CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chatreyo

rnr ayer keroh..

[Copy link]
Post time 13-3-2010 10:15 PM | Show all posts
Pernah terjadi thn 2006, tengah driving with husband dari Kelantan to segamat. Masa lalu jalan kuantan-segamat dalam kul 10pm, tak ingat tapi after muadzam - sama gak 2 keta bagi high-beam dari depan. Kiri-kanan mmg pokok2 je tp byk simpang utk ke ladang2. masa tu kami pun macam quiet je dlm kereta, before that borak sakan. Few days later, kami borak la pasal hal tu. Sebelum selisih dgn kereta yg bg high beam tu, saya terbau macam bau bunga tanjung dalam kereta. Husband lak, ms tu terperasan mcm ada benda putih through side mirror, berlindung balik pokok tp dok follow belakang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2010 03:21 PM | Show all posts
seram2....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 04:56 PM | Show all posts
Aku nak share pengalaman aku kat tempat lori berhenti (yang ada toilet & wakaf) antara exit Senawang & Simpang Empat. Benda ni dah lama jadi, tahun 1994. Masa tu aku tengah ngandung anak sulung.

On the way from Subang Jaya to my PIL's house in Tampin, rasa macam nak buang air kecil. Tau lah, tengah mengandung, mana boleh tahan-tahan, so my husband stop kat wakaf tuh.

Masa sampai tu, ada sebiji lori tapi dia jauh kedepan sikit, near the wakaf lah. Driver tak nampak lak. Assumed, dia duk dalam lori jer. Kitorang berhenti near the toilet. Husband I tunggu dalam kereta & aku masuk toilet sensorang. Masa tu around Maghrib (saja cari nahas, kan). Masuk toilet, tak ada orang. I went into the smaller room to lepaskan hajat.

Masa aku kat dalam tu, dengar orang masuk, bukak pintu toilet, tutup pintu dan bukak paip. Lega lak rasanya, ada orang lain masuk. Maklumlah, sebelum tu aku sorang jer.

Lepas keluar tu, nampak ada sebijik motor kat depan kereta we all tapi no one near the bike. I tanya my husband, perempuan yang bawak motor tu sorang ke dengan husband dia. Dia cakap, mana ada perempuan, lelaki tu sorang aje & berhenti, masuk toilet.

I tanya, dia masuk toilet perempuan ke? My husband said, apa pulak, dia masuk toilet lelaki lah. I tanya lagi, nampak ke dia masuk toilet mana? Of course lah, kata my husband, depan tu je hah.

Terus I suruh dia blah jer dari situ. My husband tanya kenapa, tak berani nak jawab. Tak sanggup. Rasa macam, kalau aku sebut, takut dia ikut lak. Huhuhu..
Dah sampai rumah PIL, baru cerita kat dia. Sampai sekarang, aku fobia nak berhenti tempat-tempat macam ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 05:27 PM | Show all posts
RNR yg mana ni.... ayer keroh ke utara ada 2... satu hentian lama.. satu hentian jejambat... dedua meriah... kalau nak benti makan aku suka hentian lama.. kalo nak solat jer benti kat jejantas.. tapi skang hentian lama tgh renovate

kalo arah selatan .. hentian jejantas and lama guna susur masuk sama... ikut kita la nak benti kat jejantas atau hentian lama.. tapi kecik jerla.. adalaa tak sampai 10 gerai.. tapi bukan jenis wakaf jer... selalu benti situ nak breakfast atau isi minyak..

kalau ikutkan highway PLUS belah selatan mmg banyak cerita... dr seremban sampai le ke sedenak... aku byk borak sama kawan2 yg selalu travel ke selatan or driver lorry... tapi banyak selatan sebab aku org johor kot... tapi sejak kawen org utara.. makin banyakle trip ke utara...nanti aku korek cerita ke utara plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 06:01 PM | Show all posts
124# ah_long
aku pun baru nak tanya RnR mana yg sebenarnya? yg RnR ayer keroh jejantas ke lagi 1?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 10:08 AM | Show all posts
ah_long & pink, aku pun tak sure nama tempat tu tapi kat situ memang tak ada tempat makan. Yang ada cuma toilet & wakaf tempat rehat tu. PLUS ke Selatan. After Senawang exit. Dulu somewhere in early 90s, ada mayat perempuan di jumpai oleh motocyclist kat bawah tebing tu... Masa kejadian yang aku kena tu, aku tak ingat pasal mayat yang dijumpai tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2010 06:47 PM | Show all posts
Tak sangka ada cerita RNR Ayer Keroh ini.

Aku juga nak tumpang bercerita di sini, terdapat banyak kisah yang boleh dijadikan peringatan dan tauladan disini ingat yang berkuasa hanyalah Allah s.w.t tiada yang lain.

Aku boleh dikatakan hampir 2-3 kali setiap minggu berulang-alik ke Melaka atas urusan keluarga. DAN aku paling suka bergerak waktu malam selain malas nk jem kat Nilai dan seremban serta waktu malam yang lebih sejuk dan tenang.

Aku ada teori aku sendiri berkaitan dengan persekitaran RNR Ayer Keroh arah utara ini, berdasarkan pengalaman dan permerhatian aku.tapi biarlah aku bermula dengan kisah 1 ini dulu :

Kisah 1 – Rombongan Pengantin
Kisah ini berlaku pada tahun 2001, aku serta keluarga dalam perjalanan ke Melaka kerana salah seorang ahli keluarga kami akan bernikah pada esok pagi hari.  Kami bertolak daripada KL dalam jam 9.00 mlm asalnya dengan 2 buah kereeta tapi  abang aku terpaksa membatalkan hasrat untuk mengikuti kami pada malam itu, dia akan megikuti rombongan bas pada esok hari sahaja. Jadi bergeraklah kami dengan satu kereta.

Malam itu tidaklah terlalu banyak kenderaan di jalan raya,  setibanya di Seremban mulanya berhasrat kami untuk berhenti sebentar disini, tapi ahli keluarga aku berhsrat untuk meneruskan sahaja perjalanan kerana kutir lambat sampai ke rumah persinggah pengantin di Ayer keroh nanti.  Melepasi sahaja kawasan Senawang jalan tidak lagi sinari lampu-lampu jalan dan kawasan perumahan disekitar lebuh raya ini.. Jalan gelap & sunyi hanya satu dua kereta sahaja melalui lebuhraya ini.

Aku memandu sekitar 110km/pj sahaja, dalam kereta itu terdiri daripada adik lelaki  ku duduk di sebelah kiri, kakak aku dan anaknya yang berumur 5 tahun dan arwah ibuku.
Kira-kira 5km menghampiri kawasan  RNR Ayer Keroh arah utara ( disebelah kanan  lebuhraya arah selatan)  anak kakak ku mula meregek dan menagis-nagis. Kakak aku pula sebok menyuruh anaknya diam, terdengar juga sekali-sekala kakak & ibuku membaca ayat-ayat suci al-quran. Mula-mulanya aku tidak ambil kisah sangat , hanya menumpukan sahaja pemanduan ku ke Toll Ayer Keroh Melaka.

Peristiwa Aneh.
Kira-kira 12km menghampir tol ayer keroh Melaka, aku mula memperlahankan kerana merasakan tak sedap hati , kakak dan ibuku hanya membisu di belakang, adik lelaki ku pula mukanya kelihatan pucat sahaja.  Tiba-tiba aku merasakan seperti kereta aku dilanggar daripada belakang dengan kuatnya serta mengeluarkan bunyi dentuman yang agak kuat ( aku pernah merasa dilanggar daripada belakang semasa di Tg. Malim sebelum peristiwa ini)  serta di atas bumbung kereta aku seperti satu benda besar sedang menghempap @ jatuh serta seolah ada benda melompat-lompat serta bunyi2 cakaran dan menumbuk-numbuk di bumbung kereta aku sehingga lampu ( silin kereta ) tercabut. Terasa kerata aku bergoyang dikiri-kanan jalan. Kemalangan TIDAK! , ibu dan kakakku di belakang mula membaca ayat suci al-quran dangan agar kuat sedikit, adik ku disebelah mula kelam kabut, aku berhasrat ingin berhenti di tepi jalan, tapi adik ku pulak menjerit marah suruh meneruskan perjalanan kerana tol ayer keroh dalam 2km sahaja lagi.  Teringat pesanan ustaz ku, kalau kita diganggu ketika memandu kenderaan yang penting adalah BERTENANG dan membaca ayat2 suci al-quran serta tidak “lari” degan memandu kenderaan dengan lebih laju. Alahamdullilah aku mampu bertenang masa itu. Perkara ini berlaku dalam 5-10 minit. Seram..takut …risau semua ada. Anak kakak aku daripada tadi sudah mula menagis dengan kuat. Sampai sahaja di tol Ayer Keroh menghampiri 12 malam , keluar ticket nak bayar tol, masa aku bayar tol itu sempat juga aku bertanya abang itu ada apa-apa tak di atas bumbung kereta aku ? dia kata tiada apa2… so aku mengambil keputusan untuk berhenti selepas toll kerana ramai orang disini menunggu bas.  Keluar kereta….tengok belakang kereta tiada kesan pelanggaran, atas kereta tiada apa2 ???  Apakah sebenarnya yang berlaku tadi ? Aku meneruskan semula perjalanan ke Bkt. Katil Melaka tempat persiggan pengantin.  Sampai sahaja disini kami disambut keluarga di sebelah sana.  Aku sekali lagi memeriksa kereta, tiada kesan kemek atau kenderaan dilanggar.  Kami menceritakan akan peristiwa itu kepada semua orang yang menyambut kehadiran kami, setiap butir peristiwa kami ceritakan.
Jawapan mereka ringkas shj. Kami diganggu puntianak, kerana kata mereka ini bukanlah pertama kali mereka mendengar cerita ini.  Tapi bagi aku yang mengalaminya rasanya ianya bukanlah disebabkan oleh gangguan “puntianak “ tapi ada “sesuatu” yang sukar untuk diceritakan.  Mungkin klu berkesempatan aku akan menceritakanya disini, berdasarkan pengalaman sebenar aku serta kisah-kisah misteri yang berlaku di tempat yang sama di mana ramai yang tidak mengetahuinya.  Anggaplah kisah ini untuk dijadikan pedoman dan pengajaran hanya allah shj. Yang berkuasa. Byk kisah di persekitaran RNR ayer keroh arah utara nie...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 09:49 PM | Show all posts
127# Afrin

brutalnye bende alah tu kacau bro..
gamaknya dia syok la tu tengok anak buah dok nangis2..
nasib baik dia tak landing depan bonet kereta kan..kalau tak, mau pengsan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 12:06 AM | Show all posts
Tak sangka ada cerita RNR Ayer Keroh ini.

Aku juga nak tumpang bercerita di sini, terdapat banyak kisah yang boleh dijadikan peringatan dan tauladan disini ingat yang berkuasa hanyalah Allah s.w.t  ...
Afrin Post at 25-3-2010 18:47

ok bro..nanti cerita la pasal 'sesuatu' tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 12:53 AM | Show all posts
Tak sangka ada cerita RNR Ayer Keroh ini.

Aku juga nak tumpang bercerita di sini, terdapat banyak kisah yang boleh dijadikan peringatan dan tauladan disini ingat yang berkuasa hanyalah Allah s.w.t  ...
Afrin Post at 25-3-2010 06:47 PM


sgt misteri dan seramm wpun beramai2 dlm keta tu... aah nanti tolonglah jgn lupa citer pasal sesuatu tu xsabar nih nak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 04:26 PM | Show all posts
klu ada masa insyallah aku akan cerita kisah selanjutnya....sebab nk kena susun ayat bagi mudah org nk baca & faham...

salah satu kisah misteri kawasan ini yang mungkin pernah korg dengar ....ada satu hari tu... berlaku kemalangan kereta....menurut pemandu kereta tersebut setering kereta tiba2 terpusing ke sebelah kiri menyebankan ia terbabas di kiri bahu jalan & brek@berhenti ( tampa kemalangan yang serious) tiba2...mungkin ada yang berfikir ini mungkin kecuaian pemandu @ masalah kenderaan...yang menjadi persoalanya hampir lima - enam buah kenderaan menghadapi masalah yang sama dalam tempoh tidak kurang dp 1 jam...ditempat dan kawasan tersebut...dan kemalangan itu bukanlah berlaku serentak...kenderaan yg terbabas itu seoalah-oleh tersusun sebelah - menyebelah di bahu jalan.....pihak bomba / plus terpaksa menutup sementara jalan tersebut untuk melakukan pemeriksaan kerana dikuatiri terdapat minyak/pasir @ cecair yang tumpah di kaw. tersebut menyebabkan berlakunya kemalangan misteri tersebut... namun tiada kesan2 punca kemalangan tersebut ditemui...rasanya cerita ini pernah keluar dalam paper dahulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 04:29 PM | Show all posts
dulu masa tinggal di JB .. selalu ulang alik KL /JB waktu malam. Tak ada apa terjadi. Mujur lah. Tak sanggup saya nampak benda bukan bukan. Tak sanggup saya mengalami peristiwa bukan bukan. Saya ni lemah semangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:24 PM | Show all posts
klu ada masa insyallah aku akan cerita kisah selanjutnya....sebab nk kena susun ayat bagi mudah org nk baca & faham...

salah satu kisah misteri kawasan ini yang mungkin pernah korg dengar ....ada s ...
Afrin Post at 26-3-2010 16:26

Aku pun nak share citer adik aku ni. Kisah ni baru berlaku sekitar jam menghampiri 7 malam tadi.

Sudah menjadi rutin adik aku balik kampung selepas abis waktu pejabat. Laluan highway ayer keroh-kl mmg setiap minggu dilalui. Tapi, hari ni dia terkena..

Macam biasa, adik aku selalu drive lane paling kanan, dengan kelajuan katanya dalam 100 km/j (tp, selalunya aku rasa dia bawa melebihi 100 km/j, kete civic.. sedap je menekan )..

Ntah mcm mana, masa adik aku lalu di area sebelum A Famosa, selepas fly over dan jalan bengkok sikit,  tiba-tiba stereng ketenya berpusing2! Terkejut la adik aku dibuatnya.. Jenuh gak dia mengawal stereng tu! Ketenya menjajau (tersasar) terus ke lane kiri.  Mujur tiada kete lain berhampiran, agak jauh dari kete dia.

Adik aku musykil gak tadi apa yang berlaku. Kalau jalan licin pun, katanya masih boleh dikawal stereng tu. Ketenya pun baru diservis. Aku sendiri baru lalu di tempat yang sama sekitar jam 6 petang (aku pun tetiap minggu balik melaka dari bangi.. ).

Apa sebenarnya ye?...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 12:21 AM | Show all posts
hehehhee...pehni ko mandi tempat lain arr Dean...hehehehe

Aku rs kawasan R&R Ayer keroh tu hanyalah bertaraf  hentian sebelah je kot....
medangmru Post at 18-2-2010 14:45



banyak la ko
hentian a keroh tu siap ada baskin n robin bagai
toilet pun selesa n byk gile..dkat 30 toilet aku rasa
nama pun RnR
rehat dan rawat
jgn caye la org ckp tak ada org la apa..

n ada gak restoran jejantas a keroh
tak jauh dr rnr a keroh
yg ada kfc n anw tu

melaka kan destinasi percutian..byk keta nak ke sini
n kalau masuk melaka
lpas tol...

ada lagi tempat rehat yg kerajaan negeri bina
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 08:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinktriangle at 27-3-2010 20:33
Aku pun nak share citer adik aku ni. Kisah ni baru berlaku sekitar jam menghampiri 7 malam tadi.

Sudah menjadi rutin adik aku balik kampung selepas abis waktu pejabat. Laluan highway ayer keroh- ...
adydza2 Post at 26-3-2010 09:24 PM


afrin dan adydza...
gawat ni kalo stereng pun dia buat main2...:@ ini sudah keterlaluan!!! suka2 nak kasi eksiden ek giler bahaya!! apapun aku nasihatkan sesiapa yg drive tu bawak2lah baca doa kenderaan ke, ayat qursi sekalipun sbb doa2 ni pun utk mengelakkan dari sesuatu yg xdingini brlaku..syukur xde apa2 yg terjadi pada ko adydza..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 10:50 AM | Show all posts
aku tau rnr yg dimaksudkan.dulu time zaman 'hoohaa' aku selalu gak weekend overnite kat rnr sebab buat ekspedisi jelajah msia le kunun.ramai2 dalam 1 family van.then one nite on the way ke melaka,time tu dah past midnite,drebar ngantuk sgt da,so berhenti la kat rnr air keroh ni menghala ke selatan kalau x silap.tempat ni bkn rnr jejantas tu.kalau x silat rnr jejantas tu depan lg rasanya.x ingat da.tempat ni mmg isolated.so kitorang berhenti betul2 depan sederet toilet lama.lampu pon xde.toilet ni plak terasing dr toilet2 lain.toilet2 br ade kat depan sikit.jalan kaki pon sampai.van kitorang parking kt bawah pokok.ntah kenapa bila semua nak try lelapkan mata,senyap je segala.tiba2,sorang bersuara..'jom blah tempat lain la'...semua terus mula bercakap setuju dgn cadangan tu.rupanya dalam diam tu sume rs x sedap ati tp takut nak ckp.perasaan eerie tu mmg x leh nak digambarkan la..walaopun x nampak tp blh rs sesuatu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2010 11:43 PM | Show all posts
RnR ayer keroh ade yg sunyi ke??
yg tau ade dua tp dua2 pn meriah..ke yg korng ckp ni sbnrnye RnR kg bemban..
atas ckit dri RnR ayer keroh coz RnR nie mmg ade toilet n wakaf je...

bile bace cite2 pasal korng nie sume..bru ak tau..
oo..mcmtu ek klu kete berat..
ak rse ak pnah rse skli tp xpnah lak trpkir coz xtau pape pn pasal nie..

kes nie berlaku kt lebuh AMJ..ala yg highway sunyi muar-melaka tu...
tme tu,ayah mak n ak bru blik dri knduri kat muar...ktorng dtg rmai,tp ntah npe mse nk blik tu,ktorng trpisah..coz ayah ak sorng je yg ikut hiway muar tu,yg len ikut jln lame..

nk djdikkn kisah..hiway ni kn mmg femes,dh le gelap,kete pn kurng..
tme tu lbih kurng kul 11 lbih..ntah mcmne tetbe kt ats jln tu mak ak leh lak tnye kat ayah ak.."abg,btul ke cte yg kaki pancing nmpk antu kt surt khbr tu ek" (kalu korng ingt ni kesah yg kaki pncing nmpk bnde smpi dmam tu,kuar kt metro)
pastu ayah ak snyap..then jwb.."tu sume kn kuasa Allah,kte mane la tau"
ak kt blkng dh snyap,dlm hati tme2 cmnie lak mak tnye sokln cmtu..
pas dri tu..ak rse ayah ak bwk kete mcm slow sgt,lmbt je kete tu padahal xde ar jauh sgt pn nk blik mlake..ade gk ar kete yg beam ktorng coz jln tu sunyi then ade gk ar ak bau sth..
tp xbrani tgur coz mak pnah pesan klu bau plik memalm jgn tgur...akhirnye ktorng smpi umah n trus tdo....

esoknye..ktorng cte blik pasal smalm...
npe kete ayah rse lmbt sgt je rse...pastu ayah ckap ntah n ungkit pasal soklan yg mak tnye smalm..hehehe...
pastu,sdara mara yg konvoi mse pergi tu tnye,ko ikut jln mane..
dh tau mlm npe xikut je jln bese,tmpt tu dh le keras,sbb tu ko lmbat smpi dri ktorng..
aduyai..nk wat cmne..xtrpikir lak tme tu..nsib bek ktorng slamt smpai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 11:43 PM | Show all posts
RnR ayer keroh ade yg sunyi ke??
yg tau ade dua tp dua2 pn meriah..ke yg korng ckp ni sbnrnye RnR kg bemban..
atas ckit dri RnR ayer keroh coz RnR nie mmg ade toilet n wakaf je...

bile bace cite2 pasal korng nie sume..bru ak tau..
oo..mcmtu ek klu kete berat..
ak rse ak pnah rse skli tp xpnah lak trpkir coz xtau pape pn pasal nie..

kes nie berlaku kt lebuh AMJ..ala yg highway sunyi muar-melaka tu...
tme tu,ayah mak n ak bru blik dri knduri kat muar...ktorng dtg rmai,tp ntah npe mse nk blik tu,ktorng trpisah..coz ayah ak sorng je yg ikut hiway muar tu,yg len ikut jln lame..

nk djdikkn kisah..hiway ni kn mmg femes,dh le gelap,kete pn kurng..
tme tu lbih kurng kul 11 lbih..ntah mcmne tetbe kt ats jln tu mak ak leh lak tnye kat ayah ak.."abg,btul ke cte yg kaki pancing nmpk antu kt surt khbr tu ek" (kalu korng ingt ni kesah yg kaki pncing nmpk bnde smpi dmam tu,kuar kt metro)
pastu ayah ak snyap..then jwb.."tu sume kn kuasa Allah,kte mane la tau"
ak kt blkng dh snyap,dlm hati tme2 cmnie lak mak tnye sokln cmtu..
pas dri tu..ak rse ayah ak bwk kete mcm slow sgt,lmbt je kete tu padahal xde ar jauh sgt pn nk blik mlake..ade gk ar kete yg beam ktorng coz jln tu sunyi then ade gk ar ak bau sth..
tp xbrani tgur coz mak pnah pesan klu bau plik memalm jgn tgur...akhirnye ktorng smpi umah n trus tdo....

esoknye..ktorng cte blik pasal smalm...
npe kete ayah rse lmbt sgt je rse...pastu ayah ckap ntah n ungkit pasal soklan yg mak tnye smalm..hehehe...
pastu,sdara mara yg konvoi mse pergi tu tnye,ko ikut jln mane..
dh tau mlm npe xikut je jln bese,tmpt tu dh le keras,sbb tu ko lmbat smpi dri ktorng..
aduyai..nk wat cmne..xtrpikir lak tme tu..nsib bek ktorng slamt smpai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 11:44 PM | Show all posts
oops..ter'post' 2 kali lak..
sowieee..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 02:39 PM | Show all posts
{:1_125:}huhu...baca kisah RNR air keroh nie aku ade gak pengalaman...tapi tak berapa nak menakutkan laa....kisah nie jadi bulan 8 tahun lepas...
aku baru balik ambil adik aku yang belajar kat KPM bandar melaka..so jemput dia la nak bawa balik ke semenyih..jam waktu tu dah pukul 10 malam...so aku ngan wife aku pun berentila kat RNR tu nak semayang isyak..masa sampai situ org dah tak ramai...ade la 2-3 kereta kat RNR TU..kat surau pulak kosong,,takde sapa-sapa...pastu masuk surau tu solat  lah..masa tengah solat..rasa macam ade benda je kat belakang tengah peratikan pergerakan aku tu..lepas abih solat jer aku terus blah dari situ,,on the way masa keluar dari parking RNR tu dah start bau bunga tanjung satu kereta...bulu tengkuk aku dah start meremang..
tetiba tergerak hati aku nak pasang CD bacaan ayat suci al-quran masa tu.....kuat betul bau bunga tanjung tu....wife ngan adik aku senyap semacam je...heheh.lama baru bau bunga tu ilang,,kalau tak silap sampai area rembau baru ilang...
sampai rumah wife aku tanya ade perasan tak masa guna surau tu rasa macam ade menda dok perati ...pas tu masa kat parking tu sampai dalam kerata ada bau bunga tanjung...aku kata adelah,,heheh,,ingatkan aku sorang je yang perasan..
next time kalau nak singgah memalam tanak laa aku gie RNR nie lagi...mistik semacam jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073938 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list