CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 23-11-2009 11:50 AM | Show all posts
Warga ATM patut contohi kekentalan wira terdahulu

SALWANA Arsad (kiri), Nor Hashimah Muhammad (kanan) dan Mohammad Zulkhairy Chin bersama piala masing-masing selepas Tamat Latihan Pegawai Graduan Kolej Tentera Darat Siri 25/2009 di Kem Perdana, Sungai Besi, kelmarin.

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta menjadikan kekentalan perjuangan perwira terdahulu sebagai sumber inspirasi bagi mengekalkan keamanan negara.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin menegaskan, dengan semangat sebegitu, ketumbukan itu akan lebih versatil dan dihormati.

“Keamanan negara yang dikecapi kini merupakan hasil pengorbanan dan semangat perjuangan perwira terdahulu, justeru warga ATM yang menjunjung ikrar kesatria harus sedia berkorban demi kebaikan organisasi,’' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap sempena Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Graduan Kolej Tentera Darat Siri 25/2009 di sini semalam.

Sementara itu, penuntut Terbaik Keseluruhan, Kapten Salwana Arsad, 26, berkata, beliau memilih menyertai bidang ketenteraan kerana teruja dengan persenjataan.

“Walaupun perkhidmatan saya dalam Tentera Darat adalah secara kontrak selama 10 tahun, saya merancang menyambungnya jika ada rezeki,’' katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Malaysia Sarawak.

Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan kursus itu pula, Kapten Mohammad Zulkhairy Chin, 25, pula berharap agar perkhidmatannya dalam Tentera Darat dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

“Saya bersyukur apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil apabila saya diterima masuk ke Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja,’' ujarnya.

Sementara itu, Penuntut Terbaik Pengajian Ketenteraan, Kapten Nor Hashimah Muhammad, 26, turut terharu dengan anugerah itu.

“Walaupun ayah saya seorang pegawai tentera, beliau pada mulanya tidak mahu saya memasuki bidang ini tetapi selepas saya menunjukkan kesungguhan, beliau akur,” katanya.

Bapanya, Leftenan Kolonel Muhammad Abd. Rahman yang hadir pada acara itu sekadar tersenyum mendengar jawapan Nor Hashimah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 08:33 PM | Show all posts
Pegawai Perubatan ATM Cekal Berkhidmat Di Sahara

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- "Ibarat nyawa di hujung tanduk", demikian digambarkan oleh anggota Pasukan Perubatan Malaysia (MMU) 7 mengenai pengalaman berkhidmat enam bulan di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sahara Barat di utara Afrika.

Periuk api, suhu sekitar dan ribut pasir antara cabaran genting yang dihadapi sembilan pegawai dan 11 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai misi PBB untuk Referendum di Sahara Barat (MINURSO) sejak 22 Mei lalu.

Komander MMU 7, Leftenan Kolonel Dr. Amaradran William Davis Dass, 45, berkata suhu ketika malam di padang pasir terlalu sejuk manakala tengah hari terlalu terik hingga mencecah 65 darjah selsius.

"Kita juga berhadapan dengan bahaya patukan ular jenis 'double-horn' dan periuk api yang ada di mana-mana dan panggilan kecemasan yang memerlukan kami bergerak dari satu kem ke kem lain," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pada penghujung Ogos lepas, seorang tentera Malaysia cedera di bahagian muka apabila kenderaan PBB yang dinaikinya bersama tentera Pakistan meletup akibat terkena periuk api.

"Kami yang ketika itu berada di kem utama di Laayoune bergegas ke tempat kejadian di Oumdregra yang memerlukan perjalanan selama tiga jam melalui jalan udara dan darat untuk memberi rawatan," katanya sambil menambah kenderaan yang dinaiki mangsa musnah.

Laayoune adalah bandar terbesar di Sahara Barat, sebuah kawasan padang pasir yang tidak mempunyai pemerintahan sendiri.

Pasukan Malaysia berkhidmat di Sahara Barat mulai 22 Mei hingga 15 Nov lepas. Mereka kembali ke tanah air pada 19 Nov lalu.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Kapten Dr.Hamiza Hassan yang merupakan salah seorang daripada sembilan wanita yang menyertai MMU 7 melahirkan rasa syukur kerana tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang bertugas di wilayah bergolak itu.

Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan, beliau menganggap semua itu adalah pengalaman dan pelajaran baru baginya.

"Pengalaman berada di Sahara Barat sangat menarik, sepanjang enam bulan berada di sana banyak pengalaman yang kami timba dan kita juga belajar cara berkomunikasi apabila kita sering menemui pelbagai pesakit dari negara berbeza," katanya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor berkata mutu perkhidmatan dan sikap profesional pasukan perubatan Malaysia di Sahara Barat telah memberikan keyakinan kepada seluruh warga PBB dan penduduk tempatan.

MMU 7 dipertanggungjawab memberikan bantuan perubatan kepada lebih 450 anggota tentera dan penduduk tempatan termasuk rawatan pesakit luar dan dalam, rawatan kecemasan, kemudahan makmal perubatan, x-ray, farmasi, pergigian, rujukan dan nasihat serta pasukan perubatan hadapan.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:46 PM | Show all posts
1459# lkick2113

Aku seconded to Mata2 yg bot ni hanya sesuai utk bencana banjir, relocation dan medivec dan kapasiti yg kecil sesuai utk JPA3, Bomba dan water ambulan. Untuk kegunaan ketenteraan sgt tak sesuai. Aku dah tengok model ni in action tahun sudah di Langkawi, tapi tak silap warna bomba! Atas jalan tak tangkas, atas air pun lebih kurang sama pasal berat mechanical enjin dan enjin outboard dia.

Aku harap Pak Zahid jgn main angguk aje apa orangputih kata. Gula-gula lebih sikit cakap ada sentimental value terus nak ambik. Pasal "Duck" tu mcm ada di Singapore dan sekarang digunakan di Melaka aku rasa sesuai pasal kapasiti besar walaupun slow.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:22 PM | Show all posts
aih, kena pancing sikit dah nak beli. Nothing really great dgn benda nih.

Takkan nak tempur sampai darat naik  bot 3 tayar tuh ?

Lebih baik duit tuh buat beli more CB90.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 08:47 AM | Show all posts
MMU 7 pamer profesionalisme di Sahara Barat

Dr. Hartini Idris yang bertugas selama enam bulan di Sahara Barat menerima ciuman anaknya, Hasnatul Balqis (kiri) dan Huwaidatul Balqis, setibanya di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Pasukan Perubatan Malaysia 7 (MMU 7), Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Referendum di Sahara Barat (Minurso) menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi sepanjang enam bulan berada di sana.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor berkata, ia dibuktikan melalui pengiktirafan yang telah diberikan oleh warga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakyat tempatan di sana.

‘‘Saya percaya, selama tempoh enam bulan pelbagai cabaran ditempuhi dalam melaksanakan tugas mereka.

‘‘Namun, di atas sikap profesional sebagai anggota tentera, segalanya berjaya dihadapi, malah bantuan perubatan yang diberikan mendapatkan pengiktirafan daripada seluruh warga PBB dan pujian penduduk tempatan di sana,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan kepulangan dan pembubaran pasukan MMU 7 di Wisma Transit di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pasukan yang diketuai Kolonel Dr. Amaradran Dass William David Dass itu berkhidmat di Sahara Barat pada 22 Mei sehingga 15 November lalu dan pulang ke tanah air pada Khamis lalu.

Mereka terdiri daripada sembilan pegawai perubatan dan 11 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang merupakan pembantu perubatan.

Dr. Amaradran Dass ketika ditemui berkata, secara keseluruhan, pasukannya berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

Allatif Mohd. Noor (dua dari kanan) bertanya khabar anggota MMU 7 yang pulang ke tanah air Khamis lalu selepas enam bulan bertugas di Sahara Barat.

Menurutnya, bantuan perubatan yang diberikan terdiri daripada rawatan pesakit luar, rawatan kecemasan, kemudahan makmal perubatan, kemudahan farmasi, rawatan pergigian dan perkhidmatan rujukan dan nasihat.

‘‘Cabaran kami di sana adalah perubahan cuaca yang panas dan sejuk. Panas kadangkala mencecah sehingga ke 65 darjah celsius dan ia terlalu panas.

‘‘Kami juga berhadapan dengan bahaya ular berbisa jenis double-horn dan periuk api yang ada di mana-mana dan panggilan kecemasan yang memerlukan kami bergerak dari satu kem ke kem lain,’’ katanya

Pegawai Perubatan, Mejar Dr. Hartini Idris berkata, pengalaman berada di sana cukup bermakna dan tidak akan dilupakan.

Menurutnya, sokongan yang diberikan oleh masyarakat di sana juga begitu tinggi kerana mereka benar-benar memerlukan rawatan dan bantuan perubatan.

Tambahnya, tempoh berada di sana sangat mencabar kerana perlu berhadapan dengan cuaca dan persekitaran yang berbeza.

Kata beliau, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan, ia merupakan pengalaman dan pelajaran baru baginya.

‘‘Saya cukup gembira pulang ke Malaysia kerana dapat kembali menatap dan mencium dua anak perempuan saya, Hasnatul Balqis Amril Syahiedzran, 5, dan Huwaidatul Balqis, 4,’’ katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 08:55 AM | Show all posts
Ex-gratia tentera dipertimbang

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pemberian Skim Bayaran Pampasan Bencana Kerja atau ex-gratia pesara tentera yang cedera sebelum 20 Oktober 1994 kini dalam proses pertimbangan semula dan rayuan Kementerian Pertahanan kepada kerajaan.

Kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, ketika ini pemberian tersebut tertumpu kepada pesara yang mengalami kecederaan selepas tarikh berkenaan sehingga 31 Disember 2000 sahaja.

Menurut kenyataan itu, pesara yang telah menerima bayaran ialah mereka yang cedera selepas 1 Januari 2001.

“Keadaan ini berlaku kerana penerima yang sah ialah pesara yang cedera selepas tarikh skim itu diperkenalkan iaitu pada 20 Oktober 1994 hingga penghujung 2000.

“Apabila berlaku penambahbaikan skim, pesara yang cedera selepas 1 Januari 2001 turut berhak mendapatkan bayaran itu, namun tiada pembayaran kepada pesara yang cedera sebelum 20 Oktober 1994,” menurut kenyataan itu hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2009 08:55 AM | Show all posts
ATM, TNI rancang latihan tangani pengganas

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) buat pertama kali merancang mengadakan latihan bersama khusus bagi menangani pengganas.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (gambar) berkata, latihan gabungan bersama darat, udara dan samudera itu dijadualkan berlangsung di Selat Melaka pada April tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu masih di peringkat konsep dan ia akan dirujuk kepada mesyuarat peringkat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malindo membabitkan Menteri Pertahanan kedua-dua negara selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Latihan bersama ini merupakan satu platform mengeratkan kerjasama antara ATM dan TNI.

"Ini kali pertama latihan bersama dikhususkan kepada latihan untuk menangani keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut disertai Panglima TNI, Jeneral Joko Santoso selepas mempengerusikan secara bersama Sidang Ke-7 Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Malindo di sini hari ini.

HLC yang bernaung di bawah GBC Malindo merupakan badan kerjasama kerajaan Malaysia dan Indonesia bertujuan menangani masalah keselamatan di perbatasan kedua-dua negara.

Sidang HLC yang berakhir hari ini membahas dan menimbang arahan daripada Persidangan GBC Malindo di Indonesia, Disember tahun lalu selain membincangkan perkembangan keselamatan dan pembangunan semasa perbatasan.

Mengenai mesyuarat itu, Azizan berkata, beliau berpuas hati kerana masalah yang dibincangkan dapat diselesaikan dengan semangat yang tinggi oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, Joko Santoso menegaskan, kerjasama antara TNI dan ATM merupakan 'tiang seri' mengeratkan hubungan kerajaan serta masyarakat di Malaysia dan Indonesia.

Beliau mengakui, adakalanya tercetus masalah dalam perhubungan kedua-dua negara namun sebenarnya lebih banyak perkara positif yang berlaku.

"Kerjasama yang TNI jalinkan dengan ATM adalah paling erat berbanding hubungan kami dengan negara lain.

"Sebagai negara berjiran, memang ada saja masalah-masalah yang terjadi tetapi lebih banyak lagi hal yang bermanfaat berlaku," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 08:55 AM | Show all posts
Rosyatimah pernah iringi Mona Fendy

Oleh TAN MING WAI


KOPERAL Rosyatimah Arshad

DRAMA berkisar tentang polis, 'Gerak Khas' sudah lama disiarkan di televisyen. Namun penulis selama ini tidak berkesempatan sangat untuk menonton dengan penuh minat drama bersiri arahan Datuk Yusof Haslam itu, sehinggalah menjadi wartawan Meja Jenayah sejak tiga tahun lalu.

Walaubagaimanapun, tidak disangka baru-baru ini, penulis dipertemukan dengan calon Gaya Polisi, Koperal Rosyatimah Arshad, 39.

Rupa-rupanya, Rosyatimah yang kini bertugas di Unit Media Elektronik (TV dan Radio), Bahagian Perhubungan Awam Bukit Aman, merupakan antara orang belakang tabir produksi 'Gerak Khas'.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memantau penggambaran drama bersiri itu dari pelbagai aspek bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain memastikan segala aksi dan skripnya mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan.

Amanah yang dipikul Rosyatimah termasuk membuat semakan, penilaian serta memberi cadangan terhadap skrip dan aksi dalam produksi tersebut.

Selain itu, beliau juga terlibat dalam pemilihan pelakon untuk semua peringkat agar mereka yang dipilih benar-benar sesuai untuk memegang sesuatu watak.

Memulakan perbualan, kata Rosyatimah, ramai beranggapan kerjanya cukup 'glamor' berbanding polis lain kerana sering berdepan dengan artis-artis terkenal tanah air.

"Orang lain mungkin ada tanggapan sedemikian tetapi ia tidaklah semudah yang disangka.

"Kalau ada yang anggap tugas saya seronok, mereka sebenarnya silap. Tanggungjawab saya amat berat dan mencabar kerana ia melibatkan imej dan nama baik PDRM.

"Semua produksi filem dan drama yang membabitkan PDRM walaupun satu babak kecil, kami perlu memastikan semua aspek prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan sempurna sebelum ia boleh disiarkan untuk tontonan umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman baru-baru ini.

Selain 'Gerak Khas', beliau turut terlibat dalam pembikinan drama polis lain seperti Akademi Polis dan Roda-Roda KL.

Mungkin ramai yang tidak sedar, Rosyatimah sebelum ini pernah mengacarakan program Rakan Cop dalam rangkaian radio Klasik FM (kini Klasik Nasional) selama tiga tahun sebelum ia ditamatkan tahun lalu.

Beliau juga pernah muncul di kaca televisyen dalam beberapa babak menampilkan anggota polis dalam satu drama tempatan satu ketika dulu.

Rosyatimah yang dilahirkan pada 24 Julai 1970 di Teluk Intan, Perak ialah anak kelima daripada tujuh beradik.

Selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Rosyatimah pada mulanya ingin menjadi guru atau jururawat, tetapi rezeki seakan-akan tidak menyebelahinya apabila permohonannya sama ada ditolak atau langsung tidak mendapat maklum balas.

Beliau yang tidak senang duduk di rumah berasa tidak selesa menganggur, lantas mendapatkan kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di Sungai Way, Petaling Jaya.

"Setelah setahun lebih bekerja di kilang, saya mula rasa bosan, ingin mencari perubahan hidup dan maju ke depan. Kebetulan ternampak iklan pengambilan anggota polis wanita dalam akhbar, jadi saya terus .

"Selang beberapa minggu selepas itu, saya menerima berita baik diserap masuk ke dalam PDRM. Bapa tidak merestui kerana katanya wanita akan menjadi kasar dan terdedah kepada risiko menerima rasuah manakala ibu pula okay kerana janji ada kerja.

"Saya terangkan kepada kedua-dua orang tua saya, saya seorang yang berpegang kuat pada ajaran agama dan tidak akan mudah terjerumus," ceritanya.

Rosyatimah menyertai PDRM pada 9 Jun 1991 sebagai Konstabel. Beliau menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (ketika itu Pulapah) Jempol, Negeri Sembilan selama enam bulan bersama 70 anggota polis wanita lain.

Sebaik sahaja tamat latihan, beliau dihantar ke Balai Polis Wangsa Maju sebagai anggota tugas am sehingga 1995 sebelum bertukar ke bahagian perlesenan senjata api.

Ternyata, keputusan untuk menyertai PDRM keputusan yang paling tepat dibuat dalam hidupnya kerana Rosyatimah juga menemui kebahagiaan semasa bertugas.

Mungkin sudah menjadi suratan takdir, Tuhan mempertemukan beliau dengan buah hatinya, Lans Koperal Sabtu Muin (kini cawangan kereta polis peronda di IPD Sentul) ketika mereka berdua menjadi rakan setugas di Balai Polis Wangsa Maju.

Semasa bertugas di balai polis terbabit, terdapat satu insiden yang pasti terpahat buat selama-lamanya dalam hati Rosyatimah.

Insiden yang dimaksudkan, beliau pernah menjadi pengiring Mona Fendy ketika kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd. Mazlan Idris yang menggemparkan seluruh negara pada Julai 1993.

"Sebagai petugas am balai, saya sering menjadi pengiring kepada Mona mahupun orang kena tuduh (OKT).

"Sewaktu menerima arahan, saya tidak dimaklumkan siapakah suspek yang akan diiringi. Saya tidak tahu sehinggalah dia muncul di hadapan saya. Saya mengiringinya ke rumahnya di Shah Alam untuk pegawai penyiasat mencari bukti di situ sebelum ke IPK Kuala Lumpur kemudiannya untuk disoal siasat.

"Sebenarnya saya ditugaskan untuk beberapa hari saja kerana ketiadaan pengiring. Namun itu memang pengalaman yang cukup menarik yang akan saya ingat selama-lamanya kerana 'berpeluang' duduk di sebelah dan menyentuh Mona," ujarnya.

Segala usaha yang dicurahkan Rosyatimah selama ini akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Sijil Penghargaan Integriti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 08:56 AM | Show all posts
Selamatkan bot nelayan rosak di laluan kapal dagang

Oleh ASSIM HASSAN


S. Sathiya Seelan berdiri di hadapan sebuah pesawat PDRM di pangkalan udara PDRM Sungai Besi, Kuala Lumpur.

JAM ketika itu menunjukkan pukul 3.30 petang pada tahun 1987.Beliau bersama seorang juruterbang ditugaskan membuat pemantauan di perairan pantai barat Semenanjung Malaysia.

"Ketika itu saya dan kapten sedang membuat rondaan di perairan Pulau Jarak, kira-kira 48 kilometer ke arah barat Pulau Pangkor, Perak.

"Kami kemudian mengesan sekumpulan lima orang berada dalam bot nelayan seperti berada dalam keadaan terdesak," cerita Supritendan S. Sathiya Seelan ketika ditemui di pejabatnya di Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi baru-baru ini.

Tambah Sathiya, kesemua nelayan itu dilihat melambai kain berwarna putih seperti baju sebelum dia dan kapten kapal tersebut membuat penerbangan lebih rendah ke arah laut untuk melihat dengan lebih jelas.

Katanya, jelas kelihatan lima orang individu dipercayai nelayan berada dalam keadaan kesusahan dan beranggapan mereka mengalami kerosakan enjin.

Jelas beliau, apa yang lebih merisaukan beliau dan kapten adalah kawasan nelayan itu berada ketika itu terletak betul-betul di laluan kapal-kapal perdagangan di Selat Melaka.

"Secara tiba-tiba kami memikirkan tentang keselamatan mereka dan langkah pertama yang diambil ialah membaling peralatan keperluan (survival kit) kepada mereka.

"Walaupun balingan itu tersasar, namun kelihatan dua orang nelayan berjaya terjun dan berenang mengambil peralatan tersebut sebelum kami menghubungi Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) yang kini dikenali sebagai APMM," katanya yang asyik berbicara.

Sathiya memberitahu, dalam masa yang sama, beliau menghubungi polis marin bagi menghulurkan bantuan dan MCRR telah memaklumkan bot yang berhampiran akan mengambil masa empat hingga lima jam untuk tiba di tempat kejadian.

Akibat rasa takut kesemua mangsa ditimpa bahaya ekoran tersadai di laluan kapal perdagangan, beliau dan kapten kapal bertindak menarik perhatian beberapa kapal-kapal perdagangan yang berada jauh dari kawasan mangsa.

"Nasib baik ada sebuah kapal perang dari Rusia membantu dan memahami isyarat yang diberikan oleh kami dan terus mengalihkan laluannya .

"Apabila melihat tindakan kapal terbabit, saya dan kapten pada masa itu berasa lega dan meneruskan penerbangan pulang ke Subang," katanya yang mula memasuki polis pada 12 Februari 1978.

Tambah anak kelahiran Taiping, Perak itu, bukan setakat itu, difahamkan kapal perang Rusia terbabit telah membawa bot nelayan tersebut ke Dumai, Indonesia untuk membaiki bot mereka sebelum dibawa pulang ke Kuala Selangor.

"Dua minggu selepas itu, kami membuat susulan berhubung kejadian itu dan dimaklumkan kelima-lima mangsa selamat sampai ke Kuala Selangor," katanya.

Sathiya juga merupakan individu pertama yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pangkalan unit udara PDRM di Sarawak pada 1 September 2000.

Berbekalkan pengalaman yang ditimba ketika membuka pangkalan udara PDRM di Sabah pada Disember 1993, beliau ditugaskan untuk menubuhkan pangkalan itu secara berseorangan di Sarawak.

Katanya, tugas yang dipikul itu merupakan satu amanah besar dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.

Selain itu, penggunaan bahasa Melayu yang baik selain bahasa Inggeris Sathiya, amat menarik perhatian penulis.

Malah, ketika penulis memasuki ruang pejabatnya, kelihatan beberapa buah kamus berada di atas meja beliau.

Selain kamus, buku penjodoh bilangan dan peribahasa turut berada di atas meja pegawai polis ini.

Ditanya mengenai kemahirannya dalam bidang bahasa ini, beliau berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sementara itu, kerjasama dan sikap tolak ansur antara beliau dan anggota bawahannya amat dititikberatkan.

Apa yang diperlukan anggota bawahannya akan dikaji dan diselesaikan bersama supaya suasana harmoni ketika bekerja sentiasa terjalin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 08:54 AM | Show all posts
Batalion Keenam RRD terima panji-panji baru

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Raja Perlis selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD), Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menghadiri majlis penganugerahan Panji-Panji baru RRD di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Sungai Besi, baru-baru ini.

Dengan cogankata 'Agi Idup Agi Ngelaban' Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (RRD) terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah pasukan yang sentiasa terampil dan siaga dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terbaru, pasukan itu berjaya menyempurnakan penganugerahan Panji-panji Rejimen baru yang telah disempurnakan oleh Raja Perlis selaku Kolonel Yang Dipertua RRD, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, baru-baru ini.

Penganugerahan itu memberi semangat kepada seluruh warga Batalion Keenam RRD untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan beretika.

Lebih penting, semangat dan iltizam mereka untuk menjadi anggota tentera yang berjuang demi keamanan dan kesejahteraan negara tercinta.

Penubuhan

Batalion Keenam RRD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1970 di Kem Sungai Udang, Melaka. Pada awal penubuhan pasukan itu, anggotanya terdiri daripada gabungan Batalion Kedua, ketiga dan keempat RRD serta Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Seramai 150 anggota lagi telah diambil daripada pasukan Pertahanan Tempatan Melaka dan Negeri Sembilan bagi memenuhi perjawatan. Leftenan Kolonel Mansur Yunus merupakan Pegawai Memerintah yang pertama dan sehingga kini, pasukan itu telah diperintah oleh 20 Pegawai Memerintah.

Pegawai Memerintah sekarang adalah Leftenan Kolonel Omar Baharom yang mengambil alih jawatan tersebut pada 15 Januari lalu sehingga sekarang.

Penganugerahan Panji-Panji

Tarikh 2 Oktober 1992 adalah hari yang bersejarah bagi pasukan itu apabila dianugerahkan Panji-panji Rejimen. Tuanku Raja Perlis ketika itu, iaitu Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail, selaku Kolonel Yang Dipertua RRD telah menyempurnakan penganugerahan tersebut dalam satu upacara yang gilang-gemilang.

Istiadat tersebut turut dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tengku Budriah Ibni Al-Marhum Tengku Ismail; Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Yaacob Mohd. Zain.

Sejarah dan Tradisi Panji-Panji

Perkataan 'Panji-Panji Tentera' bererti bendera atau bendera-bendera yang dibawa oleh unit tentera. Pada mulanya, bendera-bendera itu hanya dimaksudkan pada bendera yang dibawa oleh unit-unit berjalan kaki terutamanya Infantri tetapi selepas itu ditujukan juga pada bendera dan lencana Tentera Berkuda dan Unit-unit berkenderaan.

Perkataan Panji-panji atau bahasa Inggerisnya 'Colours' mula digunakan sebagai panggilan kepada warna-warna cerah yang terdapat pada bendera Infantri.

Panji-panji telah digunakan sebagai cara pengenalan dan tanda tempat berkumpul semasa dalam peperangan. Panji-panji juga digunakan untuk menandakan markas dalam peperangan.

Ekoran perubahan yang berlaku dalam muslihat dan teknik peperangan, panji-panji telah dianggap sebagai simbol semangat dan tradisi rejimen atau pasukan yang membawanya.

Pada zaman abad pertengahan, panji-panji digunakan sebagai Lambang Agama atau Peribadi. Lambang Peribadi telah semakin berkurangan digunakan.

Dengan terbukanya kompeni-kompeni dan unit kepada rejimen dan kor, panji-panji juga beransur-ansur disusun mengikut sistem semasa.

Dalam ATM, panji-panji dikurniakan kepada sebuah rejimen sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan dan kesetiaan rejimen tersebut kepada raja dan negara.

Satu lagi Panji-panji Rejimen adalah Panji-panji Yang di-Pertuan Agong yang melambangkan kesetiaan rejimen kepada raja dan mempunyai tempat yang lebih utama daripada Panji-panji Rejimen.

Atas sebab-sebab ekonomi, sesebuah batalion dikurniakan dengan Panji-panji Rejimen sahaja.

Panji-panji Yang di-Pertuan Agong hanya dikurniakan kepada rejimen atau kor oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Panji-panji Rejimen dikurniakan oleh Kolonel Yang di-Pertua Rejimen masing-masing atau Raja-Raja Melayu yang dilantik.

Upacara pengurniaan panji-panji kebiasaannya diadakan dengan kebesaran mengikut adat istiadat tradisi tentera.

Panji-panji juga diarak di hadapan anggota pasukan dan kenamaan pada hari tertentu atau perayaan dan kebesaran dari masa ke semasa. Ekoran itu timbulnya perkataan " mengarak Panji-panji atau Trooping The Colours".

Sebagai tanda penghormatan pada sesebuah pasukan, segala kegiatan yang melibatkan peperangan di mana pasukan itu turut berjuang akan disulam di atas Panji-panji Rejimen tersebut.

Tanda-tanda ini dikenali sebagai kehormatan perang atau 'Battle Honours'. Panji-panji disanjung tinggi dan diberi penghormatan mulia oleh setiap lapisan anggota tentera. Apabila dibariskan, panji-panji akan dibawa oleh pegawai muda dan diiringi oleh dua Sarjan Pengiring panji-panji.

Semasa panji-panji yang dibariskan melintas lalu di hadapan, adalah menjadi adat resam yang dituntut supaya hadirin berdiri dan mereka yang berpakaian seragam memberi tabik hormat.

Sekiranya langkah-langkah penjagaan diikuti dan diamalkan dengan sempurna, panji-panji boleh digunakan sehingga 15 ke 20 tahun. Untuk menyempurnakan penggantian panji-panji baru, satu istiadat penggantian panji-panji mesti dilaksanakan.

Panji-panji Baru

Batalion Keenam RRD juga tidak terkecuali apabila panji-panji pertamanya yang sudah menjangkau usia hampir 17 tahun ditukar baru. Istiadat pertukaran panji-panji itu disempurnakan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulllail pada 10 Oktober lalu.

Ketika bertitah pada istiadat itu, Tuanku Syed Sirajuddin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Batalion Keenam RRD yang telah membuat persiapan begitu teliti dan rapi agar istiadat berjalan dengan sempurna dan teratur.

Jelas sekali, titah baginda, semua pegawai dan anggota telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan istiadat tersebut.

"17 tahun yang lalu, pada tanggal 2 Oktober 1992, Paduka Ayahanda beta telah mengurniakan Panji-panji Rejimen ini di Kem Wardieburn dalam istiadat yang penuh gilang-gemilang dan kini telah tiba masanya panji-panji tersebut ditamatkan tauliahnya dan diganti dengan panji-panji yang baru," titah baginda.

Ujar baginda, pengurniaan panji-panji merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada sesebuah pasukan. Pengiktirafan itu diberikan hanya setelah sesebuah pasukan tersebut menunjukkan pengorbanan, kesetiaan, ketaatan dan komitmen bahkan ada kalanya dengan titisan darah yang menyumbang kepada kepentingan dan kedaulatan Negara.

''Beta berharap sekalian pegawai dan anggota Batalion Keenam RRD akan menghargai dan menghormati panji-panji yang telah dianugerahkan kerana ia hasil titik peluh dan titisan darah saudara-saudara kita terdahulu yang sebahagiannya gugur sebagai Pahlawan Negara.

''Mereka benar-benar telah menjiwai dan menghayati kata-kata "Agi Idup, Agi Ngelaban"," titah baginda.

Selain itu, baginda juga berbangga dengan perubahan dan pembaharuan yang telah dicapai oleh ATM amnya dan RRD khususnya. Kini RRD terdiri daripada pasukan light infantry dan juga airborne infantry.

Titah baginda, pelbagai peranan yang dimainkan RRD itu menunjukkan perubahan dan pemodenan yang sedang dilalui oleh ATM.

''Sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja, beta mahu melihat perubahan-perubahan ini mengukuhkan lagi Rejimen Renjer Diraja daripada segi fizikal, kelengkapan, pemikiran, disiplin, komitmen dan kemahiran,'' ujar baginda.

Tambah baginda, ATM seharusnya kekal relevan dengan zaman teknologi yang semakin moden.

"Kita seharusnya melakukan perubahan daripada segi pengurusan, pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan agar seiring dengan cabaran dan ancaman semasa di samping mengekalkan ciri-ciri asas ketenteraan dalam masa yang sama.

"Beta juga ingin menyeru agar nilai-nilai rejimental terus dikekalkan dengan pengurusan berkualiti yang menyeluruh dan menjadikan RRD sebuah organisasi yang unggul, mantap serta berwibawa dalam apa jua bidang dan tugas yang dipertanggungjawabkan," titah baginda.

Baginda bertitah, jika menyusuri sejarah RRD, ia penuh dengan unsur dan semangat "kepelbagaian dalam kesatuan".

Tambah baginda, leluhurnya iaitu Sarawak Rangers dan kemudian RRD yang dianggotai pelbagai kaum dan etnik, menunjukkan bahawa walau berbeza keturunan dan kepercayaan serta pelbagai adat, RRD tetap satu.

"Beta berbangga kerana RRD telah berjaya membuktikan manusia yang pelbagai bangsa dan agama boleh wujud dalam suasana harmoni dan hormat-menghormati jika mereka percaya pada perkara yang sama dan tidak melihat perbezaan antara mereka.

"Ingatlah titisan darah dan pengorbanan nyawa demi mengekalkan perpaduan dan kesatuan antara kita adalah harga yang murah untuk dibayar berbanding dengan kebinasaan yang bakal kita alami jika berpecah-belah dan bermusuhan," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda meletakkan amanah dan iltizam menjaga perpaduan dan kesatuan pasukan tersebut di atas bahu setiap pegawai dan anggota renjer agar suatu hari nanti RRD adalah contoh rejimen yang melambangkan semangat 1Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 07:46 PM | Show all posts
Aircraft Shortlist To Be Finalise Soon

KUALA LUMPUR: With the days of the Royal Malaysian Air Force's MiG-29N Fulcrum jets numbered, a procurement shortlist for multi-role combat aircraft (MRCA) is expected to be finalised soon.

Defence industry players expect a shortlist to be made during the Langkawi International Maritime and Aero-space 2009 exhibition.Among the bidders for the MRCA deal are companies reportedly from the United States, France, Sweden, Britain, Russia and China.

The shopping list is said to include, among others, the Boeing F/A-18E/F Super Hornets and F-16 Fighting Falcons from the US, France's Dassault Rafale and Dassault Mirage 2000, Saab JAS 39 Grippen of Sweden, Panavia Tornado from Britain, Europe's Eurofighter Typhoon, Russia's Sukhoi Su-30 and Su-35, and China's Chengu J-7 and J-10, Shenyang J-8 and J-11 and JF-17 Thunder.

An MRCA is the aircraft of choice as it can be used as both a fighter and a ground attack aircraft.Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hinted that a firm decision might be made soon, probably utilising the budget under the 10th Malaysia Plan (2011-2015) or from the 11th Malaysia Plan.

He said this in reference to a projected procurement and development funding of RM7 billion for the entire defence and security sector under the 10th Malaysia Plan, for which more than RM5 billion is being sought for the defence industry proper.

Part of the budget is expected to be used to buy replacements for the S-61 Nuri helicopters for the air force, multi-role supply ships for the navy; and 8x8 heavy vehicles, armoured personnel carriers and missiles for the army.
"We are evaluating several MRCA makes that will best suit our needs, not only in terms of operations but other aspects like transfer of technology, trade spin-offs and cost-effectiveness."Zahid said to date, only 16 of the 18 MiG-29N delivered to the RMAF since 1995 under a RM1.3 billion package, were operational.
"By month end, six of the jets will be phased out. Another eight will be decommissioned by mid next year, with the remaining two phased out at the end of next year."

The two MiG-29N squadrons are being replaced by the 18 newly procured Sukhoi Su-30MKM interceptors. The deal was inked in 2003 for US$900 million (RM304.8 million).

Russia's state arms exporter Rosoboronexport reportedly offered to trade in the remaining 16 MiG-29Ns for an additional six Su-30MKMs.

The MiG-29N purchase made Malaysia the first non-Soviet block country to acquire Russian combat aircraft.However, rising operational and maintenance costs, to the tune of RM260 million a year, as the jets exceeded their life-span limit of 10 years is becoming too much to bear.
Two MiG-29Ns crashed in 1998 and 2005, respectively.
Apart from heavy wear and tear on spare parts, the MiG-29Ns have to undergo preventive and restoration work costing between RM7 million and RM10 million for engine overhaul every year for each cycle of between 1,000 and 4,000 flight hours.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:26 AM | Show all posts
Utk pasukan penyelamat/ bomba/ pertahanan awam aku suka dgn sealeg ni.....tp kalau utk tujuan perperangan/ pertempuran dan segala yg sewaktu dgnnya...bg aku...benda ni kurang praktikal lah
matamata Post at 21-11-2009 23:13


setuju dengan hang...

baik beli hovercraft...perabih duit beli kura2 nih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 05:37 PM | Show all posts
so dalam masa 5 tahun nih,  kita harap dapat melihat perjanjian2 pembelian peralatan significant antara lainnya:

gripen
additional 6 suks
aewc
dokdo
8x8
more pendekar
more apc
misil2
mpa
more frigate
more ngpv
littoral warfare ships to replace the fast strike boats

anything else you guys wanna add?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 06:12 PM | Show all posts
more sam...
more hornet...
more submarine...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 08:40 PM | Show all posts
ada apa2 lagi permintaan sebelum pencalonan ditutup......
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 09:01 PM | Show all posts
lupa pulak...

nuri replacement
csar helos
more choppers for all branches of the armed forces, other than apmm of course
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 08:54 PM | Show all posts
1459# lkick2113  

Aku seconded to Mata2 yg bot ni hanya sesuai utk bencana banjir, relocation dan medivec dan kapasiti yg kecil sesuai utk JPA3, Bomba dan water ambulan. Untuk kegunaan ketenteraan ...
Canaletto Post at 23-11-2009 20:46



betuuulll...
Abg otai kita dah bg penjelasan...
takyah susah2 aku tambah lagi negatif pemilikan benda ni utk GGK...

TQ bang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 08:16 AM | Show all posts
PDRM perlu tambah helikopter - Musa

LANGKAWI 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan helikopter pada masa hadapan bagi memantapkan lagi aktiviti pemantauan jenayah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setakat ini PDRM memiliki 10 buah helikopter bagi tujuan tersebut.

"Bagi saya, PDRM memerlukan lebih banyak helikopter kerana ia memberi kebaikan terutamanya untuk tujuan pencegahan jenayah.

"Kalau boleh saya mahu setiap negeri ada sebuah helikopter," katanya kepada pemberita ketika melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat di sini hari ini.

Musa berkata, kehadirannya pada hari ini adalah untuk melihat peralatan yang dipamerkan dan mungkin dapat memenuhi keperluan pihak polis.

"Ia bertujuan menentukan PDRM dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Selain itu, katanya, PDRM juga memerlukan satu sistem komunikasi yang bersepadu bagi memantapkan lagi perkhidmatannya.

Ditanya sama ada PDRM berminat untuk memiliki pesawat tanpa pemandu (UAV), beliau berkata, pihaknya tidak bercadang membeli pesawat berkenaan pada masa ini kerana kosnya yang agak mahal.

Mengenai perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Musa berkata, beliau memberi fokus untuk menambah balai polis di setiap daerah dalam negara dan meningkatkan rondaan keselamatan di setiap kawasan.

Tambahnya, pihaknya akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, menjaga kebajikan anggota dan memberi latihan yang berterusan bagi melahirkan anggota polis yang berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 08:16 AM | Show all posts
PDRM perlu tambah helikopter - Musa

LANGKAWI 1 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan helikopter pada masa hadapan bagi memantapkan lagi aktiviti pemantauan jenayah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setakat ini PDRM memiliki 10 buah helikopter bagi tujuan tersebut.

"Bagi saya, PDRM memerlukan lebih banyak helikopter kerana ia memberi kebaikan terutamanya untuk tujuan pencegahan jenayah.

"Kalau boleh saya mahu setiap negeri ada sebuah helikopter," katanya kepada pemberita ketika melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat di sini hari ini.

Musa berkata, kehadirannya pada hari ini adalah untuk melihat peralatan yang dipamerkan dan mungkin dapat memenuhi keperluan pihak polis.

"Ia bertujuan menentukan PDRM dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Selain itu, katanya, PDRM juga memerlukan satu sistem komunikasi yang bersepadu bagi memantapkan lagi perkhidmatannya.

Ditanya sama ada PDRM berminat untuk memiliki pesawat tanpa pemandu (UAV), beliau berkata, pihaknya tidak bercadang membeli pesawat berkenaan pada masa ini kerana kosnya yang agak mahal.

Mengenai perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Musa berkata, beliau memberi fokus untuk menambah balai polis di setiap daerah dalam negara dan meningkatkan rondaan keselamatan di setiap kawasan.

Tambahnya, pihaknya akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, menjaga kebajikan anggota dan memberi latihan yang berterusan bagi melahirkan anggota polis yang berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 08:19 AM | Show all posts
Skuadron Maritim pamer ketangkasan

Oleh HELMI MOHD. FOAD


Antara Babak misi Skuadrom Maritim bersama bot Amphibious Sealegs.

SUASANA tenang di Putrajaya pada pagi Jumaat baru-baru ini, tiba-tiba 'digemparkan' dengan deruan bunyi helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlegar-legar di sekitar Tasik Putrajaya.

Kemudian disusuli letupan kuat dari arah tasik dan tembakan bertalu-talu berhampiran Pusat Maritim Putrajaya di Presint 5.

Tidak lama kemudian barulah diketahui bahawa satu 'serangan mengejut' telah dilakukan oleh anggota Skuadron Maritim 21 Gerup Gerak Khas (GGK) dalam misi membebaskan seorang kenamaan yang telah diculik kumpulan pengganas.

Sebelum itu, sebuah bot yang dinaiki oleh sepasukan anggota komando meluncur laju membelah tasik sambil diekori oleh helikopter yang membuat penyusupan dua anggota dari udara.

Anggota-anggota perenang tempur berjaya menyusup masuk ke kawasan pengganas dengan berenang di permukaan air.

Masing-masing lengkap dengan senjata Carbine M4, sniper, pistol serta Automatic Granade Launcher selain M203.

Apa yang menarik perhatian, Skuadron Maritim yang terkenal dengan ketangkasan muncul dengan bot amfibia yang boleh 'berjalan' di daratan.

Serangan dilakukan ke atas kubu pengganas dan akhirnya mangsa penculikan berjaya dibawa keluar menaiki bot tersebut yang dari daratan terus meluncur ke tasik lalu meninggalkan kawasan musuh.

Babak misi Skuadrom Maritim bersama bot Amphibious Sealegs itu dipamerkan dalam demonstrasi yang diadakan baru-baru ini.

Dalam demonstrasi itu, anggota skuadron tersebut mempamerkan beberapa gerak atur yang cukup kemas iaitu membabitkan; Fast Roping (penyusupan melalui udara) - dua anggota membuat penyusupan dengan menggunakan pesawat udara dan membuat pendaratan pantas dengan turun menggunakan kaedah fast roping

Close Circuit Breathing Apparatus (CCBA) - penyusupan melalui air dengan CCBA dan Diver Propulsion Vehicle (DPV)yang tidak dapat dikesan musuh.

Surface Swim - anggota perenang tempur menyusup masuk ke kawasan musuh dengan berenang ke permukaan air di jarak jauh supaya tidak dikesan oleh musuh.

Raid - serangan mengejut ke sasaran musuh di pesisiran pantai dengan cara pantas, berkesan dan teratur serta melakukan pengunduran melalui jalan yang telah dirancang.

Fast Recovery - satu teknik pengunduran yang dirancang dengan menggunakan bot.

Hostrack - teknik membawa keluar anggota menggunakan pesawat udara.

Demonstrasi di Pusat Maritim Putrajaya itu turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Brigedier Jeneral Datuk Abdul Samad Yaakob.

Ia sempena pelancaran Ekspedisi Le Tour 1Malaysia bersama bot Amphibious Sealegs sejauh kira-kira 1,600 kilometer yang berlangsung pada 28 November hingga 1 Disember 2009.

Ia adalah dalam usaha skuadron itu menguji aset baru, Amphibious Sealegs keluaran Sealegs International Limited yang berpangkalan di New Zealand.

Jika pembeliannya diluluskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ia menyaksikan Malaysia adalah negara pertama yang memiliki aset berkenaan.

Menurut Abdul Samad, bot amfibia itu memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh skuadron berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Skuadron Perahu Khas.

"Ini kerana ada ketikanya dalam misi, kita terpaksa naik ke daratan, cuma sekarang kita menguji kemampuannya dalam peringkat jarak jauh.

"Ia termasuk melalui ujian di laut, seboleh-bolehnya sampai ke tahap tujuh hingga sembilan bagi membolehkan kita melakukan penyusupan ke kawasan musuh dalam keadaan laut bergelora," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengimbas penubuhan Skuadron Maritim, Abdul Samad berkata, sebelum ini ia dikenali sebagai Skuadron Perahu Khas yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1990.

Secara ad hoc, ia menggunakan perjawatan terup perahu tempur di bawah Pasukan Rejimen 21 dan 22 Komando dengan operasi dan latihan di bawah pentadbiran Markas 21 GGK.

Katanya, selaras dengan penstrukturan 21 GGK untuk menghadapi saingan serta ancaman globalisasi peperangan masa kini, skuadron perahu khas turut mengalami perubahan.

Kini dengan nama Skuadron Maritim, ia boleh diaturgerak bagi menghadapi ancaman peperangan konvensional dan keganasan melalui tiga dimensi iaitu penyusupan, penarikan keluar melalui udara dan permukaan air serta bawah air.

Kata Abdul Samad, tujuan penubuhan skuadron maritim semasa perang adalah untuk menyalurkan maklumat awal yang terperinci kepada 21 GGK dan formasi atasan untuk membantu perancangan operasi susulan.

"Skuadron itu juga melaksanakan operasi ofensif di kawasan musuh seperti sabotaj, serangan mengejut amfibia skala kecil dan lain-lain tugasan dengan kaedah penyusupan melalui perairan dan mengumpulkan maklumat seperti tinjauan pantai.

"Ia juga boleh ditugaskan untuk menanda zon pendaratan manakala semasa aman, skuadron itu boleh digerakkan untuk menangani keganasan maritim dan membantu tugasan mencari serta menyelamat di air," katanya.

Skuadron Maritim dianggotai oleh mereka yang berkelayakan dalam mengendalikan bot khas di samping mempunyai kepakaran menyelam, perenang tempur menggunakan CCBA, tinjauan pantai dan menyelamatkan tebusan atas kapal.

Rata-rata anggota skuadron itu mempunyai kepakaran navigasi bawah air semasa melaksanakan latihan dan operasi.

Selepas lulus asas komando, anggota perlu menghadiri kursus pemandu perahu, kursus asas menyelam, perenang tempur (kelas satu hingga tiga) di samping kursus payung terjun membabitkan penerjunan statik dan bebas.

"Anggota yang lulus sebagai perenang tempur kelas satu layak menjadi jurulatih perancang operasi amfibia skala kecil dan penyelia menyelam.

"Secara umumnya mereka yang menganggotai skuadron itu perlu mempunyai kecekalan, kesabaran dan keupayaan fizikal yang tinggi, mereka dipanggil Super Komando, ini kerana hendak menjadi penyelam bukan suatu perkara yang mudah," kata Abdul Samad.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman Skuadron Maritim, Abdul Samad berkata, pasukan tersebut pernah terlibat dalam beberapa operasi seperti melawan insurgensi kedua konfrantasi dan mengawal pulau-pulau tuntutan bertindih pada peringkat awal sekitar tahun 80-an.

"Ketika itu, anggota-anggota skuadron ditempatkan di Pulau Layang-Layang dan Laut China Selatan.

"Dalam Operasi Pasir di perairan Sabah, pada peringkat awal Skuadron Maritim membantu mengendalikan bot tempur hingga wujudnya Kompeni Bot Tempur sehingga hari ini," kata Abdul Samad.

Dalam pada itu katanya, melalui Ekspedisi Tour 1Malaysia Sealegs 2009 bersama bot Amphibious Sealegs dari Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal anggota skuadron tersebut.

Ekspedisi yang disertai 12 komando dari skuadron itu melakar sejarah negara apabila berjaya dicatat dalam World Guinness Book of Records iaitu penjelajahan paling jauh menggunakan bot amfibia.

Ekspedisi tersebut disertai oleh pegawai dan anggota komando pelbagai kaum yang melambangkan gagasan 1Malaysia. Kejayaan itu merupakan kesinambungan daripada ketangkasan yang ditunjukkan oleh anggota Gerak Khas melalui ekspedisi sebelum ini seperti ekspedisi pertama dan merintis jalan pendakian Gunung Everest pada 1997.

Selain itu, anggota Gerak Khas juga terbabit dalam ekspedisi pertama penerjunan menawan Kutub Utara 1998 dan ekspedisi pertama berkenu merentasi Laut China Selatan dari Tanjung Sedeli, Johor ke Kuching, Sarawak pada 2007 membabitkan perjalanan sejauh 760 batu nautika dalam tempoh 17 hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068101 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list