CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 1

11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!

[Copy link]
Post time 20-6-2023 07:21 AM | Show all posts |Read mode
11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!


Kalau anda nak tahu, tanaman tembikai merupakan jenis yang ‘mesra tempat’ kerana di halaman rumah pun ia boleh tumbuh. Sekiranya, halaman rumah anda masih bertanah lapang, molek kiranya menanam benih buah ini dengan mengikuti beberapa tips menanam buah tembikai di bawah.

Hanya 11 tips dan langkah yang anda kena ikuti, barulah tembikai berisi manis dan sihat tumbuhnya!

TIPS MENANAM BUAH TEMBIKAI


Tembikai boleh ditanam walaupun di halaman rumah. Anda tidak perlukan seekar tanah untuk menanam tembikai, di sini kami akan berkongsi idea bagaimana untuk menanam tembikai di halaman rumah sahaja.

Suhu iklim Malaysia sangat sesuai untuk menanam tembikai (bertapa bertuahnya kita). Jadi anda disarankan untuk mengikuti setiap tips dan langkah-langkah seperti berikut.

11 LANGKAH MENANAM BUAH TEMBIKAI


1. BENIH TEMBIKAI
Dapatkan atau beli 1 pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning. Fungsi benih tembikai merah adalah untuk menghasilkan buah, manakala yang kuning untuk proses pembungaan.

2. RACUN
Jika anda tidak kisah menggunakan racun serangga untuk tanaman anda, rendam benih dengan sedikit racun kulat bercampur racun serangga.

Ini akan membuatkan benih anda lebih selamat ketika pencambahan. Kemudian, semaikan anak benih ke dalam bekas semaian yang mengandungi tanah tanaman.

3. TANAH BUSUT
Buat satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki dan berketinggian 6 inci dan gemburkan tanah. Tanah busut harus mengandungi bahan reputan organik (daun reput) dan baja organik.

Nilai pH untuk tanah pula diantara 6 hingga 6.8. Jangan biarkan busut ini terlindung dari cahaya matahari.

4. DAUN MUDA
Anak benih akan tumbuh bersama daun muda. Siram tanaman supaya sentiasa lembap sehingga mula mengeluarkan daun dan menjalar.

5. TANAMAN BENIH
Ambil satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning dan tanam bersebelahan. Siramkan kedua-dua anak pokok.

6. BUNGA TEMBIKAI


Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga yang banyak, manakala tembikai merah masih lagi menjalar dan kurang mengeluarkan bunga.

7. PUTIK BUAH SULUNG
Apabila tumbuh putik buah sulung pada pangkal pokok, buangkan ia dan jangan risau kerana buah pertama akan menganggu pembesaran pokok itu sendiri.

8. BUNGA TEMBIKAI
Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning tadi dan geselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan lembut dan jangan kasar.

9. PUTIK POKOK
Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah menjadi buah dengan cepat.

Boleh ditaburkan baja foliar disekeliling pokok dengan kuantiti yang sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.

10. SIRAMAN YANG KERAP
Pokok perlukan siraman yang kerap untuk membesarkan buah tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8 kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.

11. TANDA TEMBIKAI MATANG
Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan berbunyi pok-pok menandakan ia akan masak dan tembikai tersebut sesuai untuk dipetik.

Sumber: Akademi Flora
https://siraplimau.com/tips-menanam-buah-tembikai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
panas sungguh hari ni. teringin nak makan tembikai. dah baja info kat atas ni rasa nak aje tanam pokok tembikai, tapi duk rumah taman tak ada ruang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.230320 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list