CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5213|Reply: 23

kartika sembunyi kes cerai..

[Copy link]
Post time 1-1-2010 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Kartika sembunyi kes ceraiOleh Mohd Feroz Abu Bakar
am@hmetro.com.my


IPOH: “Saya menyembunyikan lafaz cerai ini termasuk daripada pengetahuan ibu bapa kerana tidak mahu mengganggu perasaan mereka.

“Sekarang, saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan tertekan kerana anak saya, Wann Kaitlynn sudah mula menerima kesan daripada kesedihan saya,” kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, ketika ditemui di sini, semalam.

Kartika yang menunggu hukuman sebat kerana didapati bersalah meminum arak, kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Mohamad Afandi Amir, 38, warga Singapura.

Kartika berkata, Mohamad Afandi dijadual memfailkan permohonan cerai itu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar satu atau dua minggu lagi.


Menurutnya, suaminya melafazkan cerai di rumahnya di Singapura pada Mei lalu sebelum melaporkan lafaz berkenaan di Mahkamah Syariah Bishan, Singapura sehari kemudian.

Kartika mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Afandi, seorang jurutera rangkaian agensi berita antarabangsa di Singapura pada 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Azfar, 7 dan Wann Kaitlynn Saridewi, 5.

Kartika yang berasal dari Kampung Jawang Utara, Sungai Siput berkata, perkahwinannya dilangsungkan di Singapura dan didaftarkan di Kuala Kangsar.

Dia yang menangis setiap kali menjawab soalan ketika ditemu bual berkata, penangguhan hukuman sebat sejak lima bulan lalu memberi tekanan tinggi kepadanya dan turut mengakibatkan tekanan perasaan kepada anak keduanya, Wann Kaitlynn.

“Saya cuba menyembunyikan perasaan setiap kali bersedih dan menjauhkan diri daripada Wann Kaitlynn tetapi dia masih boleh merasai jiwa saya.

“Kami sekeluarga membawa dia ke taman tema dan mandi di kolam renang hotel untuk mengurangkan tekanan.

“Wann Kaitlynn juga merindui ayahnya yang dipanggil ‘Daddy Cool’ kerana saya pulang ke Singapura sebulan sekali saja selepas mahkamah menjatuhkan hukuman,” katanya.






creadit to myMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 02:26 PM | Show all posts
hehe..dia bukan artis laa..tepek kat bod CI sesuai la nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 02:26 PM | Show all posts
perghhh daddy cool!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 02:27 PM | Show all posts
perlu ker citer pasal pompuan neh kt sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2010 02:34 PM | Show all posts
hehe..dia bukan artis laa..tepek kat bod CI sesuai la nih..
UnaHusna Post at 1-1-2010 14:26



so kt bod mn eksss?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 02:48 PM | Show all posts
perlu ka dia nie minta simpati org cmni?? isshh x suka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2010 02:52 PM | Show all posts
dia minta simpati ke?   aku ingat wartawan yg dok sibuk cari cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 02:54 PM | Show all posts
dia nih cari publisiti murahan btol
xda sapew nak ambil dia berlakon jadi orang gaji ke hapa ke ... sian nengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 03:08 PM | Show all posts
ntah hape2..pegi kau menangis di sana buat apa kau menangis simpati di sini! huahua!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 03:08 PM | Show all posts
kalau seseorang tu tuhan x suka, kat dunia lg tuhan dh tunjukkan , kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 03:47 PM | Show all posts
wartawan ni kalut cari cerita dia apasal ntah? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 03:54 PM | Show all posts
dia nih cari publisiti murahan btol
xda sapew nak ambil dia berlakon jadi orang gaji ke hapa ke ... sian nengok
tb Post at 1-1-2010 14:54



tu sapa?



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 04:01 PM | Show all posts


tu sapa?



http://img2.pict.com/03/5d/a9/2352409/0/siggy20 ...
freekey Post at 1-1-2010 15:54


model iklan vitagen tu..ensem kennnn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 04:05 PM | Show all posts
model iklan vitagen tu..ensem kennnn..
Nadia90 Post at 1-1-2010 16:01

taklah... saja je tanya..



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 05:30 PM | Show all posts
X suker la dia ni..x abis2 lg ceta pasal dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 01:20 AM | Show all posts
perlu ka dia nie minta simpati org cmni?? isshh x suka...
entahmengapa Post at 1-1-2010 14:48



tau xper.. aku tukang paste jek. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 02:00 AM | Show all posts
penat aku pikir artis yang mana satu....huuhuhu..

dia ni penah berlakon ke...??
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 02:52 AM | Show all posts
kesian anak dia ni kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 03:06 AM | Show all posts
biasa la dah buat salah nak dpt simpati laks...tapi sebenarnya nak centre of attention
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 03:12 AM | Show all posts
cerai pulak dahhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.084524 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list