CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2754|Reply: 13

Tandas masjid dan surau

[Copy link]
Post time 2-11-2010 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa keadaan tandas di masjid2 dan surau kebanyakannya dalam keadaan yg amat menyedihkan. surau dan masjid byk kat malaysia ni tp keadaan tandasnya sungguh mendukacitakan. adakah kerana tiada penyelenggaraan @ pengguna yg tidak bertanggungjawap? adakah sumbangan yg diterima tidak mencukupi utk menyelenggara tandas dan bilik air?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 04:16 PM | Show all posts
Dah, memasing yang membuang pun main cabut je lepas operasi. Takde masing2 nak clean mana yang patut. Janji lepas hajat sendiri. Peduli apa orang lain lepas dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 09:01 PM | Show all posts
Kalo kat umah sendiri tandas kotor, malas cuci, sifat pengotor tu pi memana pun camtu la sikapnya. Sebab tu la tandas surau masjid kotor dan isu ini tak pernah habis. Perlu ker diswastakan tandas masjid/surau? Sangat memalukan umat Islam yang pengotor neh.

Ohh... sungguh benci masuk tandas masjid yang berbau hancing
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 09:34 PM | Show all posts
Kalau ada insan yang nampak tandas kotor kemudian tolong cuci sampai bersih lebih baik dari kritik tandas kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:47 AM | Show all posts
sebab ramai yg mengguna secara percuma, apa yg ditinggalkan tak kisah la
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:05 PM | Show all posts
Reply 4# ibnur


    teringat pulak kat tok mertua saya(perempuan), hampir setiap hari dia terpaksa cuci dan berus jamban di surau berhampiran rumahnya (sebenarnya surau ni tok mertua lelaki dan perempuan yang yg wakafkan tanah mereka utk didirikan surau utk kegunaan penduduk kampung)....Tapi yg kesiannya tok mertua lak yang terpaksa cuci jamban akibat perbuatan individu yang jenis pengotor dn tak bertanggungjawab. Ada ke patut hampir setiap malam dok datang berak kat tandas surau pehtu tak cuci dan biar camtu saja.

Pelik tu sy dengan manusia yang berperangai camtu....memang tok mertua tau sape yg suka dtg malam2 dan membuang kat tandas tu tapi dia malas nak bising. Walhal rumah dia tu dekat tu gak...

Yang pasti memang ramai manusia yang jenis pengotor dan tak bertanggungjawab macam org tua yang suka buang toksin macam kes di atas....

sebenarnya kebersihan bermula di rumah sendiri....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 03:43 PM | Show all posts


Masjid tempat sy memang ada petugas yg mencuci tandas2 dan bilik air ni. Mereka diberi gaji utk buat semua tu.
Namun, yg amat mendukacitakan, segelintir pengunjung yg dtg, tidak reti menjaga kebersihan semasa mengunakan kemudahan yg dah tersedia tersebut.

Bayangkanlah, pernah seorg petugas memberitahu sy, ada yg tandas masa nak cuci tu, berjumpa dgn taik/najis manusia yg sudah melekat kat dinding!  Manusia jenis apakah yg berak sebegitu rupa, bukan dlm lubang sepatutnya, tp sebelah atas dinding sebelah belakang! Adakah lubang duburnya berada di kepala atau ditengkuk? Ish..ish....menjijikkan perangainya...

Ada juga najis/taik yg berada diatas tebing mangkuk, bersepah-sepah dan ini amat menggelikan. Boleh lekat memeori kalau makan sambal tempoyak! Ini bukan masjid kampung atau felda, tapi salah sebuah masjib besar di pinggir ibu kota! Mana sikap menjaga kebersihan yg ada dlm diri dlm diri warga kota yg septutnya manusianya urban2 belaka!...

Di dapati juga, ada manusia yg dtg semata-mata hendak ke tandas masjid shj, tanpa menunaikan apa2 solat, meskinpun hanya utk solat sunat tahiyyatul masjid! Mereka telah menjadikan tandas masjid sebagai tandas2 awam! Mereka jadikan masjid sebagai hanya tempat utk membuang sisa2 perkakas kotor dari perut mereka sahaja! Meletak sedikit duit dlm tabung masjid pun tidak!

Yang lagi kelakar, ada yg amik air kolah masjid utk merawat diganggu jin tanpa mintak izin AJK masjid. Solat sbg tanda hormat masjid pun tidak. Lepas sedut air terus cabut! Ibarat mencurik plak! Akan mendapat berkah kah usaha sebegitu? Manalah Allah nak tolong sembuhkan sakit, kalau berubat dgn harta curik!...

Hanya dgn ilmu shj boleh mengubat penyakit manusia spt yg saya kisahkan di atas...so, pikir2 kan erk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:20 PM | Show all posts
Kalau berbaik sangka, kemungkinan besar dia menghadapi masaalah dan tak sempat nak berposisi seperti kebiasaan.  Kemudian selepas hajatnya, dia keletihan dan tak larat nak cuci tandas.  Agaknya ler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2010 01:07 PM | Show all posts
bbaik sangka...klu air takde kat situ ok la. tp klu tempat yg ada air pun tandas kotor, kan masalah tu. pam rosak pun boleh guna air paip...

skrg ni ramai lebih suka guna surau kat petronas sbb bilik air lebih baik dr kat masjid2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 08:06 PM | Show all posts
mmg sedih nengok kan, kita nak guna je nmpk mcm2 anasir, patutnyer dah percuma tuh xde alasan nak blah gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 11:36 AM | Show all posts
kalau kita nak tengok bilik air kat masjid/surau kita bersih elok... satu, bila kita guna, buatlah macam kita guna bilik air di rumah... kedua, kalau jumpa tong derma tu, hulurlah yg kaler2 hijau kurang2nya... jangan masuk yg bunyi ting! ting!... kalau masjid/surau ada banyak dana, bolehlah depa pasang kontrak cuci bilik air... dana seciput, apa nak buat... lepas bil air dgn bil api saja!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 10-11-2010 21:04
kalau kita nak tengok bilik air kat masjid/surau kita bersih elok... satu, bila kita guna, buatlah m ...
tokwan_jantan Post at 10-11-2010 11:36



    Tokwan, bintang setujuk sangat la kalo tokwan kata guna bilik air kat masjid surau tu wat cam kat umah sendiri. Itu kalo pengguna bersih cam bintang ni haa.. kat bilik air pun sembur perfume... ok la, alhamdulillah dijamin bersih sepanjang zaman. Kalo pengguna pengotor gak kat umah depa, bilik air berlumut cam tembok kubur lama, tandas pulak hitam kelam cam telaga buruk yang ajis terjatuh sewaktu pi bertapa hai mambang mambang tuh... maka tokwan, sama jerk la kat mana-mana pun kalo diri tak bersih.

Pokok pangkalnya orang Islam kena bersih, terapkan dalam diri asas kebersihan tu.

Setuju gak dengan tokwan pasal derma paling sikit kertasnya hijau ek... kertas biru pun ok gak asal jangan ada bunyik ting tingg dah la... kedekut mengalahkan Haji Bakhil dalam Labu Labi lak...

Tapi kalo nak mudah, bawak jek la pencuci tandas, berus, tolong cucikan lepas tu tinggal jek situ biar pengguna lain guna lak lepas depa membuang. Dua tiga bulan nanti, singgah pulak bawa la pulak pencuci lain...



Adeh, penatnya bebel....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:09 PM | Show all posts
Kalau berbaik sangka, kemungkinan besar dia menghadapi masaalah dan tak sempat nak berposisi seperti ...
ibnur Post at 3-11-2010 21:20


bab kebersihan ni aku hanya akan bersangka baik untuk orang gila dan seangkatan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:21 PM | Show all posts
ada dua sebab kenapa tandas surau/masjid kotor,pertama sebab sikap pengguna yg pengotor dan yg keduanya adakala flush rosak dibiarkan tidak dibaiki..kalau ya pun tak sempat baiki letak la baldi dulu,tapi dibiarkan..tp punca utamanya ialah sikap pengotor rakyat malaysia la..

lagi satu sy perhatikan kalau masjid negeri biasanya bersih berkilat terjaga..tapi yg lain tak terjaga..pada saya lemah dari segi pentadbiran..sepatutnya masjid negeri perlu dilinkkan dgn2 masjid2 daerah yg lain yg perlu diletakkan bawah satu pentadbiran pusat yg mengawal selia keseluruhan masjid.sepatutnya perlu ada peruntukan untuk bahagian ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.201462 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list