CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 11477|Reply: 2

Tarian Singa

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 15-2-2010 04:30 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Sifu disegani dunia

Oleh ADHAM SHADAN

Ho Phiew bukan sahaja melahirkan kumpulan juara dunia tarian singa, bahkan kumpulan tarian singa dari serata dunia termasuk China dan Amerika Syarikat turut mendapat didikannya.








KALI pertama menyaksikan persembahan tarian singa pada usia lapan tahun, ia terpahat rapi dalam kotak fikiran sifu tarian singa terkenal dunia, Siow Ho Phiew.

Dia terpesona dengan pergerakan dua manusia di sebalik 'lembaga' singa itu yang menari mengikut rancak gendang. Dentuman gendang yang memukul gegendang telinganya pula menjadi satu ritma yang mengasyikkan.

Tetapi bukan itu sahaja yang membuatkan peristiwa tersebut berbekas di ingatan anak kelahiran, Klang, Selangor itu.

"Gara-gara terlalu leka menyaksikan persembahan tarian singa berdekatan kawasan sekolah saya itu juga, saya telah terlepas bas sekolah.

"Akibatnya, saya terpaksa berjalan kaki balik ke rumah. Jadi, memang saya ingat sangat," katanya tersenyum mengenang memori zaman kanak-kanaknya itu.



TARIAN Singa di Malaysia dipandang gah di mata dunia ekoran peranan
besar yang dimainkan Ho Phiew dan guru-guru tarian singa yang lain. - Gambar hiasan

Menemuinya di persembahan Tarian Singa di Atas Tiang Tinggi Iringan Gendang Malaysia di Wisma CNI, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, rupa parasnya boleh dikatakan persis yang sering digambarkan seorang sifu.

Mempunyai janggut panjang berwarna kelabu serta kepala yang separuh botak, wajahnya kelihatan tenang. Namun, setiap mata yang memandang dapat merasai remang wibawanya.

Ho Phiew, 55, bukan calang-calang. Dipilih sebagai salah seorang Amazing Malaysians (Warganegara Malaysia Yang Mengagumkan) oleh syarikat telekomunikasi DiGi pada tahun 2005, Ho Phiew berusaha meletakkan tarian singa Malaysia di peta dunia.

Ho Phiew bukan sahaja melahirkan kumpulan juara dunia tarian singa. Bahkan, kumpulan tarian singa dari serata dunia seperti China, Macau, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Mauritius, Australia, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat dan New Zealand turut berguru dengannya. Beliau pernah dilaporkan media sebagai sifu tarian singa paling disegani di dunia.

Kung fu


"Boleh dikatakan 70 peratus daripada juri dalam mana-mana pertandingan ialah anak murid saya," ujarnya.

Pernah ditemu bual oleh agensi berita antarabangsa CNN serta lazim mengadili tarian singa peringkat antarabangsa, pengajarannya turut dimasukkan ke dalam subjek tarian singa di Taiwan.

"Saya belajar tidak tinggi, tetapi saya berpeluang bersyarah di universiti-universiti di luar negara," katanya yang sekadar tamat pembelajaran di tingkatan dua lalu bekerja bercucuk tanam.


HO PHIEW kelihatan memberi tunjuk ajar kepada beberapa ahli dari
Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng.

Beliau mula mempelajari tarian singa daripada seorang guru, Chen Liang Min pada tahun 1975 ketika berusia 18 tahun.
Selepas itu, beliau berguru dengan beberapa sifu lain yang turut mengajarnya kung fu sekali gus mempertingkat kemahirannya dalam tarian singa. Beliau mempelajari disiplin tarian singa Fuo Shan dan Shan Sar Ping.

Kerana kegigihan dan minatnya yang tinggi, dalam tempoh lima tahun sahaja, beliau telah menjadi pembantu jurulatih dan 'master' pada usia 24 tahun.

"Pada awalnya, saya hanya mengajar tarian singa secara sambilan, tetapi keadaan berubah gara-gara lebah.

"Di kebun saya banyak lebah. Satu hari, saya disengat serangga itu ketika bercucuk tanam. Kerana memikirkan ancaman lebah, saya memutuskan lebih baik untuk saya tumpukan kepada pengajaran tarian singa sahaja," ujarnya.





Cintanya terhadap tarian singa semakin mendalam sehingga beliau menyifatkan tarian singa sudah menjadi darah dagingnya.

Beliau bukan sahaja menguasai tarian singa bahkan membuka perniagaan membuat kepala singa bagi tujuan tarian itu.
Segalanya bermula apabila beliau cuba menghasilkan kepala singa sendiri ekoran kepala singa yang dibeli dari China telah lama dan rosak.

"Oleh kerana saya perlukan kepala singa yang baru, jadi saya fikir mungkin saya boleh hasilkan sendiri," katanya.


SYARIKAT Wan Seng Hang yang ditubuhkan Ho Phiew menghasilkan sehingga 500 kepala singa setahun.

Mula-mula hasilnya tidak sebaik yang diharapkan namun lama-kelamaan beliau berjaya. Rakannya turut tertarik dengan pembuatannya dan meminta beliau menghasilkan untuknya.

Justeru, pada tahun 1986, beliau mengasaskan syarikat pembuatan barangan tarian singa, Wan Seng Hang Dragon & Lion Arts yang kini terletak di Subang 2, Shah Alam. Syarikat itu menghasilkan sehingga 500 buah kepala singa dalam setahun.
Bukan sahaja menerima tempahan dari Amerika, Taiwan, Singapura dan negara-negara Eropah, bahkan China, negara asal tarian itu, juga ada mengimport kepala singanya.

Jelas Ho Phiew, tarian singa amat penting bagi masyarakat Cina kerana ia dipercayai dapat menghalau perkara-perkara jahat dan membawa masuk tuah dan kebaikan.

Tarian atas tiang


Raja segala haiwan itu sering dilihat sebagai makhluk pelindung yang dikenali sebagai 'anak kesembilan naga'.
"Apabila anda melihat dua ekor singa dalam tarian singa, jangan salah faham, kedua-duanya bukan berlawan. Tarian singa adalah berkenaan perpaduan dan keharmonian dua ekor singa," ujarnya.

Berdasarkan cerita dongeng masyarakat Cina, seni tarian singa telah diperkembangkan sejak ratusan tahun dahulu. Masyarakat China pada zaman kuno jarang melihat wajah singa lalu mereka tidak mempunyai gambaran yang jelas terhadapnya.

Jadi, terbitlah perasaan kagum terhadap singa. Kononnya, mereka menyifatkan singa sebagai haiwan sakti dan gagah perkasa.

Bercakap tentang perkembangan tarian singa di Malaysia, Ho Phiew berkata, tarian singa mula meningkat popularitinya apabila pertandingan tarian singa peringkat kebangsaan buat pertama kalinya diadakan pada tahun 1983.

Ho Phiew merupakan antara insan yang membawa kepada penganjurannya.

Setahun selepas itu, Ho Phiew turut membantu kepada penganjuran pertandingan peringkat antarabangsa di Genting Highlands. Kini, kata Ho Phiew, pertandingan itu dianggap yang paling berprestij.



TARIAN Singa Lompat Atas Tiang Tinggi diiktiraf sebagai warisan negara pada tahun 2007.

"Malaysia kini amat popular dalam tarian singa. Pasukan kita menang 38 kali gelaran dunia. Lebih hebat daripada pencapaian negara-negara lain termasuk China sendiri.

"Sehinggakan sekarang, ada sesetengah pihak yang melihat tarian singa begitu sinonim dengan Malaysia," katanya yang juga menjadi jurulatih kepada jaguh tarian singa dunia saat ini iaitu Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng yang berasal dari Muar, Johor.

Ho Phiew turut berbangga apabila kerajaan Malaysia mengiktiraf Tarian Singa Lompat Atas Tiang Tinggi sebagai warisan negara pada tahun 2007.

"Kelebihan Malaysia berbanding negara China atau negara-negara yang lain ialah kita bijak mempamerkan pelbagai kreativiti dengan menyerap semangat hidup masyarakat majmuk yang kita miliki. Sedang mereka terperangkap dengan elemen tradisi.

"Disebabkan kehebatan teknik dan keunikan tarian singa yang kita tampilkanlah membuat ramai yang ingin belajar daripada kita," ujar bapa kepada tujuh orang anak ini.
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 15-2-2010 04:51 PM |All posts

TERPEGUN... Sebahagian daripada tetamu Hotel Cititel Mid Valley
menyaksikan persembahan tarian singa yang dipersembahkan oleh
pasukan Pusat Tarian Singa Hong Wu di perkarangan hotel berkenaan
di Kuala Lumpur, hari ini. Persembahan itu adalah sebahagian daripada
sambutan perayaan Tahun Baru Cina di negara ini. Masyarakat kaum
Cina merayakan tahun Harimau mengikut kalender orang Cina tahun ini. - Foto Bernama
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Super Moderator

Hamba Allah

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 17-2-2010 04:34 PM |All posts
Salam,

Kat Perak masih wujud budaya tarian naga ni.  Pd hari Tahun Baharu Cina memang naga akan menari di pintu2 kedai sebab nanti adalah ang pow yg menunggu tergantung di muka pintu.

Jiran2 memang kira 90% warga Cina.
Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita mengecapi rahmat & nikmatNya dlm bentuk yg sebaik mungkin..
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 3-9-2014 02:50 AM , Processed in 0.171806 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top