CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5006|Reply: 14

Pemuda mahu 30% ekuiti Melayu dicapai Najib

[Copy link]
Post time 24-10-2010 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau berharap sasaran 30 peratus ekuiti yang disasarkan melalui Dasar Ekonomi Baru akan dapat dicapai dalam tempoh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dasar yang dilhamkan oleh Tun Abdul Razak perlu dicapai memandangkan ekuiti yang dimiliki orang Melayu kini masih berada dalam lingkungan 21 peratus.

"Kalau bercakap mengenai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak bermakna jika Melayu masih tidak maju," katanya lagi dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Dalam pada itu, Khairy (kiri) turut menyokong penjenamaan semula parti itu bagi membolehkannya kembali berpengaruh di kalangan warga muda.

Beliau memberi alasan, usaha yang dilakukan pergerakan itu setakat ini telahpun menerima sokongan daripada presidennya Datuk Seri Najib Razak melalui insentif yang diumumkan dalam Bajet 2010 untuk program-program yang diusahakannya.

"Tindakan ini baik bukan kerana kita dapat pikat hati anak muda tapi lebih dari itu, sebab dividen politik itu dapat kepada Umno dan BN.

"Melalui BN Youthlab (Makmal Pemuda BN) kita letakkan jenama Umno supaya dividen itu kembali kepada Umno dan BN dan bukan lembu punya susu sapi dapat nama.

"Dengan penjenamaan ini Umno akan lebih dekat dengan hati rakyat," katanya lagi dan menambah, insentif berkenaan termasuk skim rumah pertama, usaha mewujudkan gaji minimum dan juga skim latihan kepada anak muda dengan geran sebanyak RM500 juta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 11:43 AM | Show all posts
KJ ni kalau diberi peluang pegang Menteri mesti boleh perform... Sepatutnye Menteri Pendidikan kena bagi org muda mcm KJ kalau dibanding Muhyiddin Yassin... Hairan nape ramai benci KJ sebab dia enter frame ke?? aku kagum ngan KJ yg boleh mencelah dalam arena politik tanahair tatkala ramai condem/kutuk dia... bagus di bangkitkan hak ekuiti ni supaya kita sedar bahawa kita ni masih ada harapan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:12 AM | Show all posts
KJ ni kalau diberi peluang pegang Menteri mesti boleh perform... Sepatutnye Menteri Pendidikan kena  ...
perang_sivil Post at 24-10-2010 11:43



    Dalam 10 jutawan terkaya di Malaysia, kita cuma perlu 3 sahaja dari kalangan bumiputra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 12:18 AM | Show all posts
Reply 3# rashiman


    maknanye lagi 70% adalah cina bukit ke??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 09:10 AM | Show all posts
Dalam 10 jutawan terkaya di Malaysia, kita cuma perlu 3 sahaja dari kalangan bumiputra.
rashiman Post at 25-10-2010 00:12



    3 je... sian UMNO... kata perjuang melayu berpuluh tahun... tp cuma 3 je yg mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 09:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by rashiman at 25-10-2010 09:25
3 je... sian UMNO... kata perjuang melayu berpuluh tahun... tp cuma 3 je yg mampu..
hr_ikhlas Post at 25-10-2010 09:10



    3 dari 10 atau 30% tu... wajib bagi kuota orang Melayu, yang baki 70% terbuka kepada rakyat Malaysia untuk bersaing ,tak kira bangsa dan agama sama ada Melayu,Cina,India dll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2010 09:39 AM | Show all posts
NaK DAPAT 30% reka sendiri, jangan minta macam pengemis.
sudah dapat, dia jual. bila nak 30%?

Ada wakil yg kata nak 60%, ikut peratusan kaum. tapi kalao 60% semua masuk poket dia aje.

Bukan ke anti komunis? Fikiran mereka lebih komunis dr komunis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 11:36 AM | Show all posts
Reply 5# hr_ikhlas


    Dlm 3 tu hanya satu je pure melayu..lagi 2 adalah Mamak yang mengaku melayu...betul tak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 12:22 PM | Show all posts
semua berusahalah.

pemuda kena membantu, jangan asyik terjerit pekik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply 9# changkatlobak


    Jom join Putera uMno kita lebih berinovasi dan kreatif..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 12:48 PM | Show all posts
Reply 10# perang_sivil


    semua orang ada peranan masing masing.

kalau join UMNO atau mana mana sayapnya lebih elok
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 10:22 PM | Show all posts
pehal sekor mamat neh suko meratib....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 07:33 PM | Show all posts
susah nak capai dengan dasar ekonomi yang liberal skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:40 PM | Show all posts
nak dapat 30% melayu kena gunakan duit projek di tempat lain. Contohnya duit projek feedlot digunakan untuk membeli kondo sebagai tambah nilai kepada melayu. BrimBramBrom untuk 10 orang2 kaya juga perlu diwujudkan supaya mereka boleh diberikan 100juta selama 10tahun
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 06:44 PM | Show all posts


apa pula pemuda mahu dari 1MBD.
1



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053518 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list