CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 75322|Reply: 239

Apartment Ukay Perdana

  [Copy link]
Post time 22-3-2010 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Selangkah ke alam misteri. Just to share a latest story kat sini. Mintak maaf kalau cerita ini panjang sangat. Sila kaji gambarajah yang diberi.





Location : Block A, Tingkat 4, Apartment atas Bukit yang dekat dengan Apartment Sri Wira tue, Ukay Perdana
Time : 10.30 malam, lebih kurang dalam bulan 7 kot.


6 bulan dulu ex-company aku ada buka asrama untuk pekerja kilang. Just nak tolong staff kitorg duduk kat situ sementara diorg dapat rumah sendiri. So aku sebagai team leader, aku kena monitor consultant-consultant aku dari segi berapa orang duduk kat rumah tue, perabut, kunci dan sebagainya. Selalunya aku akan biarkan consultant aku saja buat kerja dan aku hanya akan tunggu update saja. Kalau ada isu-isu penting baru aku sendiri akan turun padang. Buat masa ni ada 4 orang yang duduk dalam hostel (Wani, Joyah, Bedah dan Aisyah – sedapkan nama diorang. Haha..


Jadi pada suatu malam tue, pukul 1030 malam aku terima satu panggilan daripada penghuni hostel tue, Wani. Wani menangis-nangis telefon dan bagitau mintak tolong aku datang hostel sekarang jugak sebab ada gangguan. Ketika itu hanya ada 4 orang duduk dalam apartment tue dan 3 daripada mereka dah lari ke unit bersebelahan sebab dah terlalu takut. Rumah lelaki bujang pula. I'm getting restless as they are already disturbing other tenants so I tried to coax them and requesting them to return to their unit but they refused profusely.  Diorang tetap menangis-nangis dan meminta aku datang secepat mungkin.


Disebabkan aku hanya seorang lelaki dan ingin ke hostel apartment perempuan secara berseorangan, aku pun call consultant aku, Azman utk pergi bersama-sama. Takut pun iya jugak. So bila sampai saja, kami terus naik ke tingkat 4. Puas kitorang ketuk pintu dan bagi salam tapi tiada seorang  pun yang membuka pintu pun. Tetiba Wani & Joyah keluar dari unit bersebelahan dan terus minta ditukarkan ke unit hostel yang lain. Si Bedah lagi laa haru, dia taknak keluar langsung dari unit lelaki tue. Penat aku mintak maaf dari tenant tue.


Adoi… Bila ditanyakan apa yang terjadi, Wani cuma memberitahu yang ada hantu dalam unit itu. Kami meminta kunci untuk masuk ke dalam unit tapi Wani memberitahu yang Aisyah masih ada di dalam unit. Aku dan Azman pun marahlah dengan diorang berdua.


“Kenapa tinggalkan Aisyah seorang? Dah tahu ada hantu kenapa tak bawak dia keluar?” kata Azman.


“Nak bawak dia keluar macamana kalau kitorang pun takut dengan dia?” kata Wani.


Haih, cerita misteri yang lain pulak…


So kami pun perlahan- lahan ketuk pintu dan cuba pulas tombol. Tak berkunci rupanya.. Ceh, so kami pun terus ke ruang tamu. Masuk-masuk saja ke dalam rumah, si Aisyah tetiba keluar dari bilik 1 dengan rambut serabai. Aku dah terkejut sebab timing dia cantik je dengan time aku masuk. Aku pun memberi salam pada dia, dia tak jawab tapi cuma tersenyum jer. Si Joyah dan Wani dah menyorok-nyorok takut kat belakang aku dan Azman. Aku bertanyakan pada si Aisyah, ada nampak apa-apa yang pelik atau tak tapi si Aisyah menidakkan sahaja, dia kata takde apa-apa yang pelik pun.  Jadi aku mintak si Wani dan Joyah menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.


Pada pukul 7 malam Aisyah, Joyah, Bedah dan Wani sedang seronok makan durian di ruang tamu sambil bergelak ketawa. So sambil si Wani sibuk mengopek durian, si Joyah dan Aisyah pergi ke dapur untuk mencuci pinggan dan gelas. Tiba-tiba si Aisyah bercakap seorang diri, “Aih, dah datang dah pulak dia.”


Dari ruang tamu pula serentak si Wani dan Bedah nampak sesusuk tubuh, berjubah hitam dan berkelubung menjenguk mereka dari bilik 1. Mereka cuma senyap dan terus sambung makan sambil mengigil. Si Joyah di dapur pula dah mula takut sebab si Aisyah dah lain macam dan terus lari ke ruang tamu. So diorang terus mencapai Yassin dan mula baca beramai-ramai di ruang tamu. Si Aisyah pula masih di dapur dan bercakap-cakap seorang.


Sambil diorg baca Yassin tue, tetiba mereka nampak lembaga yang sama menjenguk dari bilik air. Terus diorg semua berpusing mengadap arah bilik 2. Pembacaan Yassin pun dah mula kelam kabut sebab si Bedah dah mula menangis ketakutan. Tetiba kesemua mereka nampak lembaga yang sama menjenguk dari bilik no 2. Selang seminit kemudian, lembaga yang sama menjenguk dari bilik Master Bedroom. Disebabkan masing-masing dah tak tahan, diorg pun terus berlari keluar dan mengetuk unit bersebelahan.


Kemudiannya, aku dan Azman terus memeriksa setiap bilik satu persatu. Hanya ketika kami tiba di bilik no 2 barulah bulu roma kami masing-masing meremang. Aku terus melihat ke arah Azman dan Azman terus tengok arah aku.


Diam..


Setelah pasti kesemua bilik tiada orang atau benda asing, kami terus menasihati agar kesemua penghuni unit agar memastikan kesemua bilik digunakan samada sebagai stor atau bilik persinggahan. Kami juga menyuruh mereka semua agar sentiasa memasang kaset/cd surah Quran kalau mereka duduk berseorangan. Masalahnya, mereka bagitahu yang mereka sentiasa memasang cd Yasin dan selalu membaca Yassin tapi gangguan tetap ada.


Erk..


Kami pun terus pulang..

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 10:06 AM | Show all posts
Sambungan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:15 AM | Show all posts
perghhh, seram crite ko nih, best btul...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:17 AM | Show all posts
waa... best citer nyer.. menarik, menakutkan n seram....
Tuan tanah, nnti bila free smbung citer lg k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:18 AM | Show all posts
Menunggu episod kedua dari Thoyol....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:24 AM | Show all posts
Apartment sri kayangan ker nih...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2010 10:37 AM | Show all posts
sambung sambung! eh ada sambungan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:46 AM | Show all posts
last skalik aper yg jdik ngan esah tuh???...
die tgh chit chta ngan saper sbnrnyer???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 10:48 AM | Show all posts
adehhh..dah abis ker??mana kesudahan citer ni??umah dikosongkan dan tak sewa lagi ending story cengitu ker??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:52 AM | Show all posts
area ukay perdana dan bukit antarabangsa memang la banyak sudut2 menyeramkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:59 AM | Show all posts
area ukay perdana dan bukit antarabangsa memang la banyak sudut2 menyeramkan
mieraedoera Post at 22-3-2010 10:52


sudut macam mana yg seram? sudut cakah? sudut 90darjah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:02 AM | Show all posts
sudut macam mana yg seram? sudut cakah? sudut 90darjah?
krestfallen Post at 22-3-2010 10:59


]
semua sudut adaaa...  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:09 AM | Show all posts
aikk.... dah takde sambungan ke?? seram dah nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:13 AM | Show all posts
1# thoyolDari ruang tamu pula serentak si Wani dan Bedah nampak sesusuk tubuh, berjubah hitam dan berkelubung menjenguk mereka dari bilik 1. Mereka cuma senyap dan terus sambung makan sambil mengigil

Perlu ke sambung makan lagik kalau dah sampai tahap menggigil?!   Tapi memang seremm citer nih, dah-lah aku pun pernah pegi Ukay Pedana tu sebab dulu ada kawan duduk situ. Belakang2 area tu ada bukit2 dgn hutan segala
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:14 AM | Show all posts
apedaa....cite tegantung!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:24 AM | Show all posts
aikk.... dah takde sambungan ke?? seram dah nih..
mauminumapa Post at 22-3-2010 11:09



hi momi..

tunggu orang sambung je.. nanti kalau aku sambung lari topik lak.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 11:25 AM | Show all posts
x de sambungan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:42 AM | Show all posts
sambungan???

Okeh, disebabkan kami menerima terlalu banyak aduan mengenai Aisyah yang sentiasa bercakap seorang diri, setiap kali bercakap akan terkeluarlah hantu yang lain, sentiasa memberitahu housemate yang lain tentang hantu-hantu yang berkeliaran di dalam asrama, maka kami pun membuat background check mengenai beliau. Upon further investigation maka terkeluarlah satu medical report yang mengatakan si Aisyah ini mengidap Schizoprehnia atau penyakit mental yang selalunya melibatkan halusinasi atau delusi yang sangat teruk..

Perkara ini sangat mengejutkan aku sebab prestasi kerja si Aisyah adalah sangat bagus. Untuk seorang pekerja kilang datang bekerja setiap hari, syif 12 jam, membuat kerja yang sama setiap hari adalah sangat susah okay dan Aisyah sentiasa datang dan bekerja tanpa gagal. Jadi aku ditugaskan untuk menamatkan kontrak Aisyah dan mengiringi dia keluar dari hostel serta-merta (disebabkan takut Aisyah akan mengamuk di hostel, orang gila la katakan):@. Semua supervisor kilang terkejut sebab prestasi dan disiplin si Aisyah sangat bagus. So aku pun pergi ke hostel malam itu juga dan berjumpa dengan si Aisyah. Si Aisyah terkejut dan beriya mengatakan yang dia memang tiada masalah langsung dan merayu untuk kekal bekerja. Aku pun agak speechless sebab memang dia bekerja dgn sangat bagus namun aku nasihatkan dia yang Rules are still Rules. Alang-alang si Aisyah nie nak berhenti, aku pun selamba bertanyakan mengenai penyakitnya.

Aisyah pun bercerita yang dahulunya dia sering ternampak pelbagai kelibat makhluk halus. Segala jenis benda dia akan nampak, dari yang kecik, besar dan sebagainya. Pada mulanya dia diamkan sahaja tapi setelah bertahun-tahun dia nampak, dia mula berkongsi dengan ibu bapanya. Terkejut, ibubapanya mula menghantar Aisyah berjumpa bomoh tapi tiada sebarang perubahan malahan bertambah teruk. Aisyah sampai tahap berkurung di dalam bilik sebab penampakan yang sangat teruk. Jadi pada suatu hari tiba-tiba sahaja petugas dari hospital datang dan membawa Aisyah ke ward orang sakit jiwa di pantai timur semenanjung. Hampir 3 bulan dia ditahan di ward dan diberikan pelbagai ubatan. Disebabkan terlalu banyak tekanan dari keluarga, doctor dan pelbagai ubatan untuk ditelan, Aisyah pun mengaku yang apa yang dia nampak hanyalah khalayan dan dia telah pulih seperti biasa. Jadi dia pun dilepaskan dan tertulis dalam Medical Letter yang symptom beliau adalah sederhana sahaja. Disebabkan dia sangat terasa hati dengan keluarganya, Aisyah pun membawa diri ke KL dan bekerja di beberapa kilang. Kerja bagus namun sekali kamu dapat surat sakit mental, memang tiada syarikat yang akan ambil kamu bekerja.

“ Kalau kamu tak bercakap seorang kan takkan timbul masalah ini?” kata aku.

“ Bukan saya cakap seorang bang, tapi sebab dah banyak sangat makhluk dalam unit ini so saya kenalah jaga kawan-kawan saya yang lain.” kata Aisyah.

“ Lorrr, biarlah diorang tue selagi benda tue tak mengganggu. Sebab kamu dah bercakap seorang-seorang, berperangai peliklah kawan-kawan kamu dah takut.”  Kata aku sambil marah pada Aisyah.

“ Adoii, nak diam macamana bang kalau diorang dah mula mengacau dan mula berminat dengan kawan-kawan saya? Takkan saya nak diam jadi saya kenalah warning dulu makhluk-makhluk tersebut.” Kata Aisyah.

Erkkk…

Kesudahannya sebab terlalu banyak aduan maka kami pun menukarkan perempuan ke unit yang lain dan memasukkan penghuni lelaki ke dalam unit tersebut.

Setiap minggu pula pekerja lelaki akan datang ke workstation dan mengadu yang ada hantu di unit diorg.  Ada yang nampak orang berjubah berdiri di tepi dapur. Ada yang nampak perempuan duduk di balkoni. Tapi sebab diorg lelaki, kitorg cakap jangan takut dan memberikan semangat so diorg takkan takut. Haha.. Dah mati kutu dan malas untuk menyelesaikan masalah paranormal ini.

Sekarang unit tersebut dah ditutup. Crazy or really 'sixth sense'? Anda sendirilah yang menentukan..

Sekian terima kasih..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by thoyol at 22-3-2010 11:43

"double posting"
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:04 PM | Show all posts
x tkata... tp mmg kesian kes dia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.090969 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list