CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Ilmu Malaikat 44

  [Copy link]
Post time 8-6-2010 11:06 PM | Show all posts
Cuba kamu baca penjelasan saya tu. Takde penanda kat wajah atau tubuh yang boleh dikenal. Ini urusan pencipta. Soal batin a.k.a dalaman.

Manusia itu hak Allah dan akan pulang ke Allah. Mana yang sampai ke Allah maka dialah manusia sesuai dengan janji Allah.
Fieza-mira Post at 8-6-2010 22:54


itu bukan jawapannya cik akak.... takkan semudah itu jawapan itu... dulu salah seorang forumer yang hamba sebutkan tadi ada juga keluarkan bukti melalui DNA dan genetik... tapi kamu berikan jawapan yang mudah itu urusan ALLAH S.W.t....

mmg semua urusan ALLAH yang berkuasa atas setiap urusan itu..... kalau kata kenapa air diciptakan lebih banyak dari darat, kang kata ianya merupakan urusan ALLAH... itu bukan suatu jawapan yang bijak wahai saudari seagama.....

kenapa motosikal dicipta??? kerana urusan ALLAH.... kenapa kita berforum??? kerana urusan ALLAH.....

semua perkara baik di daratan mahupun di lautan adalah urusan ALLAH walau sekecil zarah sekalipon.... walau ulat yang bertebaran, walau daun yang berterbangan, walau gunung berapi meletus... itu semua urusan ALLAH S.W.t....

tetapi kita sebagai khalifah haruslah tahu kemana tujuan urusan itu semua barulah bermanfaat hidup di dunia ini,.... itu kan asas dalam ilmu HAKIKAT.... oops... mungkin juga TARE'QAT......

segala URUSAN ALLAH S.W.t adalah berperingkat... ada yang kita dapat huraikan melalui pengalaman, keilmuwan diri, malah ada diantara urusan ALLAH S.W.t itu langsung kita tidak dapat huraikan seperti Qursi, tingkatan langit ke tujuh, syurga, neraka, kiamat, dan lain2....

so,

tak boleh laa bagi alasan yang itu hanya urusan ALLAH S.W.t sahaja... kerana yang mulakan tentang manusia berkategori haiwan pandai berkata-kata itu adalah saudari..... boleh huraikan????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2010 11:16 PM | Show all posts
so, jelas dan teranglah ianya suatu kesimpulan peribadi yerr.... hurmmm.... akhirnya dah tahu da ...
edy137 Post at 8-6-2010 22:57


Jangan terlalu cepat buat kesimpulan. Bagaimana dengan rancangan solat hajat kamu tuh?? Takkan cepat sangai berpuas hati?

Atuk & mak saya belum terbukti bersalah kat sini. Saya nak jugak tahu samada saya bersalah atau tidak sebab dah 'menyebar fitnah'.

Pegangan saya ialah: 'Apabila datang hak maka binasalah yang batal. Sesungguhnya yang batal pasti binasa'.

Tapi sebenarnya Waullahualam adalah sebaik2 jawapan dan ucapan untuk perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai merendah diri dihadapan Allah yang maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 11:29 PM | Show all posts
itu bukan jawapannya cik akak.... takkan semudah itu jawapan itu... dulu salah seorang forumer y ...
edy137 Post at 8-6-2010 23:06


Kenapa kamu beria2 nak kenal manusia? Kalau kamu tu terbukti manusia bolehlah kamu mendabik dada tapi kalau kamu bukan nak buat apa? Nak bertempik dan ajak bergaduh? Bila kita bukak rahsia manusia yang lain akan berkecil hati dan tak puas hati. Sebab tulah dia menjadi rahsia Allah.

Apa perasaan kita bila dapat tahu kita bukan dari golongan manusia??? Padahal kita dah berpenat lelah tunggang tonggik sembahyang tak tinggal dah bergadai tanah kebun jual buat pergi haji yang ke 15 kali.....tiba2 dapat tahu perkara yang menyayat hati. Kita bukan manusia.

Sebab tulah saya taknak dedahkan kat sini.......akan jadi lebih kontraversi lagi. Dan takkan habis2 sampai bila-bila.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:43 PM | Show all posts
Maaf cakap lah, nampaknya mcm awak nie nak putar belit, mula mula awak tanya ilmu Malaikat 44, manusia boleh berdamping dengan Malaikat, bila saya jawab kenapa manusia tak dapat berdamping dengan Malaikat, awak tuduh saya tak kenal manusia.

Bila saya tanya tentang manusia, awak kata terlalu panjang nak dihuraikan. Tetiba awak bagitahu guru awak kata tak mustahil manusia berdamping dengan Malaikat, tapi awak tak masukkan apa apa fakta yang concrete plak, cuma info yang terhad. Kalau mcm nie susah lah nak cakap apa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 12:38 AM | Show all posts
Awak buat saya serba salah nak cerita atau biarkan jadi teka teki. Bagaimana ada istilah malaikat 44 tu?? Saya sendiri pun tercari2 tapi memang dah ada dalam masyarakat melayu. Mungkin ini sebahgian dari ilmu mistik melayu ataupun ilmu Allah yang diwarisi dari para nabi & wali?

Tapi berkenaan manusia berdamping dengan malaikat, kenapa awak tak percaya? Awak boleh collect dari cerita2 nabi banyak bukti dalam AlQuran nabi berkomunikasi dengan malaikat terutamanya malaikat Jibrail. Kalau sudah boleh berkomunikasi kenapa pulak mustahil boleh berdamping?

Pernah dengar cerita Nabi Yaakub bersahabat dengan malaikat Izrail?? Bagaimana dengan cerita perang Badar? Malaikat turun berperang side by side dengan umat Muhammad...cuba jelas situasi ini dengan teori awak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:18 AM | Show all posts
Kenapa kamu beria2 nak kenal manusia? Kalau kamu tu terbukti manusia bolehlah kamu mendabik dada tapi kalau kamu bukan nak buat apa? Nak bertempik dan ajak bergaduh? Bila kita bukak rahsia manusia yang lain akan berkecil hati dan tak puas hati. Sebab tulah dia menjadi rahsia Allah.

Apa perasaan kita bila dapat tahu kita bukan dari golongan manusia??? Padahal kita dah berpenat lelah tunggang tonggik sembahyang tak tinggal dah bergadai tanah kebun jual buat pergi haji yang ke 15 kali.....tiba2 dapat tahu perkara yang menyayat hati. Kita bukan manusia.

Sebab tulah saya taknak dedahkan kat sini.......akan jadi lebih kontraversi lagi. Dan takkan habis2 sampai bila-bila.
Fieza-mira Post at 8-6-2010 23:29


bukan beriya-riya cik akak oii..... tapi atas statement kamu jugakkk... kamu yang memulakan statement manusia tidak semuanya manusia dan ada diantara manusia yang berasal usul dari haiwan yang pandai berkata-kata...... kenapa nak elak2, kenapa takutkan kontroversi malah kamu yang memulakan isu ini.....

kenapa nak berkecil hati pulakk.... cerita pon belum habis lagii nihh kak... jawapan yang pasti pon belum ketemui.... apahal nak kecil hati pulakk... kalau nak 'cengeng' sangat sampai nak kecik2 hati tak payah berforum atau berdebat.... itu biasalahh.... kalau kamu beritahu pon... kenapa pula manusia lain nak berkecil hati, dan kamu yakin kerr kamu dapat meyakinkan semua manusia yang membaca dengan teori kamu itu hingga mereka boleh terkesan dgn statement kamu itu sampai berkecil hati...... open you mind laa...... open... semua forumer pon open.... jgn mngada-adakan cerita 'tahyul' ok....

maaf kata, sebab kamu yang taknak buktikan kebenaran kata2 kamu..... so, hamba anggap ianya 'tahyul' laa kann........ suatu perkara atau statement 'tahyul' yang dicipta oleh kamu.... jeng...jeng...jeng.....

buktikan laa.... paling tidak pon mana2 ayat Al-Quran yang menguatkan hujah kamu atau mana2 hadis sahih yang boleh membuktikan statement kamu itu...... dan atau buktikan adanya ijtima' ulama dalam hal perkara ini.......

atau pun..................................................................................................

GURU kamu yang beritahu perkara ini..... ting tong...... hamba tak nak menuduh laa.... wallahualam...... tapi cara kamu menyelindungkan sesuatu yang HAQ (bagi kamu laa)... boleh menimbulkan SYAK pada orang ramai especially mereka2 yang akan membaca thread ini...... bahaya woo.... jgn buat pasal..... heheh....

bukti bergambar takde, bukti rakaman lagilah jauhh.... bukti dalam Al-Quran takde, bukti dalam hadis takde... ijtima' ulama pon kita tak pernah dengar tentang hal ini...... kamu pengikut Tare'qat naqsyabandi kerr atau ahmadiah???? just tanye k.... jgn ingat hamba menuduh pulakk..... rakan hamba pon ada sorang yang ikut naqsyabandi.....

berikan laa hujah kamu dulu, bukti yang nyata bahawa tak semua manusia itu adalah manusia.... barulah hamba nak huraikan dari hukum sains dan hukum HAKIKAT pulakkk... masa tuhh saudara boleh nilai sendiri apa kebenaran yang HAQ...... coz ada beberapa RAHSIA pada diri manusia yang membezakan manusia dan haiwan.... sebelum pergi lebih jauh hamba akan huraikan melalui FIRMAN ALLAH S.W.t
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2010 01:27 AM | Show all posts
Surah Al-Tin ayat 4-6.......

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Neraka), kecuali orang-orang yang berIman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka pahala tidak putus-putus."


DEMIKIAN firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Tin ayat 4-6. Dengan terang Allah Ta'ala menegaskan bahawa manusia adalah makhlukNya yang paling baik (mulia). Makhluk paling agung. Tidak ada makhluk lain yang setanding dengan manusia. Namun begitu kebaikan dan kemuliaan itu ada syarat-syaratnya. Ia tidak diperolehi secara automatik oleh manusia.
Sekiranya manusia memenuhi syarat-syarat itu baru ia dikatakan baik.

Syaratnya ialah sekiranya manusia itu berIman dan beramal soleh. Yang kenal diri dan juga Tuhannya. Sebaliknya jika mereka tidak berIman dan berpegang dengan kepada apa yang Allah perintahkan, maka ia akan diletak di tempat serendah-rendahnya iaitu ke dalam Neraka. Mereka tidak berhak untuk menerima "gelaran" kemuliaan itu. Malahan hidup mereka sama sahaja dengan haiwan dan makhluk-makhluk lain.

Apapun dalam firman Allah tadi membuktikan kepada kita bahawa manusia itu sebaik-baik kejadian dan telah dijanjikan akan menduduki martabat kemuliaan jika ia berIman kepada Allah. Adapun keadaan dan deklarasi seumpama ini Allah tidak berikan kepada kejadian-kejadianNya (makhluk) yang lain.

Menyebut kejadian terbaik dan mengakui kejadian terbaik, siapa pun mahu.
Kerana itu adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia. Tidak ada manusia yang mahu digolongkan dalam golongan hina dina. Tetapi untuk mencari hujah dan bukti-bukti kenapa manusia itu menjadi makhluk terbaik adalah sesuatu yang payah.

---------------------------------------------------

Surah Al-Baqarah ayat 277.......

"Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di didi Tuhan, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan mereka tidak (pula) bersedih hati."


Iya, kenapakah manusia dikatakan makhluk terbaik? Apakah perbezaannya? Apakah yang menyebabkan Allah hanya menyebut (an-nas) manusia sebagai kejadian yang terbaik? Kenapa tidak ada makhluk lain lagi selepas itu? Kenapa tidak Malaikat ataupun iblis? Atau ke atas semua makhluk di dunia ini. Bukankah semua kejadian di atas muka bumi ini dijadikan olehNya? Apakah Allah mempunyai motif tertentu mengangkat manusia ke taraf sebaik itu?

Kalau mengikut logik sepatutnya semua makhluk itu mulia dan semuanya harus dipandang sama. Semua makhluk hendaklah diberi hak yang sama rata.
Tidak dikelasifikasikan ada yang duduk nombor satu, ada duduk nombor dua dan ada yang duduk nombor tiga. Sebab semuanya dijadikan oleh Allah? Jadi kenapa manusia sahaja yang dikatakan sebaik-baik kejadian?

Apakah kebaikan itu disebabkan fizikal manusia itu begitu, punya kepala di atas dan kaki di bawah. Punya dua mata di muka, satu hidung dan satu mulut. Rasanya kalau setakat perbezaan itu ternyata manusia tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Manusia sama sahaja dengan makhluk lain seperti lembu, kerbau, ayam, itik, kera dan monyet.

Manusia tidak boleh pandai-pandai hendak mengakui dirinya mulia dan terbaik kalau setakat bergantung kepada kedudukan jasad sahaja.
Kerana makhluk lain juga mengakui yang kewujudan dan kejadian (rupa bentuk) mereka juga menarik. Malahan sesetengah daripada makhluk lain seperti haiwan mempunyai sisik bersinar, berkilau, mempunyai sayap dan kepak yang boleh terbang bebas di atas angin seperti burung. Ada pula yang mempunyai insang yang boleh bernafas dalam air seperti ikan. Tetapi keistimewaan itu tidak ada kepada manusia.

Kalau hendak dikira apa yang ada kepada burung dan ikan itu cukup istimewa berbanding dengan manusia. Burung boleh terbang bebas di angkasa raya dengan menggunakan sayapnya. Ke mana meraka hendak pergi, kibas sahaja kepak, mereka akan melayang. Pun begitu juga dengan ikan, mereka boleh duduk dalam air selama-lamanya.

Tetapi tidak dengan manusia. Manusia kalau hendak melayang terpaksa menggunakan kenderaan khas, kapal terbang misalnya. Itupun bagi orang yang kaya, yang tidak kaya hanya melopong dibawah sahaja. Begitu juga kalau hendak duduk dalam air sampai lima hingga sepuluh minit sudah kena pakai oksigen. Kalau tak pakai oksigen ibarat kata yang timbul nanti ialah perut buncit yakni mati lemas.

Maka ternyata perbezaan saiz dan segala macam keistimewaan lahiran (rupa bentuk) itu bukan menjadi ukuran mutlak untuk kita melihat apakah perbezaan tadi sehinggakan Tuhan memperakui manusia itu sebagai KhaliqNya yang terbaik. Keistimewaan tubuh badan atau jasad bukan menjadi ukuran untuk menilai perbezaan untuk meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling mulia.

----------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah S.A.W........

"Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad/rupa tetapi Dia memandang hati kamu."

- Termizi & Muslim -


Apakah perbezaan paling ketara dan diakui oleh Tuhan? Perbezaan itu ialah tidak lain dan tidak bukan terletak kepada akal (Nur Muhammad).
Kerana manusia mempunyai akal itulah menyebabkan manusia itu lebih mulia daripada makhluk lain. Makhluk lain tidak mempunyai akal untuk mereka berfikir dan mereka sesuatu. Mereka tidak mempunyai akal maka mereka tidak ada undang-undang khas untuk diri mereka. Mereka juga tidak mempunyai syariat untuk berhubung dengan PenciptaNya seperti mana manusia lakukan.

----------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah S.A.W........

      "Yang membezakan manusia dengan makhluk lain ialah akal."


Tidak dinafikan kegunaan akal kepada manusia begitu besar sekali. Ia amat penting. Dengan akallah manusia dapat hidup bermasyarakat dengan rukun damai. Dapat membangun dunia untuk kepentingannya. Dengan akal juga manusia dapat mengalahkan makhluk lain, menguasai duni ini. Dengan adanya akallah manusia boleh muncul sebagai ketua atau pemimpin, membimbing yang lemah dan mengajar yang jahil. Kalau tidak ada akal manusia tidak mampu untuk berbuat demikian. Mungkin kehidupan manusia sama sahaja dengan haiwan dan makhluk-makhluk lainnya.

Cuba manusia tidak ada akal? Bagaimana jadinya? Sudah tentu manusia akan mengalami sosial hidup seperti haiwan. Pergaulan sex akan bebas sebebasnya. Bapak akan merogol anak, anak akan merogol ibu dan sebagainya. Sudah tentu manusia akan makan makanan seperti mana yang yang dimakan haiwan, tanpa dibersih dan dimasak. Sudah tentu manusia tidak melindung auratnya dan membiarkan auratnya terbuka seperti mana berlaku pada haiwan. Bayangkan betapa gawat dan buruknya dunia kalau keadaan itu berlaku.

Namun begitu bukan semua manusia itu mulia. Bukan bermakna bila disebut manusia, dia secara automatik berbeza dengan makhluk lain.
Tidak semestinya begitu. Kalau diukur pada fizikal, memang ia. Sebab manusia mempunyai dua kaki, kepala tegak ke atas, berlainan dengan lembu dan kerbau yang mempunyai empat kaki dan kepala sama tinggi dengan badan. Tetapi kerana perbezaan fizikal itu bukan ukuran mutlak tentang kemuliaan maka ia tidak dikira.

Manusia yang mulia ialah yang tahu akan kemuliaan itu. Mereka tahu kenapa mereka dikatakan mulia dan bagaimana kemuliaan itu muncul pada dirinya. Kalau mereka tidak tahu hal itu, mereka tidak boleh mengaku diri mereka mulia.

Kemuliaan manusia itu ialah terletak kepada akal. Sejauh mana mereka dapat menggunakan akal dan memanfaatkannya. Penggunaan akal ini juga ada cara dan batas-batasnya. Jika ia digunakan ke jalan yang tidak diredhai Allah, maka ia tidak dianggap sebagai mulia. Manusia begitu tetap sama juga (tidak berbeza) dengan makhluk lain, mereka sama sahaja dengan haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, harimau, kera dan monyet.

Orang yang tidak menggunakan akal, kedudukannya sama dengan orang yang tidak berakal. Dan orang yang tidak berakal sama kedudukannya dengan haiwan. Di mana mereka digolongkan dalam kumpulan yang sama.
Manusia jenis ini tidak boleh mengakui yang dia sebagai makhluk mulia seperti mana yang diperakui Allah, kerana meraka seumpama itu termasuk dalam golongan yang tidak berIman dan beramal soleh.

------------------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah S.A.W.......

   "Sehina-hina manusia ialah mereka yang tidak menggunakan akal."


-----------------------------------------------------------------------

Firman Allah Ta'ala Surah Al-Ahzab ayat 72.......

"Sesungguhnya Kami kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikulnya dan khuatir akan mengkhianatinya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya."


Hanya manusia yang mulia sahaja yang dapat menjaga amanah yang dianugerahkan Allah. Manusia yang tidak mulia akan mengkhianati segala rahsia itu. Sebab itu hari ini kita temui ramai manusia yang ingkar kepada Allah, yang derhaka kepada Allah dengan tidak menjaga segala amanah (rahsia) yang Allah berikan kepadanya itu.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:31 AM | Show all posts
”Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. [ Al-Isra': 70]

so,

hamba dah cuba buktikan melalui FirmanNYA yang MAHA HAQ..... juga melalui Hadis dari junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

hamba tunggu kamu buktikan pula.... baru hamba akan kupas dari sudut sains dan terakhir dari sudut hukum HAKIKAT!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 01:35 AM | Show all posts
Pernah dengar cerita Nabi Yaakub bersahabat dengan malaikat Izrail?? Bagaimana dengan cerita perang Badar? Malaikat turun berperang side by side dengan umat Muhammad...cuba jelas situasi ini dengan teori awak tu.
Fieza-mira Post at 9-6-2010 00:38


ceritalah dulu dari versi kamu dulu tentang kisah2 tersebut sebelum kita boleh huraikan maksud pendampingan dan pertolongan atas ARAHAN TERUS dari ALLAH S.W.t

takut tersalah konsep ajerr nihh atau kesalahan tatabahasa...... mana tau kann.... tapi 'konsep' perdampingan yang kamu canangkan bukan mcm kesalahan tatabahasa.... mana laa tau hamba tersilap tang situ..... kita sama2 betulkan k.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:54 AM | Show all posts
Jangan terlalu cepat buat kesimpulan. Bagaimana dengan rancangan solat hajat kamu tuh?? Takkan cepat sangai berpuas hati?

Atuk & mak saya belum terbukti bersalah kat sini. Saya nak jugak tahu samada saya bersalah atau tidak sebab dah 'menyebar fitnah'.

Pegangan saya ialah: 'Apabila datang hak maka binasalah yang batal. Sesungguhnya yang batal pasti binasa'.

Tapi sebenarnya Waullahualam adalah sebaik2 jawapan dan ucapan untuk perkara yang diluar pengetahuan kita sebagai merendah diri dihadapan Allah yang maha mengetahui.
Fieza-mira Post at 8-6-2010 23:16


cik akak saudari seagama...... maksud BATAL itu adakah BATHIL?????? hurmm.... maybe hamba yang masih kedhaifan ilmu nihh.... bagus, dapat pelajaran baru..... heheh....

ok back to topic.....

hamba mmg berpuashati sebab ianya hanyalah kesimpulan peribadi kamu..... solat hajat itu apa ada masalah.... nak buat istikharah sekali pon bolehh... itu dah masuk bab peribadi hamba..... lagi bagus dapatkan nama arwah atuk anda... tak tau nama ibunya pon takpe.... ataupon berikan salah seorang ahli keluarga yang berbin atau berbintikan arwah atuk anda......

untuk lebih ketepatan, bagus kalau dapat memberikan kerjasama.... bukan setakat lecehkan orang buat solat hajat ajerr..... buat apa nak selindung2 perkara yang HAQ..... kan dah bitau banyak kali..... katanya BENAR.... kalau BENAR usah selindung2 cik akak..... kita huraikan bersama atas tiket berkongsi keilmuwan.... apa ada halll.... tapi tu laa susahnya..... nak berahsia sangat......

ok.... ikut pandangan tingkat pertama hamba...... atuk anda mcm jenis tegas orangnye..... agak kurus, bukan kurus sangat laa... kurus orang tua... nampak pokok pisang.... dia mmg selalu tanam pokok pisang kerr.... sorii kalau salah, cuma pemerhatian tingkat pertama.... adik beradik mak kamu tak berapa ramai mcm sesetengah keluarga.... 3-5 orang sahaja....,  arwah nenek kamu ke rahmatullah dahulu sebelum arwah atuk kamu..... arwah atuk kamu sukakan kekemasan..... tak suka barang berselerak dan tidak teratur..... dia bekas tentera kaa... atau bekas ahli yang memakai uniform..... yang bekas tentera nihh hamba saja tambah sebagai soalan.. bukan hamba nampak pon.....

harap maaf kalau 'scan' hamba kurang tepat...... boleh jadi orang lain, atau manusia lain..... tak mustahil laa... sebab hamba minta nama arwah atuk kamu tak dapat......

tapi apa yang hamba mohonkan, dan melalui ilmu NYA dan kurnia NYA... itulah yang hamba nampak buat masa ini...... dan 'scan' ini menutup bicara pada malam... oops... hening pagi ini.......

Assalamualaikum~
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:09 AM | Show all posts
sefaham aku, malaikat ada 10 tugas utama berkait hidup mati manusia...n xda satu pon yg ditugaskan melindungi, membantu atau memberi khidmat sekiranya manusia pandai menggunakanmya or what...malaikat cuma sebagai yg menjalankan perintah Allah, penyampai amalan dan catitan hidop manusia yg dilaporkan pada Allah setiap hari. n XDE satu pon riwayat atau hadis yg pernah aku dgr atau baca yg menerang,menceritakan hubungan interaksi wujud antara malaikat dan manusia melainkan dengan para nabi dan rasul...itupon semua tindakan yg malaikat buat adalah diarahkan oleh Allah semata2....kalau Allah suruh bantu nabi, tiupkan sangkakala pd kaum ingkar, sampaikan ilmu dan segala mukjizat hanya melibatkan antara malaikat dgn para pesuruh Allah sahaja...hanya jin dan syaitan yg berhubung dgn manusia tanpa arahan dari Allah

itu pandangan aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:54 AM | Show all posts
saya baru baca page 1....

tapi amat berminat hehheheheheh.....senang jer sebenarnya kalo nak malaikat ikut kita...yg aku tahu gi majlis ilmu..malaikat akan pollow sampai umah,  umah yg "baik" malaikat akan masuk...dan jgn marah2..malaikat lari....betui takkkk:re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 08:30 AM | Show all posts
Reply 103# Fieza-mira


deyy.... lu yg utarakan kenyataan manusia tu sebenarnya bukan manusia.....(ke cemana tadik haa istilahnya)
lu yg bawak 'kenyataan' so lu la yg kena terangkan kat sini....

apa pasal bila org suruh lu buktikan or bagi keterangan lu tempelak pulak 'kenapa perlu tahu manusia tu sebenarnya bukan manusia'

kasik jelas la deyy....

lu telah memberi kenyataan. lu berhak memberi tggjwb kefahaman kepada semua yg membaca....
bukan dgn alasan terlalu complicated utk diterangkan....

bertanggungjawab la dgn apa yg lu perkatakan!

jgn nk rumitkan keadaan...
sbb x semua yg membaca faham apa itu tarikat, apa itu falsafah, apa itu syariat, apa itu makrifat n etc....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:02 AM | Show all posts
tak penah dgr lak imlu nih...hurm..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:05 AM | Show all posts
saudari,
tiada di antara kami cube untuk menjatuhkan saudari,mahupun arwah atuk saudari dengan ilmunya...
sekdar berniat berbincang dan membetulkan yg salah...

andai kata ada diantara kami ini cetek ilmunya dan salah pegangan nya...
kami rasa tidak menjadi phinaan  buat kami
sekurang nya ada yg sudi membetulkan kami bersyukur

what use to bring upon the matters klu xsudi dibincangkan
baik locked je forum ni n consider saudari just bercerita pada kami

saudari
tak semua kat sini tinggi ilmunya cam saudari...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:48 AM | Show all posts
setuju ngan shiri

klu benar ilmu saudari boleh memberitahu kami ada di kalamgan manusia ada manusia dan ada haiwan, dipersilakan terangkan segala kerana ada di kalangan kami ini juga mungkin cetek ilmu berbanding saudari...

dan setau kucen, tugas malaikat yg wajib yang kita tahu adalah 10 sahaja dan masih terdapat ramai malaikat yg lain dan mereka mempunyai tugas-tugas tersendiri. namun begitu, rasanya tiada yg pernah dibaca bahawa malaikat itu boleh menjadi pendamping manusia melainkan dengan kehendak Allah SWT.

nampaknya TT perlu perjelaskan lagi isu ini dengan lebih lanjut & cuma fahamkan kami semua tentang atuk TT & ilmu malaikat 44 itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 09:49 AM | Show all posts
mebi pendamping arwah adalah jin islam....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:01 AM | Show all posts
wahh... jadi tempat debat ilmu hakikat-makrifat ler pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:05 AM | Show all posts
malaikat ni banyak jenis kan dan ade peranan dan tugas masing2....
mungkin memang ada malaikat 44 yang tugasnya membantu manusia setelah mendapat arahan Allah swt setelah manusia itu memohon kepadaNya bukan memohon terus kepada malaikat tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:26 AM | Show all posts
agaknya berkaitan ke dgn isu  bagaimana timbul  panggilan malaikat 44...?

* tapi ni sumbe ...
ea208964 Post at 8-6-2010 16:50


Wah..rajinnya Ea carik....
Tapi seronok nak folo thread ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.098130 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list