CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak_Nam

Kak Pah Minta Maaf Isu Tudong pg 14.(Doakan yang terbaik untuk beliau)

  [Copy link]
Post time 20-10-2010 03:04 PM | Show all posts
la,pkai tudung bkn kerana Allah ke??? niat menyimpang...
walaupun niat menyimpang,tp klau nk teruskan pakai tudung lg bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 10:15 AM | Show all posts
semalam jumpa kak pah kat bangsar village.. pakai jubah & tudung itam..
my fren tegur.. dia pun balas..  tp cam nak cepat jer..
ermmm.. x nmpak pun cam org saket gigi!! dah baik kot!!
tp sweet la dia pakai tudong.. nmpak muka dia kecik!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:05 PM | Show all posts
at least cara dia bertudung tu btl kira ok laa...
korang ni bg la support skit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 02:15 PM | Show all posts
cantik jugak dia pakai tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:01 PM | Show all posts
kak pah mohon maap uolss
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nadia90 at 27-10-2010 16:09

Isu Tudung: Kak Pah Mohon Maaf Pada Yang Terasa!




KUALA LUMPUR, 26 OKT 2010: Kadang-kadang susah juga menjadi seorang selebriti. Sebab, adakalanya lain yang dicakap, lain pulak yang diinterpretasi oleh segelintir pihak. Misalnya, seperti apa yang terjadi kepada Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah. Kenyataannya tentang soal isu bertudung telah disalah-ertikan oleh pihak yang tertentu.

Memetik kata-kata Kak Pah sebelum ini, dia masih belum bersedia untuk bertudung lagi dan dia hanya akan berbuat demikian apabila sudah bersedia nanti. Malah, dia juga tidak mahu bertudung hanya disebabkan kerana terpaksa atau atas desakan mana-mana pihak.

"Bagi Kak Pah, kalau Kak Pah betul-betul hendak bertudung, Kak Pah kena lakukanya bila Kak Pah betul-betul dah bersedia. Kak Pah tak tahu bila. Tapi, Kak Pah percaya masanya akan tiba nanti dan kalau Kak Pah buat, Kak Pah mahu buat kerana Allah.

"Bukan sebab sesiapa, bukan sebab terpaksa dan bukan jugak disebabkan oleh desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah yang lain. Kesian kat diaorang.

"Diaorang terpaksa pakai tudung walaupun dalam keadaan yang tak bersedia. Kak Pah tak mahu jadik macam tu," katanya sewaktu ditemui di majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Juitaku Sayang yang telah diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Namun, disebabkan kenyataan Kak Pah itu, ada pula segelintir pihak yang mendakwa bahawa Kak Pah sengaja mengeluarkan kenyataan itu kerana mahu menyindir sekelompok artis khususnya penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza.

Sedangkan kenyataan Kak Pah itu sebenarnya ditujukan secara umum. Berdasarkan pemerhatiannya, banyak juga dari kalangan artis kita yang dulunya pernah bertudung tetapi kemudian terpaksa membukanya semula.

Bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut tentang isu ini, murai.com.my cuba menghubungi Kak Pah.

Jelas Kak Pah, dia benar-benar terkejut dan tidak menyangka bahawa kenyataannya itu telah disalah-ertikan oleh segelintir pihak hingga dia dituduh sengaja mahu menyindir Siti Nurhaliza.

"Demi Allah, Kak Pah tak berniat pun nak sindir sesiapa. Malah, kenyataan Kak Pah tu tak ditujukan untuk Siti pun. Apa yang kak Pah cakap hanyalah dari sudut umum. Pengamatan Kak Pah berdasarkan pengalaman beberapa rakan artis sendiri yang pernah terjerat dengan isu pemakaian tudung ini.

"Ia langsung tak ditujukan untuk sesiapa. Kenapa mesti orang kaitkan kenyataan Kak Pah itu dengan Siti. Kak Pah rasa sedih juga bila kenyataan-kenyataan yang timbul seperti ini. Seolah-olah ada pihak yang cuba adu-dombakan Kak Pah dengan Siti.

"Lagipun, untuk apa Kak Pah nak menyindir Siti? Kak Pah takde apa-apa masalah pun dengan dia. Dia pun macam anak Kak Pah.

Lagipun apa yang Kak Pah dapat kalau Kak Pah menyindir Siti? Dapat dosa lagi adalah. Kak Pah tak mahu semua tu. Hidup kita kat dunia ni pun tak lama. Kak Pah tak mahu cari masalah dengan orang. Kak Pah harap janganlah ada pihak yang cuba ambil kesempatan untuk mengapi-apikan serta memutar-belitkan kenyataan Kak Pah tentang isu tudung ni.

"Disebabkan hal ini nanti, hubungan sesama hamba Allah akan jadi rosak dan bila dah rosak, orang yang menjadi penyebabnya akan menanggung dosa yang paling besar nanti," katanya dengan rasa sedih.

Begitupun kata Kak Pah, dia dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kalau-kalau kenyataannya tentang isu tudung itu telah disalah-ertikan oleh pihak tertentu serta menyinggung perasaan mereka.

"Seperti yang Kak Pah cakap tadi, kenyataan Kak Pah itu tak bermaksud apa-apa. Kalau ada pihak yang terasa hati serta menganggap kenyataan Kak Pah sebagai menyindir, Kak Pah ingin menyusun sepuluh jari dan memohon maaf di atas kekhilafan Kak Pah," katanya.

Dalam pada itu, Kak Pah juga kini dalam persiapan untuk menjayakan Majlis Makan Malam Amal Juitaku Sayang yang akan berlangsung di Pacific Ballroom Level 2, Hotel Seri Pacific pada 31 Oktober 2010 ini.

Majlis malam amal yang bertujuan Untuk mengutip dana untuk dua buah rumah tahfiz iaitu di Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah di Shah Alam, Darul Uloom Islamiah di Taman Seri Petaling ini turut dijayakan oleh Datuk Ahmad Jais dan Syazliana sebagai penyanyi undangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2010 04:58 PM | Show all posts
giler punya alasan...
pkai tudung sbb nak tuntut kelemahan diri time sakit jek... cesss.... kuang hasamm
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 04:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by urmila at 27-10-2010 17:00

hmmm... bwk2 la bermuhasabah diri (peringatan utk diri sdiri jugak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 07:59 PM | Show all posts
Kak Pah dah mintak maap..Maafkan jelah dia..jangan panjangkan isu ini.. Harap mod dapat close thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:02 PM | Show all posts
Takda pekdahh nyer
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:05 PM | Show all posts
kak pah..bila  nak diet nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:10 PM | Show all posts
Haish, macamanalah hati ni boleh terlintas doa agar Kak Pah terus sakit gigi smpi bila2 kalau itu boleh buat dia tutup aurat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:10 PM | Show all posts
dah kebenararannya ada artis yang dulu bertudung then dah cabut balik or tudung tapi nampak leher........... macam juliza, wna, ogy, pelakon dan hos rancangan masak tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:26 PM | Show all posts
Alasan tipikal mereka yg engkar menutup aurat nilah dia --> TAKMO HIPPO

Bagi org yg menutup a ...
Manami Post at 19-10-2010 02:43 PM



wajib ttp wajib....cam smayang gak la...klu mcm tu bleh ja jwb, sya xmau smbhyg sbb kerana org lain, biarlah sya smbhyg kerana ALLAH....situasi yg berlainan tp hukum yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 08:54 PM | Show all posts
Isu Tudung: Kak Pah Mohon Maaf Pada Yang Terasa

... Pengamatan Kak Pah berdasarkan pengalaman beberapa rakan artis sendiri yang pernah terjerat dengan isu pemakaian tudung ini...
Nadia90 Post at 27-10-2010 16:07

Terjerat?
tak faham aku mentaliti Kak Pah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:14 PM | Show all posts
Lagipun apa yang Kak Pah dapat kalau Kak Pah menyindir Siti? Dapat dosa lagi adalah. Kak Pah tak mahu semua tu.



dr segi tuh, taw pulak berdosa acik pah ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 09:54 PM | Show all posts
hmm sebelum nak mengata orang tu tilik diri kita dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:10 PM | Show all posts
apa pun aku ttp salute kak pah part cara dia mendidik anak dia aliff
dia byk taja anak2 angkat belajar, derma kat sekolah tahfiz
kita doakan jela tuhan bukak pintu hati dia nak bertudung
i'm sure dia pun ada terfikir pasal ni
even aliff pun ada suruh kak pah berenti nyanyi kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:52 PM | Show all posts
yang dulunya pernah bertudung tetapi kemudian terpaksa membukanya semula


mana ada istilah terpaksa nie... sesetengah ortis tu dgn rela hati buka tudung balik sebab nak cari glamer atau istilah lain, nak sesuaikan dgn watak sbgai artis...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:46 PM | Show all posts
macam-macam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070343 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list