CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2801|Reply: 23

Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno

[Copy link]
Post time 24-10-2010 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung cadangannya itu.

Shafie membuat gesaan itu ekoran terdapat kira-kira 700,000 ribu anggota parti Melayu itu yang tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah yang menyaksikan Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katanya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu orang berbanding pembangkang dalam pendaftaran pemilih baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi baru sedangkan Pakatan Rakyat berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 11:19 AM | Show all posts
UMNO marah PAS kalau jadikan Surau/Masjid tempat untuk wadah politik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 11:37 AM | Show all posts
Untuk maklumat semua Forumer Shafie apdal ni tak lepas Sekolah Rendah untuk kat Semporna.. tak tipu..u can check his background.. Moral of the story dia ni manouvre dari seorang yang tiada pendidikan tinggi tapi telah menjadi seorang pemimpin.. i say thumb up & bravo for him.. maybe dia anak org susah dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 11:38 AM | Show all posts
Selepas ni pendaftaran pengundi akan dibuat di pasar-pasar malam di seluruh malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 11:44 AM | Show all posts
Selepas ni pendaftaran pengundi akan dibuat di pasar-pasar malam di seluruh malaysia.
amir_70014 Post at 24-10-2010 11:38



    DAP dah buat maaa... tak percaya pergi kat Pasar Malam Taman Kok lian, Segambut mlm rabu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 11:48 AM | Show all posts
Reply 5# perang_sivil

Hebat tu DAP dah buat, mungkin pasni BN buat pendaftarn kat kaunter bayar api dan air seluruh malaysia..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2010 12:00 PM | Show all posts
Reply  perang_sivil

Hebat tu DAP dah buat, mungkin pasni BN buat pendaftarn kat kaunter bayar ap ...
amir_70014 Post at 24-10-2010 11:48



ermmm.. masih tak mencapai misi dan objektif.... the best way.. bagi bonus pada kakitangan awam sebanyak 6 bulan gaji... konpem ramai pergi mendaftar mengundi sebab nak make sura BN masih memerintah.... Sayang UMNO dulu,kini dan selamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:19 PM | Show all posts
Reply 7# perang_sivil

Nanti nak dekat PRU -13 baru la ada bonus, gula2 untuk gov staff kan..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 12:20 PM | Show all posts
Reply  perang_sivil

Nanti nak dekat PRU -13 baru la ada bonus, gula2 untuk gov staff kan..haha
amir_70014 Post at 24-10-2010 12:19



    Pandai pun Woverine.. itu tidak dapat disangkal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:22 PM | Show all posts
Patut pun tak nak bagi bonus.... standby Pilihan raya nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:24 PM | Show all posts
Reply 9# perang_sivil

Hehe..itulah kenyataannya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:24 PM | Show all posts
Patut pun tak nak bagi bonus.... standby Pilihan raya nanti...
alhaj72 Post at 24-10-2010 12:22


Standby duit banyak ni nak bagi gula2 kat gov staff, hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2010 12:34 PM | Show all posts
Reply 12# amir_70014


    :@ nak marah kat sape?? gomen or pembangkang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:38 PM | Show all posts
Reply 13# perang_sivil

Dua-dua aku nak marah, gomen sibuk hal defisit, pembangkang duk sibuk rasuah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 14# amir_70014


    jom kita buat satu Parti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 02:52 PM | Show all posts
Reply 15# perang_sivil

Nak buat parti apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 08:13 PM | Show all posts
Reply  perang_sivil

Hebat tu DAP dah buat, mungkin pasni BN buat pendaftarn kat kaunter bayar ap ...
amir_70014 Post at 24-10-2010 11:48


Kat Pejabat pos dulu pun bleh daftar pengundi... Hehehe
Daftar Pengundi mana2 Pun leh. Bukan wat ceramah pun. Kat Shah Alam pun, ada masjid2 dah
letak kaunter utk Daftar Pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 08:14 PM | Show all posts
Pekeliling kerajaan dah cakap x leh berpolitik kat area masjid (tempat beribadat) ni kan plak kat dlm masjid.. dia x bca buku ke? tau pun dah terdesak sangat?? nk letak gamba najib pun x leh, gambar nik aziz lagi lah pulak x leh.. tup2 nk pilihanraya tetibe jeeee boleh.. hahahaha.. donia oohh donia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:04 PM | Show all posts
donia dah terbalik lama2 tunggeng terbalik tatau kemana daaaa..

elok gak tu wat je parti baru lak biar byk parti tak pe cam kt indo tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 12:15 AM | Show all posts
Buat parti yang lebih baik dari kedua2 parti tersebut ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.467130 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list