CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak_Nam

Kak Pah Minta Maaf Isu Tudong pg 14.(Doakan yang terbaik untuk beliau)

  [Copy link]
Post time 18-10-2010 03:52 PM | Show all posts
sekali sekala jer pakai tudung...he..he..dlm kubo pon sekali sekala jer kepala kena simbah air timah panazzz bukan selalu kan...syabzzz kak pah...all the best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 03:55 PM | Show all posts
{:2_72:} maap jer yer abang mad..kak pah penat ler...tompang yer..landing tangan kat peha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:17 PM | Show all posts
aku baca dlm BH arini.dia kata,walaupun dia tak bertudung,tp dia pakai rambut pelesu,jd ttp tak nmpat rambut sbnr dia.hadoi...pakai rmbut palsu tu bdosa gak tok pah oi...isk isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 04:23 PM | Show all posts
Iskhh Apa yg pelik sgt pun pasal tak bertudung nie....Tu ha..Bini2 Menteri2 kita yg kita sanjungi yg kita dok pangkah yg kita dok sanjung pasal dapat bonus 500 ja pun..langsung haram takda pakai nya...Setakat sharipah ni..apala sgtt...Belum jadi bini menteri..Setakat retis Yg dah lebam2...Biar la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:55 PM | Show all posts
Kak Pah napa cakap gitewww... kak pah langsung tak kesian n jaga air muka anak kak pah si aliff tu yg tengah belajar syariah ke apa kat saudi sana... apa la nak jadi ngan kak pah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 10:21 PM | Show all posts
Kan aku dah cakap....mmg selama ini, tok pah mmg pakai rambut pelesu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2010 10:38 PM | Show all posts
statement haprak... mati awal xsempat pki tudung, jwb lah sendirikkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 12:46 AM | Show all posts
kesiannya..cakap mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 09:34 AM | Show all posts
kubur da kata mai da xsedar2 lgi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:41 AM | Show all posts
bertaubat lah Kak Pah...sementara masih sempat dan diberi waktu nie...bila lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:50 AM | Show all posts
Bertudung bila sampai waktu

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR



SHARIFAH Aini akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan fardu haji pada 3 November ini.

APABILA melihat imej bertudung yang digayakan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dalam beberapa majlis hiburan baru-baru ini, ramai yang mengandaikan beliau sudah berhijrah.

Sementelah dengan pemergiannya ke Tanah Suci Mekah pada 3 November ini bagi menunaikan ibadah haji, ia menguatkan lagi kenyataan itu.

Namun, bagi empunya diri, dia hanya akan berhijab apabila sudah sampai seru dan benar-benar bersedia untuk melakukannya meskipun sudah pulang dari Mekah nanti.

"Saya tidak mahu memakai tudung hanya kerana desakan masyarakat yang mahu melihat saya berimej sebegitu.

"Kalau hendak memperkatakan tentang imej berhijab ini, biarlah dari hati yang tulus dan ikhlas dan bukannya semata-mata mahu memuaskan hati semua pihak.

"Biar kita bertudung dengan niat kerana Allah SWT. Kalau saya rasa mahu memakai tudung dalam mana-mana majlis sekalipun, tidak salah untuk saya berbuat demikian," demikian penjelasan Sharifah Aini menyatakan pendiriannya.

Dia ditemui pada sidang akhbar Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Biduan Negara, Datuk Ahmad Jais dan penyanyi muda, Syazliana yang juga akan terlibat dalam persembahan itu pada 31 Oktober ini.

Raut wajah Sharifah Aini terpancar jelas kegembiraan yang tidak terkata saat diajak berbicara tentang fardu haji yang akan ditunaikannya nanti.

Dengan penuh optimis dia memberitahu, dia memang sudah mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk bersama-sama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Kunjungannya ke sana bukan keseorangan tetapi akan disertai juga oleh beberapa individu yang rapat dengan Sharifah Aini iaitu pembantu, adik lelakinya, sepupu dan termasuk anak tunggalnya, Aliff Omar.

"Apabila saya berfikir balik, sepatutnya saya pergi menunaikan haji 10 tahun yang lalu dan inilah kali pertama saya ke sana untuk ibadah haji. Sebelum ini, saya hanya melakukan umrah sebanyak 15 kali.

"Apabila saya menyatakan hasrat saya ini kepada Aliff, dia memang gembira untuk saya. Dia pun sudah empat kali menunaikan haji.

"Insya-Allah, saya benar-benar sudah bersedia dan tidak sabar lagi untuk ke sana," ujarnya yang akan menghabiskan masa di Madinah lebih kurang dua minggu untuk menemani Aliff yang akan menduduki peperiksaan selepas fardu haji nanti.

Ketika ditanya apakah selepas kepulangannya nanti akan menutup pintu hatinya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni, Sharifah Aini pantas menggelengkan kepalanya.

"Saya dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur. Inilah mata pencarian saya selama 42 tahun menjadi anak seni. Selagi saya mampu, selagi itulah saya akan terus mencari rezeki dalam bidang ini," kata penyanyi legenda yang cukup masyhur dengan lagu Hapuslah Airmatamu dan Kau Tinggi Di Awan Biru itu.

Biarpun akan berlepas pada 3 November ini, Sharifah Aini masih lagi tidak menang tangan menerima undangan nyanyian.

Pada 24 Oktober ini misalnya, dia bersama barisan artis ternama negara lain akan terlibat dalam sebuah konsert penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Di Manakan Ku Cari Ganti.

Empat hari selepas itu, Sharifah Aini akan terlibat dalam sebuah persembahan korporat dan kemudiannya untuk makan malam amal Juitaku Sayang pada 31 Oktober.


:re::re::re:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 09:53 AM | Show all posts
Kak Pah mohon maaf

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


BAKAL menunaikan haji pada 3 November, Kak Pah terlebih dahulu menganjurkan sebuah majlis makan malam amal Malam Juitaku Sayang yang akan diadakan pada 31 Oktober ini.

SETELAH beberapa kali melaksanakan umrah sebelum ini, tiada apa yang lebih menggembirakan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah apabila berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Kak Pah ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama jemaah haji yang lain pada 3 November ini. Ujarnya, segala persiapan telah dibuat dan ketika ini dia juga sibuk menghadiri kursus persediaan sebelum melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.

“Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf sekiranya ada berlaku sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan serta pihak media sekiranya kalau saya pernah melukakan hati anda semua.

“Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan ibadah haji dan sudah tentu saya mengharapkan untuk mendapat haji yang mabrur. Semasa berada di sana nanti, saya juga akan ditemani oleh anak saya, Aliff yang sebelum ini sudah empat kali menunaikan haji,” ujarnya.

Ujar Kak Pah lagi, setelah kembali daripada melaksanakan ibadah tersebut, dia juga meminta agar semua pihak tidak menganggap dirinya akan berubah 100 peratus selepas ini. Ujarnya, karier sebagai seorang penyanyi masih akan diteruskan memandangkan ia adalah sumber mata pencariannya.

Bagaimanapun, tiga hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, Kak Pah turut berkesempatan untuk membuat satu persembahan majlis makan malam amal, Malam Juitaku Sayang yang akan diadakan pada 31 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Seri Dewi Production Sdn. Bhd. dan Lima Events Management serta diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Kak Pah memberitahu antara matlamat utama majlis berkenaan dianjurkan adalah untuk mendapatkan sumbangan yang akan diagihkan kepada dua sekolah tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah, Kuala Lumpur.

“Sepatutnya majlis ini diadakan pada 15 Oktober di Dewan Perdana Felda. Namun atas sebab-sebab tertentu, tarikh dah tempat terpaksa diubah. Untuk persembahan tersebut sebanyak 50 buah meja disediakan dengan harga yang berbeza dikenakan iaitu di antara RM350 dan RM450 seorang. Sebarang tempahan, boleh menghubungi talian 019-248 8054 atau 012-933 2373 atau emel ke limeevent@gmail.com.

“Untuk tidak menghampakan peminat yang ingin datang, pihak kami juga turut menawarkan harga serendah RM200 tetapi tidak termasuk makan malam. Alhamdulillah, setakat ini hampir kesemua meja telahpun berjaya dijual dan kebanyakan tempahan bukan sahaja daripada Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura,” ujarnya.

Menurut Kak Pah, bagi menjayakan majlis tersebut, tetamu juga akan turut dihiburkan dengan penampilan khas artis veteran, Datuk Ahmad Jais dan penyanyi remaja, Syazliana yang akan turut sama-sama membuat persembahan.

“Datuk Ahmad Jais akan menyampaikan lapan buah lagu, manakala Syazliana pula akan menyanyikan enam buah lagu. Sementara itu, saya sendiri akan menyanyikan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu pada malam itu.

“Pemilihan lagu-lagu pula dibuat berdasarkan permintaan daripada peminat sendiri. Seboleh-bolehnya saya mahu setiap orang yang hadir pada majlis itu nanti akan berasa puas memandangkan mereka telah mengeluarkan wang yang banyak dan saya tidak mahu mereka rasa tertipu,” jelasnya.

Bagi menjayakan majlis itu nanti, Kak Pah memberitahu dia sendiri telah memperuntukkan kos sebanyak RM150,000 untuk keseluruhan kos majlis amal tersebut. Malah, Kak Pah juga menyasarkan untuk membantu sebanyak 15 buah sekolah yang memerlukan bantuan kewangan dengan penganjuran majlis-majlis sebegini.



semoga mendapat haji yg mabrur....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 10:05 AM | Show all posts
lawanye kak pah bertudung..anggun...muda2han terbuka pintu hatinye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 12:13 PM | Show all posts
tak terasa nak berguru ngan anak sendiri ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 02:43 PM | Show all posts
"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit

  JADI TOKPAH MENGAKU DIA MEMANG ENGKAR DGN SURUHAN ALLAH...Umor dah lanjut..fikir2kan lah.Mungkin Tokpah akan kekal pakai tudung jika tiba2 semua rambut dia gugur....


MEGASATRIA Post at 14-10-2010 18:25


Alasan tipikal mereka yg engkar menutup aurat nilah dia --> TAKMO HIPPO

Bagi org yg menutup aurat, even x ikhlas, dia dah x menanggung dosa buka aurat.. cuma x dpt PAHALA IKHLAS tu jek...
Serta x menambah dosa org yg memandang..

Mmg lah kita yg menegur pon xtau dosa byk mana dah yg dibuat even menutup aurat.. tapi dari segi membuka aurat insya-Allah kita dah 'selamat' kat situ...

Ni bukan masalah belum sedia ke haper... Nak pakai tudung PAKAI.. taknak pakai tudung, cakap jek "SAYA MASIH ENGKAR"..
X perlu nak belit mcm2 huhu..

Aduhai retis...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 02:45 PM | Show all posts
lawanye kak pah bertudung..anggun...muda2han terbuka pintu hatinye...
yanaghazali Post at 19-10-2010 10:05



    Anak rambot masih tersembul.. Tapi tu lah.. mudah2an litup satu ahri nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 03:19 PM | Show all posts
kak pah yang jujur bercerita...cehh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:20 PM | Show all posts
neway, org tue neh muke menten jew...ape rahsia die erk???wlpon bdn cam dipam2 makin beso, tp muke sgt lawa n gebus hokay...aiols xmampu, uols mampu kew gebus cm kak pah??hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:34 PM | Show all posts
mungkin selepas balik haji nih kak pah akan berubah..kita doakn je lah yg baik2 untuknye..
selamat menunaikan haji kak pah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 03:43 PM | Show all posts
setiap kenyataan yg dia kluarkan mmg tdk pura2..apa yg dia ckp mmg itulah yg dipikir utk diri dia,tapi kdg2 tu ada gak yg mcm malu utk dibaca pada tahap umur dia yg mcm nie.

apa2 pun moga2,dapat haji yg mabrur dan terbuka utk apa yg sepatutnya...amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069640 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list