CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AsSaMbOi

Mona Fendi Suatu Ketika Dahulu

    [Copy link]
Post time 13-2-2010 01:59 PM | Show all posts
18# medangmru
kubur ni kat belakang sekolah rendah aku dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 02:00 PM | Show all posts
Kubur ni kat Taman Sg. Kantan ke???Kat kajang??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 13-2-2010 14:04

sumber tenet : episod 1



AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal
1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa
itu.
Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi
boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku
sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar.
Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi.
Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan
ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang
pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri.
Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita
ini. Nama asalnya Maznah Ismail.

Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana
dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka
hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka.
Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu.
Nanti aku sambung cerita lagi..................
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:01 PM | Show all posts
22# medangmru
kat sg kantan.. dekat dgn sk sg kantan & sekolah agama sg kantan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 13-2-2010 14:04

episod : 2

NAMA sebenarnya Maznah binti Ismail. Asalnya dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.
Mona juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik.

Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala
serius, menangis dan ketawa.
Aku masih ingat bagaimana Mona Fandey menyanyi dalam mahkamah ketika memberitahu hakim bahawa dia seorang artis.
Lagunya Menangis Tak Berair Mata yang dipopularkan oleh Jamal
Abdillah. Nasib baik intronya saja. Kalau tidak...
Tapi aku hanya mampu tersenyum dan tiada siapa yang
berani ketawa. Bukan kerana takut ditegur hakim, tetapi bimbang Mona melenting.
Aku masih ingat ketika diberi tugasan membuat liputan kes Mona. Perasaan bercampur baur. Suka pun ada, takut pun ada.

Apa tidaknya, pasangan bomoh suami isteri ini dikatakan handal. Boleh 'buat' orang dengan merenung saja.
Sebab tu, masa buat liputan kes ini, aku banyak berzikir dan membca ayat suci al-Quran sebagai pendinding. Kata orang berjaga-jaga, akukan bakal menghadap mereka setiap hari. Satu lagi pesanan jangan tenung muka mereka. Kalau mereka tenung, jangan pandang balik. Tapi kadang kala kena tengok juga mereka sebab kandang orang kena tuduh dan tempat duduk media bertentangan. Bukan jauh pun, Adalah dalam lima kaki.
Aku kena tengok juga apa dia buat dalam kandang. Kena tulis tu sebab dalam mahkamah tak dibenarkan rakam gambar.

Lama kelamaan sudah biasa. Aku dan rakan lain tak 'takut' dengan Mona.
Alhamdullillah, tiada perkara buruk berlaku. Malah, kami 'berkawan' baik pula dengan mereka.
Tapi dalam percaya tak percaya - banyak peristiwa aneh berlaku
ketika kes ini. Yang ini tak dilaporkan media.
Ada yang sakit perut, kemalangan jalan raya, kereta rosak ketika hendak pergi ke tempat kejadian hingga peguambela dimasukkan ke hospital.
Berbalik pasal Mona Fandey, aku pun tak tahu macam mana dia dapat nama glamour ni. Kalau ada kebenaran masa tu, hendak juga aku temu ramah dia.
Aku ingat Mona tu nama mesra dia. Fandey tu kemungkinan panggilan pendek suami dia, Mohd Affendy Abdul Rahman. Gabungan itu, maka jadilah nama komersial - Mona Fandey.

Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Aku sendiri pun tak pernah tengok album tu.
Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.
Mona mempunyai strategi sendiri untuk melariskan album ini dengan mengadakan kuiz yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000. Aku rasa artis sekarang masih boleh pakai strategi ini. Tapi kalau tawar duit pun, kalau lagu tak menyengat orang tak akan beli. Buktinya album Mona ni.

Aku berhenti kat sini dulu. Nanti aku sambung. Bukan senang nak ingat kes hampir 12 tahun lalu. Nak kena korek balik nota. Paling susah nak cari gambar. Dalam internet ada dua tiga keping aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 13-2-2010 14:05

sumber tenet : epsiod 3



yg pompuan 2 laa mona fadey.. yg pakai cermin mata 2 laa pembantu die.. yg rambut cam pacak2 tuee suami mona fandey... hihih..

TARIKH 12 September 1994 - tidak mungkin dapat aku dilupakan
dalam hidup ini. Bukan apa, aku membuat liputan kes paling
sensasi pada abad ke-20
Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.
Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.
Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi
perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. .

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan.
Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin.
Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993.

Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.
Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.
Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah.

Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam.
Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993.
Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.
Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi aku nak kongsi dengan anda semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2010 02:05 PM | Show all posts
Iskkkkkkkkkkkk...ngeri sungguh tgk muka Arwahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:07 PM | Show all posts
sumber tenet lagi

~UPDATE LAGI~  25januar 2010









AJAL dan maut semuanya ketentuan-Nya. Hal ini tiada
siapa yang boleh melawannya. Betapa kuat atau kebalnya
kita di dunia ini, Allah lebih daripada segala-galanya.
Kalau Allah katakan jadi, maka jadilah seperti kehendak-Nya.
Intro semacam aje. Bukan apa, ada kaitan dengan cerita seterusnya.
Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris memiliki tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dapat menjadikannya kebal,kalis kaca dan peluru, tapi dia mati kerana hanya ditetak dengan kapak.
Mengapa boleh jadi begitu. Ketentuan Illahi.
Tapi, bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman ada jawapannya ketika disoal mengenai perkara itu di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Dia mengakui bahawa Mazlan yang memiliki tongkat, songkok dan azimat mempunyai kekuatan itu. Tapi, dia mati selepas lehernya ditetak oleh Juraimi Husin kerana barang-barang berkenaan tidakada padanya (Mazlan) ketika itu.
Menurutnya, pada malam pembunuhan 2 Julai 1993, Mazlan hilang kekebalannya kerana tidak memegang tongkat serta tidak memakai songkok dan azimat.
"Songkok, tongkat dan azimiat itu perlu dipakai bersama setiap masa untuk memastikan kesaktiannya," katanya ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.
Selain itu, Affandi berkata, hikmat lain barang itu ialah dapat membuatkan pemiliknya makan kaca dan menundukkan seorang. Katanya, jika tongkat itu dihalakan kepada wanita hamil sambil membacakan perkataan tertentu, kandungannya akan gugur. Menurutnya, Mazlan tahu segala hikmat tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dibeli dengan harga RM2.5 juta. Menjawab soalan Zakaria bahawa Mazlan tidak perlu ilmu itu kerana diabukan hendak berperang ke Somalia, Affandi menjawab: "Soal perang atau tidak itu soal orang yang memilikinya. Dia hendak pergi berperang itu hak dia. Ini kerana tongkat ini ibarat ikhtiar, bagaimana Nabi Musa menggunakan tongkat untuk membelah laut."
ZAKARIA: Itu nabi.
AFFANDI: Ya, tapi melalui doa.
Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian berkata, apa yang ada pada Nabi Musa adalah mukjizat dan bukan doa saja. Ini adalah perkara yang berbeza.
Affandi juga berkata, Mazlan memerlukan tongkat, songkok dan azimat itu untuk keselamatannya dalam bidang politik.
Memanglah sukar nak percaya benda macam ini. Tapi, ia memang tidak dinafikan berlaku. Kalau tidak, takkan timbul perkara macam ni.
Entah betul ke tidak, hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu.






EMPAT keris yang ditemui di rumah Affandi.

Bercerita pasal benda ini, ramai yang bertanya betul ke Affandi tu bomoh hebat. Kalau pandai main bomoh kenapa kena tangkap. Kenapa tak pukau aje semua orang supaya ikut cakap dia. Nak tahu apa dia cakap ketika soalan itu ditanya dalam
mahkamah.
Affandi berkata dia sudah tentu memukau peguambela Ikmal Hisam Idris di mahkamah jika mempunyai pengetahuan mengenai ilmu hitam itu.
Menurutnya, dia tidak mengetahui ilmu pukau seperti yang dikatakan oleh peguambela Juraimi Husin itu.
Katanya, kenyataan Ikmal bahawa dia (Affandi) telah memukau Juraimi sehingga tertuduh pertama tidak boleh berbuat apa-apa dan mengikut sajaarahannya, adalah tidak benar.
"Saya tidak pukau Juraimi dan saya tak tahu ilmu pukau. Kalau saya ada ilmu pukau, sudah tentu Encik Ikmal saya pukau," katanya disambut gelak mereka yang berada di mahkamah, termasuk Juraimi dan Maznah Ismail atau Mona Fandey.
Affandi, Mona dan Juraimi menghadapi tuduhan dengan niat bersama membunuh Datuk Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada Julai 1993.
Affandi juga menolak kenyataan Ikmal bahawa dia memberi air jampi kepada Juraimi sehingga tertuduh pertama hilang pendoman dan menurut saja arahannya.
Menurutnya, air jampi itu diberikan kepada sesiapa saja yang belajar silat dengannya.
Katanya, dia juga pada bila-bila masa tidak mempunyai rancangan untuk menganiaya Juraimi yang dianggapnya sebagai anak sendiri.
Dalam keterangan lain pula. Mazlan mengakui ada menyimpan

patung Cina, India dan Siam di setiap rumah yang dia tinggal
kerana keunikan dan seni ukirnya.





Affandi berkata patung-patung itu ditinggalkan oleh orang

yang berubat dengannya.

Menurutnya, pertanyaan mengenai patung itu pernah
dikemukakan oleh Juraimi Husin, ketika mereka tinggal
di Teluk Gong pada 1991.

"Saya beritahu Juraimi, saya selalu mengubat orang.
Kadangkala ada orang India, Cina dan Siam datang.

"Mereka (orang yang datang berubat) mempercayai jika patung
itu ada di rumah, mereka akan sakit dan tidak boleh tidur.

"Mereka bawa patung itu untuk saya melihat dan menawari jika
ada sesuatu yang ada pada patung itu," katanya ketika disoal
peguambelanya, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan.
Affandi berkata, mereka meninggalkan patung itu di rumahnya
dan ada yang tidak mengambilnya semula.

Katanya, dia bimbang untuk membuang patung itu kerana
mungkin pemiliknya mahu patung itu semula.

"Saya juga beritahu Juraimi, saya tidak anggap patung itu
sebagai patung. Jika patung itu dibuat daripada besi, saya
anggap besi. Kalau tanah, tanahlah dan kalau kaca, kacalah.
Bukan istilah patung kepada saya," katanya.

Affandi juga mengakui dia mempunyai bilik memuja di setiap
rumah yang mereka tinggal, tapi menurutnya, bilik itu adalah
bilik untuk memuja kalimah Allah.
Aku berhenti - Cukup Sampai Di sini - ikut lagu Malek Ridzuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 02:07 PM | Show all posts
MONA FANDEY EPISOD 24



TENTU ada yang bertanya mengapa soal tongkat sakti dan
songkok hikmat menjadi perkara penting dalam keterangan
pembelaan tertuduh kedua dan ketiga kes pembunuhan Datuk
Mazlan Idris.
Dua barang itu dikatakan sanggup dibeli Mazlan dengan harga
RM2.5 juta.
Jumlah itu yang didakwa Mohd Affandi Abdul Rahman
dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hutang Mazlan kepada
mereka.
Itu dakwa Affandi dan Mona. Tapi berlainan pula dengan tertuduh
pertama, Juraimi Husin.
Dia mendakwa pasangan bomoh itu membunuh bekas Adun Batu
Talam itu kerana harta, duit dan kereta.

Juraimi berkata, Mona dan Affandi berniat membunuh Mazlan
dan merancang pembunuhan itu sejak Jun 1993.

"Mona dan Affandi ada niat membunuh Datuk Mazlan kerana
harta, duit dan kereta.

"Apa yang saya katakan ini bukanlah rekaan semata-mata
untuk melepaskan diri daripada tuduhan membunuh Datuk
Mazlan, tetapi adalah kenyataannya.
"Saya tidak bohong," katanya menjawab soalan peguambela
Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan di Mahkamah Tinggi
Temerloh pada 1995.
Affandi dalam keterangannya pula menafikan tuduhan itu dan
mendakwa pembunuhan itu dilakukan tanpa pengetahuan mereka
oleh Juraimi seorang diri.
Jadi kalau bukan kerana harta, mengapa geran tanah, wang dan
kereta Mazlan bertukar tangan kepada pasangan bomoh itu.
Aku tak mahu cerita panjang. kau orang baca aje keterangan
Affandi.





Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh
Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat,
songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan

Mazlan sebagai Menteri Besar.

Affandi berkata, Mazlan akan melunaskan bayaran RM2 juta itu
selepas beliau berjaya dalam pemilihan bahagian Umno
pada 1993.

Menurutnya, Mazlan menjelaskan RM500,000 sebagai

cengkeram mendapatkan azimat, tongkat dan songkok yang
semuanya bernilai RM2.5 juta kepadanya di Tanjung Lumpur pada
1993.

"Datuk Mazlan membawa duit itu dalam briefcase ke rumah
saya di Tanjung Lumpur pada 1993.

"Dia membuka briefcase itu dan kemudian menyerahkan
wang RM500,000 dan saya kemudian memberinya azimat,
songkok dan tongkat itu," katanya.

Menurutnya, dia kemudian memberikan RM400,000 yang
kebanyakannya dalam not RM1,000 kepada isterinya, ketika

mereka berpindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong.





Affandi juga memberitahu mahkmah, Mazlan ada memberinya
surat mengenai penjualan sebahagian tanahnya di Kampung
Peruas, Ulu Dong, Raub kepada pasangan bomoh itu.

Menurutnya, dia membeli tanah itu dengan harga RM7,000,
iaitu RM4,000 dibayar di Tanjung Lumpur dan RM3,000 lagi
dijelaskan di Ulu Dong pada 1993.

Katanya, surat itu pernah ditunjukkan kepada saudara mara
Mazlan, termasuk anak saudaranya, Noraini Abdul Rahman dan
Tarmizi Abdul Rahman, selepas mereka kerap kali bertanya
sama ada Mazlan sudah menjual tanah itu kepada Mona dan
Affandi.

Dalam keterangannya, Mohd Affandi juga mengaku memalsukan
tandatangan Datuk Mazlan dalam surat perjanjian jual beli tanah
dan banglo milik bekas Adun Batu Talam itu di Jalan Semarak
(dulu JalanGurney), Kuala Lumpur, Julai 1993.

Affandi meniru tandatangan Mazlan berdasarkan sekeping surat
Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 bagi pembelian tanah
dan rumah di Jalan Gurney.

"Saya telah meniru tandatangan Datuk Mazlan berdasarkan
surat itu dan menurunkannya dalam surat perjanjian jula beli
itu," katanya.

Menurutnya, urusan penyediaan surat perjanjian itu dilakukan
oleh abangnya, Azmi dengan peguam Mohd Nashir Hussein dari
syarikat guaman, Nashir Johal & Company.

Nashir dalam keterangannya memberitahu mahkamah

bahawa surat perjanjian itu bertarikh 6 Julai 1993.

Menurutnya, dia juga tidak melihat Mazlan menandatangani
surat perjanjian itu.

Affandi ketika ditanya peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali
Khan, berkata surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 itu
disimpan dalam beg hitamnya.

Bagaimanapun, surat itu tidak ada dikemukakan di mahkama
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:08 PM | Show all posts
nak lagi ker huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:09 PM | Show all posts
it's ok pu3....bagi je info pasal arwahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 13-2-2010 14:15





pic contoh...pengeratan Datuk Mazlan Idris
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:44 PM | Show all posts
lagi...lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:47 PM | Show all posts
lagi...lagi..
haZelEyEz Post at 13-2-2010 02:44 PM


excited sungguh na........
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 02:51 PM | Show all posts
dia ni ada anak kan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2010 03:16 PM | Show all posts
yup! klo nk denga lagu die..
korang bukak youtube...
tulis ratapan anak kowt xsila aku...
seram siot lirik die...
tgk mke lagi serem...
so scaryyyyy....arhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 03:44 PM | Show all posts
cepat pu3 lg
we want more
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 04:06 PM | Show all posts
anak dia dh besar dh......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 04:09 PM | Show all posts
fuyo...pnjng kisahnyer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.079877 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list