CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11282|Reply: 10

masjid india-muslim di Klang: moden & dinamik!!

[Copy link]
Post time 25-12-2009 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Lebih moden dan dinamik

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PEMBINAAN masjid ini berjaya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

TARIKH 18 Disember lalu, satu lagi lembaran sejarah penting tercatat bagi komuniti penduduk India Muslim di bandar Klang, Selangor. Bersamaan dengan 1 Muharam 1431 Hijrah iaitu sambutan tahun baru dalam kalendar umat Islam, berlangsung majlis gilang-gemilang sempena meraikan kejayaan pembinaan Masjid India Selatan Klang dengan imej baru yang lebih moden.

Lebih istimewa, majlis perasmian pembinaan semula masjid tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang kemudian memberi nama baru iaitu Masjid India Muslim Tengku Kelana.

Jika disingkap sejarah lama, masyarakat India Muslim yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah membina sebuah masjid di bandar Klang seawal tahun 1890.

Kemudian pada tahun 1904, sebuah bangunan telah dibina dan berfungsi sebagai rumah ibadat yang dinamakan Masjid India Selatan Klang. Ia ditadbir oleh sekumpulan masyarakat India Muslim yang bermazhab Hanafi diketuai oleh saudagar R.M Pakir Mohamed.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid India Selatan Klang, Profesor Datuk Dr. Mohamed Haniffa Abdullah, masjid tersebut boleh dikatakan mempunyai hubung kait yang rapat dengan keluarga diraja Selangor.

Ini kerana ujar beliau, pada tahun 1920-an, tapak masjid itu telah dikurniakan secara rasminya kepada seorang saudagar terkenal, R.E Mohamed Kassim oleh Sultan Selangor kelima, Sultan Ala'eddin Suleiman Shah iaitu nenda kepada Sultan Sharafuddin.



GAMBAR lama menunjukkan rupa bentuk asal Masjid India Selatan Klang pada tahun 1904.

"Justeru, tidak hairanlah mengapa Sultan Sharafuddin berkenan mencemar duli untuk berangkat hadir ke majlis berkenaan.
"Malah baginda yang mencadangkan agar sambutan Maal Hijrah 1431 Peringkat Negeri Selangor dilakukan di masjid ini sekali gus merasmikannya," jelas Mohamed Haniffa yang merangkap bendahari masjid.

Menurutnya lagi, R.E Mohamed Kassim yang merupakan ketua masyarakat India Muslim (Al-Hasanatul Jariatul Islameya) pada waktu itu telah mentadbir masjid tersebut dengan penuh tanggungjawab sebelum meninggal dunia pada tahun 1931. Di atas perkenan sultan, jenazah Allahyarham dimakamkan bersebelahan masjid.

Meneruskan bicara, Mohamed Haniffa berkata, pada tahun 1974, masjid ini telah dibina semula dan diuruskan oleh Abdul Gafoor K.A Peer Mohamed. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah merasmikan pembukaan masjid itu pada 30 Ogos 1974.

Sejak itu, masjid tersebut telah ditadbir dengan penuh cemerlang oleh Shaikh Dawood Abdul Razack (1974-1988), Abdul Kadir Maideen (1988-1994) dan Md. Yousoff Noor Mohamed (1994-hingga kini).

Bagaimanapun, pertambahan jemaah yang semakin ramai hingga terpaksa menunaikan solat Jumaat di jalanan membuatkan jawatankuasa masjid perlu memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah itu.

ALLAHYARHAM R.E MOHAMED KASSIM

Nazir masjid, Md. Yousoff pula memberitahu perancangan untuk membesarkan masjid itu telah mula dibincangkan iaitu sejak 10 tahun lalu. Tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka terpaksa menangguhkan hasrat tersebut sehingga tahun 2007.

"Alhamdulillah atas usaha gigih Datuk (Mohamed Haniffa) selaku pengerusi jawatankuasa pembinaan yang tidak jemu mencari dan mengumpul dana untuk tujuan murni itu, akhirnya membuahkan hasil," kata Md. Yousoff sambil tersenyum.

Apa yang pasti, masjid ini dibina semula untuk generasi masa kini dan masa hadapan bagi memenuhi keperluan rohaniah dan jasmani umat Islam di sekitarnya.

Konsep reka bentuk


Menelan belanja sebanyak RM20 juta, pembinaan masjid tiga tingkat itu melibatkan keluasan lantai 4,718.17 meter persegi.

Arkitek projek pembinaan semula itu, Rafidi Osman, 44, dari Imaar Architect Sdn. Bhd., menjelaskan bahawa terdapat empat konsep reka bentuk yang diaplikasi dalam binaan masjid tersebut.

Pertama ialah masjid sebagai syiar Islam. Menurutnya, cabaran paling utama adalah menghasilkan bangunan masjid yang benar-benar berjaya menggantikan masjid sedia ada sebagai pusat ibadat umat Islam.

Reka bentuk kubah yang disokong oleh empat buah menara yang tersergam serta konsep pintu gerbang yang indah dan menawan diharap dapat meninggikan syiar Islam sekali gus menjadi mercu tanda baru bagi daerah Klang.

Kedua ialah tapak masjid yang terletak di persimpangan Jalan Tengku Kelana dan Jalan Datuk Hamzah adalah lokasi yang bersejarah.

SULTAN Sharafuddin Idris Shah menurunkan tandatangan di atas plak
peringatan sempena majlis perasmian masjid tersebut di Klang baru-baru ini.

"Oleh itu, keluasan tanah yang hanya 0.3 hektar ini memerlukan reka bentuk bangunan yang bertingkat dan kompak bagi mencapai kapasiti 3,300 orang jemaah.

"Dari aspek rupa bentuk, massing dan seni bina unik masjid telah menjadikan bangunan tiga tingkat ini lebih sensitif kepada lokaliti setempat dan tidak kelihatan terlalu besar," ujarnya.

Ketiga melibatkan seni bina yang menjadi aspirasi jawatankuasa masjid agar ciri warisan sejarah dan sensitiviti budaya masyarakat India Muslim diambil kira dalam reka bentuk masjid.

Tambahnya, identiti dan imej sebagai Masjid India Muslim terus dikekalkan dengan kombinasi elemen-elemen seperti gerbang, motif seni GRC (Gypsum Reinforced Concrete), motif seni (kaca berwarna) dan massing bangunan keseluruhannya.

Dan yang terakhir, konsep masjid sebagai pusat umat Islam. Reka bentuk masjid khususnya melalui pelan susun aturnya berhasrat menjayakan fungsi masjid yang lebih luas daripada hanya menjadi tempat solat semata-mata.

"Sekalipun tapaknya sempit, gandingan idea dan perbincangan dua hala yang rapi antara jawatankuasa masjid dan perunding telah berjaya menjadikan masjid ini pusat berhimpun dan interaksi sosial masyarakat," tutur Rafidi lagi sambil menambah pasukannya mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan lakaran dan pelan bangunan masjid itu.

Sesuai dengan imej masjid moden, ia turut dilengkapi dengan kemudahan kemasyarakatan untuk kegunaan semua pihak. Antaranya termasuklah dewan perhimpunan, bilik seminar, bilik KAFA, bilik komputer, bilik mesyuarat dan perpustakaan.

Kemudahan asas tradisi pula termasuk dapur, tempat persalinan wanita, pejabat dan bilik pengurusan jenazah. Tidak ketinggalan, masjid ini juga menempatkan apartmen untuk kediaman imam dan bilal serta kemudahan lif.

Kebanyakan masjid yang ditadbir oleh masyarakat India Muslim terletak di bandar-bandar yang strategik dan penting seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Seremban, Kuala Pilah, Johor Bahru, Alor Star dan lain-lain.

Kesemuanya mempunyai sejarah tersendiri dan ia telah banyak menyumbang kepada pembangunan ummah, agama Islam dan negara.

Masjid India Muslim Tengku Kelana yang telah menjadi nadi perpaduan masyarakat India Muslim di Klang mempunyai ciri-ciri warisan tersendiri.

Ia bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dalam aspek kerohanian serta kebudayaan masyarakat India Muslim yang telah dipelihara dan dikekalkan untuk menjamin kesinambungan di antara generasi dahulu dengan generasi masa kini.




hah!!! ada maktabah gak kat masjid ni  ekkkk!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2009 08:03 AM | Show all posts
cantiknya masjid tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:21 AM | Show all posts
masjd ni memang wat cepat gile..
skejap je da siap..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:45 AM | Show all posts
masjid ni yang nampak dari sipi sg kelang tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:36 AM | Show all posts
masjid ni yang nampak dari sipi sg kelang tu kan?
dilaOHdila Post at 25-12-2009 08:45


bukan lah dear.. bukan yang itu. masjid india-muslim nie kat little india tue..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 11:12 AM | Show all posts
lame dah xlalu jalan kek little india nun...

da siap ghupo eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2010 08:23 PM | Show all posts
Cantik woooo...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:10 PM | Show all posts
masuk ke dalam masjid ni mmg sejuk mata memandang disamping berhawa dingin. Warna biru lembut berlatar belakang warna putih menyerikan lagi suasana dalaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Den dah pernah masuk sekali haritu, cantik betul masjid dia dah cam mahligai pon ada.. tak la lama diorang renovate seingat den, kejap jek x sampai setahun pun rasanya, mungkin faktor kewangan kot.. tapi den lom sempat solat jumaat kat situ, tapi dulu masa kat Kuala Pilah zaman student pernah solat kat Masjid India, diorang khutbah cakap India so sekali tu jek den pegi sebab x faham..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 03:14 PM | Show all posts
Majlis Perasmian Masjid India Klang dan Sambutan Awal Muharram


Masjid India Klang





pemandangan didalam masjid


Selamat menyambut Awal Muhararam (1431 H) untuk semua umat Islam...So untk minggu ni,aku kene keje lg for Majlis Perasmian Masjid India Klang dan seperti bese Sultan Selangor Sultan Sarafudin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj  jgk yg merasmikan Masjid tersebut dan majlis sambutan awal muharram dan memberi hadiah kpd tokoh2 maal hijrah jg diadakan serentak..So majlis itu bermula setelah ketibaan Tuanku ke perkarangan masjid serta diiringi dengan selawat Nabi dan diikuti pula dengan lagu Negeri Selangor....So,nak kate canggih memg canggih jgk la masjid tu, klu tgok kat dalamnye...halamak selesanye, siap ade lift lg tu, tp mybe utk org yg kurg upaye lah kan....kos rege buat masjid ni,aku dah lupe,ntah brp juta ntah, klu aku ingat memg aku dah tulis dah brp rege die.heheh...So majlis itu selesai dan keberangkatan pulang Tuanku pd pukul 3.30 ptg..tp sempat jugklah aku ni berposing dgn moto2 polis yg ascott Tuanku,wow gempak beb...mase majlis tuh,fuh memg ramai betul org yg dtg...memg jem lah bandar klang mase tu, yelah byk jln yg ditutup...So, last2 time balik hari hujan lebat giler..aku ngn member yg lain naik moto,ape lg helmet kitorg ni bertakung la penuh dgn air.heheheehheheheh..


ahli Koir JAIS





Posted byazean qistinaatFriday, December 18, 2009


Sumber : http://azeanqistina.blogspot.com ... ndia-klang-dan.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 03:16 PM | Show all posts
Klang - Majlis perasmian pembinaan semula Masjid India Selatan dan sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1431H telah diadakan di Bandar Diraja Klang. Kedua-dua majlis disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Bangunan baru Masjid India Selatan Klang yang kini dinamakan Masjid India Muslim Tengku Kelana


Masjid India Muslim Tengku Kelana, Tengku Kelana adalah nama gelaran nenda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor


Masjid India Selatan setelah dibina semula pada tahun 1974. Masjid ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1904.


Masjid bernilai RM20 juta  


Kain rentang menyambut Sultan Selangor


EXCO Agama, Dato Menteri Besar Selangor dan Ketua Setiausaha Kerajaan bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor


Saari turut hadir  


Mimbar Masjid


Ruang solat


Saari bersama Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1431H, Ustaz Haji Hasan Shukri



Sumber : http://hulukelang.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071502 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list