CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haikal_fadzil

My Angker Story Collection

    [Copy link]
 Author| Post time 28-9-2011 09:18 PM | Show all posts
cerita kali ini pendek saje.

antara 1999-2000

sepupu aku akan berkawen lg 2 hari. aku dan famili pegilah ke rumahnya untuk membantu segala persiapan utk kenduri. siang harinya, byklah kerja2 yg dilakukan, sama jugaklah dengan majlis pd malam harinya. dgn marhaban, tahlil, dan doa selamat semua diadakan. selepas majlis malam tu berakhir, kami pun mengemas rumah dan bersiap2 utk menyediakan tempat tidur utk sedara mara yg tidur kat umah tu.

memandangkan sedara mara yg ada tu sgt ramai, maka ruang bwh rumah tu dijadikan tempat bergelimpangan sedara mara utk tidur. lepas siap semuanya, suasana dalam rumah yg pd awalnya cukup meriah, makin lama makin menyepi lps sorang2 mula melelapkan mata. aku dgn sorg sepupu laki aku masih berbaring di sudut  ruang sambil berbual bisik bercerita ttg hal2 remaja kami.

dlm berborak2 tu, makin lama, kami makin mengantuk. dan akhirnya terlelap. rasanya kamilah yg plg akhir tidur pd mlm tu.

tiba2 aku dikejutkan. sepupu aku cuba mbangunkan aku. tersentak dgn gerakan dia, aku tny dia kenapa. dia hanya diam dan menjuihkan mulutnya ke arah pintu masuk rumah.

pintu rumah terbuka dan aku nampak ada sorang pakcik tua berpakaian lusuh dan bertongkat masuk dari arah pintu tu, terapung bergerak perlahan2 melintasi pandangan kami dan menuju ke dapur. perasaan aku waktu tu jgn cerita la sbb mmg terketar2 tgk bayangan tu bergerak melintas di depan mata aku.

sampai ke arah dapur, lembaga tu ilang mcm tu je.lps tu bapa sedara aku yg tadinya tido, terjaga sbb pintu terbuka., dia bgn dan tutup semula pintu tu.

keesokan harinya.
aku dan sepupu aku cerita kat ayah aku dan bbrp org lg bapa sedara aku pasal peristiwa malam tadi. respon mereka semua sama. tersenyum dan berkata, "tok datang tgk anak cucu dia tu. dia seronok..."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 01:26 PM | Show all posts
ermm...baru mengalami satu peristiwa dlm 2 hari yg lepas.
ingin bkongsi sket ilmu yg aku dpt.

kh ...
haikal_fadzil Post at 17-7-2010 23:20



    TT...saye ni nak kate lama tak lame sangat...barupun tak baru sangat...
tapi inilah 1st time saye jmpa sthg...sthg tu apa ye..?

neway....nice story..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 04:16 PM | Show all posts
Reply 162# azifah84


    sthg = something
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 05:51 PM | Show all posts
best r....jgn lupe update....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 08:38 AM | Show all posts
Reply  azifah84


    sthg = something
aryoung Post at 30-9-2011 16:16



    terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 11:26 AM | Show all posts
sekitar 1990-1991

satu petang, abah aku dpt call yg opah aku sakit. dlm kecemasan, abah suruh aku ...
haikal_fadzil Post at 3-7-2010 13:05



    Aku kena gini la time Krismas 2010. dari JB nk ke Terengganu. Area nk sampai Muadzam Shah. 3 kali keta honda putih potong keta aku. Aku ingatkan aku sorang je perasan, rupa2nya wife aku pun perasan, dia siap ingat nombor plet lagi time tu.

Tu first time aku kena kacau time drive, nasib baik aku x toleh, tengok sape yg drive.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2011 04:49 PM | Show all posts
Reply 161# haikal_fadzil


   
keesokan harinya.
aku dan sepupu aku cerita kat ayah aku dan bbrp org lg bapa sedara aku pasal peristiwa malam tadi. respon mereka semua sama. tersenyum dan berkata, "tok datang tgk anak cucu dia tu. dia seronok..."


seriously? walaupun tok nenek ke..aku rasa kalau kene kat aku mesti terkencing dulu....heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 01:57 AM | Show all posts
mlm tu aku takut smpai nk kencing... tp takut nk pegi tandas sbb bnd tu ilang btl2 dpn tandas. last2 aku kuar umah tembak kt longkang dpn umah je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2011 08:21 PM | Show all posts
baru teringat cerita yang berlaku semasa aku tingkatan 4.

2001

tingkatan 4 di slh sebuah sekolah menengah kat alor setar. dapat mewakili negeri kedah dalam pertandingan puisi sains (puisidra) antara sekolah2 menengah untuk peringkat kebangsaan yang bertempat di ukm. sbg salah seorang team yang terlibat menghasilkan segala bentuk kesan2 khas utk show puisi tersebut. maka bertolaklah kami satu team puisi dari kedah ke bangi.

di ukm, team aku ditempatkan di kolej ibrahim yaakob. kolej ni kena naik bukit sikit dan kami ditempatkan di tingkat plg bawah blok asrama perempuan kerana masa tu student ukm tgh cuti semester. 3 hari lagi untuk kami mempersiapkan segala peralatan dan kesan2 khas sebelum persembahan.

malam pertama...
tak ada apa2 berlaku. hanya meronda sekitar ukm. pegi mines. pegi ke pasar malam kat shell bangi, berlatih di dewan dan balik tido.

malam kedua...
malam rehearsal. lepas solat maghrib, kami perlu bergerak ke dectar untuk sesi latihan lagi. kwn sebilik aku dah keluar sebab dia siap plg awal.maka tinggallah aku sorang nak pegi mandi semua. balik mandi, aku pun salin baju semua...
tiba-tiba, cermin bilik aku diketuk2 oleh seseorang. aku pun tengok ke arah cermin nako yang semuanya aku tutup tu. nampak ada bayang seseorang kat luar dan bayangan tu tak jelas disebabkan sifat cermin nako tu adlh lutcahaya.

tak ada rasa apa2 melainkan rasa terkejut sbb dlm hening2 malam tu aku dikejutkan oleh ketukan bertalu2 ke tingkap bilik aku. aku rasa itu adalah kawan2 aku menyuruh aku supaya siap dgn cepat sbb mmg aku dah lambat pun. tp bayang kt luar tu asyik dok ketuk tingkap bilik aku sampai aku dah naik annoyed. aku pun dgn tak puas atinya pegi ke arah tingkap nak bukak tingkap tu, nk tny kt kawan aku apehal yg dok ketuk tingkap tu byk kali. masa aku pegang lever utk bukak tingkap tu, bayangn tu masih lagi mengetuk tingkap bertalu-talu. aku tarik lever dan tingkap pun terbuka tapi...

tak ada sesiapa pun kat luar....

tak ada bayang sesiapa...

slow2 aku tutup tingkap. bersiap dengan sgt cepat.. masa tengah bersiap-siap tu, pintu bilik aku pulak diketuk dengan bertalu2. sekali lagi mmg aku sgt terkejut, mcm nk tercabut jantung dibuatnya. tapi rrasa terkejut dan takut tu mula hilang sbb suara kwn aku menjerit drpd balik pintu suruh aku cepat sket sbb semua dh menunggu aku sorang saja lg.

aku pun kembali bersiap dgn relaxnya dan cuba melupakan apa yg terjadi kt tingkap bilik tadi. semasa nak keluar daripada bilik, aku baru teringat aku tertinggal torchlite kecik yg dbekalkan utk semua krew2 dlm almari. maka aku pun kembali membuka almari dan mengambil torchlite tu. terlintas dlm ati aku, mayb kwn aku tu jgk terlupa bwk yg dia pny sbb aku tak nampak dia pegang torchlite sblm keluar. maka dari dlm bilik aku tny dia, bwk ke tak torchlite tu.

dari luar dia kata dia pun lupa. aku pun tny dia simpan kt mana sbb aku nak tlg ambikkan utk dia. tp dia insist kata dia nak ambik sndr. so dia pun suruh aku bukak pintu sbb dia nk masuk. masa dia suruh aku bukak pintu tu, dia ada ketuk sket pintu tu utk suruh aku bukak dari dalam, dan masa pintu tu diketuk aku dh pegang tombol pintu... dan aku bukak pintu....

sekali lagi.... tak ada orang....
koridor kosong.... sunyi.....

sgt mustahil kwn2 aku nk main-main kan aku... kalo dia lari masa aku nak buka pintu, pasti aku akan nampak kelibat org berlari dan bunyi larian tu. masalahnya... tak ada orang langsung....

malas nak lepak lama2..aku kunci bilik dan lari cepat2 ke van. semua tengah tunggu aku dgn muka tak puas ati sbb lambat sgt. nama je squad leader tapi lambat nk mampus. dgn muka pucat aku pun naik van dan diam sampai ke sudah. kwn2 lain tny knp dan apa yg jadi kat aku..tp aku diam membisu.

malam tu aku suruh kawan aku jgn tutup lampu masa tido...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 10:40 AM | Show all posts
baru teringat cerita yang berlaku semasa aku tingkatan 4.

2001

tingkatan 4 di slh sebuah sekol ...
haikal_fadzil Post at 28-12-2011 20:21



  huhuhuh.. selamat pengantin lama
huhu..kira tt ni kuat semangat la jugak eak.. walau sikit2 kecut tu...

ada lagi tak tt ? pengalam kawan2 kat u dulu ke?

u kan banyak jugak kisah2 angker ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:11 PM | Show all posts
wahh seram sungguh tu TT. Erkkkk..kalau manja mybe dah tumabng pengsan kot....kerana keseraman. Ada lagi cite...lama sgt dah tak baca citer TT
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 03:07 PM | Show all posts
Nak lagi..nak lagi..TT...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by micci at 8-1-2012 00:22

best la
update lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 2# haikal_fadzil

huhuhu...ada gak camtu. tp menarik gak citenya. hehe. dia nak main2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 26# haikal_fadzil

huhuhu...takutnya..sampai demam2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:34 PM | Show all posts
Reply 39# haikal_fadzil

huhuhu..menarik la cite tt..thanks for sharing kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 47# haikal_fadzil

erkss...takmo..tanak cari pasal..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:41 PM | Show all posts
Reply 78# bronches

ntah2 pacik tu pun jelmaan gak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 114# haikal_fadzil

serious, meremang bubu baca cite ni..iskkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 05:10 PM | Show all posts
Reply 140# haikal_fadzil

dan yg paling bangangnya.. aku borak cerita hantu dengan hantu...


hihihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060464 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list