CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return to list New
View: 6744|Reply: 80

AlFatihah: Pelajar Tahfiz Syahid Dalam Kebakaran!

[Copy link]
Post time 26-7-2010 10:20 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


RENTUNG...asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom yang hangus terbakar.


Bahana 6 ubat nyamukam@hmetro.com.my
2010/07/26



KAJANG: Saya mendengar dia menjerit meminta tolong, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api makin marak, kata kawan karib kepada mangsa rentung, Syed Omar Ali Syed Zakir, 11.
Mangsa, Abdul Rahman Rosmali, 9, ditemui rentung dalam bilik asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom akibat tidak sempat melarikan diri bersama tujuh lagi rakannya.

Saya sudah menasihati rakan untuk membakar satu saja ubat nyamuk itu, tetapi mereka berdegil mahu memasang enam dengan alasan malam itu terlalu banyak nyamuk.

Masih terngiang-ngiang lagi suara Abdul Rahman meminta tolong, tetapi api makin marak menyebabkan dia dihempap kayu, saya dan enam lagi rakan juga dipaksa keluar dari bilik itu bagi menyelamatkan nyawa kami.

Dalam kejadian 2 pagi itu, lot banglo dua tingkat itu yang menempatkan 20 pelajar, hangus menyebabkan Abdul Rahman yang terperangkap dalam bilik itu rentung.

Bapanya, Rosmali Saad, 37, berkata, dia reda dengan ketentuan itu dan menerima berita sedih berkenaan dengan tenang.
Saya menerima panggilan jam 2 pagi mengatakan pusat pengajian tahfiz itu terbakar, saya bergegas ke tempat kejadian dan pada mulanya saya tidak menyangka budak rentung itu anak saya.

Arwah seorang yang pendiam, dia budak yang baik dan rajin, apa pun saya reda dengan pemergiannya, mungkin ini ujian Tuhan untuk kami sekeluarga.
Rosmali berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada Jumaat lalu di masjid berdekatan ketika mahu solat Jumaat.

Seperti biasa dia hanya tersenyum pada saya dan tidak menunjukkan apa-apa petanda dia mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji kelapa, Batu 15 1/2, Hulu Langat di sini, semalam.

Abang mangsa, Abdul Malik, 14, berkata, dia percaya, punca kejadian akibat ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik itu.

Saya ada bertanya kepada rakan adik mengenai punca kejadian dan mereka mengatakan ubat nyamuk yang dipasang menyambar pakaian yang ada di bilik itu, malah turut menyambar kaki seorang rakan yang lain, tapi berjaya dipadamkan, katanya yang juga penuntut di pusat pengajian sama.

Jenazah Abdul Rahman dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Dusun Tua jam 2 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba Kajang, Shauki Abdullah, berkata 14 anggota dan dua jentera dikejar ke sana bagi memadamkan api dan ketika tiba di tempat kejadian, hampir 80 peratus asrama tahfiz itu sudah terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian daripada merebak ke kediaman berhampiran, katanya.

Shauki berkata proses memadamkan kebakaran itu turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada lingkaran ubat nyamuk yang dipasang.

Pengasas rumah tahfiz terbabit, Dr Shahrir Hussin berkata dia menyerahkan kepada polis dan bomba untuk mentafsir kerugian serta punca kejadian.

Bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kehilangan seorang pelajar yang amat baik dan tidak banyak kerenah seperti Abdul Rahman, katanya.




P/S  Al. Fatihah.......Sudah begitu ketentuan illahi. Namun sikap berjaga-jaga para pelajar perlu dipertingkatkan dan kerjasama dengan pihak yang berwajib dalam menerapkan penjagaan keselamatan bangunan perlu dibuat !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2010 11:40 AM | Show all posts | Share
Pengasas rumah tahfiz terbabit, Dr Shahrir Hussin berkata dia menyerahkan kepada polis dan bomba untuk mentafsir kerugian serta punca kejadian.


Kagum dengan kegigihan segolongan professional yg bertanggungjawab berusaha meningkat syiar agama di Malaysia.
Ucapan ku....jangan serik !
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:43 AM | Show all posts | Share
pengajaran jangan guna ubat nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:44 AM | Show all posts | Share
Reply 3# simply_me


    habes gune riksed daje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:46 AM | Show all posts | Share
nanti ada puak2 yang meroyan dengan bab2 mati syahid nih...macam2 hujah fatwa gigih nak didebatkan pasnih...
anyway..
TAKZIAH buat keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:47 AM | Show all posts | Share
ceq sedih betui dengaq berita nih semalam

awat hantaq anak kecik2 lagi duk jauh2 dari mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:48 AM | Show all posts | Share
alfatihah

innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:49 AM | Show all posts | Share
pliss ban ubat nyamuk bakar tuh kat hostel2, pondok tuh..guna ubat nyamuk yg tak perlu dibakar jahh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:50 AM | Show all posts | Share
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:51 AM | Show all posts | Share
belikan kelambu je buat budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:52 AM | Show all posts | Share
Innalillah..takziah pada keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:56 AM | Show all posts | Share
RENTUNG...asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom yang hangus terbakar.


Bahana  ...
tongkatwaran75 Post at 26-7-2010 10:20



Pihak pengurusan sebenor nya bley menggelakkan kejadian ubat nyamuk ini.
Yakni dgn memasang 'mata punai' or jaring nyamuk di tingkap tingkap.

Spray Ridsect sebelum menutup tingkap n pintu asrama.

Harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:00 PM | Show all posts | Share
Takziah diucapkan kpd keluarga arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:01 PM | Show all posts | Share
budak tu kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:03 PM | Show all posts | Share
Al Fatihah... semoga rohnya dicucuri Rahmat olehNya!!! sedey gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:38 PM | Show all posts | Share
budak kecik.....dia x tau bahaya

jangan kata budak kecik, aku dah besar ritu pon, penah letak lilin atas kerusi plastik.....sib baik dekat toilet, aku simbah ngan air....

insyaAllah, dia meninggal sbg seorang beriman.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:43 PM | Show all posts | Share
Al Fatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:44 PM | Show all posts | Share
Bukan dah bnyk ke kes kebakaran yg diakibatkan oleh ubat nyamuk/lilin/rokok ni...  that's why kalo nak tido, better la make sure semua benda2 yg ber'api' ni, dipadamkan. Klu nak guna ubat nyamuk yg bakar tu sekali pun, kena ensure ia tidak diletakkan di atas atau berhampiran benda2 flammable. Coz klu ia patah, atau baranya jatuh atas kertas contohnya, mmg leh terbakar. Mungkin kerajaan patut cari alternatif lain, contohnya menyarankan agar semua hostel menggunakan penghalau nyamuk letrik tu...  atau sebarang alternatif lain yg lebih berkesan...  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:47 PM | Show all posts | Share
Budak kecik belum baligh.. belajar pulak tahfiz..alangkah mulianya..

Pun begitu, Berat mata memandang, berat bahu memikul kesedihan tu..

Insyallah syurgalah tempat budak tu.. kalau ibubapa budak tu bersabar, pahalanya adalah begitu besar sekali.  Bukan suruh bergembira tetapi menerima takdir dgn sabar dan redha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:48 PM | Show all posts | Share
sorang lagi syahid menentang kekejaman nyamuk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:49 PM | Show all posts | Share
memang dah ajal, tapi boleh dielak kalau nak. paang ubat nyamuk sampai 6, macam unacceptable je. nak senang guna je la yang letrik tuh/
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:49 PM | Show all posts | Share
al-fatihah....takziah kpd keluarga si mati.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 01:07 PM | Show all posts | Share
Innalillah dan Al-Fatihah...
tp bab2 keselamatan tu kene upgrade la in the future.pasang jaring2 kat tingkap n lubang..kalo nyamuk still msk..bg kelambu..aku takleh ubat2 nyamuk ridsect neh..lemas..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 01:08 PM | Show all posts | Share
al-fatihah...takziah kepada keluarga arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 01:17 PM | Show all posts | Share
tak sempat cuba nasib akademi imam muda ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

31-8-2015 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.304694 second(s), 12 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list