CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 1

‘Amukan’ tikus bersaiz seperti kucing di penjara England

[Copy link]
Post time 21-2-2022 05:34 PM | Show all posts |Read mode

LONDON: Satu laporan mendedahkan sejumlah tikus bersaiz besar mencetuskan huru hara di dalam sebuah penjara di England sehingga menyebabkan banduan ketakutan untuk meninggalkan sel mereka.

Lapor Daily Star, ribuan tikus ‘mutasi’ yang terbukti kebal terhadap racun, didapati berkeliaran secara bebas di bahagian sayap dan kawasan latihan di penjara Chelmsford di Essex.

Haiwan berkenaan juga dilaporkan memanjat tangga untuk mencari makanan.

Menurut pegawai, tikus tersebut menggigit kabel kuasa sehingga memutuskan talian telefon malah berkeliaran sekitar kantin ketika makanan dihidangkan.

Berdasarkan laporan Lembaga Pemantauan Bebas, kawalan serangga perosak tidak dapat menghentikan insiden serangan tikus selama 16 bulan di penjara berkenaan.

Jelas laporan itu, seramai 760 banduan termasuk penjenayah ganas dan pesalah serangan seksual hidup dalam ketakutan di penjara lelaki yang sesak itu.

“Sejumlah tikus hidup dan yang sudah mati banyak ditemukan di beberapa tempat termasuk di kawasan latihan.

“Keadaan di penjara itu ketika ini sangat huru hara dan menjejaskan aktiviti banduan,” jelas laporan tersebut.

Sementara itu, satu sumber di penjara mengakui para banduan dan pegawai berada dalam ketakutan serta tertekan.

“Ini adalah sejenis tikus mutasi dengan hampir kebanyakannya bersaiz besar seperti kucing.

“Haiwan itu berkeliaran pada waktu malam. Tikus itu seolah-olah sudah ‘mengambil alih’ seluruh penjara,” katanya.

HMP Chelmsford yang dibina pada tahun 1819, mempunyai tujuh sayap.

Dilaporkan, bahagian sayap A hingga D paling teruk terjejas akibat serangan haiwan perosak itu. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:38 PM | Show all posts
so big the tikusss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.359391 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list