|
Rihana Oksana menerusi hantaran di Instagram, memaklumkan dirinya masih terlalu muda untuk berkahwin.
Dia berkata demikian ekoran sering disoal mengenai bilakah dia akan menamatkan status ibu tunggal kepada putera sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sejak tahun 2019 lalu.
“Saya berada di sebuah majlis perkahwinan yang indah di Dubai. Setiap kali saya menghadiri majlis perkahwinan rakan wanita saya. Saya fikir, ‘alangkah gembiranya jika saya dapat menemui Mr Rightman!’.
"Ya, saya bercakap tentang soalan berterusan mengenai, ‘Oxana, bilakah awak mahu kahwin?’. Tetapi saya terlalu muda untuk ini," tulisnya dipetik Murai.
Menitip pesanan agar tidak terburu-buru dan tidak mengikut tekanan oleh masyarakat atau orang lain, model sensasi dan bekas ratu cantik Rusia itu menjelaskan dirinya kini memfokuskan pada dirinya.
IG
Memetik laporan Astro Awani, peguam Sultan Muhammad V iaitu Koh Tien Hua mengesahkan bahawa Sultan Muhammad V menceraikan Rihana Oksana Gorbatenko dengan talak tiga pada 22 Jun 2019.
Sebelum itu, pasangan ini dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 22 Mei 2019. - CARI
|
|