CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
"Friday 22 Aug-National Mourning Day : Mourning For MH17 Victims......."
123Next
Return Post new threads
Show: 4043|Reply: 52

Amalan kecil besar pahala

[Copy link]

Post on 4-3-2010 10:26 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Lelaki ini telah melakukan amalan kecil, namun diberi pahala yang besar. (Hadis Rekod Imam Muslim)

"Janganlah kamu memandang rendah akan satu-satu kebaikan " (Hadis direkodkan Imam Bukhari dan Muslim"

Berdasarkan kedua2 hadis trsebut aku mendapat ilham menulis thread ini untuk mendidik umat islam zaman moden.

Ramai org islam trllau memandang kebajikan dan amalan besar hingga melupakan bahawa dalam islam ada juga

amalan2 yg dianggap kecil dan remeh,namun ianya memberikan pahala yg besar,malah mudah dilakukan dgn mudah.

ANtara amalan kecil ialah :

1.ZIkir .

Dua kalimah yang ringan pada lisan, namun berat dalm timbanganmizan, dan disukai oleh Ar-Rahman : Subhanallahil azim, Subhanallahiwa bihamdihi C Rekod Bukhari dan Muslim.

Zikir adalah amalan ringan dan mudah.Boleh dilakukan dengan lidah atau dalam hati.
Zikir trbaik adalah zikir2 yg diamalkan Baginda saw sepanjang hayat.Sbg rujukan sila rujuk buku Al-Azkar karangan Imam Nawawi .Buku trsebut memuatkan jutaan zikir yg diamalkan Baginda saw dan 95% hadis2 yg ditulis dan diambil oleh Imam Nawawi adalah hadis sahih dan hasan ,manakala bakinya hadis dhaif.

2.Senyum.

Kata Saidina Umar, Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya. (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW. (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Senyum adalah amalan kecil n mudah......namun ramai muka mati n kedekut senyum...


saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:30 AM |All posts
3.Bergurau.

Zaid bin Aslam berkata, Seorang wanita yang disebut Ummu Aiman datang
kepada Nabi saw. dan berkata, Suamiku mengundangmu. Nabi menimpali
(dengan nada bergurau), Siapakah ia? Apakah ia yang di matanya ada putihputihnya?
Wanita itu berkata, Demi Allah, tidak ada putih-putih pada matanya.
Beliau menjawab, Thenar, pada matanya ada putih-putihnya. Ia berkata, Tidak
demi Allah. Beliau menjawab, Tidak ada seorang pun kecuali di matanya ada
putih-putihnya. Beliau memaksudkan putih biasa yang melingkari kornea mata,
tetapi wanita itu memahaminya sebagai putih di tengah-tengah mata yang berarti
lelaki tersebut terkena penyakit mata semacam katarak.

Baginda adalah suka bergurau dan bergurau adalah perlu trutama bg suami isteri.

Namun perlu diingat,bergurau perlu d atas perkara benarr dan betul semata2,bukan perkara tipu dan bohong.
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 4-3-2010 10:31 AM |All posts
ya betul betul.....

amalan yang sebaiknya bukan kira banyak atau yg rumit rumit.....biar amalan mudah tapi istiqamah....
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:32 AM |All posts
4.Melebihkan kuah masakan.

Sabda nabi
"Wahai Abu zar ,apabila kamu emmasak masakan,maka lebihkan kuah dan berikan jiran2 kamu "
Imam Muslim

Ramai org memasak mcm2 masakan n mmebuang sia2....
adalah mudah dapat pahala dgn memasak n berikan jiran2....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-3-2010 10:36 AM |All posts
lebih byk yg menyanyi dr berzikir...... masak pun dgn menyanyi jugak.....
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:39 AM |All posts
5.Ingat mati
sabda nabi

Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan(maut)
Nasai Tarmizi ibnu hibban Ibnu Majah

Ingat mati adalah amalan yg menjadikan kita sentiasa bersedia...
Ingat mati menjadikan kita sentiasa menambahkan ibadat sepnjg masa...
Ingatlah mati...
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:40 AM |All posts
6.Bersalam

Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.
(Riwayat Thibrani)

amalkan bersalam..bersalam amalan baik n menggugurkan dosa...apabila dosa gugur,maka bertambah pahala...
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 4-3-2010 10:42 AM |All posts
org miskin jer yg layak terima sedekah...
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:45 AM |All posts
Post Last Edit by saatchambizz at 6-3-2010 19:54

Biodata :

saatchambizz adalah seorang manusia biasa.Memakai jeans dan tshirt.
siapa saat tidak penting..apa yg penting apa yg ditulis saat.

MY Falsampah : Man who look Dummy buy not Dumb!
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:46 AM |All posts
7.Selawat.
Siapa yang bershalawat kepadaku saat pagi
sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan
mendapatkan syafaatku pada hari kiamat.

Diriwayatkan oleh Thabrani melalaui dua sanad, salah satunya
baik, lihat Majmauzzawaid: 10/120 dan Shahih Targhib dan Tarhib:
1/273.

Selawat adalah amalan kecil n pahala besar...
Berselawatlah ....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:48 AM |All posts
8.Memberi.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

"Bahwa Rasulullah saw. ketika berada di atas mimbar,
beliau menuturkan tentang sedekah dan menjaga diri dari meminta.
Beliau bersabda: Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang
di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah
adalah yang meminta "
Sahih Muslim

Gunakan tangan utk memberi apa2 yg baik.
Mmeberikan sedekah,memberikan bantuan dll.
Tangan adalah nikmat
Gunakan tangan ke arah kebaikan dan pahala....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:51 AM |All posts
9.Tunjukkan kebaikan.

Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu
sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan
dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam
ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal
dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.
(Riwayat Muslim)

Adalah mudah menunjukkan kebaikan.Jk org tanya jalan ke mana2 destinasi,tunjukkan.Ia adalah pahala.
Jika ada org berwuduk ttp x sempurna,tunjukkan jalan betul n cara betul.Dapat pahala.
Jika ada kwn2 sdg mengumpat,bacakan ahdis ttg dosa besar mengumpat.Dapat pahala...

Jadilah penunjuk ke arah kebaikan.Setiap kebaikan adalah pahala...

Jika ada kawan minta arah kedai nombor ekor,tunjukkan jalan ke Balai polis..
Terima kasih.
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 4-3-2010 10:51 AM |All posts
yang ni aku ingat2 lupe hadisnye..tapi bunyi lebih kurang camni..someone pls kompomkan.

'kalimah La ila ha illallah itu lebih berat timbangannya dari dunia dan seisinya.'

mudah je kan?actually ape yang TT buat ni pun benda mudah,berpesan2 pada kebaikan,ingat surah al-asr?'demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan.kecuali orang2 beriman yang mengerjakan amal soleh,yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran'
Tiada guna harta di dunia, jika maruah sudah tergadai
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 10:54 AM |All posts
10.Menggembirakan org lain.

"Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat
fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati
saudaranya sesama Islam  
Hadis riwayat Imam Baihaqi

Kita perlu gembirakan org lain.Teman,rakan ,guru,ibu bapa,anak,pasangan dll.
Jangan meyedihkan org lain...
Gembirakan mereka..
Kegembiraan yg anda berikan adalah ahdiah
yg amat besar nilainya dan pahala besar menanti anda...

akan bersambung...

Jk sihat badan n otak fresh aku nak tulis sampai 1000 amalan mudah..
Doa2kan aku umo panjang,sihat n otak fresh...

Jumpa lagi!
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-3-2010 11:39 AM |All posts
good info bro...
;@)
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 11:54 AM |All posts
15# jebat_malang

sama 2 bro...
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 4-3-2010 12:19 PM |All posts
6.Bersalam

Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angi ...
saatchambizz Post at 4-3-2010 10:40


bersalam nih kalau dgn Assalamualaikum tanpa salam tangan sama tak?? mcm mana kalo kat opis lagi ramai lelaki dari perempuan?? lebih baik diam jek atau bagi Assalamualaikum ekk??
Yam, Al Fatihah utk arwah!!!
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 12:21 PM |All posts
11.Sabar dgn ujian.

Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai
dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah
jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya,
barangsiapa yang ridha akan ujian itu maka baginya
keridhaan Allah, dan barangsiapa yang marah/benci
terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan
Allah. (Hadits hasan menurut Tarmudzi).

Allah uji kita mcm2..sakit,sempit rezeki,pasangan baran n mcm2 lagi ujian...
sbg manusia lemah kita sabar dgn ujian n pahala besar dr Allah...
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 12:24 PM |All posts
12 dan 13 .Memberi makan dan mmberi salam

Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah,
Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan
salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

beri makan mmg mudah.Berikan maid makan dapat pahala.beri kelurga makan dapat pahala.
beri org mskin makan pn phala.beri kucing makan pn pahala.
Jk ada sdkt lebih rezeki,makankan org memerlukan.

Bgtu jg bg salam.Bg salam bg salam...
kedua2 amalan dapat pahala...ia mudah tp ramai x maww buat....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 12:29 PM |All posts
14.Tutup aib

Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain,
yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain,
dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa
yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya,
dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan,
Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup
keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Tutup aib besar pahala.
Bukan seeprti seorg moderator yg suka mendedahkan keaiban aku dalam board usahawan sdgkn perkara trsebut belum pasti.Malah ianya fitnah dan aku dah doakan petir kpd pemfitnah.

Belajarlah tutp aib org lain.....
Allah berikan pahala besar dan berganda....

Wali Allah Ibrahim Adham bermadah...
Bgmana Allah ingin kabulkan doa kita jk kita bangun pagi2 n mencari aib org?

Ya Allah.maafkan segala keaiban aku krn aku trllau banyak keaiban....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 12:31 PM |All posts
15.Sembelih dgn baik n elok.

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Sembelihlah haiwan dgn baik......Jgn mcm org yg gunakan karen utk lemaskan haiwan...
Jgn guna pisau tumpul...Jgn sembelih haiwan dpn rakan mereka..Belajarlah adab sembelihan..

Ehsanlah dgn haiwan...haiwan jg makhluk Allah....
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 01:07 PM |All posts
16.Konsisten

"Amal yang paling dicintai Allah adalah yang
ber-kesinambungan meskipun sedikit." (HR. Al-
Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu
Majah dan Ahmad)

Ramai org islam isnin cakap benar,selasa cakap bohong...
ramai juga bulan Ramadhan rajin bc qURAN,LPS rAMADHAN QURAN DALAM ALMARI...
itu tidak konsisten...

Kita perlu konsisiten..umat yg konsisten mndapat pahala berterusan sbgmana hadis di atas...
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 4-3-2010 01:10 PM |All posts
e-class kena jaga
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 01:11 PM |All posts
17# zamnie

bg salam assalamualikum shj...dpt pahla..
wah2..kat opis anak2 dara ramai yea....
Elakkan bersalam tangan dgn pompuan bukan muhrim sbb ia trgolong dalam dosa besarr..
tq
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

Post on 4-3-2010 01:11 PM |All posts
23# gigitbite

what do u mean???
saatchambiz/FB
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-8-2014 03:48 AM , Processed in 0.247869 second(s), 23 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top