CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21224|Reply: 215

Bumi Akan Huru Hara@Kiamat pada 2013?

  [Copy link]
Post time 22-9-2010 05:14 AM | Show all posts |Read mode
Bumi huru-hara 2013 kerana matahari
GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.  



LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.


Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

p/s Kiamat kecil dah...........Huru Hara tu tanda kiamat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 07:03 AM | Show all posts
aku baru jer donate 1 billion euro untuk naik kapal (ARK) tahun 2013 nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:22 AM | Show all posts
mat saleh ni mmg suka sangat meramalkan kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:33 AM | Show all posts
ikut ramalan terdahulu 2012... tak jadik la ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:40 AM | Show all posts
mcm filem 2012
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:40 AM | Show all posts
biasele... teknologi rosak ...server down...internet xde ... tu baru kiamat btul namanye... :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 07:54 AM | Show all posts
aku just nak tanya yer mana2 pakar lam CI nih, apa beza hidrogen  bom dgn bom nukler... contoh hidrogen bom ialah mcm tsar bom. apakah benda yg sama cuma panggilan yer berbeza..?.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:10 AM | Show all posts
ermmmm dr dulu dok meramalkan kiamat. sampai bermacam2 version filem sal kiamat yang kua. pasni if tak jadi 2013 ramal pulak 2014...just tambah ayat sains sket n fakta sal sains sket.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 08:10 AM | Show all posts
kiamat kat msia.  jiran xlah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:10 AM | Show all posts
aku just nak tanya yer mana2 pakar lam CI nih, apa beza hidrogen  bom dgn bom nukler... contoh hidro ...
bubpallo Post at 22-9-2010 07:54


Oh..senang jer, apabila kedua dua bom itu meletup, ko ada dapat dengar perbezaan pada bunyinya. Bom nuklear berbunyi "kebabowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww". Manakala bom hidrogen wiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuudegebommmmmmmmmmmmmm!!!!.

Dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:13 AM | Show all posts
Oh..senang jer, apabila kedua dua bom itu meletup, ko ada dapat dengar perbezaan pada bunyinya.  ...
Loxlaxman Post at 22-9-2010 08:10



    hancurr.........   by the way bai, ko tahu aper beza?.. ka sama yer cuma nama yer berbeza.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:13 AM | Show all posts
ada ustaz tu cakap,
kiamat hanya akan berlaku selepas 500 tahun dari ulama terakhir meninggal.

setakat ni, masih ramai lagi ulama2 (termasuk ulama sepak tong) dan tahfiz2.

yg takutnya, adalah azab / bala yg akan diturunkan. budaya zina dan buang anak tu, salah satu azab tuhan.
ada quran, hanya guna utk nikah kawen ( tu pun majlis penuh maksiat).

tuhan suruh jalankan hukum Nya, kita duk angkat undang2 yg kapir laknat cipta.
islam menatang apa kalau tak mo guna quran?
islam hadari?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:14 AM | Show all posts
nak buat filem baru ke?.... mcm ramalan kiamat 2012. Semata2 nak promote film 2012...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:22 AM | Show all posts
sibuk jeh dok ramal kiamat sane sini...
nak menakotkan org la tuh...
kiamat memang akan terjadi...
tanda2 kecil dah bnyak yg kite...sbg org islam nampak...
tp x yahla kot nak heboh seantero donia...
: nape sgt beremosi di pagi hari????
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:25 AM | Show all posts
tak kowser iouls
lama lagi donia nak kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:25 AM | Show all posts
Aku suggest baik kita semua ikut berdasarkan apa yang dah quran tetapkan. Benda2 ni hanya mainan kafir jek. kalau ada mana2 yang bongok tu ikutlah cakap saintis nih. Aku heran betul kafir2 nih, derang cukup percaya dgn apa yang saintis cakap. contohnya manusia datang dari beruk. Lantak lah, aku tak nak adik beradik dgn beruk.... sengal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 08:27 AM | Show all posts
Reply 4# voizze


    postpone lg setahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:29 AM | Show all posts
tengok diri sendiri...cukup kah amalan kita untuk bekalan di sana.

tak payah sibuk2 risau pasal kiamat. tu rahsia Allah.

sedarkah kalian (termasuk aku) bahawa kematian adalah 'kiamat' yg paling dekat dgn kita???!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:30 AM | Show all posts
Reply 18# haznor


    mati adalah motivasi yg terbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:37 AM | Show all posts
lambat atau cepat kiamat tu pasti berlaku, janji-janji Allah tidak pernah dimungkiri, sebagai umat islam, persiapkanlah dengan bekalan untuk dibawa bersama. yang kafir mungkin suka meramal, kerana mereka takut, sedangkan umat islam yang beriman sebaliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.258334 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list