CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

     Close [Copy link]
Post time 23-7-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 02:26 PM | Show all posts
wah..bestnya..tq for pic bling..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:27 PM | Show all posts
wah..bestnya..tq for pic bling..hehe
naza81 Post at 23-7-2010 14:26

sama-sama, dgn camera aku yg tak berapa tinggi megapixels
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:29 PM | Show all posts
apa citerlah YEM ngan LALA nie... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:58 PM | Show all posts
cantiknya bling...ari 2 itu xblh bayang nampak bayang2 aje..skrg bling nak ltk pic memang dah blh bayang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:07 PM | Show all posts
akak gi KK ngan kak qimi....
Ju'a Post at 23-7-2010 07:59


wah... bestnya Ju'a & qimi buat rombongan WR ke KK
banyak bersopping?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2010 03:08 PM | Show all posts
Wah bestnya dapat cuti dgn member2 kat sini.

Lain tahun bolehlah ikut ya?
anieaina Post at 23-7-2010 11:10


me pun nak ikut.... hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply 220# cmf_blingblings

tq blings
smiley pun tak pernah pergi tp tgk kat TV je

dah bertahun tak pergi langkawi
dulu masa my arwah pak mertua ada dia suka benor gi sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 03:12 PM | Show all posts
juna, ari ni ada n3 x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:14 PM | Show all posts
Reply 229# tudung_bawal
ada jap lagi
skrg iklan dulu ek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:15 PM | Show all posts
cantiknya bling...ari 2 itu xblh bayang nampak bayang2 aje..skrg bling nak ltk pic memang dah blh ba ...
asnita Post at 23-7-2010 14:58

masalahnya nak kencing berak!! pakai tirai jek!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply 230# sang_arjuna


    thanks juna. really appreciate it
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply  tudung_bawal
ada jap lagi
skrg iklan dulu ek
sang_arjuna Post at 23-7-2010 15:14
iklan ditaja oleh akk bling
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

tq blings
smiley pun tak pernah pergi tp tgk kat TV je

dah bertahun t ...
sang_arjuna Post at 23-7-2010 15:10
org tua-tua mmg suka, boleh sopping, org muda pulak suka santai kat beach
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:26 PM | Show all posts
Gadis muda itu tersenyum malu setiap kali Adham memandangnya. Macamlah aku nak mengorat kau, dik oi. Dengan wajah serius Adham menyelak borang yang telah di isi dan juga surat sokongan dari Professor Anusya dari UITM. Sementelahan Datuk Badri sedang bercuti, Adham terpaksa menggalas tanggungjawab memberi taklimat kepada Izlyn Sofia bt Mohamad , pelajar Architecture yang akan menjalani latihan praktikal selama dua bulan dengan Akitek Karyabina.

“ As an intern you are expected to assist any of the architects here. Apa apa kerja yang di beri, awak kena siapkan. Kalau tak faham boleh tanya pada saya atau mana mana akitek dan draughtsmen kat sini. Of course, we will not give you work that is beyond your capabilities. Elaun RM500 sebulan, no overtime. Kerja 5 hari seminggu tapi kalau perlu kena kerja hujung minggu. Tapi elaun akan di beri kalau awak kena pergi outstation”

Muka Izlyn Sofia nampak risau. Dia teragak agak untuk bertanya. Takut nanti Encik Adham yang kacak ini menukar fikiran dan menolak permohonannya sebagai intern. Hatinya bagai terkena panahan asmara sebaik menatap wajah Encik Adham buat pertama kali. Sudah 20 tahun usianya tapi dia tak pernah berdepan dengan lelaki yang punya karisma hebat seperti ini.

“ Any questions?”

“ Saya.. saya kena pergi outstation selalu kah? Seorang … sorang diri?” Izlyn Sofia gugup. Jarinya di patah patahkan. Adham mendengus. Ini yang aku tak tahan, nak jadi akitek tapi tak ada confidence. Results bagus, CGPA 3.2 tapi tergagap gagap. Ini baru berdepan dengan aku, kalau dengan klien mesti terkencing.

“ Tak. Awak cuma perlu pergi kalau ada akitek yang bawa awak. Jangan risau, kami di Karyabina pun tak akan lepaskan awak sendirian ke mana mana” Hancur reputasi syarikat kalau budak ini jumpa klien. Macam anak ayam hilang emak saja lagaknya.

Lega Izlyn Sofia. Tapi kalau pergi dengan Encik Adham saya tak kisah, kata hatinya. Dia tertanya tanya sama ada lelaki di depannya sudah berpunya. Berapa umurnya? Apa ciri wanita idealnya? Izlyn sedar dirinya tidaklah secantik mana tapi manis di pandang. Ramai juga pelajar lelaki yang mengushar nya di kampus. Tapi dia yang malas nak layan. Semuanya” tak berjenih” kata orang Utara, asyik bersiul atau mengusik dengan kata kata yang kurang sedap di dengar. Tak matang macam Encik Adham.  

“Hari ini awak tolong Encik Shahrul. Dia perlukan bantuan untuk projek perumahan. Sesuai lah dengan kebolehan awak.” Adham menyusun semua dokumen Izlyn dan memuatkan kembali ke dalam sampul saiz A4.
“Sekarang awak pergi jumpa Mrs Chin, secretary Datuk Badri. Dia akan perkenalkan awak pada semua staf di sini kemudian tunjukkan meja awak. Bagi forms ini pada HR”

“ Se… sekarang? Encik Adham….Encik Adham tak nak ajar saya?” Izlyn terpinga pinga. Ingatkan Encik Adham akan menemani nya sepanjang hari. Matanya merayu.

My God, she has a crush on me. Adham hampir ketawa. Best juga kalau layan minah hingusan ini. Boleh aku buli dia cukup cukup. Mesti dia rela jadi balaci aku. Tapi takut pula kalau Izlyn Sofia betul betul menaruh harapan. Wajah Najlah terus melintas di mindanya. Astaghfirullah. No.. no…no… selisih malaikat. Tak berbaloi langsung.

“Saya kena keluar sekarang. Saya ada appointment dengan klien” Klien paling penting… Najlah. Sengaja Adham cari peluang curi tulang  ketika Datuk Badri tak ada. Dah jadi macam budak jahat ponteng sekolah pula aku ni. Tapi inilah kesempatan paling bagus, orang tak ramai di shopping center waktu kerja. Lagipun Najlah dapat cuti hari ini. Dapatlah aku dating dengan isteri ku
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:31 PM | Show all posts
masalahnya nak kencing berak!! pakai tirai jek!!
cmf_blingblings Post at 23-7-2010 15:15



    blings...bahaya tuu!!!
    rasa x selesa...heheheee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 03:36 PM | Show all posts
smiley, lgg!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:39 PM | Show all posts
alamak tak mau lah izlyn ni nak ngorat Yem, atau Yem yang tergodam!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-7-2010 15:55

Sudah lebih sejam mereka berada di bahagian pakaian wanita di Metrojaya Midvalley. Sengaja Adham memilih Midvalley kerana jauh dari ofis. Risiko terserempak dengan staf  sangat minima. Bukannya takut kena report tapi takut ramai yang ambil iktibar dan mencontohi perbuatan dia dengan Najlah. Habislah kalau Datuk Badri tahu kelakuan akitek yang mendapat kepercayaannya.

Najlah keluar dari fitting room “ Macam badak sumbu tak?” Dia bertanya dengan nada perli sambil memusingkan badan. Tubuhnya tenggelam dalam baju hitam kembang berkolar putih.

Kasihan Najlah! Sanggup pakai baju besar dan longgar macam gaun konvo sebab nak menggembirakan aku. Tak patut betul aku cemburu buta. Tapi nak buat macam mana , cemburu tanda sayang. Adham ketawa “ Tak payahlah beli baju tu. Besar sangat. Nanti kalau angin kuat boleh terbang.”

“ Kan I dah kata, I tak payah pakai baju maternity lagi. Salesgirl pun cakap macam tu. Cukuplah baju yang I dah pilih tadi. Dah banyak pun.” Najlah mengeluh kepenatan. Bukannya aku tak suka shopping, tapi shopping dengan Adham sangat lah leceh. Semua pakaian kena cuba dan tunjuk kat dia. Mak pun tak macam itu masa aku kecil dulu. Akhirnya dapat juga 4 helai top dan tiga seluar saiz XL dari Passages dan East India Company yang melepasi piawaian Encik Ibrahim Adham.

“ Okay sayang. Eh… tak nak beli lingerie?” Najlah mencemik

“ I dah penat lah. Why don’t you buy something and surprise me.”

“ Betul ni? Tapi kalau I beli you mesti pakai tau. Jangan kata macam lastik burung lah.. apa lah” Adham ketawa terbahak bahak mengingat pakaian dalam yang pernah di beli untuk Najlah. Merah padam muka Najlah ketika membuka bungkusan hadiah.

“ Buruklah that lacy red g - string. Kakak kakak kat Lorong Haji Taib saja yang pakai camtu. Please lah… I got taste.”  

“ I know.Sebab you ada good taste lah you pilih I kan?” Dia memaut lengan Najlah dan terus ke kaunter bayaran.

Selesai membayar Adham menjinjit tiga beg kertas berlogo Metrojaya.  Kalau masa bujang dulu dia cukup benci menemani mana mana kawan perempuan shopping. Jangan harap dia nak tolong bawa beg. Tapi dengan Najlah dia yang beria ria. Inilah penangan cinta pada ratu hatinya.

“ Jom kita makan kat Secret Recipe. I dah lama tak makan spaghetti tomyam. Pastu kita pergi beli donut kat Krispy Kreme. Boleh?”

“ Of course. Anything you nak. You ni best lah, tak demand apa apa yang pelik pelik. Kalau teringin nak makan pun, yang simple simple saja” kata Adham sambil menuju ke arah Centre Court mid valley.

“ Doktor kata kalau kita teringin nak makan sesuatu masa pregnant, badan kita kurang nutrient yang ada dalam makanan itu. Macam kalau orang teringin makan seafood mungkin dia kekurangan iodine. Ada juga yang teringin makan benda merepek sebab psikoloji… dia kurang mendapat perhatian.” Najlah bercerita.

“ Doktor mana yang cerita ni? “

“ Dr Maziah lah. Takkan Dr Norman.pula. You nak dia jadi gynae I?” usik Najlah. Adham mengetap rahang. Dia tahu Najlah berlelucon tapi imej Dr Norman memeriksa isterinya…… nauzubillah. Rasa macam nak terbelah kepala.

“ Over my dead body. Kalau tinggal dia sorang saja gynae dalam dunia ni pun, I tak rela. Baik I carikan bidan kampung. Anyway, betulkah dia nak jadi gynae?” Betul sangkaan aku… Dr Normiang nama sesuai baginya. Cahaya Miang. Mereka duduk di satu satunya meja kosong di Secret Recipe

“ Taklah.  I melawak saja. Dia nak specialise in neurosurgery. Tapi lambat lagi. Housemanship pun belum habis. Anyway, let’s not talk about him. Cepatlah order, I lapar ni”

Selesai makan mereka ke Krispy Kreme. Henfon Adham bernyanyi riang ketika Najlah sedang memilih doughnut. Nama Shahrul terpampang di skrin

“ Am, mana kau?”

“ Kat luar. Kenapa? Ada problem kat ofis?” Nada suara Shahrul panic semacam.

“ Minah yang buat praktikal tu. Aku suruh dia buat kerja habuk pun tak tahu. Lepas tu  file yang aku save dia  terdelete. Apa lagi, aku sound lah dia. Sekarang ni dia kurung diri dan menangis macam orang mati laki kat toilet”

Adham melepaskan nafas berat. Problem betul si Izlyn Sofia ni. Baru berapa jam mula kerja dah buat kecoh. Jenis macam dia patut duduk rumah tunggu orang masuk meminang saja. Taklah menyusahkan orang. Tapi nak buat macam mana, dia anak bekas pemandu Datuk Badri. Datuk Badri sayang sungguh pada Pakcik Mamat. Terpaksa lah aku selesaikan masaalah ini.

“ Lala… I kena balik ofis. Ada problem dengan student yang buat practical. I hantar you balik dulu”
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:42 PM | Show all posts
nak lagi... sikit sangat laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.328260 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list