CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tupaiterbang

Tupai:Insiden bebudak MRSM

[Copy link]
Post time 25-2-2010 12:30 PM | Show all posts
erm..aku cam x bape paham la baca citer ko ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2010 12:52 PM | Show all posts
walaupon byk part aku tak paham tp mmg lawak citer tuan umah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 01:14 PM | Show all posts
sape lagi ada citer antu mrsm meh share jomm...

ni aku pun nak share kisah kazen aku yg penah blajo kat mrsm jasin..
lama suda...back 10years ++..
masa tu katanya bulan posa..pas balik dari terawih dia pun baring la kat katil..
pastu bila dia tgk kipas kat siling baik je cik pon duduk situ sambil jenguk dia baring..
tp tula..camne ek time bulan posa pun ada gak yg terlepas?

pendek je citer aku..tak reti nak mengarang..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 02:44 PM | Show all posts
19# tupaiterbang  

aku teka mrsm balik pulau
kam Post at 25-2-2010 11:43

aku rse pon cam balik pulau gak..hoho..
btol x tupai terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 03:48 PM | Show all posts
aku ada pengalaman ngan entiti ni masa blajo kat MRSM muor dulu...al-maklumlah....duk kat dorm paling ujung kat blakang nun...dekat2 utam kekdahnya....jap..jap...aku nak recall balik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 04:16 PM | Show all posts
cepat la cite medangmru...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2010 06:18 PM | Show all posts
Masalahnya byk dha nama aku tak ingat...Dorm mana aku duduk...hehehe...almaklumlah...terlalu lama dah aku tinggalkan MRSM tu..

nanti kalau aku ingat semua tu balik....aku cerita nanti
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 07:21 PM | Show all posts
terus derang berdua beredar dari situ tetiba tak jauh
dari situ ada pokok sena masa tu bulan pun mengembang agak terang,
shed ko tgk tu kt pokok tu alamak..haah la dia la tu cik pon siut,
kelibat perempuan berkain putih melepak atas pokok tu sambil m
tupaiterbang Post at 24-2-2010 16:20


haha! lawak je cite ko nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2010 05:36 PM | Show all posts
erm biase la...asrama2 skulah..skulah mana2 skalipon mmg la byk antu2 or cik pon duk bkumpul...
mrsm kota putra kt besut dlu lg tkt..cazen i cite la..student ni 1 batch nga dia ar..mati lemas 2 sekawan..mati lemas dkt pantai kwsn citu ah...satu mayat jmpa n 1 lg xjmpa2...student2 kt citu ckp mlm2 msti dr bilik diorg ..akan nmpak budak 2 org tu duk main badminton..semasa hayat diorg bdua tu idup diorg tu mmg suka main badminton smpai pg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 06:00 PM | Show all posts
aku pun x-mrsm zmn 90 an. kat situ la aku byk pengalaman angker... bersepah2 makhluk ni. histeria tiap2 minggu tu biasa. member2 aku lagi ske sbb dpt masuk asrama pompuan secara free n legal.

Tapi ustaz aku citer masa baru buka dulu lagi teruk, sampai kena minta bantuan Mufti Negeri. Bukan aje kes mistik, kes bebudak test2 ilmu mistik pun ada... tapi semua kisah sama aje mcm kt asrama2 korang yg lain. cik pon, cik lang, bang cot, dik yol, antu selipar, antu seret keranda... apa lagi ek... aku suspek jin2 ni berpakat kot sbb modus operandi dan pattern menyakat tu sama aje....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 11:18 PM | Show all posts
Masalahnya byk dha nama aku tak ingat...Dorm mana aku duduk...hehehe...almaklumlah...terlalu lama dah aku tinggalkan MRSM tu..

nanti kalau aku ingat semua tu balik....aku cerita nanti
medangmru Post at 25-2-2010 06:18 PM


waaaa... kita same skolah rupanya medang ye.. kalau yang ujung sekali tu Abdul Rahman Talib [ART].. tapi x tau la kot ko duk yang depan ART tu, asrama Melur kott.. Masa aku ada 4 asrama lelaki dan 3 puang.. Dorm laki Dr Burhanuddin, Tun Dr Ismail, Ungku Omar, Abdul Rahman Talib.. dan asrama perempuan lak Dahlia, Anggerik dan Melur [kot la..]

So far aku idak le pernah kena apa2. walaupun dalam bulan bila tah dalam setahun tu diaorang kata asrama aku ADB merupakan tempat laluan penghijrahan hantu2 dari mana nak kemana x tau la. Lagipun sebelah mrsm muor tu jirat cina.. Bodo betul aku masa tu leh tercengang dengar citer diaorang bab mgkn ada byk hantu2 nak berhijrah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 08:26 AM | Show all posts
Ada ustaz citer, jin ni kan lebih senior dari manusia... jadi perkara biasa la tu kalau mereka nak ragging atau menyakat kita manusia ni. Lagi2 dok asrama, aktiviti meragging adalah budaya biasa... hohoho

Aku kt MRSM, pernah terserempak dgn lembaga hitam, cik pon dan jin yg menyamar2 jadi kwn kita tu... selain tu, waktu malam terjaga ada dgr hantu selipar je la dok tawaf satu dorm dgn bunyi selipar... pek... pek... bila kita terjaga tgh malam, dia stop mcm nk lawat kita... tu aje
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:07 PM | Show all posts
ni citer pasal kazen aku budak mrsm,
mrsm kt mana tak payah aku bagitau korang,
biasa la dok kt as ...
tupaiterbang Post at 24-2-2010 16:20



    melayu suka sgt citer hantu or anything kena mengena gan mistik..hahahaha kelakar tul!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:57 PM | Show all posts
huhuu...mengenang kembali kisah silam...
Bel pun ada kisah masa kat MRSM ni...seram woo sbb bel sendiri yg alami...
tp skang tak free lagi...
ada free nnt Bel paste citer tu kat sini...
kisah ni, sumpah sampai tua baru bel lupa kut!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:59 PM | Show all posts
melayu suka sgt citer hantu or anything kena mengena gan mistik..hahahaha kelakar tul!!
ZackTaipan Post at 23-7-2010 15:07



    siapa kata melayu saja ?  kalau melayu saja, tak der la horror movie cina, india, thai, korea, jepun, omputeh dan lain-lain....  unless deorang cedok dari idea orang melayu la kuttt...????
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:07 PM | Show all posts
ya...most bangsa pun ada hantu memasing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 04:16 PM | Show all posts
ya...most bangsa pun ada hantu memasing...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:17 PM | Show all posts
Tapi yang paling aku tak boleh lupa is kawan aku yang (tak tau nak ketegorikan apa) punya mengigau. Dahsyat! memang dahsyat. K ni kalau mengigau, kitorang semua boleh berborak dengan dia macam biasa. Bezanya matanya tertutup dan kami tak tahu apa yang sedang berlaku di alam mimpinya. Jadi kami kenalah banyak bertanya untuk tahu apa yang sedang di mimpikan oleh K. Seringkali juga kami di'bodoh' kan oleh K kerana dia pelik kenapa kami tak nampak apa yang dia nampak! wakakakka...memang tak nampak pun K! memang kelakar...K akan nyanyi bila di suruh nyanyi...siap buat lagak superman lagi! adeh! sakit perut gelak la kitorang semua. Kami memang suka sangatlah kalau tgh study tu (tgh malam) K yang tengah sedap membuta tu tetiba bersuara. Apalagi kitorang terus tutup buku n layan K punya ngigau! wakakkakak....


Dan satu malam saat yang biasanya kelakar hingga buat kitorang pecah perut telah bertukar menjadi amat menyeramkan...alamak...bulu roma pun dah berdiri ni.

Malam tu aku study sampai larut malam. Then tgh syok mengadap buku biologi ada lah berlaku beberapa insiden yang mencurigakan. Aku tanak la citer kat sini sebab panjang sangat kisahnya. then bila semua dah setel kitorang pun tidurla termasuk K. disebabkan aku dan H tak boleh tidur, kami pun berborak di tepi K yang sedang tidur. H duduk di hujung kaki K dan aku plak duduk di hujung kepala K. Sedang asyik berbual dengan H, tiba-tiba K berbunyi. Kami berdua tersengih lantas terus melayan mimpi si K. Then perbualan kami bertambah panjang bila aku dan H bertindak mengorek rahsia K dan boyfriend nya. K menyebut tentang dia berjumpa dengan bomoh bla bla bla. then H bagitau aku bahawa K buka mata. Tapi bila aku tunduk melihat K, matanya terpejam rapat, jadi aku teruskan menyoal K. Tak lama kemudian H sekali lagi menyatakan pekara yang sama terhadap aku dan sekali lagi aku dapati matanya masih terpejam. Setelah beberapa minit tiba2 mataku terlihat akan air muka H yang berubah, secepat kilat aku tunduk memandang K. masya allah! mata K terbuka bulat memandang ke arah aku! Aku sangka K masih mengigau lalu aku kejutkan K. tapi K mula tertawa kecil. Aku marah K dan minta supaya dia bangun dan sedar tapi dia tetap begitu tersengih-sengih sambil bertanya kenapa aku nak marah. J yang sudah ketakutan terus melompat dari atas katil dan menarik lengan aku keluar dari bilik. Kami berlari menuju ke bilik lain yang jaraknya agak jauh. di situ kami melompat terus ke atas katil kawan aku. tak sampai 5 minit kami dengar bunyi tapak kaki. cukup 5 tapak sahaja (which is very mustahil) K sudah berada di hadapan bilik itu dan dia tertawa dengan amat kuat! kecut perut kami mendengarnya. Seterusnya K terus mengganggu kami. She specifically say my name.... mungkin kerana aku sebut nama aku sewaktu mengejutkan dia tadi. K terus menarik tangan, kaki aku supaya aku bangun. Dan kami terus kaku menutup kepala dan muka dengan bantal. Alfatihah kami juga sudah kelam kabut, hujung pegi tengah, tengah pegi hujung...caca marba...jantung rasa nak meletup! setelah agak lama, aku dah tak tahan lagi. aku dan kawan aku sepakat untuk menjerit dan menyudahkan episod seram malam itu. Dengan kiraan 1..2..3...kami bangun dan terus menjerit! pada masa yang sama K bercekak pinggang sambil ketawa dengan kuat seolah-olah gembira kerana berjaya membuat aku bangun. Bila semua dormate aku bangun K cepat duduk di hujung katil dan ingin mencapai kaki aku (kami masih menjerit tau!) Aku tendang k sebab takmo dia sentuh aku. Bila bebudak lain bukak lampu bilik tu, K terus terduduk sambil menekan-nekan dadanya...sakit katanya. Bila ada yang pandai boleh uruskan K, aku dan h terus keluar ke lounge untuk meredakan jantung kami...


esoknya kami menelefon mama K supaya ambil k pulang. Sebelum K di jemput pulang dia memang acting very weird. Dia tatau nama dia yang sebenarnya...dia tak kenal sesapa pun kecuali aku! apa2 pun semua minta dengan aku! haru betul....senja tu mama K datang jemput dia. Kami sangka semuanya akan berakhir di situ tapi sangkaan kami jauh meleset. rupanya kisah itu hanyalah satu permulaan kepada kisah yang lebih serammmm....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:18 PM | Show all posts
Kelmarin K dah di jemput pulang oleh mama dia. So kitorang rasa lega sikit. Aku dan H masih agak fobia bila dengar tapak kaki. Cepat aje darah nak berderau! Petang tu kitorang semua ambil dinner kat dewan makan dan makan kat bilik A. Tengah sedap-sedap makan tu K sampai. Masa tu dah petang benar, dekat nak senja. Mama K kitorang tengok sedang renjis-renjis air dlm botol mineral ke dinding dorm kami. Adalah tu...berubat kut! so kitorang terus la berborak dalam bilik tu.


Tengah sedap berborak tetiba dengar macam riuh je kat corridor. Aku pun pi la jenguk. heran! apasal bebudak dorm aku duk berkumpul kat pintu belakang? baru aku n the geng nak pi tengok sekali bebudak tu sume pusing balik dan jerit lariii....hahahah...aku yang terkejut beruk ni pun ikut sama lari. Kira aku plak dah jadi kepala tuk larian amal dalam dorm tu. bila sampai kat hujung aku terus masuk bilik no 1 dan yang lain pun ikut aku. Korang ni kan...kalau pun ikut aku, apasal hempap aku atas katil ni? teruk aku kena hempap sampai pecah dinding softboard tu...takut punya pasal. kenapa? rupanya ada sorang dorm mate aku dah kena sampuk da...dia duk sibuk nak keluar dorm dengan hanya bersinglet, berseluar track dan dengan rambut mengerbang giler. aku pun naik seram tengok dia.


Adalah beberapa orang yang pandai cuba menenenangkan Z, ajak masuk bilik dia semula. Aku ni dah rasa nak patah tulang! tapi takut juga la...beberapa orang yg lain pegi panggil warden. Kat lounge dah penuh dgn bebudak baca surah yassin. aku dah rasa macam suspen gile! Segala ustazah, ustaz, warden, pak guard pun datang dorm aku tu...kecoh di buatnya dek Z. Aku dengan keadaan yang masih fobia ni memerhati je. Aku tengok dah ada yang start nak menjerit dan ada juga yang menangis. Yang sorang tu plak dah sibuk minta kain kuning la pulak! katanya dia puteri raja. raja mana pulak ni kak oi!


Aku dengarla Z ni jerit2 dalam bilik dia. Z minta air, so bagilah air dalam mug yg bertulis kaligrafi ayat kursi dalam dia. Z dengan selamba buat style sami nak minum air tu! siap buat lambang peace dan pusing2 kat cawan tu. selamba je dia minum. apa tak panas ke minum air dalam cawan tu? pelik. pastu aku blah pi tgk yang lain2. Yang nak histeria tu ada la dalam lima orang. yang puteri raja tu nampak lemah je...sibuk nak juga kain kuning dia. Aku cari K. dia ada dalam bilik dgn geng aku yg lain. Rupanya derang tgh suruh K ikut baca ayat kursi. sekali tgh baca K boleh tarik sweater dia tutup kepala. Dia tanak ikut kitorang baca malah dia tutup telinga. Aku sempat tengok mata hitam K dah naik atas...sikit je nampak! iskkk...haru jugak budak ni...aku pun dah naik seram, aku blah pegi join budak2 baca yassin. tah berapa puluh kali ulang aku pun tatau. yang pasti memang tak berhenti langsung.


Tengah kitorang layan surah yassin sekali tu Z datang berlari dan berdiri tegak pandang kitorang sume. kitorang dah suspen giler ni...bacaan pun dah terslow sikit.

Ustaz yang ikut Z suruh dia ikut mengucap. tapi mata Z bulat dan tajam padang terus ke depan seolah-olah dia berada di satu tempat lain. Kemudian Z dengan lantang berkata 'tiada tuhan yang di sembah melainkan AKUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!' Hishhhhh....naik bulu roma kitorang sume...ustaz cuba pujuk Z dan tetiba je Z terbaring sambil menggapai-gapai. kenapa pulak Z gitu? Pastu bila Z bangun, dia pegi nak carik K. Dia macam nak geng dengan K tapi K pulak nak lari dari dia....iskkk...dah macam filem hindustan la pulak.


Lepas beberapa jam, ustaz berjaya kawal Z, dia nampak Ok. kitorang pun dah penat dan mengantuk tapi takut. jadi kami sume pakat nak tidur ramai2 dalam bilik sempit tu. Maka jadilah kami sardin dalam tin cap ayam tu...alkisahnya, masa kitorang tidur, Z datang menjenguk setiap bilik di dorm kami tu, nasib ada ustazah temankan. iskkk di buatnya Z naik hantu,,seriau!!!!!


Esok paginya kami semua ke kelas macam biasa. tapi aku dah berapa kali menguap. Kitorang dah siap hantar K kat sickbay supaya dia boleh berehat di temani oleh W. Sedang asyik cikgu sejarah kitorang mengajar, aku dengar suara orang menjerit. dari tingkap kelas, aku nampak Z sedang bertarik-tarik tangan dengan k. Aku dan H apa lagi dengan selamba cakap " cikgu kitorang nak pegi tolong kawan jap". cikgu pun boleh angguk je...hehehehhe....


Rupanya Z sibuk nak ajak K kawan dengan dia. K pula tanak. Aku jadi very curious. Siren balik dah berbunyi menandakan waktu lunch. Aku dengan beraninya (kenapalah berani sangat ni) pergi ke bilik Z, konon nak melawat dia. Di bilik dia ada roommate dia. aku pun selamba je interview Z tentang apa yang sudah jadi. Z pun takde segan silu terus cerita. dia jawab setiap pertanyaan aku. Aku tengok baju Z koyak dek main tarik-tarik dengan K tadi...


errr...sambung nantila..aku dah penat menaip ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:18 PM | Show all posts
Aku dengan beraninya pergi ke bilik Z, konon nak temuramah dia la. Di bilik tu ada roommate dia teman dia, jadi hanya kami bertiga dalam dorm tu. Yang lain semua tengah sedap lunch kat dewan makan. Dia nampak letih tapi tetap bertenaga. Z seronok bila aku datang menjenguk dia. Ramah aje dia melayan aku, semua soalan aku dia jawab dengan penuh perasaan. menurut Z dia tiba-tiba mendapati dirinya berada di satu tempat yang cukup asing baginya. Dia berlari-lari sebab nak selamatkan diri. kalau tak silap dia ada dalam kawasan berhutan gitulah. Kemudian dalam pada dia cari jalan keluar dia terjatuh dalam satu perigi buta. Kemudian dia ternampak K dan ingin nak minta tolong K. Malangnya K tak mahu dekat dengan dia, malah K ingin jauh2 dari dia. So Z rasa sedih sangatla. Patut la aku tengok masa Z tengah mengaruk aritu dia sibuk nak pergi dekat K! dan K pulak tak mo duduk dekat dengan Z....


Z sambung lagi cerita, masa pak guard datang, dia bukan datang sorang. Pak guard tu katanya datang bersama 7 orang puteri. Puteri tu mula2 menari-nari depan dia...cantik dan lemah gemalai. Tapi tiba-tiba puteti tu baling bola api dekat dia. Entahla betul ke tidak...aku angguk je bila dengar cerita Z. Kata Z lagi pak guard tu memang bukan calang-calang orang. Dia dengan puterinya memang kuat, cuma Z tak faham apa pak gurad tu nak buat sebenarnya. Oh ya! Z cerita pada aku beberapa hari sebelum tu dia ada terserempak dengan seorang budak perempuan di kelasnya. time tu waktu petang dia nak prep sorang diri kat kelas. Z kata budak perempuan tu tengah tunggu mak dia...mak dia tinggalkan dia kat situ, dia sedih. Menurut Z dia bawa budak tu balik dorm tapi pelik sorang pun tak nampak budak tu. Dalam hati aku dah mula syak sesuatu...aku teringat sikap K yang aneh...yang kerap memandang aku dengan penuh kasih sayang seorang anak!


Esoknya kami dapati ustaz membawa seseorang untuk membersihkan dorm kami. Malam tu kami semua solat berjemaah di lounge dorm berserta ustaz dan warden kami. Aku dan H berterus terang mengatakan kami amat fobia, kami berdua langsung tak boleh termenung, nanti kami akan terus melayang tanpa ingat apa-apa. Ustaz kata tu semangat kami telah lemah. Ustaz kemudian baca apatah then hembus kat telinga kami. Then dia berpesan pada kami semua supaya jaga kebersihan dorm. Pad tu jangan buang merata, kalau boleh cuci dulu sebelum buang. Begitu juga dengan sisa makanan (kitorang suka tapau makanan kat dewan makan n makan kat dorm) tu jangan bersepah...ia akan mengundang mahluk yang tak diundang sbb itu makanan mereka. Satu lagi ustaz berpesan, kalau boleh jangan simpan anak patung. Kami pun apalagi...menyerahkan segala bear, bunny yang ada...bila cerita ni baru aku teringat, bunny aku masih ada pada ustaz tu. padahal dia cakap bila dah habis SPM blh amik dekat dia...kiranya anak ustaz tu mewah la malam tu sebab dpt banyak toys!


Keesokkan harinya penolong pengetua menghantar Z pulang ke rumahnya. Senyap seketika kisah tentang Z. Tapi hubungan antara kami dan K sudah agak menjarak. entah apa silapnya kami masing2 seolah enggan mendekati satu sama lain. aku tahu K sedih dengan kesan kejadian ini. Walhal kami dulu teramat rapat. Bila Z pulang ke asrama, dia nampak ceria seperti biasa dan mula rapat dengan K. itu yang kami perasan. Aku pun seperti biasa jadi reporter cabuk sibuk nak tahu apa yang terjadi. Aku bertanya Z siapa yang pulihkan dia. Z memang tak lokek cerita sebab dia sememangnya amattttt ramah.


Menurut Z, dia di bawa berjumpa ustaz Harun Din. Ustaz menyuruhnya membaca satu surah tanpa putus sementara ustaz turut membaca surah-surah lain. Z mendapati dia berputar di atas karpet bulat yang didudukinya. Tiba-tiba dia berada di satu perkampungan sami. Di situ semua orang memakai baju berwarna kuning dan mengenakan rantai manik kayu. Di situ Z di sapa oleh seorang ketua sami, dia memberitahu Z dan ustaz bahawa dia mahu agar Z memanjat bukit bertangga yang amatttt tinggi. Diatas bukit itu katanya ada sebuah cerek emas, dia inginkan cerek emas tersebut dan Z harus mendapatkan untuknya dengan syarat cerek tersebut tidak boleh jatuh ke tanah. Z akur dan berusaha mendapatkan cerek tersebut tapi malangnya terjatuh dari tangga tersebut. Ketua sami sangat marah dan mengugut untuk membuntingkan Z! ustaz naik marah lantas meneriakkan azan sekuat hati. kata Z lagi, suara ustaz amat kuat dan tiba-tiba Z lihat ustaz menjadi amat besar. perkampungan itu nampak amat kecil pada pandangan matanya. Ustaz mencapai perkampungan tersebut lantas meramas-ramasnya menjadi debu. Tak lama lepas tu Z kembali berada di alam nyata. itulah kisahnya....


Sehingga kini aku masih hairan...apa kaitannya sami dengan cerek emas dengan Z.

mengapa dia memilih Z...dan bagaimana dia boleh tiba di tempat kami...

Cuma yang pasti peristiwa itu tetap lekat kejap di ruang ingatan aku...

Khabarnya Z sudah merantau jauh di rantau orang. Suaminya juga bukan warganegara malaysia. Harap Z bahagia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.530054 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list