CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: allsparks

Kisah aku dan Che Pon... update 7th Encounter pada 17/09/2010

  [Copy link]
Post time 26-8-2010 05:49 AM | Show all posts
Reply  NoX


ko tolong aku yer nox.. aku away 2-3 hari ini. penuhkanlah dgn cerita2 seram tu. ya ...
allsparks Post at 26-8-2010 00:10



hehehehe bro....citer aku pasal cik pon ni tu jer ler kot...
mintak2 xder lar lagi pertembungan aku dgn cik pon, cik lang atau encik2 dan cik2 yg lain...
arap2 forumer2 lain blh lagi kongsi citer kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 06:31 AM | Show all posts
ops aku baru teringat benda yang jadi dalam 5 tahun lepas kot masa clearing work untuk projek DUKE.

Tak jauh dari rumah member aku (aku sewa bilik umah dia) memang dah earmarked untuk projek expressway tu jadi memang x de pembangunan lah, hutan jer sampai projek tu nak jalan. Bila projek start, kawasan tu pun di clear kan.

Satu malam ni aku tengah jemur baju. Dok apartment, baju jemur anytime jer. Tengah ralit menyidai baju kat jeriji grill tu aku nampak ada kain putih terkibar, pelik gak ler sebab baju yang aku sidai tu warnanya bukan putih. Tapi aku buat donno jer. Lampi la katakan. Siap sidai tu aku prepare nak tidur la.

Katil aku ni setentang dengan tingkap dan aku suka bukak tingkap sebab nyaman jer rasanya dan tingkat tinggi ni tak de la kena hurung dengan nyamuk. Kipas pun ngong ngong bertambah nyaman aku rasa. Tak lama tidur tu aku tersedar tapi mamai2 jugak ler. Antara sedar dengan tak tu aku macam nampak ada pompuan kat tingkap tengah tengok aku tidur. Rambut panjang pakai baju putih.

Aku tak tau la berapa lama 'dia' ada kat situ sebab aku pusing mengiring dan lena balik hehehe. Bangun pagi tu baru terfikir apa bendanya. Tapi dua hari gak la ada gangguan kat rumah tu, biasanya tak pernah. Kebetulan housemate aku tu balik kampung. Dah seminggu lepas tu baru aku citer kat dia, dan dia pun pecah rahsia gak kenapa dia balik kampung dan baru aku faham la kenapa tetiba agak terganggu sket rumah tu. Tapi ni mungkin kebetulan jer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:40 AM | Show all posts
Reply 179# cocoagirl

cocoa letak mana citer tu?..nak jugak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:47 AM | Show all posts
Reply 175# gegulagetah

gegula dok obesi mana ni?..aussie?..
mat salleh sebok nak correlate fenomena hantu dgn science fizik..yg siap bawak geiger muller tu sbb derang percaya lagi kuat bunyik mende tu, lagi kuat aura hantu..ada bawak kamera yg ada infra red..konon boleh nampak tenaga yang terkumpul atau cas terkumpul kat kawasan yg antu tu tengah diri...macam2...nak tergelak pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply 174# NoX


  ok, noted..takdela nak suh pegi..takut2 antu tu plak ikut balik rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 10:52 AM | Show all posts
Aku tak tau la berapa lama 'dia' ada kat situ sebab aku pusing mengiring dan lena balik hehehe. Bangun pagi tu baru terfikir apa bendanya. Tapi dua hari gak la ada gangguan kat rumah tu, biasanya tak pernah. Kebetulan housemate aku tu balik kampung. Dah seminggu lepas tu baru aku citer kat dia, dan dia pun pecah rahsia gak kenapa dia balik kampung dan baru aku faham la kenapa tetiba agak terganggu sket rumah tu. Tapi ni mungkin kebetulan jer.
gegulagetah Post at 26-8-2010 06:31


apa rahsianya?..apa pulak kebetulannya...citer kasi abis la bro..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2010 05:24 PM | Show all posts
Reply  gegulagetah

gegula dok obesi mana ni?..aussie?..
mat salleh sebok nak correlate fenomena ...
yenil95 Post at 26-8-2010 00:47


yenil, dok belah barat hemisfera utara hehehe..
memang hantu kat sini tak senang duduk la sebab asyik dicari aje . Selalu gak depa buat xpdc cari hantu bawak semua peralatan bagai. Aku tak pernahlah ikut, sebab aku ni jenis lampi. Bila dah nampak aku boleh blur dah lama pas tu barulah terfikir apa yang aku nampak tadi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 05:39 PM | Show all posts
apa rahsianya?..apa pulak kebetulannya...citer kasi abis la bro..
aint Post at 26-8-2010 02:52


Alamak sorry la, aku ingat citer dah abis rupanya tak abis ek?
Housemate aku balik kampung sebab dia bawak abang dia pi 'berubat'. Ada masalah keluarga sikit. Aku tak tahu, aku ingat dia balik kampung biasa-biasa ajelah. Bila dia beritahu yang dia bawak abang dia berubat tu aku tanyalah hari-harinya. Tu yang aku rasa mungkin kebetulan kot sebab pada hari2 tu lah aku rasa lain sket kat rumah tu.

Malam pertama tu, masa aku balik bukak pintu gril (kunci pintu ni ketat sikit) aku rasa macam ada orang perhatikan aku, tapi aku ingat perasaan aku aje. Ye lah aku memang jenis balik lewat malam sebab kerja (aku pi kerja lepas maghrib dan balik sebelum subuh). Aku siap pusing belakang tengok ada orang ke tak, tak de. Aku pi kat tepi dinding tengok ke luar, tak de. Pas tu aku masuk rumah kunci pintu, tapi hati tu tetap berdebar-debar gak.

Lepas mandi solat isya' dan sementara nak tunggu subuh aku layan Astro sat sambil makan burger. Dari ekor mata aku nampak ada macam budak kecik (nak kata budak kecik tak gak tapi bentuk macam tu lah) merangkak laju dari bawah meja. Kira merangkak dengan tangan dia lurus dan dia tolak badan dia bukan dengan lutut tapi dengan tapak kaki (paham ke ni?) Sekilas. Cepat sungguh. Aku pusing tengok.. dah tak de. Aku kejar sebab dia macam hala ke dapur, tak dak. Aku bukak semua lampu, tak dak. Aku keluar kat bahagian wet area tempat kitaorang sidai baju selalu, tak dak. So aku ingat perasaan aku ajelah. Aku sambung makan dan tengok tv. Sungguh! Masa tu aku tak fikir apa2 langsung sebab aku ni kadang2 suka beranganlah, pikir bukan2 lah.. banyak tengok tv la katakan.

Memang aku tak dak ambik port langsung sampailah kejadian malam kedua yang aku dok sidai baju tu. Tapi pun aku buat tak kisah gak sebab aku memang lampi. Bila housemate aku cerita pasal dia pi berubat dan kebetulan hari dia bawak abang dia tu hari aku ternampak-nampak tu aku cuma jawab - patutlah. Dia pun heran tanyalah apasal. Aku citer apa yang jadi.

Aku tak sangka la housemate aku jenis yang pergi 'berubat' dengan'ustat' sebab dia jenis sempoi ja, dan aku pun dari keluarga yang susah nak percaya pasal perubatan tradisional ni (sorry ek bukan niat nak sakitkan hati sesapa) sebab kami memang banyak bad experience dengan bomoh dukun masa arwah ayah aku sakit. Mak aku pernah sumpah seranah satu bomoh ni sebab guna ilmu hitam, berani gila mak aku tuh pi rumah bomoh dok menyalak marah kat situ sampai halau semua orang yang datang nak berubat balik. Dia kata bomoh ni penipu guna ilmu hitam. Memang pun. Last2 ayah aku pi operate gak, sebenarnya dia slip disc tapi bomoh tu kata ada orang dengki kat ayah aku hantar hantu bagai, padahal tak pun.

perkh panjang la plak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 05:55 PM | Show all posts
Reply 187# gegulagetah

Kanada?..aku belasah jer ni..

Tapi dok belah barat ni, nak keluar jalan2 maghrib ke, tengah malam ke, memang tak rasa takut atau saspen dengan hantu..yang takut cuma dgn penyangak jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:01 PM | Show all posts
lampi tu amenda?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:09 PM | Show all posts
Reply 189# yenil95


   Jauh tu ko bagi kat aku hahahaha
Kau jangan yenil, ada gak la beberapa kali kot aku kena kacau ngan hantu Barat ni. Kat tanahair aku tak pernah kena tindih, tapi kat sini ada gak lah 3 kali kot aku kena tindih tapi sempat pusing dan tido balik sampai aku tanya kat kawan aku macamana rasa kena tindih sebab nak pastikan apa yang aku alami tu memang fenomena 'nak kena tindih' huhuhuhu. Sekali pulak tengah sedap tidor tiba-tiba jer macam bunyi bom kuat kat kepala aku, terus terduduk.

Yang ni memang sihir sebab bukan aku sorang yang kena tapi member aku yang rumahnya dalam 40 minit jalan kaki (errr.. 3-4km kot) pun alami benda yang sama pada masa yang sama. Dia ingat budak nakal baling batu kat tingkap sampai dia bangun bukak lampu check tapi takdak hahaha. Sebab asalnya kami ni adalah membantu sorang budak kena sihir.. tu yang tuannya marah kot terus bagi amaran kat kami huhuhu. Manalah aku nak tau kan?

Sebelum tu dalam 9 tahun lepas pernah gak lah selimut tebal aku terawang2 kat udara tapi masa tu aku tak dok sini lagi, aku pi backpacking ke Europe. Masa jadi tu aku tak fikir apa pun, fikir nak tido jer tapi bangun pagi esok tu aku terus lompat katil menyempit kat kawan aku, tapi dah terlambatlah kan.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:10 PM | Show all posts
Reply 190# bronches


   hahaha sorrylah - lampi ni bahasa orang lama gitu..
lampi - lambat pickup. blur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2010 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by allsparks at 26-8-2010 23:07

6th Encounter

Salam dan selamat sejahtera para ilmuan cari.com,

Malam ini saya ingin berkongsi cerita mengenai che pon lagi. walaupun pelbagai hantu yang pernah saya terserempak, disebabkan thread ini berkisar che pon, maka saya ceritakan mengenai che pon sahaja. terima kasih kepada semua yang sudi reply dan berkongsi cerita masing2. saya cukup gembira dengan penglibatan anda sekalian dalam memajukan industri hantu di malaysia...

Baiklah, untuk kali ke-6 saya terserempak atau tersampuk dek pontianak. Kejadian itu berlaku ketika saya melanjutkan pelajaran
saya di sebuah universiti di Perak. kawasan itu memang berpontensi menjadi lubuk makhluk halus kerana kawasannya memang tersimpan pelbagai sejarah yang kita tidak ketahui dan masyarakat di situ masih mengamal ilmu2 mistik seperti apa yang tamar jalis warwarkan.

Waktu itu jam 2.30. Saya baru sahaja selesai study group bersama beberapa orang rakan kerana peperiksaan semester sudah hampir. Perut pula terasa lapar , malangnya untuk mendapatkan makanan adalah pergi ke kedai di luar universiti. Kedai mamak atau mapley memang famous pada waktu malam . Roti canai, nasi goreng kambing, mee goreng mamak memang menjadi pilihan saya selama 5 tahun belajar di sana. Kami bergerak dalam 5-6 buah motosikal secara konvoi motosikal. Jarak dari universiti ke tempat kedai mamak adalah kira2 15 kilometer, melalui jalan yang begitu gelap dan amat bahaya kerana kenderaan begitu laju ketika melalui kawasan itu.

Untuk mengelakkan kemalangan, kami bergerak secara solo , kerana lembu dan binatang liar sering melintas menggunakan jalan tersebut. Saya berada di posisi yang paling akhir kerana motor saya mempunyai jarak penyuluhan lampu yang paling terang. Saya memakai seluar jeans dan jaket kerana malam itu sangat dingin walaupun langit cerah. Tepat jam 2.45 pagi, kami bergerak secara konvoi untuk bergerak ke kedai sasaran kami.

Malam yang sungguh dingin, bulan terang dan bintang berkedipan. Sambil saya memerhatikan rakan2 memotong saya satu persatu, saya menyanyikan lagu dari kumpulan nasyid inteam, hijjaz dan rabbani kerana saya berasa seram pada malam itu kerana kenderaan yang lalu lalang hampir tiada pada pagi itu. Amboi sorang2 memecut macam pelesit, bentak hati saya. tak tunggu member langsung!

Kira -kira 2 km dari kedai mamak, kami melalui sebuah jambatan yang baru dibina. menurut kawan2 yg kaki kluar mlm, mereka agak fobia melalui jambatan ini kerana mmg pelbagai cerita sy dgr. jelmaan lembu putih, harimau, che pon, kambing mata merah dan makcik cine berjalan terawang2 mmg famous di jambatan ini. Saya cuba mententeramkan hati sy kerana tergt dek kisah yg pernah diceritakan oleh kawan2. Saya ditinggal jauh oleh rakan2 walaupun sy menunggang selaju 80km/jam.

Sampai sahaja di permulaan jambatan, motor saya tetiba menjadi perlahan sehingga kelajuan 20km/jam sahaja. walhal jambatan itu lurus sahaja. Dah agak! ini malam memang wa kenalah punye, bisik hati ku. saya terasa dingin yang amat disamping bulu roma sudah menegang sebagai tanda kehadiran sesuatu. Saya membaca beberapa surah tetapi tunggang langgang kekdahnye. huhuhuhu... abislah.. saya memberanikan diri memerhatikan cermin sisi motosikal saya. Dari cermin saya nampak sekujur tubuh berbalut putih kusam sedang membonceng motosikal saya. Waaaaaaaa... kenape naik mutoku... dah la tak pakai helmet, saya cube berjenaka utk menghilangkan rasa takut. Saya cepat2 memalingkan muka saya ke hadapan semula dgn harapan agar tiada body contact dgn makhluk yg membonceng secara haram bersama sy. Rambutnye mmg jelas panjang mengurai sehingga jelas kelihatan pada jaket saya. Subhanallah jangan la die menjerit di belakang time2 naik mutor ni. mau nyer eksiden kerana terkejut.

Ketika saya menghampiri hujung jambatan, motosikal saya hampir ter-wheelie akibat 20km/j menjadi 100km/j dalam sekelip mata. saya masih sempat mengawal handler untuk mengelakkan kemalangan menimpa saya. alhamdulilah saya sempat membrek dan meneruskan perjalanan ke kedai mamak tersebut. Saya mengintai cermin sisi sy lagi utk kepastian. Yey! sudah tiada che pon itew! alhamdulilah rasa lega yang amat!

Sampai di kedai saya menceritakan pengalaman yg sy br alami sebentar td kepada kawan2. mereka nampak fahanm dan tidak brani menggelakkan sy memandangkan sy lebih tinggi dari mereka . Selesai menjamu selera, dalam keadaan pucat dan lesu, saya meminta kawan saya menunggang motosikal saya dan saya hanya membonceng sahaja kerana khuatir hilang fokus akibat kejadian tadi. Kami pulang bersama2 secara konvoi tetapi berjemaah dan hampir di antara satu sama lain. Alhamdulilah saya tidak demam, kerana keesokan adalah hari ujian bagi subjek killer.

Moral : jangan menunggang motosikal berseorangan di waktu malam. Kekdahnya ada pembonceng bersama anda! kalau seekor ok lagi, kalau berjemaah beramai2, tak ke naye!~. sekian sahaja untuk kali ini. wassalammmmmmmmmmmmmmm....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:49 PM | Show all posts
Reply 191# gegulagetah


   klu jadi carpet terbang mcm aladin kan best  ..jimat cost transportation  tuk back packing ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 11:51 PM | Show all posts
Reply 193# allsparks


    klu tempat pembonceng tu kita letak sesuatu ..dia tumpang gak ke ...mcm beg ke ..tedi bear ke .... pape jelah ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 01:40 AM | Show all posts
tt, mase dia bonceng tu, ade x tt tercium bau dia? busuk ke.. wangi ke.. hancing ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 193# allsparks

haha aku suke ayat kau...
kelakar..sampai aku nak timbulkan rase takut pun tak dapat  
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 09:47 AM | Show all posts
mende2 halus ni kalau nak tunjuk muka memang pilih orang kan.sbb selalu org yang sama yg kena. nasib baik eden bukan intan terpilih itu. kriteria apa la agaknya hantu ni suka..kdg2 tu out of curiosity nak gak terserempak tapi time ramai2 la, kalau sensorang pengsan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 09:49 AM | Show all posts
Reply  bronches


   hahaha sorrylah - lampi ni bahasa orang lama gitu..
lampi - lambat pickup ...
gegulagetah Post at 26-8-2010 18:10



    baru le tau lampi tu ape. ..generation gap le ni!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 12:44 PM | Show all posts
mende2 halus ni kalau nak tunjuk muka memang pilih orang kan.sbb selalu org yang sama yg kena. nasib ...
rozzelle Post at 27-8-2010 09:47



    yer nak gak terserempak klu rmi2..klu sensorg jgn ler .....hehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068923 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list