CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43065|Reply: 3

Panduan Membuka Thread baru

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2010 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh kerana Admin dah bising supaya thread2 yang lama tu dicampak ke dlm arkib kerana tidak aktif, pihak moderator CMAC ingin membuat satu guideline ataupun garis panduan untuk sesiapa yang ingin membuka thread yang baru. Ini kerana thread yang mempunyai info yang lengkap, layak untuk di'digest'. Thread yang telah diberi taraf Digest, tidak akan dibuang ke dalam arkib CARI. Ianya akan kekal selagi forum CARI ni masih hidup.

Walaubagaimanapun, garis panduan ini bukan berniat untuk memaksa setiap forummer berbuat demikian. Hanya sebagai garis panduan untuk penghasilan thread yang bagus serta berinformasi.

Tiga kategori thread yang berkemungkinan di dalam board CMAC ni ialah :

1) Thread pengenalan kepada Komik/ Manga / Anime ataupun Kartun.
2) Thread informasi ataupun berita terkini dunia Komik, Manga, Anime dan Kartun.
3) Thread yang mempunyai poll ataupun pengundian.

Contoh thread yang bagus akan ditunjukkan di post #2, #3 dan #4 untuk setiap kategori.

Thread yang bagus, akan diberi :
1) Kredit/rating yang berpatutan.
2) Thread akan diberi taraf Digest.
3) Nama thread akan di Highlight dan di Bold.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh la PM mana2 moderator bertugas ataupun membuat pertanyaan di dalam thread Borak CMAC. Kami, moderator bertugas menghargai anda sebagai tetamu kehormat bod CMAC ini, dan kerjasama anda sangatlah dialu-alukan.

Regards,
Clue.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2010 05:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_cluesan at 17-3-2010 20:18

Contoh Thread Melibatkan Pengenalan kepada Komik/Manga/Anime/Kartun

1) Tajuk
Working!!

2) Gambar Pengenalan kepada Komik/Manga/Anime/Kartun
  

3) Pengenalan


The story is set in a family restaurant named Wagnaria in the northern Japanese prefecture of Hokkaido. Sōta works part-time among the restaurant's high-spirited, mysterious, yet cool staffers.

4) Genre
Genre : Comedy, Slice of Life

5) Karakter

Characters:


Takanashi Souta : Minicon (Suka apa2 je yang kecik)


Taneshima Popura (Umur:17) : Terlalu kecik untuk budak sekolah menengah.


Shirafuji Kyouko : Assistant Manager yang tak suka buat apa2.


Todoroki Yachio : Crew Chief (apsal lak dia bawak pedang masa keje? :cf


Satou Jun : Sanji One Piece?


Souma Hiromi : Hmm...... ntah la... {:1_122:}


Inami Mahiru : Androphobia (Ketakutan yang melampau terhadap lelaki, tapi sangat kuat....)

6) Sedikit Screen Caps (Gambar daripada Komik/Manga/Anime/Kartun tersebut)





7) Sedikit komen daripada pembuka thread

MOE PARTY!!!!

Ni Screen Caps utk episod satu. Baru satu je episod yg kuar. episod baru kena tunggu bulan 4 nanti. Best anime ni. Slice of life and lots of comedy and moe moe....

(Rujuk ---> LINK)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2010 05:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_cluesan at 17-3-2010 17:45

Contoh Thread yang melibatkan informasi dan berita terkini.

1) Nama thread
Apa itu OTAKU?

2) Terma dan pengenalan
Apakah maksud otaku? Secara umumnya, mengikut perbendaharaan kata Jepun, otaku merujuk kpd 'awak / engkau / kamu / anda' & 'rumahawak'. Otaku amat jarang digunakan berbanding 'anata' (maksud sama spt otaku), & otaku digunakan sbg kata ganti diri kedua dlm bentuk penuh hormat / bahasa yang lembut. Namun begitu, frasa otaku tetap jarang digunakan sehinggalah pertengahan 1980an, itupun sbg bahasa slanga, bukan merujuk pd erti kata sebenar.

Tahukah anda, sejak bila otaku dikaitkan dgn peminat2 siri anime?

Sebenarnya frasa otaku mula digunakan dlm btk media popular sejurus siri animasi Super Dimension Fortress Macross disiarkan pd 1982 / 83.Watak Hikaru Ichijoe serta Lynn Minmay, hero serta heroin SDF Macross menuturkan perkataan 'otaku' sbg panggilan kata nama kedua penuh hormat antara satu sama lain. Ini bermula apabila pengasas siri Macross, Shoji Kawamori & perekabtk ilustrasi watak Macross, Haruhiko 'HAL'Mikimoto sering kali menggunakan perkataan 'otaku' sesama mrk & sesama staf Studio Nue yg menghasilkan anime SDF Macross.

Penggunaan meluas terma otaku bermula drp peminat2 siri SDF Macross melabel diri mrk sbg otaku sbg tanda hormat pd pencipta & staf siriSDF Macross, & makin bertambah popular apabila filem animasiMacross: Ai Oboete Mas Ka (Do you remember love?) memecah box-officeseluruh Jepun pd 1984. Terma otaku makin popular apabila peminat2 siri Macross berkumpul di aktiviti2 sosial spt festival manga, parti lewat malam, tayangan perdana filem Macross DYRL dll.

Selama ini, terma otaku bukan merujuk pd sekumpulan peminat anime,console game, dsb. Pd waktu 1970an sehinggalah awal 80an, kata terma yg sering digunakan utk menggambarkn peminat sesuatu sub-culture adalah zoku. Contoh, bosozoku merujuk kpd kumpulan mat motor yg meminati apa shj ttg motor kuasa besar (versi Mat Rempit Jepun, tp yg 1st-class samseng, drp mat rempit kita yg no-class), Hanako-zoku merujuk pd peminat2 majalah wanita Hanako, Crystal/kurisutaru-zoku merujuk pada peminat2 novel 'Somewhat Crystal'.

Tp SDF Macross serta Macross DYRL mempopularkan terma otaku yg kemudian digunakan seiring dgn terma zoku bagi menggambarkan sub-culture baru ygmula berkembang di Jepun!

3) Sedikit komen daripada pembuka thread
Kbykan anak muda remaja Malaysia, terutamanya yg meminati budaya Jepunsecara umum spt manga / J-pop / J-dorama / cosplay serta secara spesifik spt anime, mrk tak segan silu mengatakn mrk adalah otaku! Kdgkala, dlm kegairahan menjd sbhg drp sub-culture yg hip, urban (yg juga agak 'kawaii' ...) , adakh mrk tahu apa itu OTAKU dlm erti kata sebenar?

Thread ini dibuka khas utk membincangkn otaku secara umum, mengupas sub-culture yg kini berkembang secara mendadak di Malaysia.

Credits to :
robotech (Rujuk ---> LINK)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2010 05:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_cluesan at 17-3-2010 20:18

Contoh thread yang melibatkan poll/undian

1) Tajuk/Persoalan yang lengkap dan jelas
Adakah Anime/Manga Mempengaruhi Hidup Anda?


2) Pilihan jawapan yang pelbagai dan spesifik
  • Ya Secara Positif
  • Ya, Secara Negatif
  • Ya, Secara Positif dan Negatif
  • Tidak, Hanya Sebagai Hobi

3) Jawapan oleh pembuka thread sendiri serta justifikasi (alasan kepada jawapan)
Bagi aku, ya, anime dan manga telah mempengaruhi aku secara positif dan negatif.

Dari sudut positif, anime/manga banyak juga memberi kesan yang baik dari segi moral. Selain daripada tu, ia juga telah menjadi hobi di masa lapang dan membuat hidup aku lebih bermakna.

Dari sudut negatif, aku telah menyisihkan diri daripada masyarakat.Balik kerja anime/manga, masa lapang anime/manga, hujung minggu dan hari cuti yang lain anime/manga. So, bole dikatakan semua masa lapang aku digunakan untuk menonton anime dan membaca manga.

4) Sedikit penerangan bagi terma-terma yang mungkin tidak diketahui oleh forummer lain.

Hikikomori adalah berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud sebuah fenomena di mana seseorang memilih untuk mengasingkan diri dari kehidupan sosial atas sebab-sebab peribadi dan faktor-faktor sosial di dalam kehidupan mereka. Untuk lebih lanjut, boleh cuba tonton anime Welcome to the NHK.

(Rujuk ---> LINK)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.096083 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list