View: 2543|Reply: 17
|
(Merged) Ada Abu Lahab & Lanun dalam Umno...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 24-10-2010 14:10
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu.
Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.
"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan.
"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya yang juga menteri pertahanan dan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid menjelaskan, lima lagi Abu ialah:
- Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
- Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
- Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
- Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
- Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
Menyimpulkan penggulungannya, Zahid mengajak anggota parti itu menjadikan kisah enam Abu itu sebagai pedoman.
"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini," kata Ahmad Zahid lagi.
Dalam sejarah Islam, Abu Lahab - bapa saudara Nabi Muhammad - merupakan antara musuh utama Islam yang menjadi satu-satunya tokoh kafir Quraish yang dilaknat Allah melalui sebuah suruh yang khusus. |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid Hamidi adalah Abu Lahab gak.... sembang kencang... Masa kegawatan politik 1998 dia berpaling pada Umno pastu kembali pada pada Umno... memperjuangkan anti kroni dan nepotisme..tapi dia sendiri mengangkat kroni dia... cakap tak serupa bikin... |
|
|
|
|
|
|
|
I dont think Zahid Hamidi kaji kehidupan Abu... artikel mengenai Kisah Abu-Abu ni dah dikorek oleh seorang penulis BTDM.... so Zahid jadikan kisah Abu di ke Perhimpunan Agung UMNO... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah kehabisan IDEA laa tu... al-maklum... Abu Jahal laaa katakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah kehabisan IDEA laa tu... al-maklum... Abu Jahal laaa katakan...
alhaj72 Post at 24-10-2010 12:18
Abu Jahal ada dimana-mana |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Lanun dalam UMNO?
http://www.malaysiakini.com/news/146221
"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh, merujuk kepada tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lanun?? U mean Bajau Laut?? |
|
|
|
|
|
|
|
hanya penutur perkataan tersebut yang mengerti maksudnya... |
|
|
|
|
|
|
|
aku masukkan dlm thread "perang_sivil" |
|
|
|
|
|
|
|
zahid patut cermin prestasi diri dia dlm politik parti sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
zahid patut cermin prestasi diri dia dlm politik parti sendiri
chewan Post at 24-10-2010 16:41
Pemimpin sebegini patut disingkirkan... takde knowledge dan pandai mengampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai Maideen & Mupta AN dah dpt certificate setaraf dgn Abu Hurairah.... prpthhhhhhhhhhhhhhhhhh ...
a_gen2 Post at 24-10-2010 17:43
diaorg bukan pure melayu.. mamak plak tu mcm mana boleh join UMNO yek??? Persatuan Silat tak akan berkembang kalau org mcm ni terus memimpin..baek bagi pada ibrahim Ali okey sikit nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
I don't trust party now...semua ade agenda mementingkan diri sendiri dan kroni..baik gomen baik pembangkang sama jer...rakyat lah jadi mangsa...last2 negara tergadai ala2 palestine |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# batunilam4a
Jom kita bentuk satu parti yang diminati ramai.... parti berhaluan kiri kanan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|