panjang dan berdiameter 35 sentimeter (sm) yang mempunyai bahan peledak seberat 165 kg itu menyebabkan empat kontena musnah dan tercampak ke laut.

Menurut kenyataan TLDM semalam, tembakan itu adalah aktiviti kemuncak Eksesais Latihan Pengoperasian Laut (OSTEX) iaitu latihan di laut bagi beberapa kapal TLDM.

“Jarak maksimum bagi misil ini melebihi 40 kilometer (km). Bagaimanapun, penembakan kali ini dibuat pada jarak melebihi 20 km bagi mengurangkan risiko keselamatan pada bot nelayan di perairan berkenaan.

“Walaupun TLDM terpaksa mengoperasikan kapal dan misil yang telah menjangkau hayat melebihi 30 tahun, kejayaan penembakan ini memperkukuh dan membuktikan bahawa Armada TLDM yang terbabit dalam perancangan dan pelaksanaan penembakan, sentiasa dalam keadaan siaga dan terlatih,” kata kenyataan itu.

Exocet MM38 diperoleh TLDM pada 1978 adalah jenis peluru berpandu permukaan ke permukaan yang mampu memusnahkan pelbagai jenis sasaran permukaan termasuk kapal bersaiz besar.

Misil itu digeruni apabila kapal Argentina yang menggunakan sistem persenjataan ini berjaya menenggelamkan dua kapal Tentera Laut British dalam Peperangan Falklands pada 1982.

Kini TLDM memiliki beberapa jenis misil termasuk MM40 di kapal frigat TLDM dan terkini SM39 yang dilengkapi di kedua-dua kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang boleh dilancarkan dari bawah laut ke permukaan.

Kenyataan TLDM turut menyebut, pasukan itu buat pertama kali menggabungkan tiga aktiviti serentak iaitu dua siri latihan OSTEX berserta aktiviti penembakan dilakukan dalam tempoh latihan yang menjimatkan 60 peratus kos operasi.

“Kejayaan ini juga dapat melatih warga TLDM dalam pengendalian misil merangkumi aspek perancangan latihan, penyediaan dan penyelenggaraan, melaksanakan penembakan sehingga ke proses menganalisis data apabila selesai penembakan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:33 PM | Show all posts
Malaysia Minati Panser Buatan Indonesia

PUTRA JAYA - Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro mengatakan Pemerintah Malaysia tertarik membeli lagi panser buatan PT Pindad Indonesia setelah sebelumnya membeli sekitar 30 unit, namun rencana ini terhambat kapasitas produksi Pindad.

"Semalam ada pertanyaan, apa memang ada pembatasan dari pihak kita. Saya pikir tidak ada pembatasan, yang ada mungkin keterbatasan produksi kita. Lha kita kan juga sedang pesan 150 panser. Malaysia sudah impor dan mau tambah lagi," kata Purnomo saat kunjungan kenegaraan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Malaysia, Kamis (12/11).

Menurut dia, kapasitas produksi PT Pindad masih terbatas dan diutamakan untuk memenuhi kebutu*an TNI sehingga apabila ada permintaan dari negara lain, hal itu sulit untuk dikerjakan.

"Jadi ini yang perlu diatur. Satu-satunya jalan ya kapasitas produksi yang diperluas. Tapi kan sekarang industri pertahanan kita mati hidup, mati hidup. Saya dengar masalah utama pendanaan dan tidak adanya kontrak jangka panjang. Maka itu yang akan dibenahi. Ini juga yang jadi program unggulan," katanya.

Purnomo melanjutkan, Pindad juga sedang mengembangkan produksi Senapan Serbu (SS)-2 setelah sukses dengan SS-1, begitu pula dengan produksi granat, mortir serta kebutu*an tempur prajurit.

Mengenai program prioritas Departemen Pertahanan, Purnomo mengatakan akan menyiapkan satu kekuatan TNI yang khusus bertugas untuk penangangan bencana alam.

"Dulu kita ada divisi 1 di Cilodong dan divisi 2 di Singosari. Dulu itu pasukan reaksi cepat buat perang dan sekarang buat bencana. Artinya maka buat itu batalyon zeni dan kesehatan harus kuat dan ditujukan untuk tujuan damai," katanya.

Untuk urusan ini, Dephan sudah berkoordinasi dengan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) agar memadukan program ini bersama pihak TNI.

Sepakat Tak Saling Serang

Patroli laut tentara Indonesia dan Malaysia sepakat untuk tidak saling menyerang jika keduanya menemui kapal patroli mereka yang melewati batas wilayah laut seperti yang beberapa kali terjadi di perairan Ambalat.

"Yang penting kita hormati aturan main. Artinya jangan menembak duluan, kalau itu terjadi bisa pecah kekerasan," kata Menhan Purnomo Yusgiantoro di Putra Jaya Malaysia.

Menurut Purnomo, kesepakatan itu muncul setelah dia bertemu dengan Menhan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi Rabu kemarin.

Purnomo mengatakan, sering kali kasus pelanggaran perbatasan laut terjadi karena hal-hal yang tidak subtansial dan tidak disengaja, sehingga perlu dicegah agar tidak menimbulkan masalah yang lebih besar.

"Kalau di laut itu kan susah, mungkin mereka lupa," katanya.

Selain soal perbatasan, Indonesia dan Malaysia juga sepakat meningkatkan kerjasama patroli laut dengan Singapura, terutama di Selat Malaka.

"Intensitasnya akan kami tingkatkan, begitu juga jumlah pasukannya," kata Purnomo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 04:51 PM | Show all posts
Laporan dari Malaysia
Menhan: Tak Ada Batasan Impor Pindad, yang Ada Keterbatasan Produksi
Luhur Hertanto - detikNews

ilustrasi Jakarta - Malaysia mempertanyakan pembatasan impor panser dari PT Pindad. Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro membantah adanya pembatasan impor, melainkan keterbatasan produksi.

Berikut pernyataan Purnomo di sela-sela pertemuan bilateral Presiden SBY dengan PM Malaysia Najib Razak di kantor PM Malaysia, Putrajaya, Malaysia, Kamis (12/11/2009).

Kebijakan pengadaan alusistsa dalan negeri?

PT DI mulai ekspor tapi kecil. Kita mau nilai ekonominya terpenuhi, maka kita mau pasar dalam negeri segera bisa diserap. Dalam hal ini yg terbesar adalah Dephan yaitu kebutu*an TNI. Memang ada kualitas harus dibenahi. Lalu anggarannya juga harus ada & delivery sistem yg terkadang lebih panjang dibanding dari luar negeri. Ini adalah ongkos ysng harus dibayar negeri ini. Jadi kalau kita mau kembangkan industri pertahanan dalam negeri, kita harus memenuhi kebutu*an domestik dan paling mungkin adalah TNI-Polri lewat Dephan.

Berapa produksi?

Pindad sedang kembangkan ss 22 sekarang, lalu juga granat dan semua kebutu*an prajurit. PT DI produksi di kapal patroli. Pihak Malaysia sendiri kan impor dari sana. Semalam ada pertanyaan apa memang pembatasan dari pihak kita? Saya pikir tidak ada pembatasan, yang ada mungkin keterbatasan produksi kita. Lah kita kan juga sedang pesan 150 panser. Malaysia sudah impor dan mau tambah lagi. Karena kita mau berorientasi kepada industri pertahanan, maka nggak apa-apa kalau memang Malaysia mau pakai. Itu kan sudah dilakukan untuk panser dan ss.

Panser berapa?

Yang saya tahu 30-an dan mau tambah lagi. Sekarang lagi proses. Tapi kini juga ada keperluan domestik dan itu perlu didorong. Jadi ini yg perlu diatur. Satu-satunya jalan ya kapasitas produksi yg diperluas. Tapi kan sekarang industri pertahanan kita mati hidup, mati hidup. Saya dengar masalah utama pendanaan dan nggak ada kontrak jangka panjang. Maka itu yang akan dibenahi. Ini juga yg jadi program unggulan.

Terkait program antiterorisme maka pengadaan alutsista kita arahkan buat pengamanan terhadap separatisme, teror dan bencana alam. Jadi di TNI akan ada satu kekuatan yang siap setiap saat bisa dengan cepat dikerahkan. Ini nggak masalah. Dulu kita ada Divisi 1 di Cilodong dan Divisi 2 di Singosari. Dulu itu pasukan reaksi cepat buat perang dan sekarang buat bencana. Artinya maka buat itu Batalyon Zeni dan kesehatan kudu kuat dan ditujukan buat tujuan damai. Nah standby force ini kan juga harus kita bayar, kalau orang standyby siang malam ya got to paid. Artinya harus ada anggaran khusus. Syukurnya beberapa hari ini sudah ada koordinasi dengan BNPB. Nanti mereka yang tangani bagian bencana. Sedangkan standby force juga akan tangani peace keeping operation macam di Lebanon & Kongo. Itu TNI yang akan kita arahkan dan itu akan berimplikasi terhadap pengadaan alutsista.

(lh/nik)
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 05:00 PM | Show all posts
Pemerintah Malaysia memesan 30 unit panser dan beberapa unit senjata serbu buatan PT Dirgantara Indonesian dan PT Pindad untuk kebutu*an persenjataan dan kendaraan militernya.

Menhan Malaysia juga meminta agar pemerintah Indonesia tidak menerapkan kebijakan pembatasan kuota impor alat dan persenjataan militer bagi mereka.

Menhan Purnomo Yusgiantoro mengatakan pesanan alutsista berupa 30 unit panser dari Malaysia itu saat ini tengah dikerjakan PT DI dan segera akan diserahkan tahun ini secara bertahap.

Harga satu unit panser buatan DI sekitar Rp5,5 miliar atau lebih murah 50% dibandingkan produk buatan Prancis yang mencapai Rp10 miliar per unit.

Dia menambahkan Malaysia tertarik untuk melakukan impor alutsista secara berkelanjutan dari Indonesia untuk memenuhi kebutu*an militernya. Hanya saja, lanjutnya, ada keluhan soal pembatasan ekpsor dari pemerintah Indonesia soal alutsista tersebut.

“Tadi malam ada pertanyaan, katanya ada pembatasan [quota ekspor produksi alutsista Indonesia] dari pihak Indonesia. Saya pikir tidak ada pembatasan. Saya tadi coba cek itu,” katanya di sela-sela mendampingi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melakukan kunjungan bilateral ke Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut dia, yang terjadi itu adalah kapasitas produksi industri militer nasional yang terbatas sehingga tidak mampu memenuhi permintaan. Hal itu, lanjutnya, menjadi sulit karena kebijakan pengadaan alutsista nasional juga diarahkan dari pasokan dalam negeri.

Dia memberi contoh kebijakan pengadaan alutsista nasional diarahkan lebih banyak dari produk dalam negeri yang dikembangkan PT Pindad, PT Dirgantara Indonesia, dan PT PAL.

Dia memberi contoh pengadaan senjata serbu (SS) 21 sudah sepenuhnya dari Pindad. “Pindad sekarang mengembangkan SS22. Sekarang industri militer sudah bisa memasok granat, persenjataan personel Angkatan Darat,” ungkapnya.

Terkait dengan itu, Menhan mengingatkan agar industri militer nasional terus meningkatkan kualitas produknya karena hal itu masih menjadi persoalan serius untuk diperbaiki. Dia menilai bila hal itu sudah dapat dicapai akan mampu mendongkrak industri militer nasional, karena adanya kebijakan pengadaan alutsista nasional dari produk dalam negeri.

Dalam hal ini, ujarnya, pemerintah menjadikan pengembangan industri militer nasional sebagai salah satu dari 15 program prioritas ke depan. Untuk itu, tuturnya, pemerintah terus pula mencari terobosan pembiayaan dan tingkat keekonomian produksi alutsista dari Pindad, PAL, dan DI.

detikyogyakarta.net
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 03:09 PM | Show all posts
ambik brg indon plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 07:42 PM | Show all posts
US fighter jet in tactical flight causes damage to house on RMAF grounds
2009/11/14


KUALA LUMPUR: A house in the vicinity of the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Butterworth, Penang, suffered damage following a tactical flight by a United States Air Force (USAF) F-15 Eagle fighter jet last Wednesday, the RMAF said today.


The plane is one of eight USAF fighter jets participating in the Cope Taufan 2009 exercise along with RMAF aircraft from Nov 9 to 20, said RMAF public relations officer Major Kamarulzaman Ali in a statement.

He said the incident happened soon after the plane had taken off from the air base at about 3pm.

The RMAF and USAF were identifying the actual cause of the incident, taking into account the applicable safety instructions as well as the need to make improvements if necessary, he added.

The F-15 fighter jets are stationed at the United States air base in Kadena, Okinawa, in Japan. - Bernama


http://www.nst.com.my/Current_Ne ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.110366 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list