CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haikal_fadzil

My Angker Story Collection

    [Copy link]
Post time 27-5-2011 12:55 PM | Show all posts
malam ke 2

anak buah aku dah mula menangis sejak dari maghrib. puas aku pujuk,dukung lepas kak ip ...
haikal_fadzil Post at 26-5-2011 17:59



   marbeles la part ko pakat ngn bnda tu...alala harun din je...hehehehehe gelak aku bca pncuri tu pelok abg ko...hehehehehehe tu la nk merompak lg...pdan kn muka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 01:15 PM | Show all posts
kisah abg TT ni kt kuarters garison kem ka? mak lang saya pernah dok kt kuarters situ dengan rumah design mcm zaman dulu. rumah dia 2 tingkat tp tingkat atas rumah dia tu mmg akan buat org rasa x selesa mcm seram. tp xtau la tu perasaan je ke atau mmg rumah tu ada penghuni yg kita x nampak...kawasan sekitar dia pun creepy..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:09 PM | Show all posts
cikpanda -> aku duduk bilik yg dua org.tp tinggalnya sorang. tak suka duduk blok yg bilik sorg, jauh ...
haikal_fadzil Post at 5-7-2010 11:13



Masa sy skola dulu prnh wt kursus organisasi kt ukm, tdo 1 mlm. 1 bilik 2 katil, suram je suasana. Last2 x berani tdo 2 org 1 bilik tu, cabut p bilik membe n tdo 1 katil 2 org, kiki. Abg mmg berani, sbb tu la ALLAH uji abg sehebat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:12 PM | Show all posts
terima kasih munchowksy.
gaya penceritaan yg dgunakan adlh direct to the point..hahaha.
teringat z ...
haikal_fadzil Post at 6-7-2010 15:40


TT dari matriks n ukm, amik aliran ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2011 04:01 PM | Show all posts
needa -> bukan garison kem, ni kem yang popular dgn cerita hantu kapten john...pusasda

alambirulaut -> ex kmpp dik. kat kmpp dulu ambik sains hayat, tp sbb pointer mcm harem, so takleh sambung cita2 nk jadik doktor, so ambik multimedia studi kt ukm. pengajarannya...jgn byk main time belajo, nnt pointer ntah apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 05:28 PM | Show all posts
TT... orang bunian ker yg dok sama ngan abang ko tu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 08:39 PM | Show all posts
2003

cuti semester time menuntut kt kolej matrikulasi pulau pinang. aku blk kampung di alor setar ...
haikal_fadzil Post at 2-7-2010 11:08



    ...............menyeramkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 09:00 PM | Show all posts
ish..tak pernah lagi dapat pengalaman macam ni. sekarang ni ada lagi tak bas tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply 125# haikal_fadzil

up kan balik thread ni....xmo kasik karam sbb citenye best2...
arap2 TT pun rajin balik jenguk umah dia ni...cite best2,silala share lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 08:31 PM | Show all posts
tq sbb mengapungkan balik.
bkn tanak update,tp cerita pengalaman sendiri ni dh hbs kot
n ada yg dh lupa. nk recover memori mayb agak mustahil.
nantilah, kalo ada cerita pengalaman sedara mara or kawan2
nanti aku ceritakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 05:32 PM | Show all posts
best thread neh..kuar air mate ms bc..sbb tkt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2011 05:38 AM | Show all posts
sekitar 2006


UKM - latihan teater di studio teater, panggung seni. lebih kurang 11 malam.
malam itu memang malam latihan untuk semua yang ambil kokurikulum bahagian kesenian. macam2 jenis kesenian yang ada. nasyid, dikir barat, tarian, teater, muzik moden, dan macam2 lagi. studio teater terletak kat tingkat atas sekali. setingkat dengan studio angklung, dikir barat, nasyid, dan muzik moden. kepada pelajar2 ukm yang dah biasa dgn kawasan panggung seni dan tingkat2 yang berkaitan dengannya, mesti sudah banyak kali mendengar cerita2 kurang menyenangkan yg sering berlaku kat area2 situ.

latihan teater selalunya habis lewat berbanding dengan kesenian yg lain. selalu dalam pkl 1230am ke atas. lebih kurang jam 1130, cikgu teater aku mintak tolong aku untuk ambik barang2 dia di ofisnya di bahagian depan dewan besar. untuk ke ofisnya, aku perlu berjalan daripada belakang dewan besar yg menempatkan panggung seni, melalui ruang dewan besar yg guna untuk konvo, dan baru sampai ke depan dewan yg menempatkan ofis pusat kebudayaan.

mulanya aku nak pegi sorang2 je,tp lps tu ada 2 org kawan aku mpelawa diri utk ikut aku. tp aku dh warn awal2 kt dorg yg aku nak guna jalan atas, yg mmg gelap dan byk lampu rosak kt koridornya sbb jalan tu plg cepat sampai berbanding dgn jalan bawah yg mmg jauh, pastu turun naik tangga lagi. so dorg kata ok je. mula lah berjalan ke ofis cikgu teater aku.

berjalan kami bertiga, 2 lelaki dan sorg perempuan. berjalan sama2 sebaris,xde sape depan, xde sape di blkg. kami lalu depan bilik angklung, sudah bertutup lampu dan takde student. sebelah bilik angklung, ada blk nasyid. masih ada bbrp student perempuan tgh blatih nasyid kt bilik tu. perjalanan diteruskan sehingga nak dekat ke sudut koridor.

kat sudut koridor tu ada tingkap. dan dari jauh kami nampak sudut koridor tu ada sorg student pompuan bertudung labuh dan berbaju kurung mcm tgh bcakap talipon sambil mengadap keluar tingkap. samar2 sebab banyak lampu koridor yang tak berfungsi dan ada yang berkelip2. kami yang tengah sedap berborak sambil berjalan tiba2 masing-masing terdiam sbb nampak student tu. dalam kepala aku, apa yg aku nampak adalah student yg tgh cakap telefon sbb tu aku diam sbb tanak bising. aku tak tau kenapa lg 2 kawan aku tu tdiam.

2 kwn aku tu mula jalan cepat2 tp aku still maintain takde laju mana.so aku ketinggalan skt. smpai dkt selekoh koridor, kwn2 aku tu cepat2 lalu kwsn tu. aku still maintain berjalan...

aku semakin mendekati student tu. aku tak nampak mukanya tapi gaya berdirinya mmg mcm tgh cakap telefon dgn seseorang..

aku semakin mendekati student tu. semakin dekat dengan sudut koridor.

aku dah berada tepi student tu. aku dengar mcm bunyi student tu tengah menangis mcm perbualannya tu berkaitan sesuatu yg menyedihkan. lagilah aku tanak tegur sbb takut menyibuk hal orang pulak. so aku sambung berjalan melintasi student tu.

tp sifat mengambil berat tu tak boleh nak dibuangkan. baru 2,3 langkah aku melepasi student tu, aku terfikir utk tanya dia ok ke tak. so aku pun berpusing blk utk tegur dia.

student tu dah tak ada di situ... tak ada sape pun kat situ...

aku baru melepasi je budak tu. kalo dia blah lepas aku melintasi dia, mesti aku nampak dia bergerak sepanjang koridor utk ke bilik nasyid. tp mmg xde sorg pun kat situ. aku tak rasa takut tapi aku rasa hairan, mana budak tu pergi. dan tak semena2 aku bersuara tanya kawan2 aku yg dh lepas ke depan dah.. "budak tadi pi mana weh?". itu ayat yang aku tny...

kwn2 aku berenti lps alu bertanya soalan yg agak bodoh tu. diorg patah balik dan tarik tangan aku sbb nk cepat2 blah dari tempat tu. masa diorg tgh tarik aku tu, aku boleh lg tny dorg, mana budak tu pegi, apsal dia nangis sambil cakap telefon, dan ada lg la beberapa soalan bodoh yg terkeluar dr mulut aku.

smpai kt ofis cikgu aku tu, baru lah 2 org kawan aku tu cuba jelaskan kt aku yg aku nampak sebenarnya td tu adalah hantu. bsungguh diorg terangkan kt aku yg aku nampak tu is actually hantu.... dan last sekali aku jawab kat diorg...

"oh, tadi tu hantu yeh?"

p/s: aku tak tau apa perasaan aku time terserempak dgn benda tu waktu tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 04:48 PM | Show all posts
takde cite lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 05:18 PM | Show all posts
Citer ko yang pasal nampak student tudung labuh ckp telefon tu, masa kawan ko lalu dorg nampak jugak ke?
macam mana dorg tahu yg tu bukan manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 01:00 PM | Show all posts
Reply 132# haikal_fadzil


    pengalaman yg bagus nie...best bc citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 04:20 PM | Show all posts
melekat baca dari page 1
best... walopon menyeramkan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 09:07 PM | Show all posts
OOhh patutlah kat benang lain ada forumer panggil gule2
bronches Post at 9-7-2010 12:07



    kat benang citer seram UITM's. Aku baca pun dari seram jd klakau...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 10:04 PM | Show all posts
Seram..Nak lagi!Nak lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:27 PM | Show all posts
salam semua..cekin...masyuk crita ko enci TT{:2_68:}
mmg aku xdak pgalaman encounter mcm korg semua, mimpi2 adala ckit2{:2_75:}
sila hupdate yer..timakacehhhhh{:2_66:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 05:47 AM | Show all posts
assalamualaikum

salam ramadhan al mubarak.

sedang aku bersahur tadi tiba2 baru aku teringat satu peristiwa yang pernah terjadi kat diri aku dahulu kala. begini kisahnya.

sekitar 2005.

di ukm,aku sorang ahli dalam satu kelab teater. pada satu bulan ni, kelab aku bakal mementaskan satu naskhah teater di panggung seni ukm. utk produksi tu, aku dtugaskan sebagai ajk pameran dan jugak pelakon tambahan. untuk bahagian pameran, aku sebagai ketuanya telah mencadangkan agar kawasan pameran tersebut diadakan tayangan video show2 teater kitorang yang pernah dpentaskan sebelum ini. maka dengan itu, kump aku memerlukan seorang pengorban laptop atau pun pc untuk diletakkan di kawasan panggung seni tu.

memandangkan takde sape pun volunteer, aku terpaksa mengorbankan pc aku untuk dbawa ke panggung seni dengan segala mak bapak speaker 5.1 tu pun aku bawak turun ke sana. masalah yg timbul pulak adalah dari segi security barangan tsebut; adakah ia selamat tanpa dicuri oleh sesiapa.aku berbincang dgn guard yang jaga dewan besar dan panggung seni, mereka tak bertanggungjawab kalo ada kecurian barang2 tersebut. dan masalah ke 2, aku tak larat nak ulang2 alik bawak pc aku blk ke kolej sbb byk sgt barangnya, dan juga bilik kelab yg tletak di tingkat atas panggung seni menambahkan lg permasalahannya.

maka, dgn hati yang tenang aku pun mbuat keputusan utk tidur di panggung seni, di sisi pc aku yg juga merupakan sebahagian nyawa aku tu. bagi orang lain yang selalu menggunakan panggung seni tu, keputusan utk bermalam di panggung seni adalah sesuatu yg amat bangang kalo berdasarkan cerita2 yang pernah tersebar mengenai keangkeran kawasan tersebut. tapi, aku buat bodoh je lah. konsep asasnya, kalau aku tak kacau kau, maka janganlah kau kacau aku.


malam pertama di panggung seni.

tengah layan dvd cerita apa ntah sambil memasang speaker surround system tu. budak2 lain tengah sibuk berlatih teater. jam lebih kurang pkl 12 mlm. setengah jam selepas tu, selepas meeting post latihan, mereka pun balik dan tinggallah aku seorangan di panggung seni. ditemankan playlist lagu winamp, aku masih buat kerja2 grafik di situ. tak lama kemudian datanglah guard yang melakukan rondaan rutinnya. dia lepak kejap dgn aku. borak2 pasal hal komputer. sblm dia beredar dia bagitau yang ada lg staf 2,3 orang yg belum blk lagi. mereka2 semua aku kenal. then guard tu pun blah.

lebih kurang sejam lps tu, dtg abg K, juga melakukan rutinnya sblm pulang, iaitu cek segala suis2 supaya ditutup. dia nampak aku lepak kat situ, dan dia dtg kat aku borak2. dalam borak2 dari hal pengurusan, sampailah ke persembahan yang bakal dilakukan esok hari, kami masuk satu bab yg memang antara topik yg agak bangang utk diborakkan di panggung seni di tengah2 malam.. iaitu cerita2 hantu yang pernah berlaku kat situ. mmg leka berborak, sbb masing2 keluarkan cerita masing2.

lbh kurang sejam berborak, abg K meminta diri utk pulang sbb dah lewat mlm sgt dah. sblm dia blah, dgn berseloroh dia pesan kat aku, kalau ada benda datang mengacau, layan borak je..konfem tak takut. aku pun ketawa tanpa memikirkan apa maksud sebenar abg K tu. lepas dia blah aku baru perasan,dia tinggalkan sekotak rokok dunhill dia kat atas meja aku. memandangkan kat depan tu gelap dan xde orang. aku tak jadi nak kejar dia dan aku simpan kotak rokok tu dlm beg aku.

kesokan harinya..

aku sedang membantu budak2 lighting utk set up lampu utk persembahan sbb persiapan barang pameran aku dah selesai. dalam sedang mbuat kerja, abg K bjalan lalu di kawasan pentas dan aku tahan dia untuk bagi balik rokok yang dia tinggalkan semalam.

aku : agak2 la abang.kalut nak balik jumpa bini sampai tinggal rokok kt meja saya
abg K : bila masa aku letak rokok kat meja kau?
aku : semalam lahhh. time lepas kita borak tu. abg cepat2 nk balik. ttinggal rokok.
abg K : kau biar betul,kal. aku balik sama dgn budak2 kau smlm.
aku : hekelehhh...agak2 la nak gurau pun bang. tunggu jap

aku pegi ke beg aku utk ambik kotak rokok tu. ajaibnya... rokok tu tak ada. dada aku mula bdegup agak kencang. tangan aku mula seram sejuk.

aku: abg, serius ke bang? jgn la memain dgn sy
abg K: hotak kau. kau tak pecaya tanya budak2 kau. smlm lps bdk2 kau hbs latihan, dorg pi mapley, aku ada kt mapley tu.
(bdk2 lighting mengiyakan statement abg K)
aku: habis tu, siapa yang berborak dgn aku semalam.....
abg K : hmm... lagi sorang sudah kena....

sblm show, kecoh sebentar dgn peristiwa tersebut. aku bersyukur sbb takda apa yg berlaku masa aku berborak dgn 'abg K' malam tu. kalau tak mungkin aku tak dapat jadi pelakon tambahan dah utk show hujung minggu tu. betullah apa kata 'abg K' tu, kalau ada benda dtg kacau...kau layan sembang je...mesti tak takut...

mmg itulah yang aku lakukan dgn 'abg K' malam tu. layan borak siap bertepuk tampar lagi.. dan yg paling bangangnya.. aku borak cerita hantu dengan hantu...

apekahhhh...


selamat berpuasa

jom solat subuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056608 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list