CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FARRAZOOL

Terkini uols!!Farah Asyikin bakal tamatkan status Janda??

[Copy link]
Post time 7-7-2010 08:35 AM | Show all posts
tahniah.. jgn lupe jemput ai nanti.. emm nak makan nasi beriani bole..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 08:35 AM | Show all posts
tahniah.. jgn lupe jemput ai nanti.. emm nak makan nasi beriani bole..?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 09:04 AM | Show all posts
minggu lepas aku p teman kazen yang kemaruk nak sewa baju pengantin .. baru nampak satu kepaing gambo laki die nie dah nikah baru .. pompuan tu sangat kiut and tomei.. putih merah ala catriona ross and pakai tudung.. ghupenyer penah masuk pertandingan aper tah kat tv..
chantek..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 09:07 AM | Show all posts
on je la...
kalo seru da sampai.
weols doa yg baik2 sajerk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 05:42 AM | Show all posts
Alkisah: Farah Asyikin putus tunang?
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

2010/08/29

TERKEDU seketika mendengar cerita penyanyi Farah Asyikin putus tunang. Rasanya baru beberapa minggu lalu Raja bertemu dan bercerita panjang mengenai impian perkahwinannya bersama seorang jurutera muzik yang kini bertugas di Macau.

Cincin kahwin pun sudah beli, tup tup Raja dengar Farah tak jadi berkahwin dengan jejaka berasal dari Kota Singa itu. Biar betul, apa dah jadi Farah?
Persoalan itu Raja simpan di benak fikiran sehinggalah seorang teman lama memberitahu Farah putus tunang. Tak sampai hati rasanya nak bertanya pada Farah, maklumlah sudah tentu Farah ketika ini sedang bersedih. Yalah, cinta yang sedang bersemi akhirnya gugur begitu saja, boleh jadi sasau juga seketika. Mereka bertunang pada Julai lalu, hanya menunggu detik bersatu sebagai suami isteri saja. Raja percaya ketika ini Farah dan tunangannya itu sudah pun membuat persiapan perkahwinan kerana mereka dijadualkan berkahwin hujung tahun ini.
Kasihan pada Farah, baru beberapa minggu lalu mendengar luahan hati Farah dan kemungkinan akan berhijrah ke Macau mengikut bakal suaminya itu. Walaupun jauh di sudut hatinya terlalu sayang pada kerjaya nyanyian, tempat isteri di sisi suami. Namun kalau benar mereka tidak jadi berkahwin, nampaknya impian sekadar impian saja.

Farah sebenarnya masih berkira-kira sama ada mengikut bakal suaminya itu atau sebaliknya. Yalah, dulu masa nak menyanyi Farah berdepan dengan seribu satu ujian apabila bapa tidak merestui minatnya dalam bidang nyanyian. Farah sanggup mengikat perut apabila memilih meneruskan pengajian dalam bidang muzik kerana terpaksa menanggung kos pengajian. Malah Farah pernah beritahu Raja, dia terpaksa berkongsi makanan dengan teman-teman kerana kesempitan wang. Takkan Farah nak tinggalkan begitu saja? Lagi pun sekarang Raja dengar Farah sedang menyiapkan rakaman album terbarunya, duit pun sudah banyak keluar.

Berbalik soal jodohnya dengan duda satu anak itu, kalau sudah tiada jodoh apa lagi yang mampu dilakukan. Dan kalau hati selalu terluka, tidak guna memaksa diri. Pokok pangkal, tepuk dada, tanya selera!
Raja dengar puncanya terlalu peribadi untuk diceritakan. Apa yang Raja dengar ada pihak yang tidak senang hati melihat perhubungan Farah dengan jejaka kacak berusia 35 tahun itu. Begitulah manusia berhati durjana, mana boleh melihat orang lain berbahagia, tidak senang duduk dibuatnya. Sekarang sudah runtuh segalanya, senanglah hatikan... Tak baik buat macam itu, ingatlah balasan Tuhan. Sekarang apapun Tuhan balas 'tunai'.

Tapi Raja fikir, kalau belum berkahwin pun sudah bermasalah, nanti bila kahwin tambah beban buat apa? Biar tak jadi sekarang, sekurang-kurangnya sakit hanya seketika. Kalau sudah berkahwin dan menderita tidak guna juga. Akhirnya bercerai lagi.

Raja percaya Farah sudah tentu tidak sanggup menanggung derita, dulu berkahwin pun menderita dan tidak kekal lama. Raja hampir menitiskan air mata apabila mendengar kisah perkahwinan Farah dulu. Dia memang cukup menderita walaupun berkahwin atas dasar cinta. Tapi itu kisah silam, takkan Farah nak berdepan dengan bebanan yang sama lagi kan!

Namun sejauh mana kebenaran Farah putus tunang tidak dapat Raja nak mengesahkannya, Raja hanya dengar daripada mulut teman baik Farah. Insya-Allah Raja akan dapatkan komen Farah tidak lama lagi. Raja harap Farah tidak tersinggung dengan pendedahan Raja ini. Bukan nak memalukan Farah, tetapi suka atau tidak, Farah perlu berdepan dengan krisis ini. Apa yang diharapkan, Farah terus tabah dalam melalui kemelut hidup. Hakikatnya, hidup tak selalunya indah! Sabarlah Farah...

RAJA: Seorang pelakon berangan tak sudah, nama dah suam-suam kuku, tapi masih letak harga. Kesudahannya, terlingkup!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 05:58 AM | Show all posts
bulan puasa neh belom makan nasi minyak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2010 08:26 AM | Show all posts
la..xjadi pulak................
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:30 AM | Show all posts
Kata teman Cik Normah yang namanya ala-ala Fasha Sandha iaitu Fasha Clara, lebih gemar berbaju kurung dan memakai pakaian lebih sopan saja pabila keluar.FARRAZOOL Post at 29-6-2010 15:46



    aku teruja nak komen ayat neh!! normah pondan neh ..mmg sker imejinasi terlebey kan?????

choiii..jeh!! nama kawan..nama informer..cam haram jads..rekaan sngt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 08:33 AM | Show all posts
Reply 45# Syd


    kesiannyer!!~  harap tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:59 AM | Show all posts
Itulah cepatnya dah nak putus
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:02 AM | Show all posts
wa! teringin nak makan nasi minyak
wadiunong Post at 29-6-2010 16:11

kt bazar ramadhani kn byk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 03:06 PM | Show all posts
kesian farah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 03:36 PM | Show all posts
putus plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 04:37 PM | Show all posts
tiada jodoh lg? xpe..cari jodoh lain lg.yg lebih cocok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 07:48 AM | Show all posts
Farah Asyikin putus tunangOleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

SETELAH kecundang dalam alam perkahwinan, Farah sekali lagi tewas. Kali ini dalam gerbang pertunangan yang hanya bertahan selama  tiga bulan sahaja.



KEBAHAGIAAN yang diharapkan oleh penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, bersama jejaka pilihan iaitu duda anak satu  berusia 36 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai M, berasal daripada Singapura tidak kesampaian.
Semuanya kerana ikatan pertunangan yang disimpul sekitar Mei tahun ini sudah terputus dua bulan lalu.
Enggan membongkar dan membuka segala aib mana-mana pihak, Farah yang ditemui pada majlis rumah terbuka Media Prima Berhad baru-baru ini memberitahu keputusan untuk memutuskan pertunangan itu merupakan keputusannya sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun.

“Saya buat keputusan itu setelah berfikir dengan sebaiknya  dan keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan semua pihak.
“Bukan saya tidak menyayangi hubungan kami, tetapi terlalu banyak perkara negatif yang mengelilingi hubungan kami,” ulasnya.
Tambah Farah, dia juga tidak menyesal dengan pilihan yang diambil kerana sudah mencuba sedaya upaya untuk pertahankan hubungan yang mula terjalin menerusi laman sosial Facebook itu.

“Saya tidak menyesal memilih dia dan tidak menyesal memutuskan pertunangan kerana sebelum itu, saya telah cuba sedaya upaya mempertahankan hubungan kami dan ini takdir Allah yang harus saya terima,” ujarnya.
Farah juga menafikan hubungannya dengan jejaka yang menetap dan bekerja di Macau sebagai jurutera bunyi itu mendapat tentangan daripada pihak keluarga lelaki memandangkan sebelum ini pernah timbul kontroversi. Ini kerana pada awal percintaan mereka,  jejaka itu masih merupakan suami orang.

“Hubungan saya dengan keluarga pihak lelaki amat baik tidak ada sebarang masalah. Tidak timbul masalah mereka menentang hubungan kami. Kalau tidak, kami tidak akan bertunang,” katanya yang tetap kukuh mengunci mulut tentang punca perpisahan mereka.
Meskipun pernah kecundang di alam perkahwinan dengan bekas suaminya, Dr. Fariz Yahya pada 26 Mei 2008 dan kini putus tunang, Farah tidak pernah serik untuk bercinta semula.

Katanya, siapalah dia untuk menghalang pintu hatinya daripada terbuka kepada cinta yang dilayangkan oleh mana-mana lelaki.
“Saya tidak serik, cuma semakin berhati-hati. Saya percaya semua dugaan ini datangnya daripada Allah dan ini banyak mengajar saya untuk menjadi wanita yang lebih matang.

“Andai dipertemukan jodoh sekali lagi, saya terima. Siapalah saya untuk menghalang takdir. Umur saya bukannya semakin muda, tetapi semakin meningkat.


“Saya juga kepingin untuk memiliki sebuah keluarga bahagia seperti mana orang lain. Cuma saya inginkan lelaki yang bertanggungjawab, ikhlas dan berterus-terang, maknanya tidak menyembunyikan sebarang rahsia daripada saya,” tuturnya.
Bercakap tentang kerjaya pula, penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu kini baru sahaja selesai menjalani rakaman lagu ciptaannya berjudul Kamu Aku Satu duetnya bersama Shamrin Fotograf.

“Saya pun tidak sangka boleh bekerjasama dengan Abang Shamrin. Semuanya berlaku secara kebetulan apabila saya bertemu dengan dia dalam satu persembahan di Johor Bahru. Ketika itu Shamrin minta saya buatkan lagu untuknya kerana dia suka dengan lagu Hello dan Seribu Penipuan. Bila lagu siap dia minta saya berduet dengannya,” ucapnya.

Selain itu Farah yang menubuhkan syarikat sendiri, Faith Anthem Production untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya juga bakal muncul dengan album baru tidak lama lagi.

kredit:kosmo online
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 08:06 AM | Show all posts
urmmm....cian dia ekk...baru cakap nak kawin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 08:21 AM | Show all posts
kenduri aku nti mak aku soh amek nasi beriani, xmo nasik minyak...so xmerasa la kawan2 aku nk makan nasik minyak...wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 08:23 AM | Show all posts
3 bln jer bertunang..huhu..pasni elok la terus kawen jer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:35 AM | Show all posts
harap farah tabah!! Skrg mmg susah nak carik lelaki yg betul betul ikhlas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:59 AM | Show all posts
borink la citer minah suam kuku ni.............
suka publisiti murahan sajok............asek2 citer pasal chenta, putus chenta, nak kawen, jatuh chenta........bla bla bla....... borink
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061589 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list