CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 25-11-2017 12:10 AM | Show all posts
Malaysia, Indonesia and the Philippines intelligence exchange on security threats



Malaysia, Indonesia and the Philippines have each agreed to designate a ‘point of contact’ from their respective military and police personnel to facilitate intelligence exchange on security threats, including from Islamic State militants.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the collective decision was made during the Indomalphi Trilateral Intelex meeting on security recently in Manila. Malaysia was represented by the Malaysian Armed Forces Defence intelligence director-general and the Royal Malaysian Police Special Branch director.


Hishammuddin also said the three countries would meet every three months, and each country would take turns to host the venue. He said Malaysia had been appointed to organise the second meeting expected to take place in October.

“It is the first collaboration involving all three countries which combine military and police efforts on intelligence-sharing. The approach is timely and able to bring a positive impact on efforts to address the threat of violence in Southeast Asia.” - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 12:12 AM | Show all posts
Esscom wants firm decision on 'Palaus'



Lahad Datu: The Eastern Sabah Security Command (Esscom) wants the Government to come up with a decision to control the growth of the 'Palau' communities in the East Coast.
Its Chief Executive Officer Noor Alam Khan A Wahid Khan said the issue pertaining to the Palau community should be taken seriously as it will cause the local community to be insecure.


He said besides causing social problems such as begging and public vandalism, the Palau community have begun constructing illegal houses by the beach and islands which will give the impression that illegal immigrants are welcome to enter the country freely and do as they wish without action by the authorities.

"Esscom has given attention to this matter since 2013 and we have also carried out surveillance to identify their numbers.

"We have brought up this issue at state and federal level for action to be taken as this matter should not be ignored," he said.

"The community has the potential to be a threat to the nation as well as being connected to foreign criminals so Esscom has taken action and helped district officers to overcome this problem but the final say lies with the Government," he added.

Meanwhile, District Officer Iman Ali said the Local Authorities (PBTs) have taken action at district level but needs cooperation from other parties as well.

Iman said this problem, if ignored, will affect the tourism image of Lahad Datu as the presence of the community will make tourists shun Lahad Datu. - Efa Rizan

--------

Ini merujuk kenyataan Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Ruji Ubi mengenai langkah keselamatan yang dilakukan agensi itu terhadap penglibatan, penyeludupan dan aktiviti memboloskan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) oleh komuniti Orang Palau.

Atau orang Laut

Komuniti Palau atau orang laut ini tidak mempunyai negara dan digelar sebagai Gipsi Laut

Ada cadangan agar pergerakan mereka dikawal jika ke daratan, hanya untuk menjual hasil dan i membeli barang keperluan sebelum kembali ke perahu dan terus ke laut.

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... sion-on-palaus.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:14 AM | Show all posts
Elang Malindo 2017



TUDM dan TNI AU melaksanakan eksesais bersama yang di panggil Elang Malindo 2017.

Latihan ini telah dilaksanakan sejak 1975


lokasi latihan ialah Adisutjipto Air Base sebagai tuan rumah Elang Malindo 2017.

Latihan bersama ini merupakan Latihan yang ke 26 dan akan berlangsung selama 5 hari bermula dari 18 – 22 September 2017.

TNI AU diketuai oleh Pangkoopsau II Marsekal Muda TNI Yadi Indrayadi S, dan TUDM diketuai oleh Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Dato Sri Hj Abdul Mutalib bin Hj Ab Wahab.

Tujuan dari eksesais tahun ini adalah untuk melaksanakan Joint Operation dalam menghadapi serangan dari Negara lain yang mengancam kedaulatan Indonesia dan Malaysia.

Gambar rare menunjukkan pesawat Indonesia dan Malaysia terbang bersama pada awal permulaan eksesais ini di tahun 70an

MMP

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... g-malindo-2017.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:15 AM | Show all posts
TLDM dan United States Navy (US Navy) mengadakan latihan bilateral



Western Fleet deputy chief, First Admiral Abu Bakar Mohd Ajis berkata 500 anggota TLDM dari Western Fleet, dan 100 US Navy personnel, terlibat dalam maritime training activity (MTA) bermula hari ini hingga Sept 26.

“The exercise involves two phases, namely Port Phase at the Lumut Base Terminal starting today until September 23, while the Sea Phase will start from Sept 24 until 26,”


Aset yang terlibat dalam eksesais ini ialah KD Lekiu and KD Lekir ships, dan Super Lynx helicopter manakala US Navy menghantar USS Coronado combat ship and MH-60S aircraft.

MMP

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... s-navy-us-navy.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:17 AM | Show all posts
125mm 2A46MS PT-91M



Kadang2 bila admin tengok kereta kebal ni di pameran2 admin suka dengar soalan2 pengunjung kepada krew kereta kebal. Soalan wajib yg di tanya ialah jarak tembakan.

"Berapa jauh bang meriam ni tembak" sambil Mike November tersipu malu.


"Tembakan langsung boleh maksimum 4km"

"Lagi jauh boleh?" Sambil mike tersipu malu

Muzzle velocity
APDS: 1715-1800 m/s
HEAT: 905-950 m/s
HE: 760 m/s

Effective firing range
APDS / HEAT: 3000 m
HE: 4000 m

ATGM: 5000 m

MMP
Gambar oleh Mej B Hilmi

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... -2a46ms-pt-91m.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 12:19 AM | Show all posts
PT-91M Thermal Management




Camo netting pada kereta kebal mengawal pancaran haba di badan kereta kebal. Haba yang terhasil dari enjin dan sebagainya.

Ini menyusahkan penderia musuh mengesan kereta kebal ini pada jarak tertentu menggunakan thermal imager.

MMP

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... mal-management.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 02:23 AM | Show all posts
Edited by robotech at 6-12-2017 02:27 AM

Eks Guruh Gempur/Ribut Api Uji Kesiagaan Pemerintahan Arti Div 3 Div



NEGERI SEMBILAN: Seramai 85 pegawai dan 732 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari rejimen-rejimen di bawah Pemerintahan Artileri Divisyen, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) telah terlibat di dalam Eksesais Guruh Gempur/Ribut Api Siri 1/2017 yang dilaksanakan di sekitar Kawasan Am Gemas hingga Muadzam Shah dan di kawasan am Lapang Sasar Gemas mulai 13 hingga 22 Nov 2017.

Pembukaan eksesais yang telah dirasmikan oleh Komander Artileri Divisyen 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh bertujuan untuk mengukur tahap kesiagaan rejimen-rejimen artileri di bawah Pemerintahan Artileri Divisyen 3 Div selaku ketumbukan Bantuan Tempur di dalam formasi 3 Div. Latihan ini dilaksanakan selaras dengan latihan tembakan peluru hidup (live firing) kursus Ketua Bateri Siri 1/2017 Pusat Latihan Artileri (PUSARTI), iaitu Eks RIBUT API Siri 1/2017 yang merupakan latihan medan peringkat akhir bagi penuntut-penuntut kursus.

Latihan yang telah digabungkan ini berkonsepkan senario peperangan fasa defensif dan ofensif di dalam Operasi Gabungan Divisyen yang dijalankan melalui tiga fasa latihan iaitu latihan peringkat staf atau staff exercise (STAFFEX), aturgerak elemen-elemen Kumpulan Pemerintah Rejimen/Bateri (Skeleton Exercise) dan latihan tembakan peluru hidup melibatkan tembakan meriam 105 mm PH L5, 155 mm G5 dan 81 mm mortar.

Pemerintahan Arti Div 3 Div telah dibantu oleh aset dari formasi 3 Div iaitu Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) melibatkan aset 81mm mortar, aset dari Briged Artileri Roket (BAR) iaitu 51 RAD – Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) dan 61 RAD-Bateri Pengesan serta aset dari 1 RAD (Para) telah terlibat secara langsung bagi melaksanakan latihan ini.

Dalam ucapan Komander Artileri Divisyen 3 Div, beliau menyatakan bahawa latihan ini merupakan latihan yang julung kali diadakan di peringkat Artileri Divisyen dan berharap agar semua pegawai dan anggota yang terlibat mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam aspek ilmu-ilmu kemeriaman (gunnery).

Turut hadir lawatan kawasan latihan adalah Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 3 Div dan telah diberi taklimat pelaksanaan latihan oleh Lt Kol Ahmad Shukri Idris, Komandan PUSARTI selaku Pengarah Eksesais.

Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:29 AM | Show all posts
Leading Para Battle Group (LPBG) 9 RAMD (Para) gegarkan Zon Gugur Rampayan dan 10 KPD (Para) gegarkan Zon Gugur Nukahan



SABAH: Seramai 210 penerjun dari Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD Para) bersama Unit Afilasi dari 1 RAD (Para) dan 10 Skn RAJD (Para) telah terlibat di dalam Eks Gempur IX 2017 pada 23 Nov 2017.

Kesemua penerjun telah selamat mendarat di Zon Gugur Rampayan dengan menggunakan 4 buah pesawat C130 dari 14 dan 20 Skn TUDM. Turut dilaksanakan secara serentak adalah Eks Stallion oleh 10 KPD (Para) yang melibatkan guguran udara.

Sebaik mendarat LPBG ini meneruskan latihan secara taktikal di kawasan am Kota Belud sehingga 26 Nov 2017.

Objektif eksesais tahunan ini bukan hanya untuk menguji kesiapsiagaan anggota 10 Bgd Para dan keupayaan melaksanakan pelbagai gerakan melalui operasi paracut, malah ia turut untuk memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya di Sabah mengenai kemampuan dan komitmen TD dalam memastikan keselamatan Negara.

Eksesais ini dilaksanakan seiring dengan Eks Paradise yang dijalankan oleh pihak TUDM. Penerjunan statik dan guguran udara tersebut tersebut turut disaksikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Wakil dari TUDM dan pihak media.


Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 10:24 PM | Show all posts
Les Puissant Aiggle: ALAT flavour in PUTD



Well before 2013, the French Army Light Aviation Regiment, better known as the ALAT has established a strong connection with the Malaysian Army Aviation Force (Pasukan Udara Tentera Darat-PUTD) through joint exercise and cross secondment between regiments.

Several Malaysian army aviators were sent to ALAT attack helicopter regiments while similar number of French aviators were embedded with the 881st Squadron (now redesignated 881st Aviation Regiment of Rej 881 PUTD).

One French Lieutenant Colonrl whose identity was never revealed was one of those occupants on-board Skn 881’s AgustaWestland A109LUH which crashed at Bekok Dam, Kluang several years ago. This proofs that ALAT has close relationship with PUTD perhaps in training and consultation role.

Recently the PUTD has organised Eks Helang Gagah Perkasa 3/17 at its Kluang Army Airfield (former RMAF Kluang and RAF Kluang) involving the 881st Aviation Regiment, 21st Special Operation Group, 10th Parachute Brigade and 165th Military Intelligence Battalion. Elements from ALAT 1st Combat Helicopter Regiment (1er Régiment d’Hélicoptères de Combat – 1er RHC) were also involved in the exercise.

With more helicopters to be inducted in the near future, PUTD through guidance and cooperation extended from the Royal Malaysian Air Force (RMAF), the US Army Aviation Regiment and the French ALAT, will be able to support the Army’s Combined Arms Operation through Air Assault and Vertical Mobility.

PUTD might for now, has not operate any French made helicopters but it is no secret that the Army is interested on the Tiger HAP attack helicopters. Budget constraint means that for now the PUTD would have to be contended with 6 MD Helicopters MD530G Defender Light Scout/Attack Helicopter (LSAH) due to arrive either by the end of the 2017 or within 2018.

French ALAT experience especially in Mali, Libya and Afghanistan would be much usefull to the PUTD especially with the formation heavily involved in operations in Sabah.

Source: Malaysia Flying Herald
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:29 PM | Show all posts
Eks Paradise 2017: The Atlas and the Hercules



For the past few edition of Royal Malaysian Air Force (RMAF) Large Force Exercise (LFE) dubbed Eksesais PARADISE, the Malaysian Army’s 10th Parachute Brigade (10 Bgd Para) will be conducting a concurrent paradrop exercise over Kota Belud.

The RMAF tactical transport fleet has long supported the Brigade’s airborne exercises. The same goes with this year’s Eksesais Gempur IX whereby mass paradrop has been planned involving the paratroopers from the 9th Battalion, Royal Malay Regiment (Para).

A new twist of this year’s exercise was the airlift support provided by the ‘new’ Airbus A-400M Atlas strategic transport aircraft which had flown in the paratroopers as well as their gears into Sabah thanks to its superior capacity and capability than the veteran Lockheed C-130H Hercules tactical transport aircraft.



As part of Eks PARADISE and Eks Gempur IX, the Charlies will not only support airborne operation but also support Air-to-Air-Refueling (AAR) operation for various Air Force’s fighters currently forward staged at Labuan. The incident that involves a C-130H-30 on November 18 is thought to have affected AAR sorties during the exercise.



Also supporting the paratroopers involved in Eks Gempur IX is No 5 Skn’s Eurocopter EC-725AP (now Airbus Helicopters H225M) Super Cougar helicopter. The Super Cougar has displayed its capability to carry underslung cargo.



Source: Malaysia Flying Herald
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:30 PM | Show all posts
RMAF Moves MAWILUD 1 HQ To Kuantan

The Royal Malaysian Air Force (RMAF) will be relocating its 1st Air Region Command (Markas Wilayah Udara 1- MAWILUD 1) from Sungei Besi AFB near Kuala Lumpur to Kuantan AFB in the east coast state of Pahang.

Kuantan AFB is already an important airbase for the Air Force especially to safeguard the western sector of South China Sea against intrusion from up north.

The moves to Kuantan further signifies the closing down of the historic Sungei Besi AFB with various units previously based there being relocated to various Army camps and airbases in the Peninsular. At the same time, the move to relocate MAWILUD 1 to Kusntan would ptomote inter service command integration and cohesion as the Armed Forces Joint Forces Command (Markas Angkatan Bersama – Mk AB) which coordinates joint services operation as well as the Naval Region 1 Command (Markas Wilayah Laut 1 – MAWILLA 1) which coordinates operations of Royal Malaysian Navy (RMN) ships in the west of South China Sea are all located within the vicinity of Kuantan AFB.

MAWILLA 1 was previously established at Woodlands naval base in Singapore. It was moved to Tanjung Gelang, Kuantan in mid 1980’s following decision to close down the historic naval base and handed the land back to Singapore in early 1990’s.

Around 200 Air Force personnel will be involved in the relocation effort. Works to construct new buildings and living quarters at Kuantan as part of the MAWILUD 1 moves are expected to be completed by the end 2017. The MAWILUD 1 should be fully relocated by 2018.

Source: Malaysia Flying Herald
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:33 PM | Show all posts
Eks PARADISE 2017: RMAF and OBUA



What had happened in Marawi City was tragic but an eye opener. It was intense. Far more intense than the Zamboanga Crisis in 2013.

While the Philippines Air Force (PhilAF) had already seen action over Zamboanga City, nothing comes close to Marawi partly because of the tactics employed by the daesh affiliate groups there have been successfully implemented so many times in Syria and Iraq.

The Battle of Marawi clearly highlights the need for capable airlift; Medical Evacuation (MEDEVAC); Counter Insurgency (COIN); Intelligence, Surveillance and Reconaissance (ISR) platform, both manned and unmanned ; aerial Signal Intelligence and Electronic Intelligence (SIGINT/ELINT) capabilities; Joint Air Terminal Controller (JTAC); and precision guided munitions as well as bombs.

The PhilAF had learned the hard way, almost everyday through the 6 month long battle with the militants. In the process, they have lose more than 20 soldiers and Marines due to friendly fire incidents. At the same time, through support from various countries, they have progressively addressed these shortcomings through procurement of ISR-configured Cessna 208 and ScanEagle Tactical Unmanned Aerial Vehicle (TUAV).

More tactical transport aircraft are on the pipeline. The former US Marine Corp’s C-130T Hercules now handed to the PhilAF have been instrumental on bringing in more troops and supplies into the besieged city. There has been a plan to procure attack helicopters, possibly additional AgustaWestland AW109 helicopters which have been a great platform along with MD 520MG Defender light attack helicopter throughout the siege.

Possibly, the Philippines, setting aside the bad experience of operating the PZL W-3 Sokol, could buy a few Mil Mi-35M (NATO Reporting Name: Hind) considering the current bilateral relationship between the Philippines and the Federation of Russia.

PhilAF will be expecting 6 Embraer AT-29 Super Tucano COIN aircraft by 2019 to complement the veteran Rockwell OV-10F Bronco.

It has already deployed the KAI FA-50 Fighting Eagle over Marawi. At the same time, older generation of Paveway 2 guided bombs have also being acquired for the South Korean made aircraft. The shortcomings in JTAC capabilities have been apparent but seems to be addressed accordingly throughout the hostilities.

Through the Royal Malaysian Air Force (RMAF) perspective, it is important to introduce Operation in Build-Up Area (OBUA) element in next year’s Eks PARADISE, not because the Air Force did not have the experience to conduct such operation but instead to hone the skills of its pilots, airmen and related assets.

The RMAF has already operate resources and assets which enable it to conduct OBUA. Both the KNAAPO-built Sukhoi Su-30MKM (NATO Reporting Name: Flanker) and McDonnell Douglas (now Boeing) F/A-18D Hornet are all equipped with Thales Damocles and Raytheon AN/ASQ-228 ATFLIR ISR pods enabling not only the pilots in the air but ground commanders on the ground to have high resolution images of the frontline especially in urban environment.

Perhaps, next year Eks PARADISE could emulate those already implemented by the Royal Air Force (RAF) where they’ve sent RAFAEL Lightning pod equipped Panavia Tornados over a mock Afghan village in Thetford, Norfolk to train the pilots on Counter-Improvise Explosive Device (C-IED) operation.

As seen during Eks PARADISE 2016, the Air Force has been able to integrate Paveway bombs into its Su-30MKM. The laser guided bombs have been successfully dispensed over Kota Belud Weapon Range (Lapang Sasar Kota Belud – LASARUD), the usual venue for Eks PARADISE, highlighting the interoperability of the weapon system among the RMAF’s major strike asset.

The procurement of Joint Direct Attack Munition (JDAM) for the Hornets also means that the RMAF will be able to engage moving targets, synonymous with mobile terrorist vehicles while operating inside urban environment or the notorious vehicle borne IED (VBIED) also known as the suicide car.

The ability to engage at night is also important, evident through the experience that the Malaysian Army during the Battle of Mogadishu while saving the US Army Ranger and Delta Force trapped at Bakara Market in Somalia. The  ‘Blackhawk Down’ incident clearly gave highlight to the importance of Night Vision Goggle (NVG) and Infra Red strobe light which makes the dark of the night into the light of the day.

At the same time, there is a great need to have more capable unmanned ISR platform such as Medium Altitude, Long Endurance (MALE) UAV which does not only able to fly overhead for a long time, providing real-time video feed and image to the ground control station, but in the case of the Republic of Singapore Air Force, the Iraqi Air Force and the Royal Saudi Air Force, collaborates with airborne strike platform such as attack helicopters and strike fighters by sharing feeds and designating targets for them.

Such capabilities relevant to OBUA have been realised by none other than the current RMAF Chief of Staff, who in 2013’s Ops Daulat, commanded the Malaysian Armed Forces (MAF) UAV Troop which is responsible to relay real-time video and images to the ground commander.

While much has been said on the CTRM/UST Aludra Mk II TUAV over Kampung Tanduo, FELDA Sahabat 16, Lahad Datu, little has been covered on SCS Nyamok 2.0 TUAV operation over Kampung Simunul, Semporna, a dangerous water village which on March 1, 2013 saw the massacre of policemen by Sulu terrorist.

Ops Daulat also saw the importance of well trained Forward Air Controller (FAC). Over the years post Ops Daulat, the PASKAU commandos have been honing their skills in JTAC through the assistance from their counterpart in the US Marine Corp.

The importance of coordination of naval gun and artillery fires as well as various air terminals have also lead to other units including the GGK commandos and the Pathfinder or PANDURA to work on their JTAC capabilities as well. Integration and coordination with other JTAC units beside the PASKAU ‘s G-FAC team is also of greatest important especially in urban warfare environment.

As and when the Army’s MD Helicopters MD530G Light Attack/Scout Helicopter (LSAH) have been delivered next year, there will be a great need to integrate and coordinate these armed helicopters as part of RMAF’s OBUA capabilities.

The asset, manpower, equipment and knowledge are already there, it is a matter for the RMAF to ‘piece the jigs together’ in order to strengthen its capability to perform OBUA.

Source: Malaysia Flying Herald
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:35 PM | Show all posts
COMSAT Supporting Eks Lembing Sakti



The Malaysian Army’s Rocket Artillery Brigade (Briged Artileri Roket) is currently conducting rocket artillery firing exercise off the coast of Tanjung Hantu near Lumut, Perak beginning from November 30 until December 7.

The exercise involves elements from A Battery, 52nd Royal Artillery Regiment (A Bti, 52 RAD) conducting manouvering of the Avibras Astros MRLS from Taiping to Lumut where a live firing exercise was conducted on December 6.

Also supporting the exercise was a specially customised Toyota Land Cruiser Prado from the Malaysian Armed Forces (MAF) Strategic Communication Center which served as Mobile X-Band Terminal. Also presence during the exercise was DEFTECH Handalan Command and Control vehicle.



The Mobile X-Band Terminal vehicle has been an active participant in various exercises conducted by the MAF. This include the bilateral exercise with the Tentara Nasional Indonesia dubbed the LATGABMA MALINDO DARSASA as well as other Network Centric Operation (NCO) related exercise.

Source: Malaysia Flying Herald
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:42 PM | Show all posts
TUDM ada `senjata' rahsia



Nurul Hidayah Bahudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperkenalkan aset baru iaitu System Mobile Threat Emittet Simulator (MRTES) bagi meningkatkan keupayaan sesi latihan mempertahankan ruang udara negara.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, aset berkenaan dihasilkan melalui kerjasama pihaknya bersama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan Syarikat Ikramatic System Sdn Bhd dengan menampilkan sistem yang mempamerkan situasi peperangan sebenar.

€œSistem ini adalah pertama kali diperkenalkan di Malaysia dengan reka bentuk dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan.

€œMRTES boleh ditempatkan di mana-mana lokasi bagi kegunaan latihan peperangan elektronik dengan memberikan pengalaman latihan seolah-olah berdepan dengan situasi sebenar melalui beberapa kaedah yang diprogramkan dalam aset berkenaan€,” katanya selepas menyaksikan Eksesais Paradrop Deepstrike Insertion Extraction (PARADISE) Siri 4/17 di Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud, Sabah, hari ini.

Affendi berkata, pihaknya masih dalam proses menambah ciri-ciri baru keselamatan membabitkan anggaran kos RM6 juta bagi setiap unit.

“€œBuat masa ini, ia masih di peringkat prototaip. Bagaimanapun, kami yakin penghasilan aset berkenaan nanti mampu ditambah baik dengan kadar kos pembinaan yang dijangka lebih murah berbanding nilai asal dianggarkan RM6 juta.

Sebanyak 30 pesawat Pejuang Hawk, Pejuang F/A-18D, Pejuang SU30MKM, Helikopter EC725 dan Helikopter Nuri bersama 500 anggota TUDM terbabit dalam demonstrasi yang berlangsung selama 25 minit berkenaan.

Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:45 PM | Show all posts
TUDM fokus keperluan UAV berkeupayaan tinggi



KOTA BELUD 21 Nov. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memberi fokus terhadap keperluan dan pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) sebagai langkah persediaan menghadapi ancaman baharu di masa hadapan.

Panglima Tentera Udara Tan Sri Affendi Buang berkata, selain itu perolehan tersebut penting berikutan perubahan situasi peperangan masa kini termasuk ancaman melibatkan pengganas dan peperangan dalam bandar.

Sehubungan itu katanya, TUDM juga akan bekerjasama dengan pihak industri pertahanan tempatan dan pihak luar yang berkepakaran tinggi untuk memastikan hasrat berkenaan tercapai.

“Kita ada menggunakan UAV setakat ini tetapi dalam skala yang kecil. Jika TUDM memperoleh UAV canggih dan berkeupayaan tinggi kita mampu mempertingkatkan operasi di pelbagai kawasan termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Di samping itu, dengan dilengkapi UAV berkeupayaan tinggi, TUDM yakin dapat memberi tumpuan untuk tingkatkan keupayaan strategik yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri demonstrasi udara ke permukaan sempena Eksesais Paradise Siri 04/2017 di Lapang Sasar Udara Kota Belud di sini hari ini.



Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:50 PM | Show all posts
TUDM: Kuasa udara dominan



TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan satu daripada tiga cabang utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berperanan memastikan kedaulatan negara terus dipertahankan.

Sejak mengambil alih tampuk kepemimpinan pasukan pada 21 Disember 2016, Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang mempunyai tanggungjawab amat berat bukan sahaja kepada keselamatan negara malah terhadap kebajikan anggota dan pegawai TUDM.

Wartawan Mingguan Malaysia, AMIR SAR IFUDIN MAN SOR berkesempatan mewawancara beliau terutama yang menyentuh isu keselamatan negara, visi serta misi pasukan.

MINGGUAN: Sejak mengambil alih jawatan PTU, apakah tumpuan yang diberi dalam memantapkan lagi TUDM?

AFFENDI: Dalam perkara ini, setiap warga TUDM perlu penghayatan yang mantap terhadap Perintah Ulung saya kerana ia merupakan objektif utama pucuk kepemimpinan pasukan. Ini meliputi penghayatan terhadap Sistem Kesiagaan Strategik (SRS) dan Pelan Transformasi Air Force – Next Generation (AF-NG).


Apakah TUDM lebih bergantung kepada aset dalam mempamerkan kekuatannya serta kewibawaannya?

[
b]AFFENDI: Ini adalah tanggapan yang salah bahawa TUDM hanya bergantung kepada aset- aset canggih yang moden dan berteknologi tinggi. Warga TUDM melalui AF-NG yang terlatih dan berpengetahuan merupakan tunjang kepada kecemerlangan organisasi. Modal insan ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya mempunyai ciri–ciri warga TUDM AF-NG. Ciri ciri tersebut antaranya berfikiran kritis, bijak dan berpandangan jauh ke hadapan.

Sehubungan itu, peluang latihan perlu diteruskan bagi membolehkan kecekapan anggota diasah dan dibina. Ini bermakna, pendidikan dan latihan mestilah sentiasa relevan.Di samping itu, strategi latihan yang mengaplikasikan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengurusan dan kaedah E-Learning sangatlah digalakkan.

Juga, kaedah mentor bagi mewujudkan hubungan sinergi antara dua atau lebih anggota. Penekanan terhadap proses mentor perlu diberikan untuk mencapai matlamat transformasi. Sistem mentor turut menyemarak esprit-de-corps yang memberikan peluang untuk warga TUDM berinteraksi sesama sendiri.

Kita juga menitikberatkan peningkatan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Namun, TUDM juga perlu memberi keutamaan bajet untuk peningkatan kelayakan, latihan dan pengalaman. Di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Apakah visi Datuk Seri dalam memperkasa TUDM?

AFFENDI: Saya berhasrat merealisasikan TUDM menjadi ‘Kuasa Udara Yang Dominan’. Perintah Ulung, Sistem Kesiagaan Strategik dan Pelan Transformasi AF-NG akan dijadikan sandaran serta landasan pasukan. Antara Perintah Ulung saya ialah menyentuh kesiagaan, budaya senggaraan efektif, pembangunan modal insan, pemindahan teknologi, budaya pengurusan cemerlang, kebajikan warga dan Pelan Transformasi AF-NG,

Visi ini merupakan satu aspirasi gambaran masa hadapan yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu (tiga ke 10 tahun) oleh TUDM. Dalam konteks TUDM, dominan bermaksud keupayaan sebagai sebuah organisasi paling berkuasa, berpengaruh dan menonjol dengan fungsinya melaksanakan misi dalam domain pengoperasiannya. Ini bermaksud TUDM mampu dan sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan misi dalam semua keadaan, aman dan perang dengan berkesan.

Di samping itu TUDM juga perlu mampu untuk melaksanakan misi-misi kemanusiaan di peringkat domestik dan global. Semua visi ini boleh direalisasikan dengan perancangan strategik berkesan dan praktikal yang akan menumpukan kepada teras strategik iaitu keupayaan ruang angkasa, kecemerlangan operasi dan hubungan strategik.

Di samping itu, TUDM juga bercita-cita membina sebuah organisasi dan pasukan pada masa hadapan yang bukan sahaja dihormati di peringkat kebangsaan tetapi juga di seluruh dunia. Masa depan TUDM akan mempunyai ciri-ciri utama berikut iaitu organisasi berdaya tahan, anggota bermotivasi, tangkas dan berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dan menjadi sebuah pasukan yang memiliki pelbagai keupayaan.


Bagaimana hendak memastikan setiap anggota TUDM sendiri benar-benar sentiasa bersedia dalam menghadapi apa juga cabaran.

AFFENDI: Malaysia perlu bergantung kepada sumber-sumbernya sendiri dan keupayaan untuk melindungi kedaulatan negara, kemerdekaan dan keutuhan wilayah. Oleh itu, kita perlu mempunyai keupayaan untuk bertindak balas kepada mana-mana musuh tentera. Kawasan teras keupayaan adalah sokongan logistik, sumber manusia dan industri pertahanan.

Ini termasuk sentiasa berwaspada, bersiap sedia melalui penyediaan pendidikan dan latihan ketenteraan selain mengadakan latihan bersama dan mewujudkan perkongsian maklumat dan sebagainya.


Sejak memegang tampuk pemerintahan TUDM, adakah terdapat pencerobohan ruang angkasa.

AFFENDI: Memang ada, tetapi pencerobohan tidak mengakibatkan kedaulatan wilayah dan ruang udara Malaysia serta kepentingan negara digugat kerana keadan ini di pantau oleh sistem pertahanan udara yang menyeluruh selain pesawat pejuang kita sentiasa berada pada tahap kesiagaan paling tinggi.


Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 10:54 PM | Show all posts
Kapten Adibah pilot heli EC 725 AP



Mungkin bukan sesuatu yang menghairankan lagi apabila pada hari ini dalam kalangan kaum wanita mampu bertugas dalam dunia pekerjaan yang lazimnya dikuasai kaum lelaki.

Begitu pun tabik hormat harus diberikan kepada Kapten Adibah Abu, 31, kerana beliau boleh disifatkan sebagai satu-satunya rose among the Air Force thorns!

Tika ini beliaulah satu-satunya wanita yang bertugas sebagai juruterbang helikopter EC 725 AP di Pangkalan Udara (PU) Kuantan, Pahang. Dalam kalangan kesemua juruterbang yang lain adalah lelaki, hanya Adibah sahaja satu-satunya wanita di situ.

Namun tidak sekadar itu, lebih mengagumkan, Adibah merupakan satu-satunya juruterbang wanita dalam pasukan TUDM kini yang menerbangkan pesawat helikopter tentera jenis EC 725 AP.

EC 725 AP merupakan helikopter yang boleh mengangkut bebanan (barangan atau penumpang) yang banyak dan berat iaitu 11,000 kilogram. Dengan kemampuan helikopter yang sedemikian, Adibah mampu dan mahir menerbangkan helikopter jenis ini.

“Walaupun ada yang mendakwa bahawa menerbangkan EC 725 AP adalah lebih mudah kerana pesawat ini mempunyai sistem autopilot yang membolehkan pesawat terbang tanpa memerlukan juruterbang untuk ‘hands on’.

“Namun EC 725 AP tetap mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri untuk saya menerbangkannya,” katanya kepada Mega Wira di PU Kuantan baru-baru ini.

Adibah berkata, beliau sama sekali tidak bermimpi untuk bergelar juruterbang apatah lagi berkhidmat dalam pasukan tentera untuk mempertahan keselamatan negara.

“Sedangkan bapa saya, Abu Kudus merupakan seorang guru dan ibu pula, Sarah Haron seorang jururawat, ditambah lagi dalam ahli keluarga dan saudara mara terdekat tidak ada yang bertugas sebagai anggota tentera.

“Malah sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka pada 2003, saya masih tidak menentukan minat dan kerjaya yang hendak dipilih,” katanya.

Sehinggalah bapa kepada seorang sahabat baiknya, yang merupakan seorang pegawai tentera mencadangkan Adibah supaya menjalani temu duga tentera udara di Alor Setar, Kedah.

“Mungkin saya dilihat agak lasak berbanding anaknya sendiri namun tanpa banyak berfikir lagi, saya menyahut cabaran pertama untuk bergelar anggota tentera dengan menjalani temu duga tersebut.

“Alhamdulillah tanpa disangka, saya telah lulus semua ujian sepanjang sesi temu duga yang menguji segala aspek kesihatan, kecergasan serta kecerdasan akal dan fizikal bagi memastikan saya layak untuk menjalani latihan,” katanya.

Maka pada April 2004, Adibah mula menjalani latihan yang menguji segala ketahanan beliau bersama 58 yang lain sebagai Pegawai Kadet Siswa di Pusat Latihan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Daripada 59 pelatih tersebut hanya enam terdiri dari pelatih perempuan termasuk Adibah.

“Selain menjalan latihan ketenteraan dalam tempoh tiga tahun tersebut, saya juga mengambil pengajian pada peringkat Diploma Mekanikal Aeronautikal sebagai asas untuk menerbangkan pesawat,” katanya.

Maka dalam latihan ini ia begitu menggubah dirinya daripada kehidupan seorang awam kepada anggota tentera yang begitu menekankan patuh kepada disiplin yang ketat, tanpa membezakan antara lelaki dan wanita.

Selepas ditauliahkan pangkat Leftenan TUDM pada tahun 2007, maka bermulalah detik yang sangat mendebarkan apabila Adibah mula menjalani latihan di Pusat Latihan Terbang 1 untuk belajar menerbangkan pesawat.

Bangga terpilih sebagai pelatih helikopter terbaik

Menurut Kapten Adibah Abu, pengalaman menerbangkan pesawat Pilatus PC-7, iaitu pesawat ringan dua tempat duduk yang lazimnya digunakan untuk tujuan belajar amat mengujakan.

“Tentulah saat yang paling mendebarkan apabila saya perlu terbang berseorangan atau solo bagi menentukan kelayakan untuk menerbangkan pesawat. Sangat berbeza keadaannya apabila terdapat jurulatih di belakang kita untuk menerbangkan pesawat,” katanya.

Namun sebaik sahaja beliau berjaya mendaratkan pesawat secara solo dengan baik, maka bermulalah era untuk Adibah belajar untuk menerbangkan helikopter pula.

“Kami dilatih untuk menerbangkan helikopter Alouette III oleh jurulatih yang berpengalaman dan pakar penerbangan helikopter.

“Namun saat yang lebih mendebarkan apabila dalam latihan terdapat tugasan untuk mendaratkan helikopter satu enjin ini dalam keadaan simulasi enjin tidak berfungsi atau engine off landing.

“Ini supaya pada masa hadapan kami tahu bagaimana hendak mengendalikan helikopter dalam keadaan kecemasan,” katanya.

Segala usaha berbaloi apabila Adibah tidak sahaja diiktiraf sebagai juruterbang helikopter malah lebih membanggakan beliau terpilih sebagai pelatih helikopter terbaik pada tahun 2010.

Adibah mula melebarkan sayap apabila memulakan kerjaya rasmi sebagai juruterbang wanita dengan ditugaskan di No 7 Skuadron berpangkalan di Kuching, Sarawak pada Mei 2010, iaitu sebagai pembantu juruterbang pesawat Sikorsky S61A-4 atau lebih popular, pesawat Nuri.

Bila menyebut Sarawak, kepada kesemua para juruterbang, ruang udara negeri itu adalah yang paling mencabar dan sebagai orang baharu, pengalaman bertugas di Sarawak sememangnya sangat mahal dan bermakna.

“Tugas operasi memerlukan kami untuk masuk terutama ke pedalaman Bario dan Bakelalan, iaitu kawasan bergunung-ganang yang perubahan cuacanya berlaku dengan begitu cepat.

“Juruterbang perlu sangat mahir mencari laluan keluar terutama di kawasan Mulu, lazimnya ruang udaranya tertutup dengan hamparan awan yang tebal,” katanya.

Pada 2014, Adibah kemudiannya dipindahkan bertugas ke No 10 Skuadron, PU Kuantan, Pahang dan kali ini dilatih pula menjadi pembantu juruterbang pesawat EC 725 AP.

“Jika diimbas semula daripada enam pelatih perempuan yang berjaya menyertai TUDM bersama saya, hanya seorang sahaja yang tidak dapat menamatkan latihan, manakala lima yang lain berjaya dalam latihan dan terus berkhidmat sebagai juruterbang dalam pasukan TUDM sehingga kini.

“Seorang juruterbang Nuri, dua orang juruterbang untuk pesawat C130 Hercules, iaitu pesawat pengangkut, seorang lagi juruterbang CN235, pesawat pengangkut yang lebih kecil saiznya daripada C130, dan saya sendiri, juruterbang untuk helikopter EC,” katanya.

Ibu kepada dua anak yang masing-masing berusia tiga dan dua tahun ini membuktikan bahawa, status ibu juga bukan penghalang untuk beliau mempunyai kerjaya sehebat juruterbang pesawat tentera atau lebih tepat Ketua Pembantu Juruterbang sekarang ini.

Pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 Ogos lalu, Adibah menunjukkan kemahiran yang mengagumkan apabila membuat penerbangan untuk terbang lintas helikopter yang lazimnya sangat menarik perhatian para penonton dan pengunjung yang hadir.

“Rasa bangga yang tidak terhingga apabila saya membawakan bendera negara, Jalur Gemilang dan bendera TUDM yang berkibaran untuk peristiwa bersejarah negara yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia.

“Namun untuk melakukannya bukan mudah kerana kami perlu menjaga tempoh masa bagi memastikan kami terbang tepat pada masa yang sepatutnya. Bertambah sukar kerana kita perlu melakukan formasi bersama semua jenis perkhidmatan helikopter TUDM yang mengambil bahagian dengan memastikan jarak yang selamat dan sama antara semua helikopter,” jelasnya.

Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 10:57 PM | Show all posts
Kaum lain sertai ATM masih rendah



PORT DICKSON: Penyertaan kaum lain dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini masih rendah berikutan setiap pengambilan kadet baharu, hanya kira-kira 10 peratus yang menyertai pasukan itu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata dalam majlis tamat latihan yang diadakan hari ini, seramai 201 pegawai kadet berjaya menamatkan latihan.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu, hanya empat orang masing-masing kaum Cina dan India, Iban (tiga), Bajau (tiga), Kadazan (dua), Bugis (dua) dan lain-lain kaum enam orang.

"Penyertaan kaum Cina dan India terutamanya ketika ini masih terlalu rendah, jika dibandingkan dengan Melayu seramai 177 orang.

"ATM sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan kaum lain sama-sama menyertai pasukan ini, dalam usaha menjaga kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Graduan ATM di Akademi Tentera Darat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamaruzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Seramai 106 pegawai kadet Tentera Darat (TD), 44 pegawai kadet Tentera Laut TLDM dan 51 pegawai kadet TUDM ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda, selepas tamat latihan sembilan bulan di pusat latihan masing-masing sejak Mac lalu.

Mengulas lanjut, Raja Mohamed Affandi berharap supaya lebih ramai kaum lain menyertai pasukan itu pada masa akan datang.

"Golongan muda seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan harus berani berkorban untuk negara," katanya.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:02 PM | Show all posts
Eksesais Pasak Bumi (EPB) Memantapkan 4 Bgd (Mek)

Oleh Markas Briged Keempat Infantri (Mekanize)  



Johor: Seramai 21 pegawai dan 725 anggota Lain-Lain Pangkat 4 Bgd (Mek) telah melaksanakan Eks Pasak Bumi Perdana Siri 4/2017 mulai 10 hingga 18 Dis 17 bertempat di sekitar kawasan am Sagil, kawasan Rizab Gunung Ledang Johor dan kawasan am Asahan, Melaka iaitu melibatkan jarak sejauh 40km.

Upacara penutup latihan telah dilaksanakan di kawasan am Sagil, Johor yang disempurnakan oleh Panglima 4 Bgd (Mek) Brig Jen Dato’ Md Din bin Hj Abu. Objektif eksesais adalah mempertingkatkan daya pemerintahan dan kawalan di peringkat seksyen, platun dan kompeni dalam keadaan yang mencabar. Mempertingkatkan kemahiran pandu arah, disiplin medan, Ilmu medan Perang (IMP) serta mempertingkatkan kemahiran ketua kompeni, ketua platun dan ketua seksyen dalam membuat perancangan dan melaksanakan serangan serta merta dengan serangan khemah musuh untuk pasukan tempur demi memupuk semangat kerjasama serta setiakawan di kalangan anggota pasukan.

Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:05 PM | Show all posts
EKS Helang Laut Melabuhkan Tirai

Oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat  



LABUAN: Seramai 10 pegawai dan 17 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berjaya melaksanakan Latihan Akhir Eksesais Helang Laut di sekitar perairan Labuan pada 19 Dis 2017.

Eks yang bermula pada 8 Dis sehingga 19 Dis 17 merupakan latihan akhir yang melibatkan Kursus Pegawai Muda Gerak Khas Siri PMGK/1/2017 dan Kursus Penolong Ketua Perenang Tempur Siri PKPT/1/2017 dan Upacara Penutup telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi bertempat di Kapal Auxiliary MT Bunga Mas 5 (BM5).

Eks ini merupakan pelaksanaan Atur Gerak Pasukan Khusus Amfibi Skala Kecil yang melibatkan penggunaan aset-aset ATM, iaitu Darat, Laut dan Udara. Pelaksanaan Eksesais ini melibatkan empat fasa iaitu fasa pertama – latihan pesawat menggunakan pesawat EC 725 daripada 5 Skn TUDM, fasa Kedua – Latihan Intelligence Surveillance Reconnaissance (ISR) terhadap sasaran Penting di Sekitar Labuan, fasa ketiga – latihan Raid ke atas Sasaran penting yang dipilih dan fasa terakhir – latihan Menyelamat Tebusan diatas Kapal Laut.

Penuntut kursus terbaik bagi Kursus Pegawai Muda Gerak Khas Siri PMGK/1/2017 dinobatkan kepada Kapt Ahmad Tarmizi Abu Bakar daripada 11 RGK dan penuntut terbaik bagi Kursus Penolong Ketua Perenang Tempur Siri PKPT/1/2017 dinobatkan kepada SSjn Buranurdin Sali daripada PULPAK.

Turut hadir ialah Komandan PULPAK Kol Adi Ridzwan Abdullah, Pegawai Memerintah Kapal Auxiliary MT Bunga Mas Lima, Komander Banggau Anak Limbing TLDM dan Pegawai Memerintah 5 Skuadron TUDM, Lt Kol Juma’in Saadon TUDM.

Sumber: BTDM Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.979153 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list