CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: AsSaMbOi

POLONG

[Copy link]
Post time 11-7-2010 09:11 PM | Show all posts


adakah begitu rupanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 09:46 PM | Show all posts
sila la cite apa yg patut edy, kami sume nak tau apa yg terjadi...seigt aku jarang sgt cite polong dikongsi kat board ni...
tupaiterbang Post at 11-7-2010 19:05


err.... nak citer kerr... ok laa.... citernya bermula semasa hamba berumur atau senang kata darjah 4 kalau tak silap......

pertama sekali hamba ada seorang makcik atau auntie yang duduk berdekatan.... masih kategori jiran laa kan..... boleh kata auntie yang paling rapat laa masa kekecik dolu..... selalu ulang alik dari rumah ke rumah dia... hantar makanan, gi ambil makanan, gi mengaji..... dulu mengaji ngn auntie hamba nihh..... hingga kini dia merupakan guru mengaji untuk bebudak......

di sebelah rumah nya terdapat suatu pokok yang dipanggil pokok mentega.... buah mentega nihh luar warna merah kulitnya, dalam warna mcm putih2 kalau tak silap, lama dah tak jumpa buah nihh..... jenis buah lembut.....

jadi, nak dijadikan cerita, pokok mentega nihh mmg sinonim dengan keluarga auntie hamba..... kengkadang ada buah mentega di tepi sejadah, kadang2 kat meja dapur muncul 2 biji buah mentega..... mcm tuhh laa.... dan ada juga cerita2 yang tak sedap didengari contohnya buaian adik hamba masa tuhh bayi dibelitnya melalui lengan ke leher, dan adik hamba tuhh juga pernah dialihkan dari buaian ke tilam kecil...... kerana adik hamba bukanlah orang rumah tuhh.... dan kemudian bayi pulakk tuhh... biasa laa....

ok, tentang pokok mentega tuhh.... pokok tuhh orang2 kampung masa dedulu percaye yang mana pokok tuhh adalah pokok yang ada 'penunggu'.... ramai yang nampak kelibat makhluk besar berbulu seakan-akan bigfoot berada di atas pokok itu.... dan biasanya kengkadang, bila bangun pagi nampak laa kat pokok tuhh ada setem berlambangkan wajah sultan masa tuhh..... mesti ada setem.... dalam sebulan mesti ada orang tampal setem kat pokok tuhh..... dipercayai kononnya daulat sultan tuhh dapat menghalang 'penunggu' tuhh supaya jgn menganggu penduduk sekitar.... dan adakalanya ada kemenyan yang diletakkan di bawah pokok itu......

kerana tanggungjawab, walaupun pokok itu bukan kepunyaan auntie hamba, cuma termasuk sikit ajerr dalam kawasan sebelah rumah.... auntie hamba selalu laa membersihkan bekas kemenyan itu, setem dan sebagainya..... dan walaupon pokok itu agak rendang dan boleh dipanjat-panjat, tapi tiada sorang budak pon yang berani nak manjat atau bermain2 di sekitar pokok tuhh.... hamba kecik2 pon tak berapa minat dgn pokok tuhh.... bila pandang nampak mcm pokok tua sangat, atau mcm automatically laa tak berminat nak bermain2 kat pokok tuhh.... mcm tuhh laa perasaannya.... tak pandai hamba nak describekan ianya...

jadi nak dijadikan cerita pula.... jiran depan rumah hamba nak bersalin pada suatu malam.... anak second last nya masa tuhh..... kalau tak silap laa.... dan kebetulan rumah belakang rumah hamba ialah rumah yang kami sewakan kepada penyewa.... salah seorang penyewa ialah akak saudara hamba.....

akak saudara hamba ptg tuhh ada dtg rumah auntie hamba... yerr laa dekat kann....... kalau tak silap auntie hamba ada serahkan buah mentega dua biji.....

jadi pada malam itu, dalam pukul 1 lebih, hamba baru nak mamai2 tidur.... kira dah tertidur sebenarnye.... tiba2 dengar akak sedare hamba menjerit2 ketuk semua tingkap rumah depan (rumah kami) waktu tuhh.... berlari mcm orang kena rasuk hantu..... kebetulan akak sedare hamba tuhh mengandung... mkn pulak buah mentega tuhh.... tapi baru berapa bulan ajerr... perut pon belum naik lagii....

rupa-rupanya ada tiga makhluk yang dipercayai 'polong' datang sangat besar... ini seperti yang diceritakan laa.... besar tinggi dan bulu sangat kasar.... lebih kurang mcm tuhh laa... wajah tak nampak... tapi bermata merah..... 3 ekor makhluk tersebut berada beberapa meter dari pintu rumah akak sedare hamba.... apa lagii berterabur laa dia lari mcm orang histeria.... ketuk semua tingkap rumah kami......

sampailahh bonda hamba sedar dan bangun memberikan semangat dan tenangkan akak sedare hamba..... yang peliknya, kitorang tak dengar bunyi apa2.... akak sedare hamba kata, bunyi yang paling besar diantara tiga polong tersebut, mcm bergegar tanah, bila polong tuhh berjalan maka berterabur semua benda dan pokok renek mcm tumbang...... rumput mcm ada bekas jalan...... mcm tuhh laa kalau tak silap dia citerr..... sebab dia berlari dalam keadaan memerhati makhluk tersebut.....

dan bila ditanya ke arah mana polong itu pergi, rupa-rupanya pergi ke arah rumah jiran hamba depan rumah.....

bila esok paginya, takde pulak pokok renek tumbang.... perkakasan kat tepi rumah hamba mmg berterabur... tapi tak laa teruk sangat.... rumput pon takde bekas langsung..... cuma pokok jambu sebelah rumah masa tuhh tetiba daunnya semua gugur..... dan bila tanye jiran depan, masa tuhh ada ustazah yang menguruskan kes jiran depan rumah beritahu pasal ada gangguan pada malam bersalin tuhh.... tapi dapat dikekang.... sebab polong nihh akan datang untuk menjilat darah bersalin kalau tak silap.....

dan polong yang hidup di pokok mentega itu dah tak bertuan.... dulu dipercayai dibela oleh salah seorang bomoh ke aperr tapi takde zuriat untuk di turunkan.....

itu ajerr laa citer dari hamba yang tak seberapa nihh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:26 AM | Show all posts
err.... nak citer kerr... ok laa.... citernya bermula semasa hamba berumur atau senang kata darj ...
edy137 Post at 11-7-2010 21:46



    thanks edy for sharing....mmg seram eh cite ko nih...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.214131 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list