CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28826|Reply: 16

contoh profil syarikat

[Copy link]
Post time 8-3-2010 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by saatchambizz at 8-3-2010 11:30

salam n selamat pagi

contoh profil syarikat

profil kompeni aku

Pengenalan

xxxxxxxxxxxxxx telah ditubuhkan pada 07 Januari 2004.Secara umumnya
xxxxxxxxxxxxxxx (selepas ini disebut syarikat) menawarkanceramah berbentuk motivasi dan agama kepada pelajar,pegawai swasta dankerajaan, individu yang berminat untuk mendapat ilmu pengetahuan dan motivasi.

Sehubungan dengan pentingnya ilmu pengetahuan terutamanyadalam bidang sains dan teknologi,pihak kami telah menubuhkan sebuah syarikatyang diberi nama xxxxxxxxxxxx.

Di antara sebab-sebab penubuhan syarikat ini ialah:

a) Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalambidang ini.Oleh yang demikian syarikat ini ingin membuktikan bahawa golonganbumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigihdan daya saing yang tinggi.

b) Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan peningkatantaraf hidup rakyat yang semakin bertambah baik.Oleh demikian,syarikat inginmembantu individu,syarikat,kerajaan untuk lebih maju dan berwawasan denganmenganjurkan ceramah.

c) Masalah pengangguran dan kelemahan individu dalam bidangpendidikan,ekonomi,bahasa,politik,agama,sosial,motivasi,keibubapaan danlain-lain masalah masih berlaku.Syarikat ini ingin memotivasikan individu,badankerajaan dan swasta supaya lebih cemerlang dan maju.

d) Masalah penagihan dadah masih berlaku dan peningkatanjumlah kes penagih baru adalah amat membimbangkan. Syarikat ingin membantupihak kerajaan dan swasta dengan ceramah motivasi.

e) Kejayaan dan kecemerlangan pelajar melayu masih rendahwalaupun pelbagai kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna telahdisediakan oleh kerajaan.Syarikat ingin membantu pelajar supaya maju danberjaya dengan lebih cemerlang lagi.

f) Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir bin Mohamad adalah untuk semua bangsa danagama.Syarikat ingin membantu supaya kemajuan akan tercapai dengan lebih cepatdan mampu maju dan kaya seiring dengan negara lain yang telah mencapai nikmatkemajuan.

g) Kejayaan seseorang adalah berpunca dari diri sendiri,olehdemikian syarikat ingin membantu individu supaya mampu menjadi maju dan cemerlang.

h) Mendidik usahawan baru dan kecil menjalankan perniagaanpakaian.


Bidang kerja

Secara keseluruhan xxxxxxxxx menjalankan kerja dalam bidang ceramah dan bengkel.Antara tajuk ceramah motivasi dan bengkel yang kamianjurkan ialah:

1.PELAJAR CEMERLANG DALAM ISLAM
2.IBU-BAPA CEMERLANG DALAM ISLAM
3.GURU CEMERLANG,PELAJAR GEMILANG
4.SUAMI-ISTERI CEMERLANG DALAM ISLAM
5.100 ILMU UNTUK DIPELAJARI OLEH ORANG ISLAM SEBELUM
MENUNAIKAN FARDHU HAJI
6.AHLI PERNIAGAAN CEMERLANG DALAM ISLAM
7.SEDEKAH JARIAH,ILMU BERMANFAAT,ANAK SOLEH:3 ASET PATUT
DICAPAI SEBELUM MATI.
8.PERBEZAAN ORANG ISLAM DAN BERIMAN
9.MASJID:GEDUNG ILMU,GEDUNG PAHALA
10.BERCAKAP BOHONG:HALAL DAN HARAM
11.100 ILMU DI DALAM AL-QURAN
12.10 SIFAT DAN PERIBADI DR.MAHATHIR YANG PATUT DICONTOHI
13.DADAHENCEGAHAN LEBIH BAIK DARI RAWATAN
14.BAHASA ARAB DAN KEPENTINGANNYA
15.BAHASA INGGERIS DAN KEPENTINGANNYA
16.PERPUSTAKAAN:GEDUNG ILMU
17.PELANCONGAN:FAEDAH DAN MANFAAT
18.PEMANDU YANG BERTANGGUNGJAWAB
19.ILMU,MENCARI ANDA?
20.JIRAN DAN TANGGUNGJAWAB
21.KEPENTINGAN ILMU TAJWID DAN AL-QURAN
22.I.Q CEMERLANG,GENETIK ATAU ANUGERAH?
23.PERANAN IBU BAPA DALAM MENCEMERLANGKAN PENDIDIKAN
ANAK-ANAK.
24.MAKSIAT,BIDAH,KHURAFAT:BAGAIMANA MENGATASINYA?
25.PEGAWAI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG
26.TANAH:ASET BERNILAI YANG TIDAK DIMANFAATKAN
27.RAKYAT YANG BERWAWASAN
28.MARAH,MARAH,MARAH!
29.ANDA BIJAK ATAU BODOH?
30.KEPENTINGAN KOMPUTER DAN CARA MENGUASAI ILMU KOMPUTER
31.PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA.
32.PEMIMPIN YANG DISAYANGI…
33.RASUAHUNCA DAN BAHAYA
34.ISLAM AGAMA SEBENAR
35.ILMU KAJI DAN KEPENTINGANNYA
36.ILMU ITU AMANAH
37.ISLAM AGAMA PRAKTIKAL
38.SIFAT MANUSIA OSITIF DAN NEGATIF.
39.MASA ITU DUIT
40.ANAK CEMERLANG
41.MELAKA NEGERI YANG PATUT DIKUNJUNGI.
42.DIARI DAN KEPENTINGANNYA
43.POLIS,TENTERA,PENYAPU SAMPAHROFESION MULIA
44.PUSAT SERENTI MENJADI UNIVERSITI?
45.KAYA YANG DIHORMATI
46.KEPENTINGAN ZIKIR
47.IBU-BAPA BERWAWASAN
48.JENAYAH:TANGGUNGJAWAB ANDA?
49.TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA YANG BERWAWASAN
50.RUMAHKU SYURGAKU.
51.BENGKEL BISNES PAKAIAN.
52.BENGKEL PENULISAN KREATIF.
53.BENGKEL USAHAWAN CEMERLANG.
54.BENGKEL KELUARGA BAHAGIA .


Syarikat kami menyediakan para penceramah yang berkelulusandan dinamik untuk mendidik pendengar dan peserta yang menghadiri ceramah danbengkel yang kami anjurkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 10:57 AM | Show all posts
Kepentingan profil syarikat :

1.Untuk memohon tender-tender kerajaan dan swasta.

2.Untuk mendapatkan pelanggan dalam bisnes .

3.Untuk meyakinkan pelanggan.

4.Untuk bersama mencari networking rakan2 usahawan.

5.Sbg bukti pengukuhan syarikat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:03 AM | Show all posts
aku sdg belajar buat guna power point n window movie maker

Jk ada cadangan dan idea,sila kemukakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:04 AM | Show all posts
dalam bisnes kita perlu belajar n belajar
aku pun belajar dr otai2 bsnes
hrp kita semua dapat share pengetahuan agar bisnes kita lebih berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:16 AM | Show all posts
5# saatchambizz

salam,

saya nak tanya sekiranya jika boleh untuk team up with saudara.saya berhajat untuk memasukkan slide dan presentation firma perakaunan saya di tempat saudara.

sekiranya berminat saya akan ke tempat saudara untuk berbincang dengan lebih jelas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2010 11:21 AM | Show all posts
6# monashis

salam

nanti sy fikir2kan...
skrg ada bbrpa perkara perlu dibuat.
insyaAllah kita akan berjumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:24 AM | Show all posts
contoh2 profil boleh ke sini :

http://www.scribd.com/search?cat ... kat&sa.x=20&sa.y=15

http://www.scribd.com/search?q=company+profile&cat=redesign&sa.x=12&sa.y=13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 11:25 AM | Show all posts
kita boleh kongsi idea untuk mmperbaiki profil syarikat kita
segala idea,pandangan n kritikan bolehlah dilontarkan di sini.

tima kaseh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:28 AM | Show all posts
profil company dalam bentuk video :

http://www.youtube.com/watch?v=iZtkSJrwf_o
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:31 AM | Show all posts
Motto kompeni aku muka depan profil:

Chinese Proverb
“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”

"Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya"
      Tun Dr. Mahathir Mohamad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 11:35 AM | Show all posts
Perkara penting dalam profil :

1.Sejarah syarikat.

2.Kejayaan2 syarikat.

3.Biodata pemilik syarikat.

4.Surat sokongan .

5.Copy resgitration cmpany.

6.Copy sdn bhd.

7.gambar opis,pemilik syarikat.

8.Testimoni.

9.Maklumat lain-lain.

10.Dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 11:40 AM | Show all posts
brilliant... gud luck like your co moto
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 10:23 AM | Show all posts
tahun 2010

nak wat profil cantik2
tahun 2011
nak jaja 1 Malaysia...

knowledges is power!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 10:23 AM | Show all posts
tahun 2010

nak wat profil cantik2
tahun 2011
nak jaja 1 Malaysia...

knowledges is power!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 06:31 PM | Show all posts
kompius saatchambizz ngan saatchamboss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2010 06:32 PM | Show all posts
knp diorg troublemaker???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061941 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list