CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haikal_fadzil

My Angker Story Collection

    [Copy link]
Post time 13-7-2010 04:20 PM | Show all posts
mesti ingat kan punya.. sebab saya minaaaaaattt dengar cerita2 nie....minat dengar jer & tak minat nak jumpa..hukhukhuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 08:46 AM | Show all posts
lagik...citer ar lagik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 09:21 AM | Show all posts
Reply 47# haikal_fadzil

    Agreed. Aku dulu dok kat Sri Iskandar dekat dgn tronoh. Tronoh tu mmg byk cerita sejarah dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 11:20 PM | Show all posts
ermm...baru mengalami satu peristiwa dlm 2 hari yg lepas.
ingin bkongsi sket ilmu yg aku dpt.

khas kepada mereka yg sedang dlm proses mncari umah utk dibeli/dsewa
1. letak bekas berisi air kt mana2 sudut umah tu. tinggalkan dan dtg blk esoknya. kalo bkelodak dan kaler kelabu maknanya ada sthg dlm umah tu.
2. letakkan bekas makanan spt polisterin atau pbungkus nasi yg dh dgunakan kt kwsn2 spt tandas atau dapur dan dtg blk keesokan harinya. if bau bekas makanan tu mcm dah dtinggalkan bminggu2, maknanya ada sthg dlm umah tu.

tak bmakna kalo umah tu ada sthg, kita tak jd beli umah tu. bg aku kita bleh negotiate dgn makhluk Allah tu juga utk hidup tenang dan tak kaco antara satu dgn yg lain. buatlah doa selamat dan apa2 yg bsesuaian setelah menetap kt umah kita tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 11:44 PM | Show all posts
cun ar..tt xde blog ke collection scary story?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 11:57 PM | Show all posts
sy sokong.tt blh jd pnulis bjaya. mbawa pembaca nyer menyelami situasi tersebut. caya lah;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 10:48 PM | Show all posts
ada citer lg ke tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 07:04 PM | Show all posts
walau jenis penakut tp suke lepak kat sini..hehehehehe....dulu dak poli tanjung malim...nasib naik bus cume sekali dua time first sem...second sem menumpang org kalu maybe ke temu brader tu....kikikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 12:43 AM | Show all posts
waahh, dah lama tak posting dalam collection aku ni. hantu tak kacau so takde pengalaman baru. tapi baru2 ni dah kena balik (padan muka aku). so aku nak berkongsi dengan rakan2 pembaca semua lah ye.

2011 (2 minggu sebelum posting ini ditaip)

tahun ni rumah aku ada penghuni baru. setelah 3 tahun duduk sorang2, akhirnya aku terpanggil untuk membela seekor anak kucing yang aku namakan cinonet, kucing betina warna putih berumur lingkungan 6 bulan. aktif masa aku tengah tido dalam pukul 2 am sampai subuh dan selalu gigit n cakar2 tangan aku sebab nak gerak aku solat subuh. dan 2 minggu lepas cinonet tidak mengejutkan tidur aku secara biasa....

lebih kurang 515 am.. sabtu...

telinga kiri aku berdesing. aku terjaga dari tidur tapi masih belum buka mata lagi. seperti biasa, bila telinga aku berdesing, berkemungkinan besar aku bakal encounter makhluk2 yang tak biasa dilihat dengan mata kasar secara face to face. aku dah rasa seram, bulu roma aku dah menegak, n jantung tu bdegup gila ba** punya. dalam berdesing tu aku dapat dengar suara cinonet tengah growling kat sliding door rumah aku. aku yang tengah tido kat sofa ruang tamu dan mengadap sliding door terus duduk n panggil cinonet suruh dia datang kat aku. tapi tindakan aku tu agak bengap sikit sebab sebenarnya cinonet tu kucing yang pekak. biasalah bila mamai ni selalu lupa benda2 simple gitu. so aku dah get ready untuk tengok apa benda yang bakal muncul depan mata aku dan aku jangkakan benda tu akan muncul dekat sliding door yang curtainnya terselak sikit sebab cinonet masih growling dan hissing kat arah tu.

tiba-tiba cinonet yang tadinya growling kat arah sliding door, menukar arah growlingnya ke arah dapur. dia alih pandangannya ke arah dapur n start growling balik mcm ada kucing nk bgaduh depan dia. aku bangun dan terus angkat cinonet sebelum jd apa2 yg tak elok kat dia. daripada kedudukan aku berdiri, aku dapat pandang terus ke arah dapur dan tingkap dapur yang mmg tiap2 malam aku akan selak sikit utk bagi udara sejuk keluar masuk. dari selak tingkap tu aku nampak something terbang ke atas. aku cuba utk tenangkan diri, n peluk cinonet untuk tenangkan dia jugak. pada masa tu, cinonet hanya pandang ke arah siling rumah dan masih belum berenti growling.

dalam seminit lepas tu, dari atas bumbung rumah aku.. aku dengar bunyi mengilai yang sangat kuat dan jelas. bunyi mengilai tu sayup2 hilang ke arah bukit sebelah taman perumahan aku. aku hanya boleh memeluk cinonet, pejam mata sambil baca ayat kursi. kucing aku berenti growling lepas bunyi mengilai tu hilang. aku masih gabra lagi, duduk kt sofa, peluk bantal untuk tenangkan diri sambil tunggu subuh masuk...

pagi tu, aku sidai baju, abg mamat (bkn nama sbnr) jiran sebelah rumah tgh sapu laman. aku tanya dia ada dengar apa2 tak sebelum subuh pagi tadi. dia jawab tak dengar apa2, tapi menambah cerita, yang dia biasa nampak sthg kat paya sebelah taman perumahan tu hovering atas paya. cari puyu agaknya sambung abg mamat lg. dgr je cerita dia, dlm hati aku kata.. "siot kau langsuir..."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by cvmn123 at 25-5-2011 03:59
sori tak sempat nk post cite2 baru dlm masa tdekat akan dtg...
sedikit sibuk dgn kerja.
insya Allah ada masa, sy ceritakan satu peristiwa how my along n me try to discuss with sthg utk tak kaco lg anak sulung along yg asyik nangis tak henti2.
ingatkan ye kalo tlupa...
haikal_fadzil Post at 13-7-2010 00:26

tt...
kisah ni x cite lg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 06:22 AM | Show all posts
a ah haikal. mana cerita anak sulung along?

sila sambung cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 07:32 AM | Show all posts
weyy....citer lerr lagiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 01:40 PM | Show all posts
letak marking sket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 11:53 PM | Show all posts
terima kasih kepada yang tlg mengingatkan psl satu cerita lagi tu. so inilah ceritanya...

sekitar 2005

aku masih belaja kat ukm. abang aku, sorang pegawai tentera dapat kuarters pegawai, banglo lama kat kem tentera di p.d. kalo lihat dari luar, rumah tu terbahagi kepada tiga bahagian. dari kiri garaj, dapur, ruang makan dan ruang tamu, dan plg kanan ada 2 bilik. abg aku hanya guna dari dapur sampai ke ruang bilik je sbb porch kt ruang tamu dah cukup utk sumbat kereta dia.

kebiasaan pada hujung minggu, aku akan ke pd dari ukm utk lepak umah abg aku sbb takde duit belanja sbb ptptn aku tak full mcm org lain. tp ada satu minggu ni abg aku call aku mintak tolong aku datang sangat2. katanya anak buah aku yg dah masuk 3 tahun tu, ada certain masanya asyik menangis tak berenti. lepas aku konfem bukan pasal dia lapar ke, panas ke, dan faktor2 lain aku pun setuju untuk datang rumah dia weekend tu.

so jumaat ptg lps hbs kuliah aku terus merempit ke p.d. sejam stgh lepas tu aku pun sampai. sampai2 je, aku dah meremang. tak tau sebab apa, telinga pun tak bdesing. maybe sebab sejuk,umah dekat dengan pantai pd. masa aku sampai tu, anak buah aku tengah menangis n abg aku mcm tgh stress nk melayan karenah anak buah aku tu. kebiasaannya aku akan beli dunkin donut kat R&R seremban utk anak buah aku sbb tu faveret dia n dia tau aku akan bawak donut setiap kali aku datang rumah abg aku. so, boleh lah kejap aku diamkan dia daripada menangis dengan umpankan dunkin donut. cuma2 masa tengah menyuap anak buah aku makan donut, tgh sedap2 dia makan donut tu tiba2 dia berenti makan dan matanya terarah kepada satu tempat; satu penjuru siling kat ruang tamu.lama dia perati kat situ, sampai aku pun naik cuak. then anak buah aku sambung makan donut dan makin duduk rapat dengan aku. dia macam nak menangis tapi aku dapat pujuk.

pkl 11 mlm
tengah sedap borak2 dengan abg aku psl famili, tiba2 anak buah aku yg tgh main kt depan kitorang sekali lagi menangis secara tiba2, menjerit-jerit. aku terkejut time tu dan abang aku rasanya dah tak dapat tahan sabar lagi, dia suruh kak ipar aku bawak anak buah aku masuk bilik tidur.abang aku pegi ke kereta dia ambik keris yang abah aku pernah bagi kat abg aku dulu. dia masuk ke rumah balik dan mengadap penjuru siling yang anak buah aku tengok tadi. sambil tengking2 dia mcm bercakap dengan satu benda yang tak nampak yang mungkin tgh bertenggek kat penjuru siling tu. dimarahnya benda tu, dicabarnya supaya jgn kaco anak buah dan kak ipar aku. kalo nak kacau, kacau dia je.aku tengah tengok2an kak ipar dan anak buah aku sementara abg aku ber'dialog'  dgn benda tu.

lepas hbs abg aku marah2, rumah tu hening kejap. anak buah aku berenti menangis. aku dengan abg aku saling memandang. tiba2 berdentam bunyi buah kelapa jatuh atas bumbung rumah. mula2 sebijik, pastu makin banyak. aku rasa dalam 5-7 biji jatuh atas bumbung. ada jugak yg bunyi buah kelapa jatuh kat laman rumah dan bunyinya sgt banyak. lepas tu nampak bayang orang pusing sekeliling rumah. disebabkan rumah abg aku ada satu tiang lampu dekat dgn jalan, dan tingkap rumah pulak jenis rumah inggeris yang lama tu, nampak jelas bayang lalu kat setiap tingkap rumah. bayang tu bergerak keliling rumah. dalam 3,4 kali dia keliling rumah tu, dia stop dan kitorg tak nampak dah bayangnya. seterusnya, bunyi mengilai dari pokok kelapa tepi dapur.aku mmg dah tak mampu berdiri dah time tu sbb tahan takut pny psl. lepas bunyi mengilai tu hilang... suasana hening balik. dan anak buah aku sambung menangis.

abg aku mcm frust. dia tduduk kt ruang tamu dan terkeluar jugak air mata dia sbb tak tahan dgn gangguan tu. aku cuba pujuk abg aku supaya relax dan cuba bsabar byk2. anak buah aku tertido sbb penat menangis.

mlm tu berlalu, aku yang tido kat ruang tamu mlm tu mmg cuak gila sampai nampak bayang2 ranting pokok pun aku dah tarik selimut.

bersambung untuk malam ke dua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 02:19 AM | Show all posts
Seram btul...
Apasal benda tu brani sangat nak buat mcm tu... apalah yang salah sangat bagi benda tu sampai mengganggu ketenteraman orang... :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:08 AM | Show all posts
alamak..bila nak sambung nie...

seram separuh jalan dah nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 01:34 PM | Show all posts
huuhh..TT real life story yg menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:15 PM | Show all posts
terima kasih kepada yang tlg mengingatkan psl satu cerita lagi tu. so inilah ceritanya...

sekitar ...
haikal_fadzil Post at 25-5-2011 23:53



   Best2!! Cepat sambung..x sabar menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 05:59 PM | Show all posts
malam ke 2

anak buah aku dah mula menangis sejak dari maghrib. puas aku pujuk,dukung lepas kak ipar dan abang aku pun buat benda yang sama. matanya masih tengok ke arah kawasan yang sama; penjuru siling. mana je aku bawak dia pegi, matanya masih lagi terarah ke sana. aku rasa mlm tu pun, benda tu nak konfrontasi lagi dgn abang aku. abg aku dah nampak macam nak marah2 lagi mcm semalam. so aku bg anak buah aku kat kak ipar aku, mintak sekali lagi macam semalam, duduk dalam bilik.

aku tahan abang aku drpd ambik keris yang dia simpan kat bilik tetamu. aku bgtau abg aku malam ni kita confront cara yang lain. lepas tu skali lg aku dgn abg aku nampak ada bayang mengelilingi rumah dalam beberapa kali. lepas bayang tu dah ilang. anak buah aku kat dalam bilik menangis lg kuat dan kdg2 mjerit.

so aku dgn abg aku berdiri sebelah2 mengadap ke arah penjuru siling tu. kitorg mula bercakap mcm ada something yg tgh btenggek kat penjuru siling tu, mcm berbual dengan dia. dengan intonasi yang rendah, tak ada marah2, macam berbincang secara baik walaupun tak ada yang mbalas percakapan tu. antara isi percakapan kami dengan benda tu lebih kurang mcm ni..

1.kenapa kacau anak buah aku
2.kami tak kacau dia, jadi janganlah kacau kami
3.kita sama2 makhluk Allah
4.abg aku benarkan dia kalo nak duduk kat umah tu tapi jangan ganggu kawasan dia dan family, jz gunakan separuh lg kawasan rumah daripada sebelah dapur ke garaj tu utk dia dan kalo ada keluarganya.
5.abg aku mintak kalo dah duduk rumah tu, sama2 lah jaga umah tu daripada org nak buat khianat ke, merompak atau lain2.

dekat setengah jam, aku dgn abg aku bcakap mengadap dinding mcm orang bodoh bercakap sorg2. lps abg aku sekali lagi bgtau yang benda tu bleh guna sebahagian lg ruang umah yg abg aku tak guna lgsg tu, anak buah aku berhenti menangis.bukan sebab tertido, tapi mmg dgn serta merta dia mmg berhenti menangis. aku pandang abg aku, sambil cakap.. "kalo smlm cakap elok2 dgn dia kanke bagus...ini tengking2, marah2, acu2 keris, mau taknya dia pun jadi baran. tau la askar pun...." aku dgn abg aku gelak2 lepas tu sbb merasakan yang masalah tu mungkin dah selesai...

alhamdulillah, sejak malam tu, anak buah aku dah tak nangis tak tentu pasal lg. kehidupan famili abg aku dah ok balik. mungkin cara konfrontasi yang kitorg  buat tu berjaya. setelah secara agresif gagal, kitorg cuba secara pasif dan lembut.

bbrp minggu kemudian...

aku dan famili abg aku br balik drpd keluar jalan2 sekitar p.d. kami smpai umah selepas makan malam dalam pkl 10. semuanya kelihatan normal, tapi lepas kami masuk umah tu dan bukak lampu, ada seorang pencuri menangis2 terduduk kat tgh2 ruang tamu. nampak mcm orang yg sgt blur dan keliru. lepas dia nampak abg aku, dia terus peluk abg aku sambil cakap tolong keluarkan dia dari rumah tu.dia sgt takut. aku dgn abg aku pelik. aku tny dia, kenapa tak keluar lepas curi barang. dia jawab yang lepas dia kuar daripada bilik tidur abg aku, dia tak jumpa pintu dan tingkap utk keluar. dia mcm terperangkap.lps tu bila nk masuk balik bilik tido abg aku, pintunya pun dah tak ada.

aku dgn abg aku terpandang sesama sndr. n kitorg baru teringat yg abg aku pernah kata kt benda tu, 'kalau dah duduk kat umah tu, sama2 lah tolong jaga umah tu daripada khianat manusia'. peristiwa pencuri terperangkap kt umah abg aku secara tak lgsg bgtau aku yg sebahagian ruang umah tu mungkin dah ddiami oleh benda2 yg kita tak tau nk explain mcmn. alhamdulillah, spjg duduk situ, abg aku takda mengalami benda2 yg memudaratkan dia dan famili lg. dia aman dgn familinya...makhluk tu pun aman dgn keluarganya.

kita sama2 makhluk Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:42 PM | Show all posts
best!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083511 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list