CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enfagrow

POKOK PAGARAN

[Copy link]
Post time 25-8-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #39 websandro's post

Jenis buluh ni cantik kan... kalau buat jenis pagar memang cantik..


http://i334.photobucket.com/albums/m406/hattassan/21082008006.jpg

[ Last edited by  hattassan at 25-8-2008 05:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2008 05:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 02:16 PM | Show all posts
pokok apa ni ye, yang orang guna buat pagar gak?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 12:40 AM | Show all posts

Reply #27 niceghost2005's post

ooo...rupa2nya bunga ni namanya ixora la ya...selama ni sy panggil bunga ni bunga jarum ...ms budak2 dulu, suka hisap manisan bunga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 09:34 AM | Show all posts

Balas #43 Euphoria\ catat

same ler kite....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #43 Euphoria's post

ye ye ye

suka isap bunga tu

manis kan?

heheh kenangan waktu kekecik dulu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 02:43 PM | Show all posts
pokok ekor musang nih;

sesuai gak kan

buat tanaman pagar?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 06:29 PM | Show all posts
hi,

Org baru disini..

Tumpang tanya.. lama tak klau nk tunggu tanaman pagar ni tumbuh? baper lama agaknyer yer?

Ada tak tanaman pagar yg cepat tumbuh and low maintenance.. (huhu.. nk yg senang jer! )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 01:35 PM | Show all posts
Pokok pagaran jadi sempadan
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my




Kian ramai gunakan pokok bagi hasilkan ruang peribadi

POKOK hiasan bukan saja menjadi penyeri laman tetapi juga berperanan sebagai pemisah ruang atau persempadanan menggantikan pagar kayu dan keluli.

Selain itu, pokok pagaran juga mampu menjadikan laman anda tersorok dengan mewujudkan ruang eksklusif atau peribadi daripada dilihat oleh orang luar.

Dalam seni landskap dan laman, pokok pagaran dikenali sebagai Hedges, iaitu membawa maksud pagar hidup atau pagar daripada tumbuhan.

Hedges dibentuk dengan menggabungkan kumpulan pokok yang minimum dan ditanam secara rapat dalam barisan yang sama, tetapi kebiasaannya hanya satu spesies digunakan.

Antara spesies pokok yang sesuai untuk dijadikan pagar seperti pokok bunga raya, bunga jarum (Ixora sunkist ), African Arrowroot (Canna indica), bunga kertas (Bougainvillea ), Duranta Repens berdaun hijau atau kuning, Acalypha Siamensis, Iresine, Gardenia, Mawar, Lantana Montevidensis dan Plumbago capensis.

Selain menjadi pagar, Hedges juga dijadikan sebagai penghadang. Pokok yang sesuai adalah pokok jenis konifer seperti Blue Juniper, Palma dan Buluh yang mampu tumbuh tinggi menutupi dinding atau bahagian bangunan yang ingin dilindungi.

Pokok pagaran biasanya ditanam di pekarangan laman depan rumah, di sepanjang laluan atau jalan dan belakang rumah.

Namun kini, pokok pagaran semakin banyak dijadikan sebagai penghadang untuk persempadanan jalan dan rumah, menutup bunyi bising dan menghalang pemandangan tidak menarik serta menutup longkang.

Hedges juga secara tidak langsung bertindak membahagikan kawasan laman seperti laman depan dan ruang rehat keluarga, kebun dapur dan laman belakang.

Sama seperti menanam pokok untuk tanaman biasa, pokok pagaran juga memerlukan tanah yang bersesuaian untuk memastikan ia kekal lama.

Sebelum pokok ditanam, batu kecil dan sampah yang tertanam tanah perlu dibuang dan jika tanah terlalu keras seeloknya campurkan dengan tanah dan baja kompos.

Namun, sebelum menanam anda perlu mengenal pasti kawasan tanaman dan ruang yang bakal digunakan. Ambil kira kesesuaian tanah dengan pokok, ruang dan aspek pembesaran pokok serta keserasian pokok dengan tumbuhan sekitarnya.

Ia penting supaya kawasan yang mahu ditanam dengan pokok pagaran tidak nampak semak, berserabut sehingga menghilangkan bentuk pagar yang bakal dibina.

Untuk mendapatkan barisan pokok yang lurus seperti bentuk pagar, seeloknya di awal penanaman letakkan pancang kayu atau besi berbentuk pagar. Pokok akan membesar mengikut bentuk pancang kayu berkenaan berbentuk seperti dinding yang lurus.

Apabila pokok semakin matang, pancang kayu atau besi itu boleh di keluarkan. Ada juga yang menggunakan tali yang dibentuk seperti pagar bagi membentuk pokok pagaran.

Kedalaman lubang pokok yang mahu ditanam bergantung kepada jenis pokok yang anda tanam. Kebiasaannya, pokok yang besar memerlukan kedalaman lebih tiga meter.

Selepas pokok matang kerja memangkas pokok perlu dilakukan supaya bentuk pagar yang dikehendaki kekal wujud, selain memastikan ia terus berfungsi sebagai pokok pagaran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 01:35 PM | Show all posts
INFO: Tip menanam pokok pagaran

    * Pokok yang dipilih untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 sentimeter tinggi manakala untuk dijadikan penghadang tidak melebihi satu meter tinggi.

    * Seeloknya gunakan tanah campuran untuk menanam pokok pagaran. Untuk memudahkan beli saja tanah berkenaan dari tapak jualan pokok (nurseri).

    * Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.

    * Pastikan anda menyiram pokok dua kali sehari dan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok tidak mudah reput.

    * Selepas pokok mencapai ketinggian maksimum yang diperlukan, cantas atau pangkas pokok supaya pokok dapat dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki.

    * Pokok hendaklah dibenarkan tumbuh sehingga sekurang-kurangnya sekali ganda daripada ketinggian asal ketika ditanam sebelum mula mencantas.

    * Cantas pokok membantu pokok lebih padat, sihat dan kekal lebih lama selain dapat mengawal ketinggian hedges. Rupa bentuk dan teksturnya pula akan tampak lebih cantik dan lembut

    * Pembajaan dibuat setiap dua minggu menggunakan baja untuk daun atau baja organik yang juga mudah didapati

      Gunakan baja dalam kuantiti sedikit, lebih kurang satu hingga sudu kecil untuk setiap pokok.

    * Bagi hedges yang menyerlahkan kecantikan warna daunnya, sebaiknya gunakan baja bunga dan bukannya baja daun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by linaxman at 1-12-2008 18:29
hi,

Org baru disini..

Tumpang tanya.. lama tak klau nk tunggu tanaman pagar ni tumbuh? baper lama agaknyer yer?

Ada tak tanaman pagar yg cepat tumbuh and low maintenance.. (huhu.. nk ...


hi linaxman,

Sorry.............lambat jawab.
Ada hal skit.

Ada pelbagai jenih pokok pagar.
Ada yg jenih tumbuh menegak.
Ada yg tumbuh menjalar.

Kalau cepat tumbuh..............cepat jugak ler miker kena buat prunning/trimming.
Kalau lambat tumbuh...............lambat ler jugak miker kena trim nya.

Begitu lah ciptaan Allah swt.

Ini contoh ghumah teman.
Ambil masa lebey dari 6 tahun.......(mungkin kerana pagar nya terpiisah pisah gitu)
Tetapi tiang nya...............lebey kurang 2 tahun.

Ini CONTOH nya.






Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 10:43 AM | Show all posts
lega jumpa benang ni..nsb baik x buka baru

soalan, saya baru pindah rumah...ada la sikit kawasan untuk bertanaman
tapi sebab rumah sewa so xbole la nak buat sesuka hati renovate pagar semua, so saya plan nak tanam pokok pagar

tapi pemerhatian awal secara rambang, saya tgk tanah kat kawasan rumah ni mcm berbatu sikit...ingat nak tanam pokok bunga jarum je...bole ke idup segar dlm kondisi mcm tu? atau kena tanam pokok teh jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by wiranordin at 30-3-2009 10:43
lega jumpa benang ni..nsb baik x buka baru

soalan, saya baru pindah rumah...ada la sikit kawasan untuk bertanaman
tapi sebab rumah sewa so xbole la nak buat sesuka hati renovate  ...

Assalamualaikum wiranordin,

Masaalah UTAMA ialah batu batu di kawasan tersebut.
Sekiranya miker tanam jugak..........kemungkinan besar akan terdapat nya pokok2 yg akan 'terbantut' dari segi pembesaran nya.

Harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 11:35 AM | Show all posts

Balas #52 niceghost2005\ catat

sebarang cadangan untuk pemulihan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 03:53 PM | Show all posts
Mod NG..

baja apa ye yang sesuai utk pokok ixora ni..   tengah plan gak nak tanam keliling pagar.. nampak cantik.. lagi pun tak suka pagar batu..

lagi satu kalau nak buat pagar perlu ke nak tanam zig zag or mencukupi satu pokok je..

then semut tu apa cara yang terbaik nak atasi dia ye mod..

tq..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by dealova77 at 30-3-2009 15:53
Mod NG..

baja apa ye yang sesuai utk pokok ixora ni..   tengah plan gak nak tanam keliling pagar.. nampak cantik.. lagi pun tak suka pagar batu..

lagi satu kalau nak buat pagar perlu ke  ...


Assalamualaikum dealova7,

Ixora ada bbrp jenis.
Ada daun besar dan juga kecil.

Kalau di tanam 2 baris............ia akan menjadi lebey tebal.

Utk membuat pokok ixora ini menjadi subuh, miker perlu lah rajin.
- pembajaan di buat setiap 2 minggu (baja daun dan bunga)
- prunning di buat setiap 2-3 minggu (lagi di potong, lagi banyak dahan baru akan keluar)
- di bahagian bawah nya perlu di gembur selepas di bajai

Mengenai semut, usah laa khuatir.
Miker bley menggunakan racun serbuk utk semut.
Di mana ia akan membawa ke sarang/telor lalu musnah selama 3 bulan.

Wsalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by wiranordin at 30-3-2009 11:35
sebarang cadangan untuk pemulihan?


Salam wiranordin,

Sekiranya miker ingin juga teruskan niat tersebut, teman nasihat agar miker cangkul dan membuat batu batan or concrete di kawasan tersebut.
AGar ia tidak membantutkan pembesaran nya kelak.
Kemudian hendak lah di tambak dgn tanah + pasir.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 30-3-2009 17:15


Assalamualaikum dealova7,

Ixora ada bbrp jenis.
Ada daun besar dan juga kecil.

Kalau di tanam 2 baris............ia akan menjadi lebey tebal.

Utk membuat pokok ixora ini menjadi  ...


thanks mod..

ni yang bersemangat nak teruskan projek ni..

cuma conpius sikit la mod.. nak trim dia kan.. pokok tu baru je 1 kaki gitu masa tanam.. perlu gak ke trim dia.. sebab ada terbaca kena tunggu dia besar sekali ganda dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by dealova77 at 31-3-2009 12:04


thanks mod..

ni yang bersemangat nak teruskan projek ni..

cuma conpius sikit la mod.. nak trim dia kan.. pokok tu baru je 1 kaki gitu masa tanam.. perlu gak ke trim dia.. ...


Salam dealova77,

Actually miker bley buat hitungan sendiri.
Pabila pokok tersebut mula kelihatan 'juring juring' yakni pucuk nya di sana satu, di sini satu.............
Sudah tiba laaa masa nya utk buat prunning.

Baja jangan lupa.......

Baru laaa akan kelihatan berbunga di sana sini dgn lebat nya.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 01:09 PM | Show all posts
ada orang buat pokok pagar ..pokok tu mcm pokok teh, tapi kaler dia tak le ijau sangat.. nampak mcm kekuning kuningan, dan keluarkan bunga kaler pepel..pokok apa yek namanya?

memang sesuai ke jadikan pokok pagar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.089668 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list