CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18016|Reply: 156

Anggap dunia seni 'Busuk', Faezah mahu bersara..

  [Copy link]
Post time 16-11-2010 10:54 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah “busuk”.

Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.

"Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.

"Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.

"Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.

"Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Justeru itu, Faezah merancang untuk membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari selok-belok mengenai pengurusan pusat asuhan tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan sedang hangat bercinta dengan pengarah drama Asmara, Heikal Hanafiah, Faezah menafikan sekeras-kerasnya.

"Saya terkejut dengan gosip itu. Kenapa dia? Tak mungkinlah saya nak bercinta dengan dia. Kami berkawan biasa saja, tidak lebih dari itu.

"Saya akui masa penggambaran drama Asmara, kami ada berbuka puasa bersama, itu pun ditemani pembantu peribadi saya.

"Inilah kali pertama saya disoal mengenai gosip cinta. Saya ini jenis yang jarang keluar rumah jika tidak ada apa-apa aktiviti lakonan, dengan harapan ingin menjaga diiri agar tiada kontroversi," ujarnya.

Faezah bakal memulakan penggambaran filem Halilintar pada bulan ini dan sambungan Asmara 2 pada tahun hadapan.

*mStar

suka tgk faezah blakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 10:56 AM | Show all posts
baguslah tu. kalau kata lagi 4 tahun, so, lagi 4 thn la faezah bersara dr dunia glamor
jgn jadi mcm RCW, nak bersara, tp tak bersara, last2 tak jd bersara. sbb kemaruk dgn dunia glamor dan bulu mata pelesu 3 tgkt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 10:57 AM | Show all posts
busuk2 pon..tmpt ngko gigih nak carik makan... trima jeh la..ko yg pilih jalan neh...so takyah bnyk bunyik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:00 AM | Show all posts
eleh! kalo dah busuk, harus ke nak tunggu 4 tahun lg baru nak pencen?

apa daa statement mcm budak tadika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply 4# wadiunong


    ios rasa propa jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:02 AM | Show all posts
motippp nak kene tunggu sampai 4 thn apasal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2010 11:04 AM | Show all posts
hihi...ape2 tah kan.. bende 4 tahun lg nak diuar uarkan... tunggu la 4 tahun tu dah sampai.. baru begitau....
klu camtu.. saye pun nak cakap la.. lg 40 tahun.. saya bersara dari kerja.. ha...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:05 AM | Show all posts
propa gak... supaya semua org berebut2 ambik dia berlakon pasal dia bagi tempoh nak bersara 4 tahun lagi..so harap dlm 4 tahun nie job mencurah2 ker???

plzzzzzzzzzzz.. tak koserrrrrrrrr...alasan x sustainable langsung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 11:05 AM | Show all posts
sbb dia still nak kumpul duit skrg ni...kan nak bukak taska/tadika nanti.....kena la ada duit gak... semoga dia berjaya bukak tadika nanti.....aku pun tingin nak bukak tadika....tapi kat umah aku skrg ni pon dah byk nor tadika....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:06 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat ta ...
Nadia90 Post at 16-11-2010 10:54



    bukan penah dengar cter die ni leh tahan ligat jugak kah??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:08 AM | Show all posts
Paejah... abiss kalo modal x cukup lagi nk buka pusat asuhan jgn la ckp cmtu..tup-tup nti produksi sume xnk amik ko lagi haaaa baru tau.. xyah tggu 4 thn..4 bln je ko dh zassss...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:13 AM | Show all posts
bukan penah dengar cter die ni leh tahan ligat jugak kah??
samshik Post at 16-11-2010 11:06


mek, u story me now mek.. artis mana kat mesia ni yg tak ligat???


kalau dah dilabel HARTIS je, masing2 kuar tanduk..nampak tak nampak je..
tak kesah la artis tu lindungan kaabah ke, bulan ke, semesta ke....


2x5


i kaver u, u kaver i
we win, we lie..


motipp kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:19 AM | Show all posts
dah tau busuk nape nk tunggu 4 tahun lagi....
benti arr serta merta...
tak ker dapat duit busuk selama 4 tahun tu...
apa la minah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:21 AM | Show all posts
lahai dah tau busuk kenapa tunggu sampai 4 tahun baru nak bersara?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:23 AM | Show all posts
ok stat countdown 4 tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:24 AM | Show all posts
lagi 4 tahun sekarang dah nak cakap. apa sajerrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 11:34 AM | Show all posts
4 tahun lagi..lambat tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:39 AM | Show all posts
mek, u story me now mek.. artis mana kat mesia ni yg tak ligat???


kalau dah dilabel HARTIS ...
idolfan Post at 16-11-2010 11:13



    tak kire lak yang "beli" repo baekk punyer rite!!! tu yang cter dalam kain banyak disyhhhkan...  opsss
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:40 AM | Show all posts
bagus ler tuh ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 11:41 AM | Show all posts
tak kire lak yang "beli" repo baekk punyer rite!!! tu yang cter dalam kain banyak disyhhhk ...
samshik Post at 16-11-2010 11:39



hahahahahahahaha..yg banyak peguambela tak bertauliah tu kan uols? hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.082371 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list