CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328109|Reply: 2380

[MANGA] ONE PIECE - Ver: 4.0 - Two Years Later (New Chapter!)

  [Copy link]
Post time 21-5-2010 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sue_cinta at 4-10-2010 21:46

Selamat Datang ke Rumah Baru!!!






Chapter 1 : The Dawn of The Adventures


Kesudahan cerita di chapter 1 berakhir dengan sedikit babak-babak penuh tragis. Kita dapat menyaksikan Mugiwara crew terpisah apabila 'cuba' diselamatkan utk kali terakhir oleh Bartholomew Kuma sebelum dirinya menjadi 'Facifist' secara 100% dan menjadi boneka World Government. Mereka semua dihantar dan dicampakkan ke beberapa pulau berasingan yang mempunyai seribu satu macam keanehan.

Kematian penuh kebanggaan kepada Edward 'White Beard' Newgate dalam usahanya menyelamatkan 'anak-anak' kesayangannya daripada keganasan World Government. Kematian tragis Portgas D. Ace (kapten pasukan ke-2 White Beard's Pirate) ditangan General Aikanu 'Red Dog' apabila cuba menyelamatkan adik seperjanjiannya; Monkey D. Luffy yang diserang hendap.

Pengenalan kepada lanun-lanun Supernovas yang terdiri daripada 11 lanun terkenal di Grand Line. Kemunculan lanun baru: Black Beard Pirates yang dipimpim oleh Marshal D. Teach @ Black Beard...

Chapter 1 berakhir dengan Luffy menyelinap masuk ke pangkalan World Goverment untuk membunyikan loceng kenangan di atas kematian abangnya Ace sambil menyampaikan mesej kepada crew-crew Mugiwara yang lain agar bertemu pada waktu yang ditetapkan semula: 2 tahun kemudian...
















::: Tribute untuk Whitebeard & Portgas D. Ace :::













Chapter 2 : Two Years Later


Chapter bermula dengan Luffy meninggalkan Pulau Rusukaina dengan bantuan Boa Hancock untuk menuju ke tempat perjumpaan semua ahli Mugiwara di Sabaody Archipelago. Ketika di Sabaody Archipelago, semua penduduk setempat membicarakan mengenai kisah yg berlaku pada 2 tahun terdahulu; termasuklah kisah Supernovas yang kini sedang melakukan huru-hara di Dunia Baru. Namun begitu, topik utama adalah kemunculan semula Mugiwara Crew (wanna-be) yg pernah hilang pada 2 tahun lepas dan kembali dengan niat mahu merekrut ahli baru agar dapat mengharungi lautan di Dunia Baru.

Ahli Mugiwara's iaitu Brooke kini telah menjadi superstar muzik yg diuruskan oleh pengurus Kaum Bertangan Panjang dan bakal melakukan konsert unggul terakhirnya di Sabaody Archipelago.

Sanji pula berada di persisiran pantai Sabaody Archipelago dengan penampilan yg baru tampak sangat ceria setelah melihat wanita-wanita chantek yg sebenar setelah sekian lama berlatih di Pulau Okama sambil bergegas utk mencari Nami dan Robin.

Di sebuah bar, Nami sedang berbual dengan pelayan bar mengenai pemindahan HQ Marine. Nami menyaksikan 'Luffy Palsu' membunuh seorang lanun dengan ganjaran  55,000,000 dan meminta Nami menemaninya minum arak. Nami menolak sebanyak dua kali sebelum cuba diserang oleh 'Nami Palsu' yang kemudiannya diserang hendap oleh Usopp dengan senjata barunya setelah kembali dari bertapa. Nami kemudiannya melancarkan serangan kilat sebelum beredar dengan Usopp daripada bar tersebut sambil dimaki hamun oleh 'Luffy Palsu'.

Di Shakky Bar di Grove 13, Shakky dan Rayleigh memberitahu Sanji bahawa dia adalah ahli mugiwara terakhir yg tiba dan memberitahu bahawa ahli Mugiwara pertama yang tiba adalah Zoro dan diikuti oleh Franky. Kedua-dua mereka kini ada berhampiran dengan kapal Thousand Sunny. Org ketiga tiba adalah Nami yg keluar membeli belah kerana kebosanan. Manakala, Usopp dan Chooper merupakan ahli keempat dan kelima tiba selepas Nami.

Di bandar, Robin sedang mengelak drpd beberapa org yg dicurigai yang ingin menangkap dirinya. Robin dilihat mengenakan pakaian labuh yg berzip dan berkaca mata hitam di kepala sambil tertanya-tanya apakah yg telah berlaku dan memegang flyer milik 'Mugiwara Wanna-be'.

Sementara itu, Chopper sedang mengekori 'Zoro Palsu', 'Robin Palsu' dan 'Sanji Palsu' tanpa menyedari salah anggap dirinya. Orang dicurigai yg m,engekori Robin pula tersalah anggap bahawa 'Robin Palsu' adalah Robin sebenar dan mula menangkapnya bersama 'Chopper Palsu' (musang).

Di Cawangan Marine G-1 (Tapak lama Marine HQ), semua marines kecoh mengenai cerita kembalinya Mugiwara Crew dan telah mengeluarkan arahan untuk menangkap mereka.

'Luffy Palsu' pula sedang sibuk mencari Nami dan Usopp dan telah tersalah cam dua org penduduk yg dilihat berpakaian mirip dengan Nami dan Usopp. Penduduk setempat tidak berani bersuara dan ketakutan kerana mereka tahu 'Luffy Palsu' akan menembak sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Kemudian, muncul seorang lelaki berpakaian kulit haiwan dan memikul bungkusan besar dan terlanggar dengan 'Luffy Palsu'. Dia kemudiannya meminta maaf kepada 'Luffy Palsu' sebelum beredar. Oleh kerana marah dengan perlanggaran kecil itu, 'Luffy Palsu' telah memanggil dan memaki hamun lelaki tersebut. Lelaki tersebut kemudian berpaling dan mendedahkan bahawa dia adalah watak utama : Kapten Monkey D. Luffy daripada Lanun Bertopi Jerami.



  

'New Look' Mugiwara Crew

Last edited by naen on 7-4-2013 11:39 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 01:02 AM | Show all posts
2nd..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 01:29 AM | Show all posts
@ ALL

Hampir lebey 20 jam maser terlapang sue dah sparekan untuk prepare 'menatang' nie... fenat wooo...kene laks maser upload image sumer tuh...uploader biasa wat hal laks...terpaksa gunakan Photobucket (maap la kalo ader sesape tak boleh bukak PB kat opis nanti!)...sue terpaksa gaks guna, memandangkan sue nak letak gambar details pas diedit...nak usha gambar asal tgk kat sini:

1. Mugiwara Crew : Klik disini <---
2. Black Beard Crew : Diambil dari manga One Piece, chapter 575
3. Eleven Nova : Klik disini <---
4. Red Hairs Pirates : Diambil dari manga One Piece, chapter 580
5. Shichibukai : Klik disini <---
6. White Beard : Diambil dari manga One Piece, chapter 576
7. Portgas D. Ace : Diambil dari manga One Piece, chapter 574

~ Cheers!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 02:00 AM | Show all posts
tahniah sue
new house
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 06:57 AM | Show all posts
5th!

kampai!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 08:31 AM | Show all posts
@ atai

Ape kampai...kampai nie?!? bukan atai bawah umur ke?!? mane leh kampai...kampai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2010 08:45 AM | Show all posts
@ atai

Ape kampai...kampai nie?!? bukan atai bawah umur ke?!?  mane leh kampai...kampai....
sue_cinta Post at 21-5-2010 08:31 AM



    i kampai teh tarik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 09:04 AM | Show all posts
@ ALL

Tak sabar-sabar nak tunggu citer pasal Luffy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 10:16 AM | Show all posts
hehe

cantek
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 12:13 PM | Show all posts
hope nx week da kmbali ke present time..bole cpat2 jmpe crew2 Mugiwara Koizoku yg laen..

tp xkesah pon kalo stil flashback nx week..sbb best~~{:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 03:02 PM | Show all posts
gambar kat post #3 memang belum letak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 03:30 PM | Show all posts
no 12.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 03:31 PM | Show all posts
Wah...tahniah rumah baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 04:56 PM | Show all posts
TAHNIAH!!! Aku suke...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 06:03 PM | Show all posts
aku no 15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 08:15 PM | Show all posts
@ munkyG

alaa...lek la bro...kiter penuhkan laks umah baru nie cepat2...kekekeke

@ budingyun

yang kat post #3 tuh...gambar asal yang sue guna untuk wat page post #1 umah baru nie....kalo nak tengok beza dia...klik ahh kat situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 08:59 PM | Show all posts
@sue

ko  tulis balik summary ni kan? best sgt broo!! aku suke... kalau ada gamabr yg rare bolehlah kongsi2 kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 09:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by sue_cinta at 21-5-2010 21:45













Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 12:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 12:45 AM | Show all posts
Congratz sue. Very good thread. Kampai~~~ (Milo Tarik )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.087389 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list