https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... al-dunia-di-bandung
Kuala Lumpur: Bekas anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart, Mujahid Abd Wahab meninggal dunia di Bandung, Indonesia pada jam 12.40 tadi (waktu Bandung) ketika dalam perjalanan ke hospital di sana. Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota kumpulan nasyid itu, Huzaimi Zaini. Huzaimi ketika dihubungi berkata, dia agak terkejut kerana dua hari lalu Allahyarham masih kelihatan sihat.
"Dua hari lalu tengok dalam satu hantaran Facebook macam dia sihat, tapi tadi dapat berita yang dia dah meninggal daripada kumpulan WhatsApp kawan-kawan sekolah.
"Saya memang terkejut sebab mesej yang ditulis itu dia meninggal pada jam 12.40 tengah hari tadi di Bandung. Perkara itu memang dah disahkan oleh adik dan juga kenalannya di Bandung. Menurut Huzaimi, ketika ini pihak keluarga mereka masih dalam usaha untuk membawa pulang jenazah Mujahid ke Malaysia. "Katanya nak diusahakan bawa pulang ke Malaysia tapi saya masih tak pasti lagi bagaimana sebab belum dapat maklumat apa-apa lagi. "Saya pun masih belum pasti dia meninggal sebab apa dan masih menunggu maklumat yang lebih terperinci daripada keluarganya," katanya. Mujahid mula aktif bersama NowSeeHeart sejak 1995 sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu pada 2005.
|