CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26106|Reply: 17

Menunaikan Haji Mengikut Pakej Haji

[Copy link]
Post time 8-1-2010 12:37 AM | Show all posts |Read mode
asmlakum semua,

ada sesiapa yg mengetahui pasal pakej Haji ni
ada yg kata jika kita ikut cara biasa nak buat haji kita kena tunggu giliran

tapi jika kita ikut pekej kita boleh bayar dan terus pergi tampa tunggu giliran
betul ke?
nak juga join pakej ni jika tak payah tunggu giliran
tapi bayaran kira 2 kali ganda katanya?

kat mana nak daftar dan bagaimana processnya?

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 03:16 AM | Show all posts
salam, kalau pergi dengan pakej ni bkn kena byr 2 kali ganda, tp sebenarnya kos haji biasa dengan TH kerajaan tanggung sebahagian jadi daftar dgn cara biasa, cuma kena ikut giliran, berpuluh2 ribu org depan anda sedang menanti yg belum di panggil gilirannya, ada tu dah daftar dah dekat 5 thn blm boleh pergi..

kalau pergi dgn pakej lebih kurang dalam rm19k sorang, kalau haji biasa dengan TH utk 2010 lebih kurang rm11k. kalau nak pergi dengan haji biasa, boleh daftar dgn TH, dah ada buku simpanan TH tak?kalau blm ada kena buat buku, dan pastikan tabungan dlm tu ada lbh kurang rm11k kalau nak pergi thn ni..

kalau dengan pakej boleh daftar mana2 travel yg buat tour haji ni, dalam bod pelancongan ada di bincangkan bab haji dan umrah , ramai yg bg rujukan travel yg bagus2 di sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 08:10 AM | Show all posts
assalam mualaikum...boleh saya tambah sikit info..

untuk melayakkan kita mendaftar simpanan mesti ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dan sekiranya mendaftar sekarang, tarikh pemergian dijangkakan pada tahun 2028 (mengikut paparan komputer). walau macamana pun kita boleh membuat rayuan, dan tahun menunggu tu akan berkurangan setiap tahun. kalau tak silap saya ada 300,000 senarai menunggu (kesahihannya tak pasti)
sekiranya untuk pergi ngan pakej.....sila pergi ke mana2 agensi pelancongan yg berdaftar dgn tabung haji. tahun lepas ada sebanyak 29 agensi yg berdaftar ngan TH. ada beberapa harga yg berlainan mengikut pakej2 tu.
memang kemungkinan untuk dapat pergi adalah cerah kalau pegi ngan pakej, sebab agensi tu akan mengusahakan supaya kita dapat pergi (untuk memenuhi kuota agen tu)
sekiara nya kita terpilih melalui pakej...TH  akan secara automatic akan mendebit akaun kita sebanyak RM7372.00....dan selebih nya kita bayar kat agensi pelancongan tu..
Kalau pakej tu RM 18900.00 ..kita cuma perlu bayar RM1128.00 kepada travel agent tersebut. sekiranya melalui muasasah potongan sebanyak RM 9980.00 akan di debit. RM9980.00 ialah kos pemergian haji tahun 2009.
sekiranya di KL..ada beberapa agensi pelancongan ...
Rayhar Travel (Ustaz Daud Che Ngah)
Lintas tarvel (Dato Haron Din)
FB Travel
Gemilang Travel
Hidayah Travel, saya memilih yg ni...kerana bilangan jemaah sedikit, dan dapat servis terbaik. kalau ramai...ermmmmm
CS Holiday............dan banyak lagi
Wassalam..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 12:32 AM | Show all posts
maaf ya ust daud che ngah bukan kah dari andalusia?

rayhar ni ada ramai juga ustadnya salah sorang ust rosli jiran saya mantan imam masjid putrajaya..

kawan saya daftar haji october tahun lepas dpt giliran 2029....sabar je..

kalau ada duit guna lah swasta tak perlu beratur dgn TH terus boleh pergi paling murah so far saya survey last year dgn andalusia rm16K, kawan saya pun ada pergi dgn andalusia..dia dah pegi guna TH 2 tahun lalu, sbb kan musim haji tahun lepas during school holidays so dia tak perlu apply cuti...orang govt blh pegi sekali seumur hidup cuti bergaji..kalau nak pegi lagi kira unpaid leave..
dgn rayhar rm19k...kalau package dato siti dok hotel hilton tu rm100k..saya daftar TH 4 tahun lalu lagi 3 tahun baru turn saya..walau pun saving dah cukup..2 tahun appeal, last year tak appeal this yr baru nak appeal lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 07:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by monorail at 9-1-2010 07:58

4# sunsuria3
yupp...betul Ust Daud Che Ngah ngan Andalusia Travel....sorri...yang mengikuti Rayhar tahun lepas ialah Ustaz Dzulkarnaen (Tilawah Interaktif kat tv tu)...sedapnya suara dia semasa bacaan doa lepas yassin di Mudzaliffah...

saya pun appeal 3 tahun  berturut-turut tapi tak dapat. bulan dec 2008 saya submit untuk kali ke 3...bulan Mac 2009 dapat jawapan dari TH mengatakan tak dapat...so amik keputusan untuk pegi ngan pakej swasta. alhamdulillah..........dah balik M'sia 26 Dec lalu.......

penah tgk website TH Travel....pakej paling mahal RM130K/pax...yg pakej Dato CT tu kalau tak silap saya RM80K/pax (dari sumber2 org TH)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2010 01:04 PM | Show all posts
2# ctredzuan

"kalau pergi dgn pakej lebih kurang dalam rm19k sorang, kalau haji biasa dengan TH utk 2010 lebih kurang rm11k. kalau nak pergi dengan haji biasa, boleh daftar dgn TH, dah ada buku simpanan TH tak?kalau blm ada kena buat buku, dan pastikan tabungan dlm tu ada lbh kurang rm11k kalau nak pergi thn ni.."

amat tertarik dgn peneragan sdra seperti di atas adakah ini bermakna jika kita ada TUNAI RK11K dan daftar terus kat Tabung Haji kita dah boleh pergi haji tahun ini 2010?

harap dapat memperjelas dgn seterangnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2010 02:13 PM | Show all posts
2# ctredzuan  

"kalau pergi dgn pakej lebih kurang dalam rm19k sorang, kalau haji biasa dengan TH utk 2010 lebih kurang rm11k. kalau nak pergi dengan haji biasa, boleh daftar dgn TH, dah ada buku  ...
PerKasa Post at 10-1-2010 13:04


saya sekadar menyampuk.

kebiasaannya, yang dah berdaftar untuk satu-satu tahun itu, bukan semuanya dapat pergi.  Sebabnya kebanyakan masih belum cukup tabungan, ada juga yang dah cukup tapi belum bersedia nak pergi, dan tak kurang juga yang meninggal dunia.  Kengkadang, yang standby pun tak dapat pergi.  ada juga yang last minit cancel.

Jadi, kalau ada rezeki, yang mana kebetulan dah bersedia, cukup tabungan dan panjang umur boleh mohon.  Baru ni, kawan saya pada musim haji lepas, bernasib baik.  Dia pergi pejabat TH dalam bulan terakhir sebelum haji, entah macamana memang ada kekosongan, tapi untuk kuota pekej.  Sebab tabungan dia dah penuh, dapat lah dia pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:07 PM | Show all posts
6# PerKasa
kalau saudara baca penerangan saya tu rasanya mungkin saudara akan lebih faham...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 06:17 PM | Show all posts
mana tuan umah ni...dah dapat semua info ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 11:57 PM | Show all posts
9# monorail

adalah kat sini tengah do tropong dari jauh

tengah Konfius ni mod ctredzuan  kata jika cukap RM11k kat TH tahun ni dah boleh pergi

yang lain kata pulak  kena daftar dgn Agen dan kena bayar RM 16-20K

aku dok baca kehulu kehilir masih tak faham lagi

ada kata kena buka akaun dgn TH lepas jumpa Agen pulak tak ke kopius dibuatnya

ni mcm ambik nasi kat kedai A lauk kat Kedai B bayar kat Kedai C

air pulak kat mana nak ambik dan Bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 06:56 AM | Show all posts
10# PerKasa
salam.....
apa yang perkatakan di post #3 tu adalah pengalaman yang saya lalui tahun lepas. setelah 3 tahun berturut-turut membuat rayuan tetapi masih gagal....so tahuun lepas saya pegi ngan pakej swasta yg berdaftar ngan tabung haji.....alhamdulillah saya dah dapat mengerjakan rukun islam kelima dengan sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 02:45 PM | Show all posts
Untuk mengikuti pakej haji rasanya kalau cukup duit boleh saja mendaftar di mana-mana travel agent atau mengikut TH Travel. Duit sekurang-kurangnya RM20,000. Tak perlu tunggu giliran atau buat rayuan dekat tabung haji. Travel agent akan uruskan tetapi kadang-kadang dia suruh jugak buat rayuan sendiri untuk kuatkan kes dia. Ada setengah orang tak pernah daftar pun tabung haji dan tak daftar pun nak pergi haji,  (daftar akaun tabung haji lain dengan daftar untuk pergi haji) jadi sukar sikit nak buat urusan. Dari RM20k tu..separuhnya akan pergi ke tabung haji jugak untuk urusan visa dan tiket kapal terbang.

Ikutkan apa yang mod ctredzuan sebutkan tu, jika anda ada RM11k dalam akaun tabung haji boleh la daftar untuk pergi haji dengan tabung haji, nanti pihak tabung haji akan bagi tahun anda layak pergi haji. Sekarang ni kalau daftar dalam 15 tahun lagi baru akan masuk list jemaah haji akibat terlalu ramai orang yang mendaftar. Ikutkan duit memang dah cukup cuma kena tunggu giliran. Ramai jugak yg buat rayuan untuk pergi cepat...antara dapat dengan tidak saja.

Beza pergi dengan agent dan secara muasasah tabung haji ni, satu semestilah kos, lagi satu tempat tinggal dan juga makan-minum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 11:20 PM | Show all posts
12# bit

oh barulah faham
ini bererti tak semestinya jika kita ada RM11K dgn TH kita boleh pergi seperti yg Mod ctredzuan  terangkan.

jadi jika ikut TH Travel kita kena bayar RM20K lahkan
TH Travel ini kita ikut sama dgn org haji biasa
atau pun ada flight yang dikhaskan buat TH travel je.(yg bayar 20K)

naik MAS ke naik Airlines lain seperti saudi. Etihad dsb.

yg Ikut Andulisia Travel tu pun ok juga cuma RM16K je.

so korang fikir harus  ikut yang mana?

aku nak gi tahun ni juga tau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 11:31 PM | Show all posts
13# PerKasa
tahun lepas mmg ngan th travel kena bayar 19980...ada agensi lain lebih murah dan lebih dkt ngan masjidil haram..saya bayar 18900 tapi lbh dekat...makan pun ok..sebilik 4 org..

kalau tbaung haji dah tawarkan untuk pegi baru akaun kita akan di tolak sebanyak RM7704.00  ...balance dari jumlah pakej tu kita bayar kat agensi yg kita pilih..

perlu diingat...kelulusan pergi adalah dari tabung haji..walaupun kita nak pegi ngan pakej...kalau TH tak luluskan pemergian..tak dapat g jugak. Cumaaaaaaaa..chances lebih kalau g ngan pakej...DAN jangan kita lupa semua ini ketentuan Allah...kalau dah ade rezeki tu...InsyaAllah dapat....berdoa jer lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2010 12:19 AM | Show all posts
14# monorail

ok apa yg harus dibuat sekarang

duit dah cukup

badan pun sihat

masa pun ada

boleh ceritakan  step by step kalau tak keberatanlah

mula2............

kemudian.....

lepas tu....

perlu....

dan......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 01:41 AM | Show all posts
andalusia last year package haji nya 16k..i think the cheapest among all.....hotel pun dekat..di madinah 8 hari cukup utk cover 40 waktu solat..the rest di mekah..

they are just a heart beat away...call aja lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2010 08:27 AM | Show all posts
14# monorail  

ok apa yg harus dibuat sekarang

duit dah cukup

badan pun sihat

masa pun ada

boleh ceritakan  step by step kalau tak keberatanlah

mula2............

kemu ...
PerKasa Post at 13-1-2010 00:19

ok saya akn cuba untuk menolong ..dan sekiranya ada sesiapa yg ingin menokok tambah dipersilakan..

saudara sudah mendaftar ngan TH kan? kalau belum sila daftar dulu..ada kemudahan untuk mendaftar online..tapi saya cuba sebentar tadi tak boleh..
bila dah mendaftar TH akan memberi jangkaan tahun bila giliran kita..kalau mendaftar skrg saya rasa tahun 2028 baru tiba giliran...tak pe ...itu sebagai rekod jer.
dalam masa yang sama sekiranya saudara ingin mengikuti pakej..pilih lah mana2 pakej yang saudara nak...ada senarai yg berdaftar dgn tabung haji...untuk tahun 2009 ada 29 travel agent. senarai penuh sila lihat website TH ruangan soal jawab tu (http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THSoalJawabHaji.htm). tapi untuk tahun 2010 senarai belum dikeluarkan. sebab setiap tahun bukan agensi yang sama akan mendapat keistimewaan mengendalikan pakej haji. TH akan memmbuat penilaian dpd pengurusan tahun sebelumnya.
setelah membuat pemilihan...saya cadangkan saudara membuat surat rayuan kepada TH.
lps tu pegi lah kpd agensi yg saudara pilih itu dan berdaftar lah dgn mereka. seperti yang saya katakan sebelum ini...kelulusan pergi mesti dari tabung haji. tapi peluang utk pegi dgn pakej adalah lbh cerah kerana agensi akan cuba utk memenuhi quota mereka. mereka akan berusaha ke arah itu dengan menghubungi TH. mereka ada advantage dari segi ini.
setelah semua itu dilakukan...selalu lah menghubung TH dan agensi pelancongan itu...ini dilakukan 2 atau 3 bulan sebelum bulan puasa.
untuk peringkat permulaan saya rasa cukup dulu....
wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualakum,
Alhamdulillah dapat menyempurnakan rukun islam,moga2 suatu hari nt dpt sya pergi ke sana.

Dengan kos kenaikan yg berlipat kali ganda adakah mampu utk org muda seperti sya menunaikan haji nt?kenaikan taraf hidup lg,kalu muasassah bersama tabung hajikalau que skrg 2040 kot bru bleh pegi?pakej skrg dh 23 ribu mana nk cri?mna nk Cri duit byk tu?hutang ptpn pn xabis bayar lg.hmm bak kta shuib peningg rr.

ADAKAH SELURUH RAKYAT MAlAYSIA MAMPU? BOLEHHH!!! Setiap kemahuan pasti ada jalan nya.in shaa allah

Pernah dengar takafull hajj?
Caruman 200 setiiap bulan
Anda dilndungi spenuhnya oleh MAA takaful jka berlaku kematian/kecelakaan:
1)Upah haji utk si mati walaupun baru mencarum tahun pertama
2)Upah qurban utk si mati
3)Waqaf/derma amal jariah utk si mati
4)Dapat lg khairat kematian sbyk RM 5000
5)Perlindungan dbayar double jika berlaku kemalangan bkn pd musim haji shj selama 365 hari sewaktu di sana, sehngga RM 100K dan dpt kpd waris jika berlaku kematian.

TAK PERLU TANGGUH LAMA2 UTK KE HAJI,15 TAHUN!! YE 15 TAHUN SHJ!!

Sebelum kta meninggalkan bumi allah ini renung- renungkan adkah kta masih mempunyai alasan tdak mampu utk menunaikan rukun islam yg ke-5 ini.mash terbuka pintu seluas luasnya utk anda,wallahualam "yg buruk dtg dr saya dan yg baik hanya  dtg dr allah S.W.T,moga dipemudahkan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Hans zaki
(perunding kewangan  MAA takafull)
012-2850618
Seluruh malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.286242 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list